PART 3
“MAIRA, DEKAT MANA SEKARANG,” suara
Puan Hasnah berada di hujung talian.Sudah beberapa kali Puan Hasnah
menghubunginya dan menanyakan perkara yang serupa.
“Maira,
nak sampai ni ma,” jawab Sera Humaira masih menumpukan perhatiannya pada
pemanduannya. “Lagi setengah jam Maira sampai okay mama,”
Sera Humaira mematikan panggilan
tersebut. Lalu dicampaknya telefon itu pada kerusi sebelah pemandu. Tazkirah
petang mulai berkumandang di corong radio. Jam telah menunjukan tujuh malam,
hari sudah mulai gelap. Dia masih lagi dalam perjalanana menuju ke destinasi.
Kejadian tengah hari menyinggah ke
laman memorinya. Perkenalan antara dia dan Aiman tidak terduga.Fikirannya mula
melayang-layang.
“Aduh! Kereta ni mogok lagi,”
Puas dia menghidupkan kereta
tersebut, tapi tidak mahu hidup juga. Dia baru sahaja selesai membeli barangan
runcit untuk neneknya. Sera Humaira mula mengeluh. Pasti nenek menunggungnya
dirumah.
Dia sedikit kebinggungan, takkan nak
tinggal kereta dekat sini. Boleh patah kaki kalau jalan kaki. Bukan dekat rumah
nenek, dengan cuaca panas macam ni lagi. Kereta ni pun satu nak mogok tak kena
masa lah.
“Assalamualaikum..kenapa ni?” satu
suara memberi salam kepadanya.
“Waalaikumussalam..kereta ni buat hal
lagi,” tanpa segan silu Sera Humaira membuka mulut sambil mengukir senyuman
pada lelaki dikenali sebagai Aiman. Aiman turut membalas senyuman itu. Terasa
kekok Sera Humaira apabila bersama lelaki kurang dikenalinya.
“Boleh saya tolong tengok apa masalah
dekat kereta awak,”
Sera Humaira menggangguk dengan
tindakkan oleh lelaki itu. Biarpun dia tidaklah mengenali lelaki tersebut.
Naluri hatinya berkata lelaki itu baik. Lelaki itu meminta Sera Humaira mula
membuka bonet bahagian enjin. Dia sekadar mendengar arahan daripada lelaki.
Setelah puas di belek oleh Aiman,
dia ternampak satu wayar tertanggal lalu di sambungan semula. Disebalik bonet
tu, Sera Humaira terjengket-jengket melihat lelaki itu.
“Tolong hidupkan kereta ni kejap,”
pinta lelaki tersebut. Sera Humaira memandang lelaki tu tanpa berkelip.
“Apa awak cakap tadi?” tanya Sera
Humaira.
“Cuba hidupkan enjin kereta awak
ni,” pinta sekali lagi Aiman lantas membungakan senyuman.
Sera Humaira mengangguk dengan itu dia cuba menghidupkan keretanya dan
keretanya Berjaya dihidupkan semula. Dia tersenyum.
“Thanks, tolong saya,” kata Sera
Humaira.
“Tak ada masalah, hari awak susah
saya tolong. Nanti bila saya susah awak pula tolong saya,” Biarpun panas terik,
tiada alasan untuk Aiman mengenali gadis itu. “Nama awak, sapa?”
“Panggil aje Maira,” Sera Humaira
menilik jam pada pergelangan. Jarum jam sudah merangkak ke pukul dua belas
tengah hari. Dia teringat akan nenek dirumah.
“Okaylah kalau tak ada apa-apa saya
gerak dulu. Dah lewat ni,” sambung Sera Humaira. Aiman mengulum senyum dengan
anggukan dua kali. Aiman mengeluarkan sesuatu daripada dompetnya. Sekeping kad
berwarna hitam di serahkan kepada Sera Humaira. Kad itu telah bertukar tangan.
“Nama awak, Aiman ye,”
Aiman mengangguk sekali gus
mengiyakan
Sera Humaira menilik kad tersebut
lalu di capainya dompetnya di atas tempat duduk pemandu. Dia menyerahkan
sekeping kepada lelaki tersebut. Aiman mengambil tanpa berkata panjang.
“Okaylah, saya gerak dulu ye. Terima
kasih sekali lagi,” pamit Sera Humaira kepada Aiman. Kereta milik Sera Humaira
sudah bergerak ke jalan raya. Aiman masih berada disitu. Kad itu masih
dipengang olehnya. Dia membaca bait-bait ayat yang tertera di situ.
