DALAM DIAM JATUH CINTA 1



PART 1

NYARING ketukan pada pintu jelas kedengaran. Berulangkali dia membiar ketukan tersebut. Dalam  mata terpejam, Nurnadia menerkup telingannya dengan bantal busuknya. Tangannya meraba-raba menarik comforter menyelubungi sehingga ke kepalanya. Di tambah dengan kedinginan air cond menyukar untuk dia bangun.
            “Nurnadia binti Shahzan.Wake up!!” jeritan Datuk Khatijah sudah memulakan tiupan trompetnya.
Nurnadia tersentak dengan suara itu, tanpa microfone boleh bergegar seisi rumah apabila dengar suara tersebut. Terus dia bangun daripada pembaringan. Dia terpisat-pisat matanya. Rambut kusut masai dibelasah ketika dibuai tidur nan lena.
Dia kembali menyembam mukanya di atas bantal. Sekali lagi ketukan pada pintu kedengaran. Terkejut Nurnadia.
“Ye! Nadia dah bangun!” suara garau milik Nurnadia meluncur.
Nurnadia meraba-raba Blackberry yang berada di bawah bantal. Sedaya upaya dia membuka matanya. Dia melihat jam pada telefon bimbitnya.
What!! Dah pukul Sembilan. Mampuih aku kali ni,”
Dia segera melompat daripada katil dan mencapai kain tuala serta menuju ke bilik air.

SUASANA kafe riuh rendah. Para pelajar yang menuntut di kampus sedang mengisikan perut mereka yang kosang. Zana, Apis dan Atul turut tidak ketinggalan untuk menjamu selera. Sesekali Zana menilik jam pada pergerlangannya.
            “Mana Nad ni. Mesti bangun lambat lagi ar tu?” ujar Zana merangkap kawan baik zaman sekolah rendah lagi. Zana meliar kiri kanan, kalau ternampak bayang-bayang gadis itu.
            “Macam lah kau tak kenal Si Nad tu. Mana pernah on time, selalu aje terbabas,” suara Apis mencelah. Hampir sejam dia menunggu gadis tersebut. Langsung tidak Nampak kelibatnya.
            “Chill lah beb. Kita tunggu aje, kalau tak tunggu karang touching pulak,” kata Atul. Teh O Ais disedutnya sudah pun tinggal separuh.
            “Sorry guys,” satu suara menyelinap dari belakang. Tiga sekawan itu menoleh serentak ke kiri. Masing-masing muka ketat.
            Beg sandangnya diletakkan di atas meja. Ditarik kerusi lalu diduduk. Matanya menala ke arah rakan-rakannya, senyum nipis terukir. “Sorry, aku bangun lambat tadi,”
            “Kitaorang dah masak sekali dengan rebus perangai kau tu, Nad oit,” Zana berkata lalu matanya dibawa pandangan ke Atul dan Apis. Mereka berdua mencebik.
            Nurnadia menayang sengihnya. Tangannya mencapai gelas berisi air milo milik Zana. Rakus dia menyedut. Betapa dahaganya dia ketika itu. Di rumah tadi, dia tidak sempat menjamah sarapan.
            “Sapa yang gerak kau kali ni,” soal Apis.
            “Mem besarlah. Sapa lagi ada kat rumah tu?” jawab Nurnadia sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya. Buku lukisan bersaiz A4 dikeluarkan.Dia menyelak laju. Mereka yang lain hanya melihat tingkah laku Nurnadia.
            “Okay tak!” soal Nurnadia dengan menayang gambar portrait seorang lelaki. Mereka bertiga saling berpandangan.
            “Awesome! Tapi tu bukan ke Az….”
            Belum sempat Apis menghabiskan ayat. Tiba-tiba mulutnya ditekup. Tercenggang Atul dan Zana melihat. Perlahan-lahan dia melepaskan Apis. Hampir tidak bernafas lelaki itu.
            “Eii! Masin lah tangan kau!” bentak Apis. Geram dengan Nurnadia sesuka hatinya aje nak tekup mulut aku.
            “Kalau tahu tu, diam-diam sudah lah. Kan tak pasal kena tekup,” kata Nunadia, dia tarik sengih apabila muka Apis yang sudah masam. Dia malu sangat kalau ada orang tahu bahawa dia menyukai pelajar senior iaitu Azlan, pelajar Sains Sukan. Sudah lama dia menyimpan perasaan tersebut.
            “Kau masih suka lagi dengan budak senior tu ke,” Atul meminta kepastian.
            Nurnadia mengangguk dua kali berserta melebarkan senyuman. Dia menyimpan semula buku lukisan tersebut dalam begnya.
            “Sampai bila-bila pun aku akan tetap tunggu dia tau,” kata Nurnadia sambil mengingati lelaki pilihan hatinya itu.
            “Blahlah kau,” Apis buat muka toya. “Eh, kau tak tahu ke dia tu bakal tunang orang. Tak malu betul,”
            Nurnadia mencebik. “Baru tunang bukannya  laki orang lagi,”
            Bulat mata Zana dan Atul mendengar. Apis sudah mengeleng-geleng kepala dengan sikap Nurnadia. Nurnadia bingkas bangun, lalu beg sandang di galas menyerong.
            “Jom lah gerak. Nanti mengamuk pulak Encik Lee kesayangan korang tu. Dia bukan boleh tengok orang senang, tahu nak marah aje,” kata-kata Nurnadia di sambut oleh mereka. Mereka bergerak beriringan ke bengkel seni. 

