Assalamualaikum,mungkin ada yang telah menyetahui bahawa cerita Kau Aku Punya telah dihentikan untuk rombakkan.Aya telah membaiki semula cerita tersebut, tetapi bukan sebagai e-novel hanya sebuah mini novel atau cerpen. Dlm cerita tu,ada watak-watak baru dan cerita berlainan daripada cerita asal. New story, tapi mengekalkan watak utama dalam cerita tu.Mungkin aya perlu ubah tajuk yang lebih sesuai. tapi masih belum dapat, so sapa-2 ada idea boleh bagitau. sharing is caring !
KAU, AKU PUNYA VERSI 2
PART 1
TENANG. Nyaman. Itu yang dapat digambarkan oleh Sera
Humaira ketika itu. Dia melangkah ke pangkin dihadapan rumah neneknya. Hampir
tiga hari dia menghuni di teratak itu. Kawasan kampung itu terletak jauh
daripada bandar dan yang paling penting jauh daripada tugas seharian.
Tiada kerja lagi yang bertimbun, tiada kekusutan dan
dia amat bahagia duduk kampung tersebut. Sera Humaira mengigit rakus buah epal
ditangannya. Dia memandang nenek yang sedang meyarung selipar dan menuju ke
pangkin.
“Awal betul kamu duduk dekat pangkin ni,” tegur
neneknya. Sera Humaira tersengih-sengih.
“Bestlah
duduk dekat kampung nenek. Rasa macam tak nak balik rumah aje,” rungut Sera
Humaira sambil mengunyah buah epal itu. Nenek menjuih bibirnya.
“Itulah, nenek ajak aje balik sini. Macam-macam
alasan. Itulah inilah. Sekarang ni dah taknak balik pula. Bising mama kamu
nanti kalau buat perangai macam tu,”
“Bukan tak nak balik nenek, Maira sibuk sangat dekat
pejabat tu. Nak shopping pun tak
sempat, nek. Nek janganlah marah Maira,” kecil suara Sera Humaira berkata.
Memang benar, dia sendiri tidak dapt bermanja dengan dirinya. Hari ni barulah
dia dapat tenangkan fikirannya.
Sera Humaira menilik jam pada pergelangannya. Angka
baru menunjukkan pukul Sembilan pagi. Tapi suasana kampung itu redup sahaja
seperti mahu bakal membasahi kawasan tersebut.
“Umur kamu dah berapa sekarang, Maira,” soal nenek
lagi.
Sera Humaira wajah neneknya yang kian uzur, kalau
mengikut faktor usianya sudah meniti senja tetapi nenek sering buat kerja berat
termasuk cucuk tanam dekat belakang tu. Sejak arwah atuk meninggal, tiada siapa
yang temankan nenek.
Adakala cucu dan cicit pulang melawatnya bila ada
masa terluang. Dulu mak ciknya yang menjaga nenek tapi selepas mak ciknya
berkahwin terpaksalah, mak ciknya mengikut suaminya ke Dubai dan menetap di
sana.
“24,” sepatah sahaja dijawab. Buah epal dimakannya
sudah habis.
“Bila nak kahwin, umur dah 24. Takkan tak ada calon
lagi,” duga nenek serta merta.
Sera Humaira sudah mengaru kepalanya yang tidak
garu. Aduh, tak ada soalan lain ke nek?
“Tak ada calon lagilah nek. Lagipun, Maira tak
bersedia lagi nak jadi isteri orang. Hidup Maira sekarang pun
terkontang-kanting. Nanti bila ada suami, kena uruskan dia lagi kerja lagi satu
hal,”
“Berhentilah kerja, bukan masalah sangat pun,”
“Nenek cakap senanglah. Maira baru aje kerja tak
sampai dua tahun. Lepas tu, nenek boleh pulak suruh Maira berhenti,”
“Ke kamu tu memilih sangat. Sampai sekarang tak ada
lagi calon. Umur kamu tu, dah sesuai ada anak tau. Sepupu kamu tu, Si Hanim.
Dia muda lagi daripada kamu tapi dah ada anak sorang,”
Sera Humaira mengingati sebaris nama yang disebut
oleh nenek. Hanim. Hanim dua tahun muda daripadanya. Hanim yang terkenal sikap
peramah dan sopan santun. Dulu dia agak rapat dengan Hanim sewaktu kecil. Tapi
apabila berinjak dewasa, masing-masing bawa haluan masing-masing.
Perkhabaran bahawa Hanim bakal bernikah sewaktu
dahulu, memang benar dia terkejut. Menurut mama, suami kepada Hanim merupakan
menantu pilihan keluarganya sendiri. Hanim seorang mendengar kata orang tuanya.
Lalu dia menikah dengan lelaki itu pada usia yang muda. Mungkin itu dipanggil
jodoh.
“Jodoh dia sampai awal nek. Takkan nak marah Maira
pulak. Nanti sampai aje jodoh Maira. Pertama sekali, Maira bagitahu nenek okay.
Maira janji tu,” Lantas Sera Humaira memeluk bahu neneknya. Lama mereka
berborak di pangkin yang dilindungi dengan pokok mempelam.
