PART 3
KERETA dipandu Aufa berhenti sejurus sampai di perkarangan rumah. Nurnadia dan Aufa saling berpandangan.
“Kenapa nampak macam meriah sangat?”
Aufa mengangkat bahu tanda dia tidak tahu apa-apa.
Mereka berdua keluar perut kereta lalu mengatur langkah ke pintu rumah.
“Assalamualaikum,” Nurnadia memberi salam.
“Waalaikumusalam,” seorang wanita menjawab salamnya.
Muncul Datuk Khatijah dihadapan pintu. Terkejut alang kepalang Nurnadia. Tanpa berlengah dia mencium tangan neneknya lalu memeluk tubuh tua itu. Rindu serindunya pada Datuk Khatijah.
Tiba-tiba hatinya mula gelisah. Aufa turut terkejut apabila majikannya sudah pulang ke Malaysia dengan selamat.
“Rindu sangat dekat nenek. Tapi bukan ke nenek cakap nak balik lusa,” Nurnadia teringat perbualan pendek antara dia dan nenek tempoh hari.
“Kerja semua dah selesai. Nenek baliklah awal sikit,” jawab Datuk Khatijah nada ceria. “Jomlah masuk. Ajak Aufa sekali,”
Datuk Khatijah dan Nurnadia mengatur langkah dan Aufa mengekori daripada belakang menuju ke ruang tamu. Daripada tadi hatinya resah gelisah sahaja.Nurnadia bukan tidak menyukai kepulangan neneknya tapi maknanya kontrak Aufa akan tamat tak lama lagi.
‘Sanggupkah aku berpisah lelaki ni,’
Datuk Khatijah meminta Mak Su menyediakan makan petang. Banyak perkara dibualkan oleh Datuk Khatijah dan Nurnadia. Aufa sekadar menjadi pendengar setia mereka. Lelaki itu bakal menghitung hari bakal berpisah dengan gadis itu.
“Aufa,” Nama diseru oleh Datuk Khatijah.
Nurnadia memandang Datuk Khatijah yang memanggil nama Aufa. Makin berdebar-debar hatinya.
“Ye Datuk,”
“Esok pagi jumpa saya di pejabat,”
“MAAF, lambat sikit,”
Tutur Datuk Khatijah terhadap Aufa yang sudah berada di situ sejak sepuluh minit lalu. Datuk Khatijah melabuhkan punggung pada kerusi itu.
Seperti dijanjikan, Aufa berjumpa dengan Datuk Khatijah seperti dimaklumkan semalam. Hatinya mula memberontak bila memikir tentang hari esok dan seterusnya.
Datuk Khatijah mengeluarkan sampul putih daripada tas tangannya. Lalu diletakkan atas meja dan di tolak kepada Aufa.
“Terima kasih kerana menjalankan menjaga cucu saya begitu baik sekali. Itu gaji kamu selama kamu bekerja dan menjaga Nadia,”
Aufa hanya memandang sampul dimaksudkan oleh Datuk Khatijah. Bukan itu dipintanya.
“Lepas ni, kamu boleh mula kerja seperti biasa,” tambah Datuk Khatijah lagi.
Sampul putih ditangan Aufa dihulurkan ke arah Datuk Khatijah. Majikannya itu memandang kehairanan. Teragak-agak Datuk Khatijah mengambil lalu sampul itu telah bertukar tangan. Dia mula membuka sampul itu lalu membaca segala isi kandungan surat itu.
“Kamu pasti ke,” ujar Datuk Khatijah.
Aufa mengangguk dua kali. Datuk Khatijah menghela nafas.
“Macam ni ah, saya bagi awak cuti rehat macam mana,” Datuk Khatijah cuba untuk memujuk Aufa supaya tidak berhenti bekerja. Dia seorang pekerja yang bagus malah dia belum pernah mempunyai rekod buruk.
“Terima kasih Datuk. Saya hargainya. Tak apalah, lagipun saya nak ke China jumpa dengan family saya di sana. Dah lama saya tak jenguk mereka. Kebetulan mak saya minta saya uruskan restorennya di sana,”
Datuk Khatijah menyandar lemah pada kerusi kulit itu.
