KAU AKU PUNYA VERSI 2- PART 2


USIK MENGUSIK menjadikan suasana villa mewah tersebut meriah. Datin Maznah hanya tersenyum melihat gelagat pasangan anak kembarnya iaitu Shima dan Zafran yang kian melonjak dewasa. Mereka dua sememang mesra, gaduh bersama. Jarang mereka berdua berpisah. Masing-masing saling melengkapi.
            “Ima, turunlah. Bosanlah mandi sorang-sorang,” pinta si abang kembar supaya turun ke dalam kolam itu bersama.
            “Tak naklah. Ima baru aje sudah mandi. Rambut ni pun tak kering lagi tau,” balas Shima sambil menunjukkan rambutnya masih basah lagi.
            Shima sekadar duduk di tebing kolam renang. Zafran sudah menarik-narik tangan Shima.
            “Abang Zaf! Ima taknak lah!” bentak Shima kuat. Geram sikap abang kembarnya suka memaksa.
            “Zafran! Adik kamu cakap taknak kan. Jangan dipaksa-paksa, putus pulak tangan anak dara yang sorang tu,” Datin Maznah mula bersuara. Dia meletakkan surat khabar dibaca di atas meja kecil.
            “Alah, mummy ni. Bukan selalu pun nak mesra dengan Ima sekarang. Zaf sekarang dah assignment nak kena buat. Masa sekarang ni aje nak manja dengan Ima,” balas Zafran sambil mengapung dirinya di dalam kolam.
Payah betul cakap dengan lelaki suka memaksa dan keras kepala . Semua benda nak kena dengar cakap dia aje.Omel Shima dengan menjuihkan bibirnya.
Assignment ke awek, cik abang oit,” sengaja dia menekan perkataan awek, supaya mummynya mendengar. Berubah raut wajah muka Zafran. Lelaki itu menjadi cuak. Padan muka, suka sangat paksa orang kan.
Datin Maznah sekadar memasang telinga lantas dia bertanya. “Betul ke, Zafran,”
Shima sudah tersenyum-senyum. Kelat muka Zafran ketika itu. Kurang asam punya adik, langsung tak boleh nak simpan rahsia.
“Mana ada lah mummy. Zaf Cuma kawan aje dengan dia,” gugup Zafran berkata. Shima sudah mengejek-ejek lalu mengangkat ibu jari ke kiri ke kanan sambil menjelirkan lidah.
“Kalau keluar dengan anak dara orang tu, bagitahu mak ayah dia. Sekarang dah macam-macam kes. Dengar pesan mummy ni,” pesan Puan Maznah terhadap anak lelakinya.
Dari jauh Puan Maznah menyinggah matanya melihat anak bujangnya yang sulung sedang leka bermain dengan Ipad. Sejak pulang ke Malaysia, jarang dia dapat berborak dengan anak sulungnya. Mungkin factor kesibukkan, apabila anaknya itu sudah bekerja dia syarikat suaminya sebulan lalu.
Puan Maznah membiarkan sahaja anak kembarnya di kolam, dia mengatur langkah ke anak sulungnya di bawah pondok kecil tersedia di villa tersebut. Anak lelakinya itu, langsung tidak menyedari kewujudan Puan Maznah disitu.
“Boleh,Mummy duduk dengan Is,” ujar Puan Maznah. Sedikit tersentak apabila Puan Maznah sudah berdiri dihadapannya. Syafiq Iskandar memberi ruang kepada mummy untuk duduk dia situ. Syafiq Iskandar meletakkan Ipad diriba.
“Is, tak keluar dengan kawan hari ni,” Puan Maznah menanya soalan itu kepada anaknya.
“Tak agaknya. Penat hilang lagi sekarang ni,”  balas Syafiq Iskandar dengan nada lembut. Syafiq Iskandar baru sahaja pulang daripada Langkawi atas urusan kerjanya.
“Baguslah kalau macam tu. Boleh tengok kan adik-adik kamu tu,” Puan Maznah memandang anak kembarnya yang masih berada di kolam renang. Terjerit-jerit Shima apabila disakat oleh Zafran.
“Kenapa mummy cakap macam?” Berkerut dahi Syafiq Iskandar dengan pertanyaan begitu.
“Kamu tahu kan, adik-adik kamu tu dah makin membesar. Mummy tak risau sangat dengan Zafran tu. Tapi Shima, dia tu perempuan. Mummy risaulah dengan sapa dia kawan dekat kolej tu,” guras hati seorang ibu memikirkan anak gadisnya itu.
