BAB
10
“HAIDA, apasal ni kecoh-kecoh,”
Teguran daripada Munirah membuat Haida
dan seorang lelaki berkemeja bersama tali leher seraya memaling ke arah suara
milik anak majikannya. Munirah melangkah dekat ke arah mereka berdua.
“Ni hah akak, abang ni. Haida cakap
majalah dia nak tu tak ada. Dia marah-marah Haida,” adu Haida dan memberi
renungan tajam ke arah lelaki di hadapannya itu.
Lelaki itu hanya buat muka bosan. Munirah
memusing ke arah muka lelaki itu dengan
sebuah jelingan tajam di hadiahkan.
“Pagi-pagi dah buat kecoh. Haida ambil
bulu ayam ni, pergi cuci habuk-habuk tu. Biar akak settle dengan lelaki mangkuk bertingkat-tingkat,”
Bulu ayam yang pegang oleh Munirah
bertukar tangan dengan Haida. Haida yang baru berusia 18 tahun, gadis sedang
mengunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sementera mengunggu keputusan itu
keluar. Gadis itu di ambil bekerja di kedai itu.
Haida sudah bergerak ke rak-rak buku di
bahagian hadapan. Munirah bercekak pinggang.
“Majalah apa encik nak sangat cari tu!”
tegas suara Munirah bertanya.
“Majalah sport dengan kereta,” jawab laki tu dengan selamba, biarpun dia
tahu gadis di hadapannya sudah berasap.
“Maaflah encik. Untuk bulan ni,
majalah-majalah yang encik nak tu tak sampai lagi,” Munirah masih garang, dia
terpaksa mendongakkan kepalanya sedikit tu memandang wajah lelaki itu. “Kalau
novel adalah petang karang baru sampai, encik berminat ke?”
“Apa? Novel? Saya tak layan novellah.
Komik boleh. Novel tu orang perempuan macam awak ni aje. Yang suka berimaginasi
terlebih,” bidas lelaki itu masih di hadapannya. Munirah sudah berasap,
meskipun kedai itu ada penghawa dingin tetapi dia terasa panas. Nasib aku tak
bawa belacan, kalau tidak dah aku ‘cuci-cuci’ mulut laki ni.
“Komik tak ada di jual di sini. Kalau nak
pergi cari dekat 7eleven lah,” Munirah masih lagi menahan marahnya.
“Macam ek awak layan customer, cakap elok-elok tak boleh,”
“Sekarang sapa yang mula dulu. Awak ke
saya. Awak yang marah-marah anak buah saya. Dia tu pekerja kedai ni,”
Munirah
sudah berjengket-jengket di hadapan lelaki itu untuk menyamakan ketinggian
mereka. Tapi malangnya, ternyata Munirah tidak mempunyai ketinggian yang cukup.
Balik nanti kena minta mama belikan calsium.
Lelaki
itu gelakkan Munirah. “Dah tahu diri itu katik tak payahlah nak berjengket-
jengket macam tu. Nampak sangat awak tu katik,”
Hidung
kembang kempis menahan marah. “Apa katik-katik, sensitif tau tak,”
Lelaki itu mengangguk-angguk dan membuat
mulutnya berbentuk O.
“Oh sensitif rupanya, katik ni,”
Munirah memandang lelaki itu seperti mahu
menelannya hidup-hidup. Dia hanya diam.
“Okaylah katik, saya minta diri dulu. Nanti
kalau majalah saya sampai. Tolong simpankan tuk saya okay,” kata lelaki tu
sambil mengenyit matanya. Munirah terkejut dengan tindakkan lelaki itu. Dia
jadi terpinga-pinga seketika. Munirah menampar-nampar pipinya perlahan-lahan
supaya sedar balik ke alam nyata.
Lelaki itu keluar daripada kedai buku itu
dan menuju ke kereta Honda Vios milik lelaki itu. Dia membuka tempat pintu
kereta di sebelah pemandu lalu enjin seraya di hidupkan.
Lelaki
itu menyandarkan badannya pada kusyen keretanya. Bayang-bayang gadis yang
bertudung berwarna biru itu bagaikan sudah menawan hatinya. Setiap kali matanya
memandang wajah milik gadis itu pasti berdebarnya.