DERINGAN telefon
bimbitnya mengejutkan Sera Humaira sedang membaca novel yang tersedia ada dibilik
yang dihuninya. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas
meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Tersenyum melihat nama yang tertera
pada skrin telefon itu. Mama.
“Assalamualaikum,” sapa si pemanggil.
“Waalaikumussalam,” jawab Sera Humaira sambil bangun
daripada pembaringannya lalu duduk bersila di atas katil. Rindu pada suara itu.
“Mama, sihat?”
“Mama sihat aje. Nenek tengah buat apa,” soal Puan
Hasnah.
Sera Humaira mengintai-intai pintu, dia sengaja
membiarkan pintu terbuka tambah pula ruang tamu hanya depan bilik yang dihuni.
Dari jauh dia memerhati neneknya sedang leka menonton televisyen.
“Nenek tengah tengok tivi, ma. Ma dah makan belum?” soal Sera Humaira. Sejak akhir-akhir
ni, Puan Hasnah sering sakit kepala. Risau Sera Humaira dengan kesihatan
mamanya. Puan Hasnah terlampau bekerja sehingga sukar mencari cuti untuk diri
sendiri.
“Dah, dinner dengan
abah tadi,” jujur Puan Hasnah berkata.
Tersenyum simpul Sera Humaira mendengar.
“Wah, ma dengan abah berdatinglah. Masa Maira ada dekat rumah, tak ada pulak nak dinner sama-sama. Ish! Jealous tau!” usik Sera Humaira
diselangi gelak tawa kecil.
“Alah bukan selalu pun. Tak payah nak jealous sangat okay. Kamu balik sini
bila?”
“Esok, lusa Maira baliklah. Mesti mama terlampau rindukan
Maira kan,”
“Mestilah. Kamu aje tempat mama gelak tawa. Abang
kamu tu dahlah susah balik sini. Kakak kamu tu lagilah. Jauh sangat dengan
kita,” suara Puan Hasnah seperti berjauh hati.
Sejak kakak
sulung dan abangnya berumah tangga, Puan Hasnah sering kali merindu mereka
berdua. Kakak, Sera Nuraini telah
berhijrah ke Korea kerana suaminya telah mendapat tawaran pekerjaan di sana
manakala abangnya pula, Shahril Harith kini di Sarawak apabila isterinya
menjadi guru sekolah menengah di sana.
“Ma, tak payahlah sedih-sedih okay. Nanti Maira
balik sana. Sekejap aje, tak lama aje dah,” pujuk Sera Humaira. Dia tidak mahu
mamanya bersedih, kalau mamanya bersedih risau kalau-kalau kesihatannya mamanya
akan terjejas.
“Mama okay aje. Tak apalah, mama tidur dulu tau. Nanti
kirim salam mama dekat nenek tau.Selamat malam, mama sayang Maira!” ucap Puan
Hasnah.
“I love you,
ma. Kirim salam dekat abah ye,” kata Sera Humaira sebelum memutuskan talian.
Dia keluh perlahan. Lantas meletakkan telefon bimbitnya di atas katil.
“Sapa telefon kamu, Maira!” laung nenek daripada
ruang tamu.
“Mama call.
Dia kirim salam dekat nenek,” Kaki Sera Humaira melangkah keluar daripada bilik
tersebut. Melihat neneknya sedang makan mempelam di cicah bersama dengan asam.
Membuatkan Sera Humaira terliur.
Sera Humaira terus bersila bersebelahan dengan
neneknya. Dia mengambil salah satu mempelam yang sudah potong masuk ke dalam
mulut. Berkerut muka Sera Humaira memakan makanan yang masam.
“Nenek okay ke kalau Maira balik lusa,”
Nenek memandang Sera Humaira dengan tenang.
“Balik aje Maira. Kamu tu bekerja dengan syarikat
orang. Takkan kamu nak menetap dekat sini. Dekat sini apa boleh buat. Tak ada
pekerjaan sama taraf dengan kamu belajar tu,” ujar nenek.
Sera Humaira tahu neneknya berat hati melepaskan dia
pulang semula ke ibu kota. Makin berumur, makin sensitive. Begitulah nenek sekarang, kalau anak cucu pulang ke
rumah. Pasti dia akan berkata begitu.
“Alah, nenek janganlah sedih. Nanti ada masa
panjang, Maira datang lagi rumah nenek. Nenek senyumlah sikit, tak nak
masam-masam macam ni,” Sera Humaira diburu serba salah dengan sikap neneknya.
Segaris senyum dari nenek terlakar.
“Macam tu lah. Baru comel,” pantas Sera Humaira
mencium pipi nenek. Gembira hatinya apabila nenek tersenyum.
DERUMAN enjin motosikal semakin jelas di celah gegendang
telinga. Deruman telah berhenti di halaman rumah neneknya. Sera Humaira
mengintai dari celah tingkap ditutupi langsir. Dia menggaru kepalanya. Aduh,
sapa tu?
Sera Humaira mencapai kain tuala kecil untuk menutupi
kepalanya sebelum dia ke halaman rumah. Teragak-agak dia melangkah kakinya
keluar. Beberapa kali kedengaran memberikan salam.
