DALAM DIAM JATUH CINTA 2



PART 2

CAHAYA MATAHARI menebusi daripada celahan langsir terbuka sedikit. Dengan malas-malasan dia bangun jua daripada pembaringan. Berulangkali dia menggosok-gosok matanya. Di pandang sekilas jam tergantung pada dinding yang sudah bergerak ke pukul lapan pagi.
            Lepas pulang menghantar nenek ke airport. Dia terus naik ke bilik dan tidur. Betapa mengantuk dan letihnya dia ketika itu. Dia turun katil lalu menuju ke jendela. Nurnadia menarik langsir menutupi tingkap membenarkan cahaya masuk ke dalam kamarnya. Dikuak luas-luasnya tingkap. Menghirup udara pagi yang nyaman.
            Tanpa membuang masa dia menyiapkan dirinya untuk ke kuliah seperti biasa. Usai membersihkan diri, dia mendandankan dirinya seringkas mungkin. Sekadar memakai kemeja berkain jeans di padankan dengan seluar jeans berwarna hitam.
            Pada wajahnya, hanya meletakkan bedak sedikit dan secalit lips balm pada bibirnya. Rambutnya, sengaja dilepaskan. Nurnadia mengukir senyuman setelah dia berpuas hati dengan penampilannya.
            Dia segera mencapai beg sandang dan buku lukisan berada di atas katil sebelum dia meninggalkan biliknya. Dia bergesa menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Terlihat Mak Su menghidang makan.
            “Selamat pagi, Mak Su,” Ceria. Suara Nurnadia.
            Mak Su senyum ke arah Nurnadia. “Nadia nak makan apa?”
            Tanpa duduk. Nurnadia meneguk rakus air teh panas terhidang. Panas pun panaslah. Bebola ayam dicapainya lalu disumbat dalam mulut.
            “Tak apa Mak Su. Nadia makan ni aje,” Susah untuk Nurnadia bercakap mulutnya penuh dengan bebola ayam. Mak Su menggeleng kepala.
            Dia menelan bebola tersebut dan berkata. “Mak Su, Nadia pergi dulu,”
            Kakinya melangkah ke pintu utama. Dia mencapai kasut Converse hitam miliknya di atas rak. Kepalanya di angkat perlahan. Terhenti perbuatannya. Seorang lelaki berpakain formal berdiri hadapannya.
            “Mak Su! Ada saleman datang ni. Tolong tengok kejap. Nanti Nadia lambat pergi kolej pulak,” laung Nurnadia. Dia terus menyarungkan kasutnya. Terkulat-kulat Mak Su menerjah ke ruang hadapan rumah.
            “Mananya saleman tu Nadia,” Meliar mata Mak Su mencari jurujual dimaksudkan oleh Nurnadia.
            “Ni hah yang tercegat macam tiang bendara ni Mak Su,” Selamba Nurnadia bercakap. Lelaki itu berkerut dahi.
            Mak Su menepuk dahi. Nurnadia hairan dengan tindakan Mak su.
            “Ni bukan jurujual Nadia. Dia pekerja baru. Nenek kamu tak cakap apa-apa ke,” soal Mak Su kehairanan. Nurnadia menggeleng.
            “Sepanjang nenek kamu tak ada di sini. Dia ni akan jadi bodyguard kamu,” sambung lagi Mak Su.
            “Oh iyeka macam tu. Tak ada pulak nenek bagitahu apa-apa. Sorry pasal tadi tu. Saya taktau apa-apa,” ujar Nurnadia terhadap lelaki tersebut. Lelaki itu sekadar senyum begitu Mak Su. “Boleh, kita gerak sekarang,”
            Lelaki tersebut mendahului langkah Nurnadia dan dia menuju ke kereta berjenama BMW. Tercenggang Nurnadia lelaki itu sudah membuka pintu kereta tempat duduk dibahagian belakang.
            “Hurm… tak payah naik kereta tu. Guna kereta saya ajelah. Extreme sangat,”        
            Aufa kehairanan dan perlahan-lahan dia menutup pintu kereta tersebut. Tangan Nurnadia terkial-kial mencari kunci kereta di dalam beg. Aufa sekadar memerhati sahaja.
            Nurnadia melambung kunci keretanya kepada lelaki tersebut. Pantas Aufa menyambut. Terlebih dahulu dia menekan alarm kereta itu dan ingin membuka pintu untuk Nurnadia.
            “Saya tak nak duduk belakang. Saya nak duduk depan dengan awak,”
            Nurnadia sudah memboloskan dirinya masuk ke dalam kelas. Tergaru-garu kepala Aufa dibuatnya.
            “Cepat! Nanti saya lambat,”