KERETA dipandu Nurnadia memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat. Dia mematikan enjin kereta seraya membuka pintu kereta tersebut. Dari jauh kelihatan Datuk Khatijah berada di halaman rumah.
Nurnadia bergerak ke halaman, dia memberikan senyuman kepada Datuk Khatijah sedang berborak dengan Pak Man, seorang tukang kebun di situ. Nurnadia menghulurkan tangan untuk menyalami tangan Datuk Khatijah.
Setelah itu, Nurnadia duduk di bangku diperbuat daripada batu.Di tangannya, sebuah buku lukisan dan sebatang pensil. Lalu dicari muka surat masih kosong pada buku tersebut.
“Kamu dengan arwah ayah kamu tu sama sahaja. Tak ada satu pun yang tercicir. Ke mana dia pergi mesti adanya drawing block dengan pensil,” Datuk Khatijah mula bersuara.
Nurnadia tidak mengangkat kepalanya, sebaliknya dia sekadar mendengar butir keluar daripada mulut Datuk Khatijah, merangkap neneknya. Biarpun usia nenek sudah meningkat tetapi dia masih bergiat dalam perniagaannya peninggalan arwah suaminya.
“Dah nama pun anak nek. Mestilah sama,” Nurnadia tekun melukis sesuatu pada kertas putih itu.
Datuk Khatijah mendekati Nurnadia. Satu-satunya cucunya yang dia ada. Tambahan pulak dia tidak mempunyai anak lain. Shahzan merupakan satu-satunya anak lelakinya serta anak tunggal. Datuk Khatijah melabuhkan punggung pada bangku tersebut. Lega dia dapat duduk, setelah sekian lama berdiri.
“Ayah kamu tu masih lagi boleh bertolak ansur pasal melukis ni. Tapi cucu nenek sorang ni langsung tak nak berpisah dengan kertas putih dengan pensil. Pergi kolej ambil subject melukis, hobi pun melukis. Kamu tak bosan ke Nadia,” bebelan daripada Datuk Khatijah langsung tidak masuk ke telinga.
Baginya, apabila dia melukis. Dia menginginkan kepuasan. Apabila dia melukis jiwanya seperti bersama arwah ayahnya. Arwah ayahnya juga yang mengajar tentang lukisan. Sepanjang dia membesar, dia tak tahu apa bakatnya. Sampai ayahnya meminta dia melukis sewaktu umurnya 9 tahun.
Dan hasil inilah, darah yang mengalir dalam badan ni adalah darah seni halus.
“Tak pun. Bertambah seronok lagi adalah,” selamba dia berkata. Dia mengerling ke arah neneknya. Datuk Khatijah mengeluh. Faham sangat sikap anak Shahzan yang keras kepala.
“Nenek tak payahlah risau sangat, Nadia tahu apa Nadia buat. Ini hidup Nadia. Ini lukisan hidup Nadia. Nadia tak pernah menyesal kenal dunia seni. Ini juga cita-cita dan hobi Nadia. Nadia bahagia hidup macam ni. Kalau nenek nak tahu, kalau Nadia tak melukis. Tangan ni akan rasa gatal-gatal aje. Okaylah Nadia masuk dulu,”
Kata-kata Nurnadia diproses laju dalam fikiran Datuk Khatijah. Nurnadia sudah bangun meninggalkan halaman rumah tersebut. Dia tidak tahu apabila nak buat dengan Nurnadia agar mendengar kata-katanya. Tanpa sedari, dia menggelengkan kepala. Rusing kepalanya.
“Ada cucu satu ni pun, punya susah nak jaga,”

