Assalamualaikum! Ni full entry Dia, Pilhan Atuk. Mungkin cerita ni mini novel kalau tak ada idea lebih lah. Dan Aya, nak ucap terima kasih untuk Kak Ria sanggup check Aya grammar yang hancur lebur ni. Selamat membaca dan terhibur, tinggalkan serba sedikit komen anda semua.
IZZAT IMRAN menyanyi kecil di kamar biliknya. Hatinya berbunga riang. Entah apa yang membuat hati dia gembira ketika itu. Dia membaling kain tuala berwarna hijau lumut yang basah ke dalam bakul laundry. Dia memerhati pantulan wajahnya di cermin. Ceria.
Deodorant, Polo Perfume. Sedikit Brylcream gel. Sebentar lagi dia akan keluar. Malam masih muda, jarum jam baru sahaja berganjak pukul 9.05 malam. Izzat Imran atau panggilan biasanya Izzat bersiap ala kadar seperti biasa. Jeans Levis dan T-shirt Edwin lantas jam tangan berjenama di atas meja solek itu dicapainya.
Sudah menjadi kebiasaan Izzat menghabiskan waktu malam bersama rakan-rakannya ketika belajar di UK dahulu terutamanya Zaini. Dia sudah berjanji akan berjumpa dengan sahabatnya itu.
Izzat masukkan Iphone dan dompet ke dalam poket seluarnya dan dengan pantas mencapai kunci kereta yang berada di atas katil. Dia pun keluar dari biliknya yang berada di tingkat atas. Daripada atas dia dapat menangkap bunyi televisyen terbuka dari ruang tamu rumah banglo tersebut.
Dia tidak mempedulikan siapa di ruang tamu tersebut. Apa yang pasti dia mahu keluar dari rumah itu pada malam ini juga. Izzat mengorak langkah dengan laju sambil bersiul kecil menuju ke pintu utama rumah itu
“Ehem!”
Deheman tersebut mematikan pergerakkan Izzat Imran ketika itu. Siapa lagi kalau bukan Haji Jauhari. Hanya dia dan Haji Jauhari merupakan penghuni di rumah banglo tersebut.
“Kau nak pergi mana malam-malam ni. Tak reti nak duduk dekat rumah,” Suara garau milik atuk memecahkan kesunyian rumah tersebut. Izzat sudah menggaru kepalanya tidak gatal. Aduh! Atuk ni.
“Duduk sini dulu. Suka hati kau je nak keluar pergi mana? Atuk yang duduk dekat sini pun boleh kau buat tak nampak,” marah Haji Jauhari. Izzat melangkah perlahan mendekati Haji Jauhari di ruang tamu. Dia segera melabuhkan punggungnya ke sofa.
“Alah, Izzat bukan tak nampak Atuk. Cuma Izzat risau lambat jumpa kawan itu aje,” balas Izzat Imran basa basi. Nampak gayanya, macam tak ada chancelah, kau nak keluar malam ni Izzat!
“Kau nak jumpa budak yang tak cukup kain tu ke,” nada tegas sudah kedengaran. Boom atom bakal meletup sebentar nanti. Nantikan sehaja. Haji Jauhari memandang Izzat Imran seperti tidak puas hati. Izzat Imran makin resah.
“Budak mana pulak ni atuk. Atuk ni mengarutlah!”
“Budak yang tak cukup kain tu lah. Apa nama budak tu, aaaa Fira rasanya,” Haji Jauhari cuba mengingati nama gadis dimaksudkan itu. Kepala Izzat Imran jadi buntu dengan sikap atuknya.
Sejak umur 12 tahun lagi, Haji Jauhari telah mengambil penjagaan cucunya setelah kedua ibu bapa Izzat Imran kembali ke Illahi. Izzat Imran merupakan anak tunggal dalam keluarga dan merupakan cucu terakhir untuk keluarga Haji Jauhari.
“Tak baiklah atuk cakap Fira macam tu. Dia tu bakal jadi isteri Izzat lah,” kata Izzat Imran seperti jauh hati. Haji Jauhari mencebik.
“Mak bapa Si Fira tu tak mampu ke nak belikan baju elok-elok untuk dia. Terdedah sana sini. Nak tercabut biji mata atuk tahu tak! Anak Tan Sri bagai, beli baju kain tak pernah nak cukup,” pedas ayat dilontarkan Haji Jauhari.