“Waalaikumussalam,”
Sepantas kilat Sera Humaira meluru ke halaman
rumahnya. Dia memandang lelaki menaiki moto Honda EX5.
“Maaf menganggu, Nek Jah ada tak?” tanya lelaki
tersebut.
“Nenek ada, tapi dia tengah solat,” agak gugup Sera
Humaira. Sejak bila pula aku dapat penyakit gemuruh ni.
“Oh iye ke. Kalau macam tu tolong sampai makanan
untuk Nek Jah. Nanti cakap mak Aiman kasi okay,” Huluran beg plastic lut sinar
berisikan dua bekas Tupperware kini bertukar tangan. “Dalam bekas tu ada Mee
goreng dan satu lagi tu ada sikit kuih. Tadi ada kenduri sikit,”
“Terima kasih ye,” ucap Sera Humaira dengan sopan
santun berserta senyuman.
Tidak beberapa lama kemudian, motosikal yang ditunggang
oleh lelaki itu lesap daripadanya. Baru sahaja, menoleh kebelakang. Sekujur
tubuh berdiri di belakang tanpa sedari. Kus semangat, boleh lemah jantung macam
ni.
Tertinjau-tinjau nenek mencari lelaki yang datang
sebenar tadi.
“Ni nenek budak laki tadi tu, dia kasi kita mee goreng
lebih daripada kenduri dekat rumah dia,” Sera Humaira menunjukkan bungkusan
makanan diterima olehnya sebentar tadi. Dia melangkah ke ruang dapur dibantuti
oleh nenek.
“Ni mesti Aiman yang hantar, betul tak,” teka nenek
lantas mengerlingkan mata kea rah cucunya.
“Manalah Maira kenal sapa Aiman tu, Maira tolong ambil
budak tu suruh kasi ke nenek,”
Sera Humaira menarik kerusi kayu yang tersorong di
bawah meja makan itu. Lalu menghenyak punggung.
“Sapa lagi kalau bukan Aiman. Budak tu aje rajin
datang kasi dekat nenek makanan semua ni,” Sera Humaira hanya sekadar mendengar
apa yang dikatakan oleh nenek. “Aiman tu budak baik, tak silap nenek. Dia lebih
kurang sebaya dengan kamu aje,”
Sera Humaira mengangguk perlahan.
“Tapi Aiman tu sebenar duda. Kesian dekat dia. Tak
sampai dua bulan dia kahwin dengan arwah isterinya. Isterinya pergi menghadap
Illahi, sebabnya isteri dia ada menghidapi radang paru-paru,”
“Macam tak percaya ja.Habis sekarang ni, dia masih
bujang lagi ke,” teringat Sera Humaira lelaki berjanggut sejemput tu. Dari
luaran, Sera Humaira mengatakan dia seorang baik. Tapi sejujur dia tidak
mengenali lelaki itu. Sukar untuk dia menilai.
“Bujang lagi. Dia lebih suka bekerja. Macam kamu.
Kamu dah jatuh hati dekat dia ke?” duga nenek tiba-tiba. Nenek mengatur langkah
ke cabinet lalu mencapai teko untuk dibancuh air.
“Ish apalah nenek ke situ pula. Maira tanya sajalah.
Nek, janganlah salah faham,” terkulat-kulat Sera Humaira menjawab. Malu mula
membenih dalam dirinya. Sehingga sekarang, dia tiada teman di sisi. Entah apa
dia tunggukan pun tidak pasti.
“Apa salahnya, kalau kamu berkenalan dengan Aiman
sekali pun. Dia pun bukannya ada isteri. Maira tak payah risau sangat. Tak
berdosa pun, kamu berkawan dengan dia,”
Kata-kata nenek dicerna dalam fikirannya. Padanya,
memang dia tidak kesah kalau nak berkawan tapi dia benar-benar belum bersedia
mengenali sesiapa saat ni. Dia ingin menumpukan semuanya perhatian terhadap
karier buat masa ni.
BERSAMBUNG..
P/S: Semoga terhibur. kalau ada permintaan,part seterusnya akan diupdate. tinggalkan komen anda dan terima kasih
cerita awak bset-best belaka.
ReplyDeletetapi kan, nape asyik ade kesalahan tatabahasa je. maksudnya,tertinggal perkataan(ni yang byk sgt2 lah). contohnya, "dah, dinner abah tadi" sepatutnya "dah, dinner dengan abah tadi". Kedua, 'Padanya, memang tidak kalau nak berkawan tapi dia benar2 bersedia mengenali.....' sepatutnya ditambah 'tidak'di antara benar2 dan bersedia. Kesilapan mcm ni agak mengganggu kefahaman pembaca.
Sori. kslahan tatabahasa tu mmg tkboleh nk control dah . tengs sbb bgtw tadi . nnti saya betulkan
ReplyDeletetak sabar na baca next episod . hihi . dalam fikiran ni mcm agak maira dgn aiman je nanti .. tp na baca dulu . btw ..yup . ada la ayat2 yang tertinggal tu ..
ReplyDelete