NURNADIA menyanyi kecil mengikut rentak lagu My All daripada penyanyi bernama Mariah Carey. Pergerakkan tangannya lincah melukis portrait seorang artis antarabangsa menerusi sekeping gambar dicetak menerusi Internet. Terhasillah separuh lukisan itu diatas kanvas.
            Sejak arwah ayah dan ibunya pergi mengadap Illahi akibat kemalangan sekali gus meragut kandungan ibu pada ketika itu.Nurnadia redha pemergian mereka. Apa yang pasti, kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan seperti biasa.
 Sejak itu, Nurnadia tinggal bersama neneknya, Datuk Khatijah. Nasib baik dia agak rapat dengan neneknya. Segala perbelanjaan sekolah di tanggung oleh nenek. Nenek pula, jenis tidak banyak cakap. Hanya mengikut semua kehendak Nurnadia.
Nurnadia menyelit rambutnya di cuping telinga. Setelah bertungkus lumus menyiapkan paintingnya. Dia duduk di atas kerusi, dia memandang segenap bilik kecil menempatkan hasil karya. Daripada sekolah menengah sehingga sekarang.
Menjadi kebiasanya, pada hujung minggu dia akan melepak di bilik itu. Kalau larat daripada pagi ke malam. Tiada erti bosan bila boleh pegang berus dan warna. Di sini jiwanya. Tak ada sapa mampu memisahkannya.
Pintu ditolak tanpa ketuk membuatkan Nurnadia sedikit terkejut. Melihat tubuh Datuk Khatijah di pintu. Datuk Khatijah mengukir senyuman. Nurnadia turut membalas senyuman itu.
“Boleh nenek masuk,” pinta Datuk Khatijah.
Nurnadia mengangguk. “Masuklah nek. Sorrylah sepah sikit, tak sempat nak kemas,”
Pembantu rumah atau sesiap saja tidak dibenarkan mengemas bilik tersebut. Kalau kemas pasti Nurnadia akan mengamuk tak tentu arah. Nurnadia memberikan kerusi kepada Datuk Khatijah.
“Kamu dah makan belum, Nadia,” soal Datuk Khatijah. Nurnadia yang baru sahaja mencapai berus terhenti. Dia memandang neneknya seraya di geleng.
“Tak elok lengah-lengahkan waktu makan. Kesian dengan perut tu, mesti dia laparkan,” seloroh Datuk Khatijah.
“Nadia tak lapar lagi. Nanti bila Nadia lapar, pandai-pandailah Nadia hidup sendiri,”
Nurnadia kembali melayarkan warna pada kanvas tersebut. Datuk Khatijah sekadar memerhati melihat cucunya.
“Sini, mari ikut nenek. Ada sesuatu nenek nak tunjukkan,” kata-kata Datuk Khatijah membuatkan hati Nurnadia membuak-buak ingin tahu. Bermacam-macam dia fikiran.
Mereka berdua mendaki ke tingkat atas. Nurnadia sekadar mengikuti pergerakan neneknya. Akhirnya mereka sampai di sebuah bilik. Nurnadia merasa mengetar apa yang bakal terjadi lepas ni.