‘Kau ni dah angau ke Reen. Tak pernah pun
macam ni,’ monolognya sendirian. Tanpa disedari segaris senyuman terukir.
Ketukan pada cermin kereta mengejutkan Nazrin
yang leka berkhayal dengn dunianya sendiri. Dia memandang ke arah cermin
keretanya. Bulat matanya memandang gerangan yang mengetuk cermin keretanya.
TERNYATA
tidak di sangka, masa yang terdekat ni bertemu dengan Intan. Perkara yang ingin
tidak mahu dilakukannya. Kejadian Intan mengetuk cermin keretanya selepas
keluar daripada kedai buku terpaksa diheretnya ke sebuah restoren.
“So,
how about your life,” soal Intan sambil menghirup air fresh orenge
dipesannya tadi.
Nazrin senyum tawar mendengar soalan Intan.
“Macam you tengoklah. Nothing interesting,”
“You still
dengan Meldina ke,”
Nazrin sedikit terkejut apabila nama
Meldina di sebut oleh Intan. Intan dan Meldina musuh ketat, pernah diaorang
berdua bergaduh di birthday party
semasa mereka berdua di luar negara.
“Nope.
I dah break up dengan dia,” senada
Nazrin menjawab pertanyaan Intan. Intan senyuman lebih lebar daripada
sebelum-belumnya. “Dah lama ke you balik sini,”
“Actually
dah tiga bulan I balik Malaysia cuma I tak tinggal dengan mama dengan papa. I
duduk dekat JB dengan best friend I
tolong dia buat business,”
Nazrin
tersengih mendengar gaya lemah lembut Intan. Dia sering tertanya-tanya
kenapalah hati susah mengatakan suka pada gadis itu.
“Family
you otak business and you sekali,”
kata Nazrin.
“You dah jumpa someone yang special ke
selepas you break up dengan Meldina,”
Kata-kata Intan telah membuat Nazrin
teringat pada gadis di kedai buku tersebut.
“Belum lagi. I nak fokus dengan karier I
dulu. Kenapa you nak kenalkan dengan I sapa-sapa ke?” dagu Nazrin sambil
menghirup air itu melalui straw.
“Daripada I kenalkan you dengan kawan-kawan
I, baik I aje yang you kenal,”
Tersenyum sinis Nazrin. Langsung tak berubah
gadis di hadapannya itu. Dari mula kenal dengan gadis semasa zaman persekolahan
lagi. Tidak di nafikan dia seorang gadis yang manja. Selalu mencari perhatian
dengan bahasa tubuh badannya.
“Apa pendapat you kalau I jadi model?” soal
Intan merenung seraut wajah jejaka tampan itu.
“Bukan ke itu impian you?”
“Memang tu impian I tapi mama dengan papa tak
kasi,” jawab Intan dengan suaranya agak kendur. Matanya melirik ke arah Nazrin.
“Maybe parents you nak you jadi macam
diaorang juga,” kata Nazrin.
Intan mengeluh kecil. Lama mereka berdua di
restoren. Pelbagai cerita dikongsikan.
“TERIMA KASIH. Datang lagi,” kata
Munirah sebaik saja menyerahkan plastik lutsinar berisikan buku-buku di beli
oleh seorang perempuan itu. Perempuan menyambut plastik tersebut dengan
mengukir senyuman.
Hari
ini pengunjung kedai buku itu agak ramai
sedikit. Munirah mengeluh sendirian sedang melihat manusia lalu lalang melintas
kedai itu. Haida datang ke arah Munirah yang berada di kaunter pembayaran.
Haida tersengih-sengih kambing di hadapan
Munirah. Munirah tayang muka blur.
“Tersengih-sengih ni kenapa? Tak sihat ke?”
tanya Munirah, hairan.
“Handsomekan
akak, abang yang datang pagi tadi tu,” ujar Haida.
“Abang? Yang mana ni,” soal Munirah lagi.
“Alah yang buat kecoh pagi tadi tulah.
Haida rasa macam dah jatuh hati dengan dialah,”
Haida sudah membayang muka jejaka tampan
itu tadi.
“Handsome
ke? Biasa ajelah,” Teringat Munirah pada kejadian pagi. Mereka boleh bergaduh.