PEMANDUAN Aufa agak perlahan akibat lampu isyarat baru sahaja beralih ke warna merah. Nurnadia sudah ‘menconteng’ sesuatu pada buku lukisannya. Nurnadia memandang lelaki disebelahnya. Sumpah tak tipu. Handsome giler. Lelaki itu memakai kaca mata hitam membuatkan Nurnadia terpukau.
            “Ehem!”
             Aufa perasan akan dehaman tersebut seraya dialih memandang Nurnadia sedang leka ‘menconteng’ pada bukunya.
            “Sapa nama awak,” soal Nurnadia.
            “Panggil aje Aufa,”
            Nurnadia mengangguk. “Umur berapa,”
            “25 dan masih bujang,”
            Tak tanya pun masih bujang ke tak.Aku akan pastikan, hati aku tidak sama sekali tergugat okay, Chaiyok! Chaiyok! Omel Nurnadia.
            “Cik Nadia, umur berapa,”
            Sembilan puluh darjah dia melipat lehernya memusing kea rah Aufa. Lampu telah menjadi hijau.
            “Tak perlu panggil formal sangat. Panggil Nadia cukup. Saya muda lagi baru umur 20,”
            Tidak lama kemudian, masing-masing mendiamkan diri dan melayan perasaan. Sesekali Aufa menjeling ke arah Nurnadia. Pangkal hatinya mula mengusik-usik kehadiran Nurnadia biarpun tidak sampai setengah jam.
            Kereta dipandu oleh Aufa telah memasuki separuh kawasan kolej Nurnadia. Dia memasukkan baranganya ke dalam beg.
            “Eh, awak berhenti dekat sini aje. Saya boleh masuk dalam sendiri,” Nurnadia menahan  serta merta Aufa yang ingin masuk ke dalam kolejnya. Aufa akur. Bergesa dia memboloskan diri dalam kereta dan mengucapkan terima kasih.

LAJU kaki itu bergerak ke kafe. Setiap hari Atul, Apis dan Zana akan menunggu ketibaan Nurnadia di sana. Buku lukisan terlepas daripada pegangannya. Segera tunduk ingin dikutip tetapi ada tangan mencelah terlebih dahulu dan mengambilnya.
            Pantas kepalanya mengalih ke arah pemilik tangan tersebut. Terkejut apabila Aufa yang berada di situ. Dia menyerahkan buku lukisan tersebut bersama segaris senyuman. Nurnadia senyum sumbing.
            “Asal awak ikut saya. Saya ada kelas lepas ni,”
            “Saya tahu. Salah ke,”
            Nurnadia membiarkan pertanyaan itu tergantung. Malas hendak dijawab. Nurnadia mula bergerak kembali dan Aufa turut mengekori daripada belakang. Dia ke kanan, lelaki itu turut ke kanan. Dia ke kiri, lelaki itu ke kiri juga. Nurnadia mula rimas.
            Nurnadia memberhentikan langkahnya. “Awak ni tak ada kerja lain ke?”
            “Tak,”
            Nurnadia menggeleng kerana rimas dengan Aufa sentiasa mengekorinya daripada tadi. Mereka berdua sampai di kafe. Matanya meliar mencari kelibat Atul, Apis dan Zana. Akhirnya dia menemui mereka yang berada di penjuru kafe.
            “Hai korang!”
            Tegur Nurnadia yang sudah pun duduk. Manakala Aufa masih berdiri lagi. Nurnadia tidak mengendahkan Aufa di situ. Ketiga-tiga sahabat itu serentak mengalih pandangn ke arah suara Nurnadia. Aufa menjadi perhatian mereka. Gaya macam nak telan pun ada.
            “Sapa ni,” soal Atul pada Nurnadia.
            “Bodyguard,” jawab malas-malas.
            “Wah hebat kau siap ada bodyguard lagi,” Zana dan Apis sekadar berpandangan.
            Setelah itu, Aufa menghulurkan salam perkenalan. “Saya Aufa,”
            Nurnadia memperkenalkan seorang demi seorang. Atul daripada tadi mengerling ke arah Aufa. Nurnadia sekadar menjeling melihat kelakuan rakannya. Nurnadia menilik jam dipergelangan.
            “Jomlah gerak. Kelas start pukul 10 kan,”
            Zana, Apis dan Atul sudah beredar daripada kawasan kafe tersebut. Nurnadia masih di situ seraya dia mendekati Aufa.
            “Awak baliklah dulu, pukul 1 nanti awak datang semula. Sempat lagi kalau awak nak tidur,” pesan Nurnadia sebelum bayang-bayangnya hilang.