‘Amekaw! Sebiji kena dengan batang hidung kau!’ hati Izzat Imran bersuara. Izzat Imran masih terdiam di situ.
“Atuk tak suka kau berkawan dengan budak tu, apatah lagi kalau kahwin. Atuk nak kau putus aje dengan si Fira yang sememangnya tak padan dengan cucu atuk ni.” perintah Haji Jauhari dengan nada berbaur tegas.
Ternganga Izzat Imran dengan perintah dikeluarkan oleh Haji Jauhari.
“Tapi atuk..”
“Tak ada tapi-tapi. Faham!”
Apakan daya terpaksalah dia menuruti kehendak Haji Jauhari. Haji Jauhari mengeluarkan sesuatu daripada bawah meja kopi. Izzat Imran hanya memandang gerak geri Haji Jauhari. Lalu huluran sampul berwarna diserahkan kepada Izzat Imran.
Dia sedikit kebinggung. Berulang kali memandang Haji Jauhari. Lantas dia menyambut sampul tersebut dengan sopan. Izzat membuka sampul itu dengan perlahan. Hati Izzat Imran tertanya-tanya, apakah yang terkandung dalam sampul surat ni. Tak akan duit pulak kut. Pelik-peliklah atuk ni.
Sehelai kertas putih bersaiz A4 berlipat di buka olehnya. Izzat Imran memandang Haji Jauhari sedikit tenang. Anak mata milik Izzat Imran bergerak membaca baris-baris ayat yang dicetak itu. Berkerut-kerut dahi Izzat Imran ketika menbaca isi kandungan pada kertas itu.
Dia melipat kembali kertas tersebut. Lalu diletakkan semula di atas meja kopi. Haji Jauhari memerhati cucu kesayangannya dengan wajah serius.
“Nur Anisa Sofia. Siapa perempuan ni?” tanya Izzat Imran masih kehairanan.
“Bakal cucu aku.”
NUR ANISA SOFIA atau Nisa sedang menyisir rambutnya supaya lebih kemas sambil tepat memandang cermin. “Aku memang tak cantik macam artis atau gadis-gadis lain tetapi aku suka melihat mata aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan kurnia Allah S.W.T.” Nisa tersenyum manis.
Daun pintu ditolak luas oleh seseorang. Nisa hanya memandang ke dalam cermin sahaja pintu itu bagi melihat siapa yang masuk ke biliknya. Akhirnya Nisa hanya tersenyum.
Puan Ummu mendekati Nisa yang berada di meja solek ketika itu. Usia Nisa sudah berganjak ke dua puluh tiga tahun. Dia merupakan anak kedua dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu.
Puan Ummu mengambil sikat di tangan Nisa lalu di sikat rambut ikal mayang milik Nisa. Nisa membiarkan sahaja perbuatan ibunya. Mungkin ibunya sedang merindukan zaman sewaktu Nisa kecil dahulu.
“Nisa dah besar sekarang. Makin cantik,” puji Puan Ummu terhadap anak gadisnya. Nisa hanya tersenyum setelah mendapat pujian daripada ibunya.
“Kenapa ibu tak tidur lagi?” soal Nisa seraya memancing minat ibunya. Kebiasaanya, Puan Ummu akan tidur lebih awal.
“Saja. Nak tidur lewat sikit,” balas Puan Ummu. Puan Ummu bergerak menuju ke birai katil seraya dia menghenyakkan pungungnya. Nisa memerhati ibunya. “Nisa, marah ibu dengan walid?”
Nisa mengukir senyuman bersama gigi besi. “Nisa tak pernah marahkan Ibu dengan walid. Kalau itu yang terbaik untuk Nisa. Nisa turuti,”
“Terima kasih, sebab tak marahkan ibu dengan walid. Alhamdullilah, Ibu syukur sangat dikurnia kan dengan anak perempuan baik macam Nisa. Ibu bahagia sangat sayang,”
Nisa merapati ibunya lantas memeluk bahu Puan Ummu. “Ibu, siapa bakal suami Nisa tu?”