“Kalau itu yang awak mahukan. Saya akan cari ganti untuk pekerjaan awak,” Akur dengan keputusan Aufa.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri. Terima kasih banyak-banyak Datuk,”
Datuk mengangguk lemah. Dia telah kehilangan seorang pekerjaan yang setia dan bertanggungjawab. Ternyata Aufa telah berjaya dengan ujian diberikan secara tidak sengaja. Dia tidak sangka, Aufa benar-benar dengar katanya.
NURNADIA memandang Blackberrnya. Tiada sebarang mesej ataupun panggilan. Dia mengalih merenung syiling. Keringat pada suatu wajah dirindui. Hampir dua minggu lelaki itu menghilangkan diri. Dia menarik nafas dalam.
Wajahnya putih sedikit kemerah-merahan. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuklah pembantu rumah itu, Mak Su.
“Nadia, macam mana dengan demam kamu,” tanya Mak Su sambil meletakkan segelas air kosong di meja di samping tempat tidur Nurnadia.
“Belum. Kebah belum hilang lagi,” jawab gadis itu malas-malasan. Wanita tua itu meletakkan tangan di padang dahi milik Nurnadia.
“Masih panas lagi. Kalau macam tidur saja lah,”
“Terima kasih Mak Su,” jawab Nurnadia lemah. Dia mulai memejamkan mata dan melarikan diri ke alam mimpi. Mak Su lalu keluar dan membiarkan Nurnadia sendirian.
“Bagaimana dengan keadaan Nadia?” soal Datuk Khatijah baru sahaja mendaki anak tangga.
“Belum baik,” jawab Mak Su.
“Kenapa Nadia sampai jadi macam tu?” soal Datuk Khatijah sambil jalan beriringan.
“Entah. Tiba-tiba sahaja demam,” balas Mak Su. Hampir seminggu Nurnadia diserang demam. Pelbagai doktor di temui langsung tidak berkesan. Makin sarat perasaan risau di hati Datuk Khatijah dan Mak Su.
“Mungkin dia merindui seseorang?” gumam Datuk Khatijah.
“Mungkin. Kita harus mencari secepatnya,”
Tapi, di mana harus mencari.
EMPAT TAHUN KEMUDIAN…
NURNADIA meneguk rakus air mineral dalam botol. Rambutnya dilepas segera diikat akibat rimas. Tangannya kembali mencapai berus yang diletakkan atas meja. Dia kembali mewarnakan kanvas tersebut.
Belum sempat dia menyambung kerja. Dia terganggu dengan getaran pada telefon miliknya. Dicapainya telefon yang berada di atas meja. Tertera nama Fikri. Dengan perasaan malas dia menganggkat.
“Helo. Awak dekat mana?” tanpa sebarang sama lelaki itu terus menyerbu.
“Ada dekat galeri. Kenapa?”
“Jom lunch sama. Dah lama tak lunch sekali,”
“Saya sibuklah Fikri. Next time please,” Nurnadia cuba untuk menolak secara lembut.
“Kenapalah susah sangat saya nak jumpa tunang saya sendiri?”
Nurnadia mengeluh mendengar kenyataan itu. Pertunangan itu langsung tidak dipinta oleh . Tapi Datuk Khatijah yang mengatur semuanya. Dia hanya menurut.
“Saya sibuk nak siap tempahan customer. Maaf,”
Tanpa menggunggu balas daripada Fikri. Nurnadia mematikan panggilan tersebut. Fikirannya mula runsing memikirkan tentang dirinya dan Tengku Fikri. Pada awalnya, dia langsung tidak bersetuju dengan permintaan neneknya untuk menyatukannya dengan Fikri. Akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan Datuk Khatijah dan hampir dua tahun menjadi tunangan kepada lelaki itu.
DATUK KHATIJAH menerjah ke ruang tamu. Melihat cucunya rancak menonton televisyen sambil makan kerepek ubi. Datuk Khatijah mengambil tempat bertentangan dengan Nurnadia.
“Macam mana dengan galeri hari ni,” Datuk Khatijah memulakan bicara.
Nurnadia mengalih pandangan terhadap neneknya.
“Biasa saja,” jawab Nurnadia basa basi.
Sudah setahun, galeri ditubuh dan dirasmikan sendiri neneknya, Datuk Khatijah. Dengan hasil titik peluhnya dia mencari modal untuk membuka galeri sendiri.