NURNADIA bergerak pantas. Selang beberapa saat dia mengerling jam tanganya. Sudah mencecah pukul 1.45 tengah hari. Dalam fikirannya, dia mengingati lelaki bernama Aufa. Pasti lelaki itu sedang menunggunya.
Nurnadia menekan-nekan punat Blackberry lalu menghubungi nombor pada kertas kecil yang diminta oleh Mak Su.
“Assalamualaikum,awak dekat mana?”
“Waalaikumussalam. Cik Nadia ke?”
“Yela, saya. Sapa lagi. Awak dekat mana sekarang,”
“Saya ada dekat kawasan depan ni,”
Tanpa berkata apa-apa dia mematikan panggilan tersebut. Dia menuju tempat di maksudkan oleh Aufa. Dari jauh kelihatan beberapa orang pelajar perempuan yang berbual-bual dengan Aufa.
“Gatalnya kau.Dah layak kahwin,” monolognya sendirian.
Nurnadia mendekati Aufa. Pelajar perempuan sedar kehadiran Nurnadia di situ dan mereka bergerak meninggalkan Aufa dan Nurnadia sempat lagi antara pelajar perempuan tu menjeling ke arah Nurnadia. Ish aku korek biji mata kau baru tahu, main jeling-jeling pulak.
Sorry, lambat! Dah makan belum,” soal Nurnadia tidak mengendah pelajar perempuan itu tadi.
“Dah. Makan dekat kafe tadi,”
Tercenggang seketika Nurnadia.
“Awak tak balik ke?”
“Tak,”
“Maknanya awak tunggu sini dari pagi tadi lah,” duga Nurnadia.
Aufa mengganguk laju. “Jom, mesti awak dah penatkan,”
Kata-kata Aufa tidak dihiraukan. Kotak minda hanya berputar-putar menanyakan soalan yang sama.
Kenapa dia sanggup tunggu?