Dahulu pernah dia menanyakan pada pembantu rumahnya tentang bilik itu. Tapi pembantu rumahnya tidak tahu apa-apa tentang bilik itu. Segugus kunci berada di tangan Datuk Khatijah lalu dia membuka pintu tersebut.
Seperti tidak percaya apa yang lihatnya. Bersusun kanvas tergantung di dinding telah dilukis. Dia benar-benar kagum dengan hasil seni tersebut. Datuk Khatijah memandang wajah Nurnadia seolah-olah tidak percaya.
“Semua ni siapa yang punya nek,” hati Nurnadia melonjak-lonjak ingin tahu kepunyaan siapa.
“Nenek ada seorang aje anak,”
“Maksud nenek, ayah ke?”
Datuk Khatijah tarik sengih.
“Wah macam tak percaya aje. Agak bersepah betul bilik ni,” Nurnadia berkata jujur.
“Ayah kamu tak bagi sapa-sapa pun semua barang dalam bilik ni,” ujar Datuk Khatijah. Datuk Khatijah mengambil sesuatu dicelak almari kecil itu. Kanvas telah dilukis portrait seorang perempuan.
Kanvas itu dihulur kepada Nurnadia. Nurnadia terpinga-pinga untuk memegangnya. Walaubagaimanpun, dia mengambil lembut. Dia mengamati wajah perempuan dalam kanvas tersebut.
“Ini ibu kan,” Nurnadia mengangkat kepalanya memandang wajah Datuk Khatijah.
Datuk Khatijah mengangguk. “Memang betul itu ibu kamu. Tapi masa tu dia tak kenal sapa lagi ibu kamu,”
Nurnadia buat muka blur. Dia langsung tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Datuk Khatijah.
“Masa tu ayah kamu masih tak ada lagi calon isteri. Nenek paksa dia kahwin juga dengan pilihan nenek. Tapi dia bangkak bulat-bulat, dia minta nenek waktu selama 3 bulan. Nenek izinkan, selepas minggu dia dapat mimpi yang sama. Lebih kurang tiga kali. Perempuan tu ibu kamu lah.
Masa dia bagitahu nenek tentang mimpi. Nenek cakaplah itu mungkin main tidurnya saja. Lepas tu dia nekad nak cari sapa perempuan. Dari utara ke selatan dia mencari  dan angkut sekali kanvas tu. Ayah kamu tu hampir putus asa dah. Di sebabkan atas nasihat nenek. Dia carilah juga sampai dapat,” panjang lebar Datuk Khatijah mencerita.
“Lepas tu macam ayah boleh jumpa ibu,” usul Nurnadia.
“Dia jumpa di KLCC, waktu kawan dia ajak lepak dekat sana. Masa tu jugaklah mereka jumpa. Rupanya ibu kamu hanya duduk sekitar KL ni aje. Ibu kamu tu jual mahal masa nak kenal dengan ayah kamu sebab dia baru aje putus tunang,”
Tersenyum Nurnadia mendengar cerita Datuk Khatijah. Dia langsung tak boleh bayang macam mana perkara itu terjadi.