“Haida rasakan. Akak ni kena pakai cermin
mata dah kut. Handsome dengan tak handsome pu n tak boleh nak beza,” tertawa
kecil Haida.
“Yelah. Laki tu memag handsome pun, tapi
perangai macam budak kecik. Siap ejek-ejak akak lagi tadi. Sebal betul dengan
perangai laki itu,” Munirah memberitahu Haida.
“Lahh yaka ke? Entah-entah dia nak tackle akak kut,”
“Apa sekarang nak tackle main ejek-ejek ke. Apa punya taktik lah. Akak tak setuju,”
bangkang Munirah dengan tak puas hati.
“Alah akak kena faham itu taktik alaf baru.
Haida tengok akak sesuai dengan dialah,” tambah Haida, sembilan puluh darjah
kepala Munirah mengalih ke arah Haida. Haida sudah tarik sengih.
“Jangan nak mix match akak dengan sapa-sapa pun. Tambah-tambah budak mangkuk
bertingkat-tingkat,” Munirah sudah memberi amaran keras. Haida masih
tersengih-sengih mendengar amaran itu.
“Alah akak ni, gurau sikit pun tak boleh. Nak
tanya, mana abang arkitek akak tu. Dah lama tak nampak dia. Rindu,”
Munirah terlopong. Ewah..ewah kecik-kecik
dah pandai rindu kat orang laki ek.
“Sejak bila pandai rindu-rindu ni. Entahlah,
dia busy kut,” teka Munirah sedang membulat pembalut plastik gula-gula lalu di
masukkan ke dalam mulut isinya.
“Entah-entah dia date dengan future wife dia
tak,” sengaja Haida menduga Munirah. Riak wajah Munirah serta merta berubah.
“Biar
ajelah kalau dia nak keluar dengan sapa-sapa pun. Akak okay aje,” Munirah
mengukir senyuman nipis untuk cover line.
“Akak suka dekat abang arkitek tu ek,” sekali
Haida menduga Munirah.
“Ish, apalah kau mengarut ni. Akak suka
dengan anak dia ajelah,”
“Kalau suka anak dia, bapak dia pun kena suka
juga,”
Haida masih tidak mahu mengalah dengan
Munirah.
“Tak semestinya. Akak ambil anak angkat tu
Ifa, bukan Irfan lah,” tegas Munirah memberi jawapan.
“Okay.
Habis dengan abang Irfan sampai bila macam ni. Haida teringin sangat makan nasi
minyak daripada akak,” usik Haida,
Munirah menjeling tajam.
“Esok akak bagi kau makan nasi minyak. Malam
ni akak sental-sental minyak petrol dekat nasi tu. Akak kasi dengan kau makan
ye, Haida sayang,”
“Alah teruklah akak ni. Sental dengan
minyak petrol pulak tu,” Haida sudah tarik muncung. Munirah tertawa kecil
dengan gelagat anak buahnya.
“Malaslah akak nak layan kau, tolong
jaga kaunter akak nak pergi ke belakang kejap,” akhirnya Munirah beralah berdebat
dengan Haida. Haida sudah tersengih-sengih. Sebelum Munirah melangkah sempat
lagi Munirah mencubit kedua-dua pipi tembam milik Haida.
MUNIRAH
mengacau air milo di bancuhnya, sekilas dia memandang jam di dapur. Jarum jam
sudah menjangkau pukul 9.30 malam. Dari dapur kedengaran Auzaie gelak mengekek-ngekek
apabila di usik ayahnya. Dah seminggu, keluarga abang Khairil berkampung di
rumah itu. Kebiasaanya hanya Munirah dan mamanya saja di rumah. Adanya keluarga
abang Kharil terasa meriah.
Sehari suntuk, pelbagai perkara yang
berlaku. Pagi-pagi di kedai buku dah bergaduh dengan mamat otak tak center. Tanpa di sedari bibirnya
mengukir senyuman. Munirah berasa hairan, tak pernah-pernah aku marah customer. Hari ini aku dah pecah rekod
marah dekat customer secara live. Selalunya dalam hati aje aku
marah-marah. Tapi laki sifat di tenang aje.
‘Alahai kau dah jatuh hati dekat mamat
otak tak center tu ke,’ monolog sendirian.