USAI solat Isya’ dia teleku pada sejadah. Pelbagai perkara difikirannya. Aufa menarik nafas panjang lantas dihembuaskan perlahan. Hampir seminggu menjadi bodyguard rasmi untuk Nurnadia.
            Keringat dia pada gadis itu. Hobinya ada melukis. Ke mana dia pergi pasti buku lukisan itu akan menemaninya. Buku lukisan itu bagaikan dairi untuk diluahkan sehari tapi sebagai sebuah lukisan.
            Nurnadia. Gadis itu agak simple dan dia amat menyenangi gadis itu. Gadis tu sepanjang masa tersenyum dan mudah untuk bermesra dengan sesiapa sahaja. Mungkin pada mulanya, orang akan menganggap dia adalah seorang sombong tapi sebaliknya dia lain.
            Tanpa dia di sedari, senyuman menghias di bibirnya. Alahai, boleh parah kalau aku dah jatuh sayang dekat dia. Aufa oh Aufa.
            “Saya hanya berpesan. Jangan sampai jatuh hati dengan cucu saya,”
            Kata-kata tersebut senantiasa berputar-putar dalam mindanya. Adakalanya, dia ingin menghapuskan setiap butir perkataan itu tetapi dia tidak berjaya. Kata-kata Datuk Khatijah benar-benar menusuk. Mungkin ada sebab dia buat begitu.
            Mungkin aku tidak layak berdampingan dengan cucunya. Aufa cuba menyedapkan hatinya. Memikirkan tentang usianya semakin meningkat, seorang gadis pun masih belum ditemui untuk menjadikan suri hidup.
            Pelik! Mungkin perempuan zaman sekarang pilih lelaki kerja yang bagus agaknya. Mana nak pandang lelaki kerja sebagai pemandu macam aku ni. Mungkin aku kena tukar kerja lain agaknya.
            “Alahai apalah nasib aku ni,”
SEBUAH kereta masuk ke pekarangan rumah banglo. Nurnadia sengaja yang berada di halaman rumah mengambil angin petang selepas menyiapkan tugasannya. Myvi putih milik Aufa amat dikenali oleh Nurnadia.
Berlari-lari Nurnadia ke arah Aufa. Tersenyum lebar kehadiran Aufa di rumah itu. Tambah pula, pada hujung minggu itu dia benar-benar kebosanan. Aufa keluar daripada perut kereta. Nurnadia memandang lelaki itu yang mengenakan T-shirt berkolar dan berseluar jeans. Cukup terserlah ketampananya.
“Datang pun. Ingat tak nak datang tadi,” Nurnadia menyambut kehadiran Aufa.
“Kenapa? Awak demam ke? Jom lah pergi klinik sebelum makin teruk,”
Raut wajah lelaki itu berubah. Dia sudah cacing kepanasan. Nurnadia cuba menahan gelak tapi terhambur juga. Betapa paniknya Aufa ketika itu. Berubah air muka dia.
“Hahahaha. Awak, kalau saya demam sekalipun. Saya tak adanya duduk dekat luar ni. Saya akan duduk dalam bilik dan berkubang atas katil itu baru betul Nurnadia,” ujar Nurnadia masih bersisa dengan tawanya. “Jom pergi jalan. Bosanlah!”
Berkerut dahi Aufa dengan ajakan Nurnadia. “Nak pergi mana?”
“Adalah,” Tanpa di duga Nurnadia menyengit matanya. Bagai nak luruh jatung milik Aufa ketika itu. Alahai dia dah betul-betul buat aku jadi sasau lah.
Serta merta Nurnadia merampas kunci kereta ditangan Aufa. Dia tersentak lantas memandang perbuatan Nurnadia. Gadia itu sudah tersengih kerang busuk.
“Awak pergi duduk sana, biar saya driver hari ni,”
Nurnadia bergerak ke arah Aufa dan dia menguatkan segala tenaganya menolak tubuh sasa Aufa. Lelaki itu sedikit keluh dengan kelakuan Nurnadia. Akhirnya dia akur dengan kehendak gadis itu.