“Mummy, jangan risau ye. Is, akan pastikan Ima tu baik-baik aje. Mummy jangan risau sangat okay,” Syafiq Iskandar meraih tangan mummy. Dari jauh, melihat adik-adik sedang bersuka-suka.
“Yelah. Masa Is pergi Langkawi, Is takada ke jumpa sapa-sapa?”
Syafiq Iskandar terpinga-pinga, dengan pertanyaan mummy. Apa maksud mummy.
“Maksud mummy, apa?” dia menantikan jawapan daripada mummynya.
“Teman wanita,”
Dua patah perkataan itu membuatkan terkejut beruk. Bukan di tak tahu mummynya ni, pergilah celah mana dunia pun. Balik aje rumah mesti tanya soalan macam tu jugak.
“Mummy, Is pergi meeting dekat sana. Bukan cari girlfriend, kalau betul-betul Is dah bersedia nak berumah tangga. Is bagitahu mummy okay,”
Tersenyum Puan Maznah mendengar kata-kata Syafiq Iskandar. Keluh perlahan dengan keinginan mummynya untuk mempunyai menantu. Sejak berada UK, dia tak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana gadis. Semuanya sekadar berkawan. Tidak terfikir untuk menjadi sebagai teman suri seumur hidup.

PUSING KIRI PUSING KANAN langsung tidak dapat melelapkan matanya. Kehidupan tinggal di asrama Kolej Pulau Jagus tidak ada apa yang dibanggakan. Rata-rata pelajar di sini boleh dikategorikan sebagai peramah atau lebih tepat mesra alam.
Syafiq Iskandar cuba sedaya upaya memujuk untuk tidur. Penat dirinya tidak hilang lagi, apabila cikgu Asma membuat kelas tambahan di saat akhirnya. Dia memerhatikan rakan-rakannya lain. Ada yang sedang tekun membaca komik. Ada sedang makan meggi da nada juga melayan perasaan.
Sekali dia cuba memujuk dirinya untuk tidur. Tangannya diletakkan pada dahi.
“Is, kau buat apa??” Mubin datang mengejutnya.
“Aku tak buat apa-apa. Bosan tahap gaban dah ni,” Syafiq Iskandar berterus terang. Mahu sahaja dia panjat pagar sekolah untuk pulang ke rumah dan yang pasti rekodnya akan kotor lagi.
“Baguslah, kalau kau tak buat apa-apa. Jom ikut aku pergi main hoki,”
Bercahaya muka Syafiq Iskandar apabila Mubin mengajak bermain hoki.
“Eloklah tu, aku pun dah lama tak pegang stick hoki,”
Semangat berkobar-kobar untuk bermain hoki. Tak sampai 5 minit masa bersiap-siap. Mubin mengekorinya dari belakang.Perjalanan ke padang mengambil masa 10 minit. Semasa di stor sukan, dia menemui kayu hoki yang masih baru digunakan.
Kali terakhir dia bermain hoki, setahun lepas waktu dia di tingkatan 4. Syafiq Iskandar telah berjaya memasuki pertandingan di peringkat daerah. Sekarang, dia perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya.
Kawasan padang sekolah dipenuhi oleh pelajar-pelajar, sebilangan berlatih sukan da nada bersantai di kawasan padang. Syafiq Iskandar memerhati anak mata Mubin melilau seperti mencari seseorang dalam kawasan padang. Dia meninggalkan Mubin dan teruskan melakukan stretching serta menyertai pasukan lelaki.
Dihujung padang, terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang berlatih bola jarring dan sekumpulan kecil bersorak-sorak sambil melaungkan nama Faiz. Siapa Faiz? Kalau bukan jaguh acara sukan. Semua acara sukan kau bolot. Sebal hati mendengar sebaris nama tersebut.
Bola hoki sampai hujung kayu. Syafiq Iskandar meneruskan permainan. Dia Berjaya menbolos tiga empat orang yang mengawal gerak gerinya. Dia tersenyum sinis. Kacang rupanya! Seorang demi seorang dia mencelah dan mengacah sebelum semakin laju menuju ke gawang gol.
Jeritan pelajar perempuan junior tidak menghairannya malah dia masih meneruskan permainan. Lalu bola hoki itu dibawa ke tengah padang. Entah dari mana muncul, lelaki bernama Faiz tercegat depan Syafiq Iskandar.
Gaya Faiz memegang kayu hoki seperti hadalan dalam permain hoki. Sebenarnya, antara Faiz dan Syafiq Iskandar adalah musuh ketat. Tambahan lagi, Faiz sudah memegang jawatan kapten dalam kelab hoki sekarang ini. Syafiq Iskandar mengacah ke kanan, dia menghalang. Acah dia ke kiri, dia mengelak.