Hati mana tidak tertanya-tanya. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja ibu dan walid membuat drastik semasa di makan malam tadi. Terkejutnya belum reda. Perkahwinan itu bukan perkara main-main, bukan sesaat tapi untuk selamanya.
“Cucu Haji Jauhari. Ibu kenal dengan budak tu.”
Nisa hanya mengangguk mendengar kata daripada ibunya. Tapi dia masih tidak tahu siapa bakal suaminya nanti. Mampukah dia menerima aku dengan seadanya. Atau perkara lepas akan berulang lagi. Harapnya tidak akan berlaku lagi .
KERETA TOYOTA CAMRY milik Izzat Imran berhenti di sebuah kawasan perumahan teres dua tingkat. Dia mencapai sekeping kertas telah dikonyoknya yang tertera alamat seseorang.
“Kalau ikut alamat ni betullah. Dia ni cikgu taska ke?” kata Izzat Imran sendirian.
Dia memerhati rumah dua tingkat tersebut sudah berubah menjadi sebuah taska atau tempat asuhan kanak-kanak. Lama dia merenung Taska Gemilang tersebut.
“Ish nak turun ke tak nak ni,”
Izzat Imran sudah tergaru-garu kepalanya.
Sewaktu di pejabat tadi, Zaini merangkap rakan baiknya menjenguk Izzat di ruang pejabat. Itu dah menjadi kebiasaanya, apabila Zaini datang ke pejabat. Untuk bersantai-santai di bilik Big Boss. Mereka berdua berkerja di bawah satu bumbung Impian Holdings. Cuma Zaini berkerja di bahagian yang lain.
“Kau kenapa? Monyok semacam aje.”
Izzat Imran mengangkat keningnya. Nampak sayu sahaja wajah lelaki itu.
“Ada apa yang tak kena ke?” soal lagi Zaini. “Ke kau dah putus dengan Fira?”
Zaini teringat pada gadis tinggi lampai ala-ala model terkenal dengan raut wajahnya seperti Pan Asian. Memang tidak dinafikan memang cantik gadis bernama Fira.
“Itu satu kes.” mendatar suara milik Izzat.
“Apa yang tak kena lagi.”
“Tuan Haji Jauhari minta cicit dari aku.” senada Izzat berkata.
Terlopong Zaini untuk beberapa ketika lalu di gelaknya nyaring. Izzat menayangkan muka bosan.
“Benda ni tak lawaklah.” Izzat mula mula hangin bila perkara itu jadi bahan gelakannya. Nasib Zaini sahaja berada di situ, kalau Meor ke Danny confrim gelak sampai pecah perut punya.
“Kenapa tetiba aje dia minta cicit dari kau.”
“Entahlah, orang tua tu mengidam apa sampai dia suruh aku kahwin cepat-cepat.”
“Yelah, takkan tetiba aje kut. Dah ada calon ke.”
Izzat Imran mengangguk. “Nama dia Nur Anisa Sofia.”
“MAAF,ENCIK CARI SIAPA?”
Ramah seorang wanita linkungan 30-an itu menyapanya. Izzat Imran bagai tersedar didunia yang nyata. Dia memandang wanita yang berdiri dihadapannya ketika itu. Lama Izzat diam barulah dia kembali bersuara.
“Ada tak dekat sini pekerja bernama Nur Anisa Sofia,” Wanita berbaju kurung itu mengiyakan pertanyaan Izzat bersama senyuman.
“Ada. Dia disana,” Ekor mata milik Izzat Imran mengekori telunjuk jari wanita tu kepada seorang gadis bersama seorang kanak-kanak kecil.
Sebelum Izzat meminta diri, dia mengucapkan terima kasih. Dengan penuh langkah macho, dia mendekati gadis dimaksudkan oleh wanita itu. Setelah menghampiri gadis pantas menoleh memberikan senyuman.
“Cik Anisa,” Izzat memerhatikan wajah ayu milik gadis itu. Cantik. Desis hati Izzat Imran.
“Maaflah, saya bukan Anisa. Itu Anisa,” Izzat sikit terkejut, mengatakan dia bukan gadis bernama Anisa. Izzat menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh gadis manis bertudung itu.
Izzat memerhati dari jarak jauh gadis bernama Nur Anisa Sofia sedang bermain dengan seorang kanak-kanak lelaki. Dia mengorak langkah mendekati gadis itu. Gadis yang memakai baju kurung berwarna biru lembut dengan melepaskan rambut ikal mayangnya membuatkan gadis itu nampak kelihatan cantik.