TIDAK sampai setengah jam, Aufa dan Nurnadia sudah sampai di sebuah kawasan taman reakrasi. Entah mengapa hati Nurnadia membawa dia ke sini dengan Aufa.
            Melihat ramai pengunjung datang beriadah bersama kawan mahupun keluarga masing-masing. Kebiasaannya pada hujung minggu, memang ramai yang akan datang di sini untuk rehatkan minda setelah lima hari bekerja.
            “Kenapa kita ke sini?” tanya Aufa tapi soalan tu tak sepatutnya ditanya.
            “Saja. Ingat nak ajak awak mandi manda kat tasik tu,” balas Nurnadia nada selamba.
            Aufa menjuih bibir. Ada saja budak ni kan.
            “Alah. Saja datang sini. Bosan sangat. Lagipun boleh nikmati pemandangan ciptaan Allah,”
            “Hurm, tepi saya ni pun ciptaan Allah. Cantik sangat tapi nakal,”
            Terasa pipi putih Nurnadia menjadi bahang. Aufa mengukir senyuman.
            “Yela tu. Saya biasa ajelah,” Nurnadia mengariskan senyuman. “Aduh macam boleh lupa bawa sketch book,”
            “Sapa suruh kalut sangat. Dah tertinggal, sampai tak sempat nak bagitahu Mak Su,” Aufa menggeleng kepala.
            “At least, kita dah call dia kan,”
            Mereka berjalan menyusuri kawasan tasik itu. Beberapa ketika mereka mendiamkan diri. Masing-masing menghayati pemandangan cipataan Illahi. Sungguh menenangkan fikiran.
            Nurnadia mengambil tempat pada kerusi batu tersebut seraya dilabuhkan punggung begitu juga dengan Aufa. Lelaki disebelah Nurnadia menarik nafas panjang, dia kalih pandanganya ke arah Aufa.
            “Awak bosan ke,” ujar Nurnadia.
            “Taklah,”
            Nurnadia mengangguk tanda mengerti. Matanya tertumpu pada beberapa pasangan sedang berkayak di tengah tasik itu.
            “Boleh saya tanya something,”
            Pandangan Aufa membawa ke arah raut wajah Nurnadia. “Tanya ajelah,”
            Nurnadia diam seketika.
            “Kenapa pilih jadi pemandu?”
            Nurnadia melirik matanya kea rah Aufa yang diam.
            “Teruk sangat ke kerja tu,” akhirnya dia berkata juga.
            “Tak. Bukan maksud saya macam tu. Maksud saya, awak mash muda lagi. Boleh buat macam-macam. Contoh boleh buka business sendiri,” cadang Nurnadia.
            “Saya pun ada niat macam tu. Tapi mana saya nak cari modal. Itu sebabnya saya mulakan sebagai pemandu. Lagipun boleh berkenalan dengan datuk datin. Dan boleh timba pengalaman daripada mereka. Kalau ada rezeki itu teringin nak ada firma sendiri. Macam nenek awak. Dia seorang wanita Berjaya. Saya salute dia,”
            Nurnadia tersenyum mendengar usul daripada Aufa tentang neneknya. Teringat akan neneknya, beberapa hari lepas baru sahaja dia menghubungi neneknya tapi tak sempat nak berbual panjang disebabkan oleh kesibukkan nenek.
            Gadis itu menyelit rambutnya pada cuping telinga akibat menjadi permainan angin. Sesekali dia mencuri pandang lelaki itu.
            “Oh, awak tak pernah pun cerita dengan saya pasal family awak,” sengaja Nurnadia mengerok rahsia. Aufa memandang ke arah Nurnadia. Tanpa disedari sepasang mata itu telah bertembung dengan sepasang mata coklat milik Nurnadia.
            Bagai ada hembusan menyedarkan mereka di situ. Mereka kembali ke dunia nyata. Aufa meraup wajahnya manakala Nurnadia mengalih pandangan ke arah lain. Kemungkinan gadis itu malu.
            “Pasal family saya tak ada istimewa pun. Mak saya sekarang ada dekat China. Dia kerja sambil belajar, lepas awrah ayah meninggal. Tak lama lepas tu, mak saya kahwin dengan lelaki cina muslim dekat sana. Duda, dua orang anak. Tapi saya tak rapat sangat dengan diaorang,”
            Nurnadia hanya mendengar cerita daripada Aufa satu per satu. Tanpa memcelah.
            “Awak tak rindu ke diaorang semua,”
Aufa hanya membelas dengan kumtum senyuman.
“Awak tak ada boyfriend ke?” entah bagaimana boleh terluah soalan itu. Sebenarnya dah lama Aufa pendam soalan tersebut untuk ditanya.
Boyfriend tu tak adalah tapi kalau…” kata-kata Nurnadia terputus.
Anak matanya terlihat sepasangan pasangan amat dikenali. Hatinya mula berdebar-debar. Itu kan Azlan dan perempuan tu adalah Syakila. Memang tak syak lagi. Tak guna punya perempuan.
Boleh pulak kau beramah mesra bakal boyfriend aku. Ni dah melampau. Nurnadia sudah tidak puas hati dan hatinya mula bergelora. Aufa menampakkan perubahan pada wajah Nurnadia.
Tiba-tiba Nurnadia bangun dan pergi tempat itu. Aufa yang berada di situ masih terpinga-pinga dengan perubahan drastis gadis itu. Dia keluh. Mungkin gadis sedang bendara merah agaknya itu yang mood tak berapa nak elok.