Munirah tersenyum sendirian. Teringat
panggilan katik di sebut oleh laki tu. Okay, aku ni tak adalah katik, kemetot,
ketot dan seangkatan dengannya. Ketinggian aku ni sedang-sedang ajelah. Aku
tahu mamat tu tinggi macam pokok kepala, suka suki kutuk aku yang comel lote
ni.
Munirah mengeluh panjang, Munirah
teringat kejadian selepas tamat daripada kerja.
“Kak,
akak tolong teman Haida pergi bandar sekejap,” kata Haida menolong Munirah
mengemaskan barang-barang sebelum pulang ke rumah.
“Buat apa?” Munirah memandang Haida
kehairanan.
“Saja. Cuci-cuci mata. Boleh tak akak,”
“Yelah.
Jom keluar akak nak tutup dah pintu kedai ni,” ujar Munirah yang melangkah kaki
keluar daripada kedai itu. Pekerja-pekerja lain sudah selamat pulang ke rumah. Setiap
hari, Munirah akan mengambil dan menghantar Haida ke rumah dengan selamat.
Kejadian ragut yang berlaku terhadap Haida,
membuatkan Haida akan fobia untuk menunggang motosikal. Munirah mengambil tindakan
mengambil dan menghantar Haida. Mereka berdua memasuki ke dalam perut kereta
milik Munirah. Lantas kereta kesayangan Munirah di hidupkan.
Kereta dipandu oleh Munirah melewati
kawasan bandar. Hiruk-piruk di jalan raya menjadi kebiasaanya apabila menjelma
waktu kemuncak apabila kesemua mereka ingin pulang ke rumah secara
terburu-buru. Munirah memasuki ke salah satu sebuah pusat membeli belah di
sekitar Kuantan.
Setelah
puas mencari parkir, mereka berdua keluar daripada perut kereta itu.
“Haida nak buat apa dekat sini,” soal
Munirah sebaik melangkah masuk kaki ke pusat membeli belah itu.
“Nak pergi Popular. Nak cari novel baru,”
Haida membalas.
“Novel?
Dekat kedai akak kan ada juga novel,”
“Tak ada novel Haida minat,” ujar Haida
sambil menbetulkan kedudukan tudungnya agak senget.
Mereka berdua melangkah kaki ke dalam
Popular itu. Teruja Munirah melihat novel yang tersusun-susun di atas meja itu.
Mata Munirah meliar mencari-cari novel yang menarik minatnya. Munirah sudah
melekat di himpunan novel-novel di situ. Haida sudah hilang ke mana.
Munirah mengundurkan dirinya tanpa di
sedari, dia telah melanggar seseorang. Buku tebal terjatuh dari pegangan
manusia di langgarnya tadi. Cepat-cepat Munirah tunduk mengambil buku tersebut.
“Ayu okay,”
Kedengaran suara garau milik seorang
lelaki. Munirah mengangkat mukanya. Reaksi Munirah terkejut melihat seorang
gadis bernama Ayu, di panggil oleh lelaki itu. Diam tiada sebarang reaksi.
“Moon,”
“ABANG tak sangka jumpa Moon dekat sini,”
Munirah hanya mendengar percakapan
daripada Haikal. Gadis di sebelah Haikal betul-betul mengingatkan Munirah
kepada Kak Atif. Memang seiras wajah Ayu dengan Kak Atif. Haida di sisiku hanya
diam.
“Moon pun tak sangka jumpa abang dekat
sini,”
Hampir enam tahun Munirah tidak bertemu
dengan lelaki itu. Wajahnya tidak banyak berubah. Sama seperti dulu.
“Dah sebulan abang ada dekat sini,” kata
lelaki itu. Munirah menghirup air coca cola di dalam cawan kertas itu.
“Terubat rasa rindu arwah Kak Atif
tengok Kak Ayu,” jujur Munirah berkata.
Tetiba telefon milik Kak Ayu berdering.
Kak Ayu mengukir senyuman.
“Excuse
me,”
Kak Ayu keluar daripada kedai itu
sebelum menjawab panggilan tersebut. Munirah memandang mata redup milik abang
Haikal.