BAU makanan menusuk rongga batang hidung Nurnadia sedang menuruni anak tangga. Bauan tersebut telah membuka selera. Jarum jam beranjak pukul 8.30 pagi. Pagi itu, dia tidak sebarang kelas atau aktiviti.
            Kakinya melangkah ke ruang makan. Terhidang nasi lemak dan beberapa jenis kuih. Perutnya dikala itu sudah meminta-minta untuk diisikan. Pembantu rumahnya, Mak Su membawa satu teko berisikan air teh panas ke meja.
            Nurnadia menarik kerusi dan diduduk. Blackberry di letakkan di atas meja. Muncul Datuk Khatijah daripada arah dapur. Mak Su  menuang air teh panas di dalam cawan untuk Datuk Khatijah dan Nurnadia.
            Datuk Khatijah ke arah cucunya, Nurnadia. Nurnadia merasa Datuk Khatijah memandang seraya mengalihpandangannya ke arah Datuk Khatijah.
            “Kenapa nenek pandang Nadia macam tu. Macam nenek pandang Nadia ni artis pulak. Rasa vogue sekejap,” Nurnadia selamba berkata sambil menyenduk nasi lemak ke pinggan. Dia menarik sengih.
            Datuk Khatijah menyimpan tawanya. Di pandang sekilas kea rah Nurnadia. “Jarang cucu nenek bangun awal-awal pagi macam ni. Selalunya liat sungguh nak bangun,” Datuk Khatijah menghirup perlahan air teh panas. “Kamu tak ada kelas ke hari ni,”
            “Tak. Petang karang,” Ligat Nurnadia mengunyah nasi lemak. Sudah lama dia tidak makan nasi lemak daripada Mak Su. Mak Su memang cekap bab masak-masak ni.
            Mereka berdua membisu seketika. Masing-masing melayan perasaan. Nurnadia dari tadi memicit punat Blackberrynya, dia sedang menghantar mesej. Datuk Khatijah menjamah karipap pusing. Dia tidak berapa geram makan nasi pada waktu pagi.
            “Nek, ada perkara nak cakap dengan kamu ni,” Nurnadia mengangkat kepala perlahan.
            “Pasal apa nek,”
            “Tak lama lagi, nenek nak pergi Tokyo. Ada urusan dekat sana sikit,”
            Pantas Nurnadia mengalih pandang ke arah Datuk Khatijah. Seolah-olah macam tidak percaya. Dia sudah membayangkan dirinya dengan ketiadaan nenek di sis. Betapa heavannya!
            “Lama ke nek?”
            “Lebih kurang 5 minggu macam tu,”
            Nurnadia mengangguk sambil menyungah nasi lemak perlahan. Wah! Lamanya 5 minggu hidup tanpa bebelan nenek! Hooray! Nurnadia sudah sengih ke telinga. Gembira sungguh apabila mendengar berita gembira tersebut.
            “Habis nanti sapa nak jaga Nadia dekat sini,” nada suara Nadia seperti jauh hati. Pandai kau berlakon ye Nurnadia.
            “Dah, kamu tak payah nak buat ayat sedih macam ut. Nenek tahulah kamu tu saja aje kan,” Nurnadia sudah tersenyum kerang busuk. Alamak! Kantoilah pulak. “Mungkin lusa nenek berangkat ke sana,”
            “Okay nenek. Nanti nenek belikan ole-ole tau. Tak pun nenek bawak balik raksasa yang selalu lawan dengan Ultraman tu,”
            Datuk Khatijah mengeleng kepala. “Umur dah makin lanjut. Perangai tak pernah nak berubah. Malas nenek nak layan kamu. Nenek pergi pejabat dulu,”
            Nurnadia sekadar diam.
            “Daud! Saya nak pergi pejabat sekarang,” laungan dan arah dilemparkan oleh Datuk Khatijah. Daud telah ditugaskan menjadi pemandu kepada Datuk Khatijah.
            “Baik, Datuk. Kereta pun dah siap,” balas Daud terkalut-kulat. Datuk Khatijah bangun. Nurnadia menyalami tangan neneknya sebelum meninggalkan kediaman berkenana. Nurnadia meneruskan makan masih bersisa.