HUJAN lewat sudah membasahi kira-kira lima belas minit tadi. Dengan diselangi guruh dan kilat yang kuat. Nurnadia sedang berteduh di bawah pondok perhentian bas. Dia menggigil kesejukkan akibat terkena air hujan. Cuaca pula bertambah gelap dan membuat dia takut.
            Nurnadia mengeluarkan Blackberry daripada seluar. Beberapa kali dia menekan punat telefon itu tapi skrin telefon itu gelap. Bateri telefon itu sudah habis. Aduh! Aku nak balik naik apa ni. Itu lah kau, pergi merajuk tak tentu apasal. Tak kena masa betul. Duit satu sen pun tak bawa. Kutuk diri sendiri. 
            Teringat kejadian tadi, Azlan bersama dengan Syakila. Syakila. Kalau aku dapat panggang budak tu macam satey baru tahu. Dia masak sangat dengan peel Syakila suka dengki dengan semua orang. Pantang orang lain bahagia, mesti dia nak songlap kebahagian orang tu.
            Nurnadia mengeluh.  Dia benar-benar kesejukkan tambah lagi dia hanya memakai t-shirt lengan pendek. Dia mengenangkan nasibnya. Dia teringat lelaki bernama Aufa. Pasti Aufa sudah meninggalkan tempat  itu. Nak balik naik apa ni! Tolong aku!
            Myvi putih meluncur di hadapan pondok itu lalu di berhentikannya. Nurnadia mengangkat kepalanya apabila kedengaran bunyi kenderaan di pondok tersebut. Tersenyum Nurnadia melihat lelaki itu keluar daripada kereta bersama payung.
            Aufa mendekati Nurnadia dengan pelbagai perasaan yang telah bercampur aduk. Dia meletakkan payung ke lantai.
            “Kenapa awak buat macam tu? Kenapa tinggal saya macam tu aje? Saya ni macam orang gila hilang anak tahu tak. Merata saya cari awak. Saya telefon awak, telefon off. Awak, kalau jadi apa-apa dekat awak macam mana. Saya yang tanggungjawab semua ni faham tak. Tolonglah fikiran keselamatan awak tu. Nanti kalau Datuk tanya saya kenapa awak hilang? Saya nak jawab apa. Datuk juga yang akan marahkan saya,” nada suara Aufa  meninggi sedikit daripada biasa.
Senyuman di bibir Nurnadia tetiba mati akibat dek kata-kata Aufa. Sekali gus raut wajah Nurnadia berubah. Dia semakin menggigil akibat kesejukkan dan suara lantang milik Aufa.
Aufa menganggalkan jaket yang tersarung sebentar tadi lalu menutup sebahagian tubuh Nurnadia. Dia tahu Nurnadia sedang kesejukkan melihat gadis itu memeluk tubuh daripada tadi.
Lelaki itu mengambil tempat disebelah Nurnadia. Melihat gadis membisu sejak dari tadi. Mungkin dia masih terkejut dengan Aufa meninggikan suara. Silap dia juga.
“Maaf. Bukan niat saya marahkan awak. Saya takut sangat kalau awak hilang. Awak tu tanggungjawab sekarang sepanjang Datuk taka da di sini. Datuk pasti marahkan saya kalau berlaku apa-apa dekat awak. Seandainya, berlaku apa-apa pada awak, tak mungkin saya akan maafkan diri saya,”
Nurnadia masih membatukan diri.
Ada keluhan terbit daripada Aufa. “Awak, jangan diam aje. Say something, please,”
Gadis itu masih lagi membisu langsung tidak berkutik. Mungkin dia masih tersentap lagi.
Aufa bergerak turun daripada bangku itu lalu mencangkuk dan bertentangan di hadapan gadis itu. Nurnadia hanya menundukkan kepalanya.
“Jangan buat saya macam tu. Saya minta maaf kalau dah berkasar dengan awak. Saya takut sangat kalau hilang awak,”
Aufa separuh merayu. Nurnadia mengangkat wajahnya sedikit. Terbit rasa belas kasihan pada lelaki itu. Bersungguh-sungguh lelaki itu meminta maaf dan memujuknya.     
“Orang merajuk mana boleh bercakap,” Akhirnya Nurnadia bersuara.
Aufa menguntum senyuman bila Nurnadia sudah bercakap walaupun mukanya masih kelat tanpa senyuman.
“Janganlah merajuk lagi. Tak pandailah nak pujuk-pujuk ni,”
“Boleh tapi ada syarat,”
“Syarat?” Aufa tergaru-garu kepalanya tidak gatal.
“Saya nak burger Big Mac satu set, McChicken dua set dan McFlurry. Itu syaratnya,”
Tercenggang Aufa apabila Nurnadia meminta segala jenis burger sebentar tadi. Gadis itu sudah bangun daripada duduk dan menuju ke kereta milik Aufa. Aufa melepaskan keluhan.
“Cepatlah. Saya lapar dah ni. Nanti saya merajuk balik baru tahu,” ugut Nurnadia.
“Yelah. Perut apalah dia ni. Banyak betul nak makan,”