‘Sera Humaira binti Ahmad Luqman.
Cantik nama seperti empunya badan. Arghh! Rasanya aku dah jatuh cinta lagi,’
Suara hatinya berkata tanpa sedari
dia mengoyak senyuman.
SERA HUMAIRA ke
pejabat setelah hampir seminggu dia diberikan cuti. Sebaik kalinya, melangkah
masuk ke ruang lobi. Dia menyapa ramah ke semua staf yang berada di situ. Dia
jugak tidak lokek memberikan senyuman.
Sera Humaira menghayun langkah
menuju ke arah lif untuk naik ke pejabatnya di tingkat empat. Sebaik sahaja
pintu lif itu terbuka dan sampai ke tingkat empat,laju Sera Humaira menapak.
“Morning,”
Sera Humaira menyapa ceria beberapa orang pekerja. Tersenyum mereka apabila
Sera Humaira sudah kembali bekerja semula.
“Eh! Cik Maira dah masuk semula.
Kitaorang semua rindukan Cik Maira,” kata salah seorang pekerja bernama, Ayu.
“Saya pun rindu korang semua. Tak
best cuti lama-lama. Bosan,” balas Sera Humaira ceria. “Okaylah saya gerak ke
bilik saya dulu,”
Mereka semula mengangguk lalu
meneruskan kerja mereka. Laju langkah ke biliknya. Terkejut ala kepalang Sofea
melihat bosnya sedang bergerak menuju ke biliknya yang berhampiran dengan
tempatnya.
‘Bukan ke Cik Maira ambil cuti
sampai dua minggu. Ni baru aje seminggu,’ suara hati Sofea mula berkata-kata.
Sera Humaira mengetuskan senyuman
dari jarak jauh untuk Sofea. Sofea bingkas bangun apabila langkah kaki Sera
Humiara sudah menghampiri biliknya. Sofea segera mengekori Sera Humaira lalu
membuka pintu pejabatnya. Rindu pada ruang pejabat yang tinggal selama seminggu
itu.
Dia meletakkan beg tangan di atas
meja tersebut serta dia menghempaskan punggungnya pada kerusi kulit tersebut.
Dia memerhatikan setiausahanya seperti tak tentu arah.
“Awak okay tak Sofea,” tanya Sera
Humaira.
“Saya okay je Cik Maira. Bukan ke
Cik Maira dapat cuti dua minggu,” Sofea terus terang pada bosnya. Sera Humaira
tarik sengih.
“Memang pun, tapi saya just ambil seminggu aje,”
“Datuk Sabri tak marah Cik Maira
ke,”
“Tak pun. Saya dah cakap dengan dia.
Saya cuma nak cuti seminggu aje,”
Lega hati Sofea mendengar apa yang
dikata oleh bosnya.
“Baguslah tu, Cik Maira. Saya ni dah
mati kutu duduk cangkak dekat ofis ni bila Cik Maira cuti. Selalu saya yang
ambil cuti. Tak kali Cik Maira pulak cuti. Pelik jadinya,” kata-kata gadis
tinggi lampai yang berdiri dihadapannya membuatkan hatinya tercuit.
Sambung Sofea lagi. “Macam cuti best tak,”
“Alhamdulilah. Okay aje. Rasa badan
ni lebih segar. Dengan rehat cukupnya. Membuatkan saya lebih semangat nak
bekerja,”
“Biasalah tu Cik Maira. Cik Maira ni
workaholic sangat sampai tak ada masa
tuk rehat,” becoh mulut Sofea bercakap daripada tadi. Dia faham sangat dengan
bosnya. Siang malam bekerja, bila dah malam terpaksalah dia temankan bosnya.
“Okay, awak boleh check semula mana-mana klien saya cancel tu,” kata Sera Humaira kepada
Sofea.
“Pasal tu, Cik Maira tak perlu risau
sebabnya, Encik Safuan dah uruskan,” balas Sofea. Sera Humaira mengangguk dalam
hati.
“Tapi Cik Maira, Datuk Yusof nak
sangat berjumpa dengan Cik Maira. Dia tak nak orang lain yang ambil alih tugas
ni. Dia tunggu Cik Maira untuk berbincang pasal projek baru tu,”
Sera Humaira mengetap bibirnya.