DATUK KHATIJAH menurunkan tandatangan pada beberapa dokumen yang telah diperiksa berulang kali. Tasha sebagai setiausahanya hanya memerhati Datuk Khatijah. Setelah beberapa kali Datuk Khatijah meminta Tasha memperbaiki kesilapannya pada dokumen tersebut.
            Usai itu, Datuk Khatijah menyerahkan kembali dokumen tersebut kepada setiausahanya. Tasha menyambut dengan tertib sekaligus dokumen tersebut telah bertukar tangan.
            “Apa-apa lagi, Datuk,”          
            Datuk Khatijah menggeleng. Tasha melembarkan senyuman sebelum dia menapak kakinya melangkah keluar daripada bilik tersebut. Beberapa langkah berjaya Tasha menapak, namanya diseru oleh Datuk Khatijah.
            “Tolong panggilkan Aufa,”
            “Baiklah,Datuk,”
            Tasha sudah hilang daripada pandangan Datuk Khatijah. Dia membelek telefon bimbit sementara menunggu kedatangan Aufa. Hampir sepuluh minit menggunggu, pintu diketuk dan ditolak daripada luar. Aufa diiringi oleh Tasha.
            Tasha meminta diri dan meninggalkan Aufa. Aufa memerhati segenap ruang tersebut. Dia hanya berpakaian kemaja berwarna putih dan berseluar slack hitam. Aufa bekerja sebagai pemandu kereta untuk syarikat tersebut.
            Datuk Khatijah bangun untuk menyambut kedatangan salah seorang pekerjaanya.
            “Jemput duduk,” pelawa Datuk Khatijah.
            Aufa menggaris sebuah senyuman lantas menarik kerusi dan dihenyaknya. Datuk Khatijah turut membalas senyuman. Aufa agak kekok dengan keadaan itu.
            “Ada apa Datuk panggil saya atau saya ada buat salah,” Aufa memulakan perbualan. Mukanya sedikit cuak apabila dipanggil oleh orang atasan.
            “Kamu tak ada buat salah pun. Cuma saya nak perkara perlu berbincang dengan kamu,”
            “Perkara apa,” hati kecil Aufa tertanya-tanya.
            “Tak lama lagi saya akan berangkat ke Tokyo. Atas urusan kerja. Saya berada di sana mungkin lebih lima minggu agaknya,”
            “Lepas tu apa yang boleh saya bantu Datuk,”
            “Tolong jaga cucu saya. Saya risau tentang keselamatan dia. Saya harap Aufa boleh tolong saya. Dia tu keras hati dan keras kepala sikit. Biasalah perempuan,”
            Aufa cuba mencerna setiap perkataan luncur daripada Datuk Khatijah.
            “Macam mana dengan pekerjaan saya,” tanya Aufa seperti berminat.
            “Tentang kerja tu. Jangan risau. Saya minta Ayob gantikan tempat kamu sementara waktu,” balas Datuk Khatijah. “Saya akan upkan gaji kamu,”
            Aufa terdiam. Dalam otak kecilnya, bermacam-macam difikirkan. Dia risau kalau tidak dapat menjaga cucu Datuk Khatijah dengan sempurna tambah pulak cucu perempuan.
            “Cucu Datuk nama apa,” ringan mulutnya bertanya.
            “Nurnadia. Dia pelajar kolej. Dia tu suka sangat art,” Datuk Khatijah beritahu serba sedikit tentang cucunya. “Aufa nak tak tawaran saya ni,”
            Aufa mengangguk lemah seperti terpaksa. Apa-apa pun dia boleh juga berkenalan dengan cucu Datuk Khatijah. Tanpa disedari senyuman terhias.
            “Terima kasih atas penerimaan atas tawaran ni. Saya sangat hargai kamu. Lusa saya akan bertolak ke Tokyo. Dan keesokkan harinya, Aufa sudah boleh mulakan kerja kamu,” terpamer keceriaan di wajah Datuk Khatijah. Hatinya sedikit terasa lapang.
            “Alamat rumah cucu Datuk, macam mana?”
            “Oh pasal tu, dia tinggal dengan saya sahaja. Alamat rumah saya, nanti kamu boleh minta dengan Tasha,”
            “Kalau macam tak apa lah. Kalau dah tak ada apa-apa lagi. Saya minta diri dulu,”
            Aufa bingkas bangun. Datuk Khatijah mengiyakan pamitan tersebut. Beberapa tapak dilangkah oleh Aufa.
            Suara Datuk Khatijah berbunyi. “Aufa, seperkara lagi,”
            Langkah terhenti. Aufa segera berpaling apabila Datuk Khatijah berkata sesuatu.
            “Perkara apa Datuk,”
            “Saya hanya berpesan. Jangan sampai jatuh hati dengan cucu saya,”
            Kata-kata itu bagai disambar petir. Pesanan itu telah menjerut pangkal lehernya. Dia mengangguk perlahan lalu meninggalkan ruang pejabat itu.

Bersambung.....



Ini pelakon utk Dalam Diam Jatuh Cinta. Harap sangat kena dgn mereka berdua ni :)


2 comments:

  1. best tp knape mcm bnyk sgt je kesalahan tatabahasa? kekadang tertinggal perkataan. kadang tu terslah eja. still blh faham tp xbrape blh nk feeling sbb errors tu. hopefully penulis teliti sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sesgt sebb terlampau banyak ejaan salah . maaf sekali lagi :)

      Delete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)