SYILING biliknya, direnung kosong. Semenjak neneknya ke luar Negara menguruskan kerjanya. Nurnadia lebih selesa mengurung dirinya dalam bilik. Dia tersenyum apabila mengingati seorang lelaki yang sangat prihatin.
            Nurnadia bagi berada awang-awangan. Dia seolah-olah sudah jatuh hati pada lelaki itu. Mahu saja dia mengaku tapi malu. Teruk betul kau ni angau ye, Nurnadia. Tak tahulah apa nak jadi dengan kau. Desis dihati Nurnadia.
            Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Aufa.
            “Umur awak dah 25 tahun, tapi kenapa tak nak kahwin?” soal Nurnadia yang rancak menyuapkan kacang Pagoda ke mulut. Mereka sahaja bersantai-santai di kawasan tasik itu.
            “Bukan tak nak. Cuma calon je tak ada lagi. Tapi saya ada simpan perasaan dekat seseorang,”
            Tercekik kacang yang ditelan Nurnadia. Cepat-cepat ambil botol mineral lalu diteguk.
            “Mesti cantikkan,”
            Aufa membalas dengan anggukkan laju. “Ciptaan Allah, semuanya cantik. Tak ada catat cela pun,”
            “Dia dah tahu ke?”
            “Sapa?” soal Aufa kembali.
            “Perempuan yang awak suka tu lah,”
            “Oh, belum. Sebenarnya saya dah terlanjur mencintainya. Kalau ikut perjanjian saya tak boleh jatuh cinta dengan dia,”
            “Macam tu pun ada,”
            Aufa senyum tipis. ‘Seandainya kau tahu Nadia. Sejujurnya perempuan itu adalah kau. Cuma aku tak mampu nak lafaz semua tu. Mungkin aku syok sendiri dan bertepuk sebelah tangan. Biarlah aku terus pendam perasaan ni. Moga kau bahagia kelak,’
            Kata-kata itu hanya terbit di celah hati kecil milik Aufa.
            Hati Nurnadia berkata. ‘Rupa-rupanya aku bertepuk tangan selama ni. Mungkin aku dengan dia sekadar kawan tak lebih dari itu. Jika benar terselit perasaan sayang dan rindu ungkapkan lah. Sesungguhnya hati ni telah terpaut terhadapmu,’

  BERSAMBUNG

5 comments:

  1. ayarkkk bersambung pulak dah.. baru syok nak baca.. hahahaa..

    psst, awak bnyk typo lah... ngeeee~

    ReplyDelete
  2. @Tia Fatiah thanks sudi komen , baru ada semangat sikit. Pasal ejaan tu nanti saya check semula . Terima ksih sgt2 . Nti saya upload next chap

    ReplyDelete
  3. Best..tpi stu jer kak aya bnyk sngt kslhn ejaan..i mean you totally typo..keep it up yer..

    ReplyDelete
  4. Best..tpi stu jer kak aya bnyk sngt kslhn ejaan..i mean you totally typo..keep it up yer..

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)