“Okay kalau macam tu.Awak setkan masa dengan tempat. Nanti awak bagitahu saya
semula,”
Sofea menulis sesuatu di dalam
planner. Dia teringat sesuatu. Dia menyelak laju muka surat planner dia
bahagian belakang sekali. Sampul surat berwarna putih. “Sebelum saya terlupa,
ada orang minta kasi ke Cik Maira,”
Sofea menghulurkan sekeping sampul
surat berwarna putih tersebut kepada Sera Humaira. Teragak-agak Sera Humaira
mengambil huluran tersebut. Sampul tersebut telah bertukar tangan. Dia membelek
sampul tersebut, tertera namanya ditulis.
“Dah lama ke sampai surat ni,” soal
Sera Humaira.
“Dua hari lepas,” Sera Humaira
mengangguk tanda mengerti dengan kata-kata Sofea.
“Ada apa-apa lagi, Cik Maira,”
Sera Humaira mengelengkan kepalanya
dan mengarahkan Sofea keluar. Pintu sudah kembali tutup. Sera Humaira memandang
sampul putih ditangannya. Dia terhidu bau-bauan wangi pada sampul tersebut.
“Sapa yang kahwin kali ye?” monolog
sendirian.
Pantas tangannya membuka sampul
tersebut. Sekeping kad kecil berwarna biru cair. Tak sabar dia ingin melihat
nama batal tertera pada tersebut.
Di berulang kali dia membelek.
Dahinya berkerut. Ini bukan kad kahwin. Tapi majlis makan malam di Hotel
Vistana untuk bekas pelajar SPM tahun 2001,2002 dan 2003. Ala-ala reunion lah
ni.
Sera Humaira menyandar lemah pada
kerusi tersebut. Berulang kali melihat kad tersebut. Nak pergi ke tak ni?
Melihat tarikhnya lagi dua minggu. Keluh kecilnya.
Tok! Tok!
Ketukan pintu tersebut mengejutkan sedikit Sera Humaira.
Kedudukannya segera dibetulkan sebelum dia mengarah masuk.
“Masuk!”
Sebaik sahaja pintu dikuak. Tubuh
sasa milik seseorang di kenali melangkah masuk seiring dengan senyuman. Sera
Humaira turut membalaskan senyuman. Tanpa dijemput, dia terus tarik kerusi
depan Sera Humaira lalu duduk.
“Selamat kembali bertugas dan I
ingat tadi, hanya bayang-bayang you tadi dekat lobi,” kata lelaki bernama,
Rafi.
Sera
Humaira mengangkat keningnya. “Aih sampai ingat bayang-bayang lagi. You
rindu I ke?”
Sempat lagi Sera Humaira seloroh
kepada Rafi. Memang tidak dinafikan, lelaki tersebut mempunyai ketampanan.
Ramai gadis terpikat dengannya, tapi apakan daya dia telah berpunya. Rafi sudah
pun bertunang.
“Macam dengan cuti you. Okay ke?” soal
Rafi ingin tahu.
“Okay aje. Tak ada apa yang
menarik,” Sera Humaira sekadar basa basi tentang cutinya.
“Manalah tahu, you ada jumpa
sapa-sapa yang special ke?”
Kata-kata Rafi mengingatkan kepada
lelaki bernama Aiman. Disebabkan keretanya yang mogok dua hari lepas, Aiman
sudi membantunya untuk memerikasa kenderaannya.
Rafi memetik jari di depan muka Sera
Humaira. Gadis itu tersentak. Cepat sungguh dia berkhayal.
“Sempat lagi you berangan depan I kan. Mesti you ada jumpa someone yang special ni,” Rafi masih tidak puas hati. Dia mahu tahu siapa telah
mencuri hati gadis itu.
“Ish you ni kan. Lagipun I ada jumpa
lagi special daripada tu,” sengaja
dia memancing minat terhadap Rafi.
“Sapa?”
“Nenek I, I rindu sangat dekat dia,”
kata Sera Humaira sambil menahan gelak apabila melihat muka Rafi jelas
kehampaan.
“I ingat sapalah tadi. Jom breakfast. I laparlah,”
“Okay. Jom!”
SUASANA
villa mewah itu agak sepi dan sunyi. Apabila si kembar pergi menghadiri ke
kuliah. Syafiq Iskandar sedang merehatkan mindanya dihalaman rumah. Syafiq
Iskandar menghirup kopi yang dibancuh oleh penbantu rumahnya. Matanya tertumpu
pada akhbar NST.