“Sama kan muka Ayu dengan Atif,”
“Ye memang sama, abang. Tapi itu bukan
Kak Atif, itu Kak Ayu. Abang jangan sama kan Kak Ayu dengan Kak Atif. Disebabkan
mereka muka lebih kurang sama, abang tak boleh buat Kak Ayu macam Kak Atif,”
Tetiba Munirah memprotes tanpa tidak di
duga.
“Tapi itu aje cara abang boleh lepaskan
segala rindu dendam Kak Atif. Abang terlampau rindukan dia. Abang tak boleh
sembunyi perasaan tu,”
Haikal membuka cerita tentang hati dan
perasaan menanggung kesengsaraan hidupnya.
“Macam pun caranya abang tak boleh samakan
Kak Ayu dengan Kak Atif. Dia cuma berkongsi wajah yang sama. Bukan hati,”
Munirah sudah mula berdebat dekat lelaki itu. Haida di sebelah Munirah
gosok-gosok bahu Munirah supaya tenang.
“Tapi abang...”
“Tak ada tapi-tapi abang, abang tak boleh
buat Kak Ayu macam tu. Munirah kenal abang macam mana. Abang bukan mudah nak
terima perempuan sesuka hati macam tu aje. Sebab Kak Ayu tu sama muka macam Kak
Atif. Sebab tu abang terima dia kan,”
Haikal
sekadar mengangguk lemah. Munirah sudah bangun daripada kerusi dan menarik
tangan Haida supaya meninggalkan tempat itu. Munirah benar-benar kecawa dengan
sikap Haikal. Belum sempat Munirah bergerak suara Haikal membuatkan langkahnya
terhenti.
Huluran sekeping kad bersampul itu
membuatkan Munirah terpinga-pinga masa itu. Sampul itu sambut malas. Bingkas Munirah
dan Haida meninggalkan tempat itu. Jauh Munirah menebar lamunannya insiden
petang tadi. Munirah mengeluh kecil. Munirah menarik kerusi di meja belajar
lalu di selokarnya beg sandang itu.
Kad bersampul berwarna merah jambu dicapainnya.
Harum semerbak bauan daripada kad tersebut. Penuh berhati-hati dia membuka
sampul tersebut perlahan-lahan. Walimatulurus! Tepat tekaan yang berlegar-legar
di mindanya. Matanya menangakap dua nama yang di cetak di situ. Haikal dan Ayu.
Haikal benar-benar nekad ingin menamatkan zaman bujang dengan gadis itu.
‘Jodoh itu rahsia Allah, Munirah. Kau tidak
boleh menolak jodoh yang diberikan kepada Haikal. Mungkin itu terbaik. Sebaik-baiknya
kau perlu memanjatkan kesyukuran apabila bakal bernikah dengan gadis itu,’ kata
hati Munirah yang baik.
‘Tapi Haikal pilih Ayu, sebab Ayu tu wajah
dia sama dengan Atif. Itu yang dia pilih Ayu. Sapa tak rindukan seorang
perempuan pernah menjadi sebahagian hidupnya,’ kata satu lagi hati memprotes.
‘Sekurang-kurangnya, Haikal dapat
membezakan mana satu Ayu dan mana stu Atif. Kau kena terima semua itu. Haikal
terlalu rindukan kakak kau, Munirah. Berikanlah dia peluang tuk mencari
kebahagian walaupun bukan dengan Atif tapi dengan gadis persis wajah seperti Atif,’
monolog Munirah lagi.
Munirah mengeluh panjang. Semoga Kak Atif
tenang di sana dan semoga Haikal bahagia di sisi Ayu.
BERSAMBUNG..
NOTA KAKI: Semoga terhibur :)
Yeay, reen n moon dah jumpa. tp diorang xknl antara satu sama lain. xsabar nk baca bab yg moon n reen igt yg diorang tu kwn.
ReplyDelete@ArifahLee Yeah. tumpang seronok jugak. tunggu tau :)
ReplyDeleteAya,sambung la lg..hihihi best ni,dh la d0rg dua x cam antara satu sama lain pdhl saling kenal...
ReplyDelete@putri nia adelia Bab strusnya dah siap. tunggu nak update aje. terima kasih sudi baca. hehe diaorang tu mmg, mungkin fizikal dah berubah tu tak perasaan,kalau perasan haru lah!
ReplyDelete