‘Aduh, langsung dia tak nak kasi chance!’
Luar kawasan padang teriakkan suara sumbang melaungkan nama Faiz. Semakin menjadi. Ada jugak yang makan bola hoki petang-petang ni agaknya. Rungut Syafiq Iskandar dan membuatkan dia menyampah serta geram.
Bola tersebut meluru kiri padang dan menghala kea rah pasukan bola jaring.Faiz masih lagi dibelakangnya. Idea mula menyinggah dalam otak kecilnya. Dia mula memperlahankan bola tersebut supaya Faiz mengejar kelajuannya.
Syafiq Iskandar mula mencari idea yang bagus untuk lelaki itu lebih sedar bahawa bukan dia seorang sahaja tahu bermain hoki. Di saat itu juga, Faiz menunjuk lagak seperti pemain handalan. Hati Syafiq Iskandar sudah gelak jahat. Faiz makin rapat dan tersenyum sumbing. Semakin rapat dan rapat.
Syafiq Iskandar mula menghayunkan kayu hoki tersebut. Pada waktu itu, Faiz mengelak seterusnya bola itu telah melencong dan menuju ke luar padang serta menghala kea rah pasukan bola jarring.
Pek!
Bagai rahanya jatuh dan peluh mula merintih akibat dia terkejut apa yang berlaku. Wajah Syafiq Iskandar pucat lesu manakala Faiz melopong. Jeritan pelajar perempuan bagaikan terkena hysteria apabila kelihatan seorang gadis jatuh terbaring dihentam bola hoki. Suara Faiz menjerit dengan penuh emosi
“HUMAIRA!!!”
‘Mampus aku… mampus aku kali ni…’

SYAFIQ ISKANDAR seperti cacing kepanasan. Dari tadi tidak duduk diam. Sekejap diri. Sekejap bangun. Serabut kepala Mubin dengan sikap kawan sebiliknya.Setiap kali dia berfikir, pasti nama Sera Humaira melantun-lantun dalam fikirannya. Syafiq Iskandar diburu serba salah.
“Macam boleh jadi macam ni,”
Langkah Syafiq Iskandar terhenti mendengar pertanyaan Mubin, Mubin turut mendapat tempiasnya. Dia turut pelik dengan kewujudan gadis bernama Sera Humaira. Tidak pernah dia tahu adanya gadis tersebut. Lain di rancang, lain yang terjadi.
“Sapa budak Humaira tu? Aku tak kenal pun,” soal Syafiq Iskandar.
Mubin tersengih. “Kau tu bukan tak kenal tapi tak ambil tahu langsung. Budak tu punya famous, boleh kau tak kenal dia. Dia tingkatan 4. Baru pindah sini, semua laki nak mengayat okay.”
“Dia tu anak YB sampai semua orang nak dekat dia,” Syafiq Iskandar masih tidak puas hati. Mubin sengaja membiarkan pertanyaan Syafiq Iskandar. Syafiq Iskandar, manusia yang tiada perasaan dekat perempuan. Gay ajaknya. Hati Mubin berkata-kata.
Risau dengan keadaan Sera Humaira yang benjol dan luka didahinya. Kalaulah warden aspuri, Cik Bainun tahu mesti teruk kena dengar ceramah. Syafiq Iskandar mengajak Mubin ke bilik rawatan, sampai sahaja di bilik rawatan kelihatan Faiz  di situ.
‘Apasal, Faiz tu concern sangat pasal si Humaira. Apa, Faiz tu balak Humaira  ke. Lantaklah sapa pun. Antara aku dengan mereka tidak urusan. Aku hanya nak melawat dia dan aku antara punca sebab dia jadi macam tu,’ bisik hati Syafiq Iskandar.
Kelihatan gadis itu sudah sedarkan diri. Faiz memandangnya seolah-olah mahu telannya hidup-hidup. Faiz bergerak meninggalkan Sera Humaira untuk memberi ruang Syafiq Iskandar. Sera Humaira bangun dari pembaringan. Dia agak berasa pening-pening lalat.
“Luka dekat dahi dah okay,”
Soalan pertama keluar dari mulut Syafiq Iskandar. Soalan sepatutnya tak perlu di tanya. Dahi gadis itu sudah pun berbalut. Sera Humaira meraba-raba dahinya. Mungkin dia masih tidak percaya luka itu di akibatkan oleh hentam bola hoki. Syafiq dihimpit perasaan serba salah.
Sera Humaira memberikan senyum. “Luka ni okay sikit kut, lepas Cik Nur bersihkan luka tadi. Darah pun berhenti mengalir,”
“Is, minta maaf pasal tadi. Is tak sengaja,”
Sera Humaira menggeleng. “Tak apa.. Maira tahu Is tak sengaja,”
Gadis itu mengorak senyuman menampakkan sebaris gigi yang putih. Syafiq Iskandar turut membalas senyuman.