Perasaan berdebar-debar mula terasa. Izzat menarik nafas panjang sebelum dia menegur.
“Assalamualaikum,” ucap salamnya kepada gadis yang sedang duduk di atas kerusi kecil.
“Waalaikumussalam,” Gadis bernama Anisa menjawab salam tersebut.
Dengan segara gadis itu, menoleh ke arah lelaki itu. Dua pasang mata itu bertembung. Izzat memandang gadis itu yang memakai kaca mata besar ala-ala budak nerd.
‘Dia ni ke Anis,’ soal hati Izzat Imran.
“Encik cari siapa?” kata gadis itu lantas memberikan senyuman daripada gigi besi. Perasaan terkejut Izzat Imran masih lagi belum hilang. Dia menelan air liur terasa kelat.
‘Budak nerd ni bakal isteri aku! OH TIDAAKKKKK!’
SIARAN TELEVISYEN langsung tidak menarik perhatiannya tatkala itu. Daripada dia menekan punat remote contraller berulang-ulang kali. Dia melurut rambutnya dengan kasar. Buntu. Bayang-bayang gadis bernama Anisa menari-nari di pinggir matanya.
“ARGH! Apasal dengan aku ni!” Izzat Imran mula membentak.
“Kau dah kena sampuk apa malam-malam macam ni, Izzat.”
Izzat Imran sedikit tersentak dengan suara garau itu. Kalau bukan Haji Jauhari. Pasti dia daripada bilik bacaan. Haji Jauhari menhenyakkan punggung di hadapan cucu kesayangan.
“Kenapa atuk tak tidur lagi?” soal Izzat Imran membuka bicara.
Haji Jauhari hanya diam, setelah itu baru dia membalas pertanyaan Izzat Imran. “Malam masih muda.”
Izzat Imran sengih kerang busuk. ‘Atuk ni, perli akulah tu!’
Izzat Imran mencapai mug berisi air milo berada di atas meja di ruang tamu tersebut. Lantas di teguknya perlahan.
“Kau dah jumpa ke budak nama Anisa tu.”
Hampir tersembur air yang diteguknya oleh Izzat Imran apabila atuk kesayanganya, menyoalkan tentang gadis bernama Anisa. Dia sudah tersengih bagai kerang busuk seraya kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
“Dah. Atuk pasti ke budak tu bakal jadi wife Izzat,” tanya Izzat Imran.
“Tepat dan yakin. Kenapa kau tak suka budak ke?” duga Haji Jauhari dengan wajah serius.
“Atuk cari calon bakal isteri Izzat tu elok-eloklah sikit. Ini tak, atuk kutip dekat mana entah budak tu. Dengan cermin mata besar, dah macam cermin aquarium ikan. Lepas tu pakai pendakap gigi bagai. Apa ni atuk.”
Habis-habisan Izzat Imran ‘menganyam ketupat’ tentang gadis di temui semalam. Bagaikan mimpi ngeri bertemu dengan gadis itu.
“Atuk nampak bahu kau dah senget sebelah,” kata Haji Jauhari.
Gelebah Izzat Imran melihat dirinya. Haji Jauhari sudah mengeleng-geleng kepala.
‘Apa nak jadilah dengan cucu aku seorang ni,’ bisik dihati Haji Jauhari.
“Mana adalah atuk. Suka sangat merepek,” Izzat Imran bersuara seraya menjuih bibir.
“Kau tu, macho sangat ke mengata orang itu ini. Sekurang-kurangnya budak Nisa tu. Sopan santun, tak adalah pakai baju. Terdedah sana sini,” pedas kata-kata Haji Jauhari.
“Atuk, carilah calon lain. Kalau betul-betul nak Izzat kahwin,”
“Tak ada. Itu calon terbaik dari Haji Jauhari! Tak boleh diubah-ubah sama sekali,” Haji Jauhari mengeluarkan kuasa veto sepenuh. Alamatnya! Terpaksalah menerima keputusan daripada Haji Jauhari. Mana mungkin, Izzat Imran menolak sama sekali membangkang keputusan dikeluarkan oleh atuknya.