Tanpa disedari Datin Maznah sudah
mendekatinya. Datin Maznah menarik kerusi di tepi anak bujangnya. Syafiq
Iskandar melipat NST tersebut lantas diletakkan di atas meja.
“Kenapa Is tak pergi kerja hari ni,”
soal Datin Maznah telah memecahkan kesunyiaan antara mereka.
“Hurmm..pagi tadi Is rasa tak sedap
badan sikit,” jujur Syafiq Iskandar berkata.
“Is ada makan-makan apa yang tak
elok ke,” kerisauan mula diputik pada pangkal hati seorang ibu.
“Mummy, jangan risau. Is dah okay
ni,”
“Kalau tak sedap badan juga, nanti
mummy call je Doktor Dahlan,”
Syafiq Iskandar sekadar sekadar
mendengar cadangan Datin Maznah. Doctor Dahlan merupakan doktor peribadi
keluarga tersebut.
Beberapa ketika mereka mendiamkan
diri. Kedengaran loceng pagar berbunyi. Syafiq Iskandar dan Datin Maznah saling
berpandangan.
Belum sempat Datin Maznah bangun,
anak bujangnya sudah bersuara. “Biar Is pergi tengok kan,”
Syafiq Iskandar mengatur langkah ke
pintu pagar dan kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan villa itu.
“Hai sayang!”
Terkejut Syafiq Iskandar. Terkedu
apa dipandanga ketika itu hanyalah sebuah mimpi. Beberapa kali dia menampar
pipinya. Ah! Terasa perit. Dia benar-benar berada di dunia realiti.
Gadis diluar pagar itu sedikit
terkedu melihat perlakukan Syafiq Iskandar menampar pipinya berulang kali.
“Hey you! Tak nak ajak I masuk ke,”
kata gadis yang mengenakan dress paras lutut.
Syafiq Iskandar masih lagi
terpinga-pinga. “You buat apa dekat sini,”
Gadis tu mengukir senyuman. Syafiq
Iskandar membuka pintu pagar kecil untuk memberikan gadis itu masuk. Teksi yang berada di situ sudah pun bergerak
meninggalkan gadis tersebut bersama sebuah bagasi besar.
“El, datang sini sebab rindu dengan
you!”
Gadis tersebut membahasakan dirinya sebagai El.
Tiba-tiba gadis itu memeluk tubuh sasa Syafiq Iskandar. Dia kaget. Tapi dia
tidak membalas pelukan tersebut. Buntang mata Datin Maznah melihat kelakuan
tidak senonoh. Mahu pengsan dibuatnya.
Syafiq Iskandar menolak lembut tubuh
gadis itu. “You dari mana ni and you nak pergi mana dengan bagasi
besar macam tu,”
“Okay, I dari Singapore and I nak stay dengan rumah you selama sebulan,”
ucap Elina dengan ceria.
Bulat mata Syafiq Iskandar mendengar
setiap butir keluar daripada mulut El atau Elina. Tiba-tiba Datin Maznah
berdiri di tepi Syafiq Iskandar. Datin Maznah memandang Elina dari atas ke
bawah.
“Mummy, kenalkan ni Elina, classmate masih dekat oversee dulu,”
Tersenyum Elina apabila
diperkenalkan diri. “Hai, aunty!”
‘Budak ni tak reti nak salam ke apa.
Dari planet mana lah budak ni,’ gumam Datin Maznah.
Datin Maznah sudah bergerak
meninggalkan mereka berdua.
“Is, ajak dia masuk. Nanti terbakar
pulak duduk dekat situ,”
BERSAMBUNG
smbng ya..
ReplyDeleteInsyaallah. Ingat takada sambutan. so nak hntikan skjp
Deleteala smbng la, best kot.. sya baru ja ikut blog writer.. hehe
Deletesya skong writer pnya.. smbng ya?
x sabar nk bace smbungn die...mmg menarik n best utk dbaca......jgn lupe smbung eh....
ReplyDeleteTerima kasih sudi luang masa baca. InsyaAllah, saya akan post next capter . Tggu tau :)
Deletecepat2 sambung tau
ReplyDeleteOkay dear
ReplyDeleteMemang best version ni tapi aya akan sambung tak cerita original dia?
ReplyDeleteTak kut. sbb dah lari sikit dri crta asal :D
ReplyDeleteaik bukannye final ker nie?anyway sambung lah eh..
ReplyDelete