“Sebenarnya, Maira teringin juga nak kenal dengan orang yang buat Maira pengsan tadi,”
Gulp! Terasa kesat air liur yang ingin di telan.
“Kenapa? Nak balas dendam ke?”
Humaira tergelak kecil. “Tak, salahkan kalau kita berkawan. Lagipun, nama Is jadi sebut-sebutan dekat sekolah ni,”
‘Tak padan dengan sakit. Sempat lagi kau nak menggatalkan,’
“Okay,” sepatah dijawab oleh Syafiq Iskandar.
Sejak insiden di kawasan padang sekolah, membuatkan hubungan Sera Humaira dan Syafiq Iskandar menjadi akrab. Apabila ada masa terluang pasti, mencuri masa untuk berjumpa. Syafiq Iskandar menjadi guru kepada Sera Humaira ketika dia mengalami masalah dalam memahami pembelajaran.
Pada mulanya, agak kekok Syafiq Humaira menyesuaikan diri tapi semuanya menjadi normal apabila dia mengenali gadis itu. Gadis suka senyum setiap masa. Ceria tanpa mengira waktu. Bahagia mengenali gadis tersebut.

“ASTAGHFIRULLAH!” Syafiq Iskandar meraut wajahnya dengan kasar. Dia memejam mata seketika.
‘Jauhnya aku berkhayal. Mungkin aku rindukan gadis tu agaknya,’ bisik hatinya. Syafiq Iskandar bingkas bangun dari birai katil lalu melangkah ke balkoni. Dari atas, dia melihat adik-adiknya sedang sibuk membasuh kereta milik mereka berdua. Untuk kesenangan mereka berdua, hendak ke mana-mana.
Tambahan lagi, masing-masing kolej yang tidak sama. Wajah mulus milik Sera Humaira menari-nari dalam ruang fikirannya. Dia mula terfikir, adakah Sera Humaira mengingatnya lagi setelah bertahun-tahun berpisah.
Bukan dia tidak mahu mencari di mana ke berada gadis tersebut. Cuma dia belum yakin ingin bertemu dengannya. Kepermegiaannya ke luar negara langsung tidak khabarkan oleh Syafiq Iskandar. Hanya selepas beberapa bulan berada di sana. Dia mengirimkan email yang pertama dan terakhir.
Sepanjang di sana, berpuluh-puluh di kirim daripada. Tiada satu di balas. Dia sendiri tak tahu apa dia lakukan. Fikiran Syafiq Iskandar mula serabut dan buntu. Mahu sahaja dia jerit sekuat hati mengatakan terlampau rindukan gadis.
Dia mengeluar dompetnya dari poket belakang seluar jeans tu. Dia membuka compartment di bahagian hadapan. Sekeping gambar kecil, diselit bawah kad pengenalan dan lessen keretanya.
 Tanpa di duga, dia mengukir senyuman. Satu-satunya gambar dia bersama Sera Humaira sewaktu  Hari Kantin di Kolej Jagus. Ceria terukir pada wajah gadis itu. Sukar dia melupakan gadis pertama yang menghulurkan salam perkenalan.
“Di mana, Maira sekarang!” monolog Syafiq Iskandar sendirian.
‘Pasti seseorang tahu dia di mana sekarang,’
Bagaikan ada mentol kecil di atas kepalanya. Dia tersenyum lalu dia bergerak meletakkan dompet dan gambar terus di atas kali. Tergesa-gesa dia menuruni tangga tersebut dan hamper melanggar adik perempuannya yang sedang mendaki tangga sambil membelek majalah.
“Adik, mummy mana?” soal Syafiq Iskandar terburu-buru.
“Hah! Mummy ada aje kat dapur tu. Kenapa long?” jawab Shima dengan terpinga-pinga. Sebelum sempat Shima menjawab, Syafiq Iskandar sudah menapakkan kaki di bahagian dapur.
Berulang kali Shima menggeleng kepalanya lantas dia terus mendaki anak tangga terus dan masuk ke kamarnya. Syafiq Iskandar melihat Datin Maznah sedang menutup peti sejuk manakala pembantu rumah sibuk menyiapkan makan malam.
“Mummy,” panggil Syafiq Iskandar. Puan Maznah mendengar seseorang memanggil lalu di paling perlahan. Melihat anak bujang sudah tercegat di hadapan dapur.
“Humaira dekat mana sekarang,”
Reaksi Datin Maznah adalah terperanjat.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)