“Tadi petang, Fikri ada jumpa nenek,”
Kerepek ubi yang dikunyah terhenti apabila nama Fikri disebut.
“Dia jumpa nenek buat apa,” soal Nurnadia acuh tak acuh.
“Dia saja lawat nenek,” Datuk Khatijah melirik mata ke arah televisyen. “Kamu tu tunang dia tapi kamu tak ada masa langsung nak layan dia,”
“Nenek, Nadia sibuklah. Nanti Nadia ada masa, Nadia sendiri jumpa dia,”
“Bila Nadia? Hujung minggu? Yang nenek tahu, hujung minggu kamu akan melekat dekat galeri tu,” Datuk Khatijah mula berleter. Membuatkan gadis itu tertekan. Geram sikap Fikri suka mengadu pada neneknya. Macam budak kecil!
“Yelah. Nanti Nadia jumpa dia,”
SELESAI membuat bayaran di kuanter, Nadia keluar daripada kedai alat tulis yang membekalkan alat untuk kerja seni.
“Kau dah siap ke,” terjah merangkap kawan baik Nurnadia, Dini.
Nurnadia angguk dan mengukir senyuman. Tetiba teringat akan Atul, Apis dan Zana. Lama tidak berhubung dengan mereka. Masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Mendengar daripada rakan sekelasnya, bahawa Zana telah mendirikan rumah tangga semasa dia berada di Sarawak. Atul dan Apis langsung tidak diketahui keberadaan di mana.
“Jom lah gerak,” Dini mendapatkan kereta di letakkan berhadapan dengan kedai itu. Nurnadia turut bergerak ke kereta milik Dini. Sekilas di kalih ke satu arah, dia terpandang sesuatu. Seseoarng dikenali di sebarang sana. Memang tak salah lagi.
“Dini, tunggu sini sekejap. Ada perkara perlu langsaikan,” tutur Nurnadia sejurus meletakkan barang-barang dibeli ke dalam kereta Dini. Kawannya sekadar memerhati Nurnadia yang melintasi jalan untuk seberang.
Nurnadia mengatur langkah ke sebuah restoran Ala Thai. Ternampak sepasang pasang cukup membuatkan hati menjadi panas.
“Oh! Inilah kerja awak selama ni kan,” sergah Nurnadia terhadap seorang lelaki digelar tunangannya. Terkejut dua orang hamba Allah tersebut dengan kemunculan Nurnadia secara tiba-tiba.
“Bagi saya terang dulu,” Fikri sudah bangun apabila Nurnadia berdiri tegak situ. Melihat wajah tegang tunangnya membuatkan Fikri terkulat-kulat. Nurnadia mengerling ke arah perempuan bersama dengan tunangnya. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya.
Beberapa pasang mata menonton drama sebabak tersebut. Nurnadia tidak menghiraukan lagi apa yang bakal terjadi untuk kali ni. Nurnadia benar-benar geram dengan sikap Fikri.
“Cukup tak perlu terang apa. Saya dah nampak semua ni,” Nurnadia mengangkat tangan supaya Fikri tidak mencerita apa-apa pun.
“Semuanya dah terang. Saya faham, kalau awak tidak suka dengan pertunangan ni. Jujurlah dengan saya Fikri. Saya pekakkan telinga aje bila ada orang bagitahu saya, awak keluar dengan perempuan. Saya harap awak sedar sendiri. Awak telah bertunang. Tapi saya, awak tak sedar semua tu. Sepanjang saya jadi tunangan awak. Tak pernah lagi saya keluar dengan mana-mana lelaki melainkan customer saya. Itu pun saya masih ajak pekerja saya ikut sekali,”
Berubah wajah Fikri ketika itu. Sedaya upaya Nurnadia menahan getaran itu. Jarang sekali dia keluar dengan mana-mana lelaki. Kebiasaanya dia akan keluar dengan kawan perempuan. Nurnadia tidak mahu timbul pergaduhan atau selisih faham di antara mereka.
Nafasnya naik turun.
“Awak jangan ingat bila saya sibuk dengan kerja saya. Tapi awak ambil kesempatan dengan kesibukkan saya,” Nurnadia menahan rasa sebak. “Lebih baik kita putuskan saja pertunangan ni. Saya yakin, awak akan bahagia dengan perempuan ni. Dia lebih layak dengan awak. Saya akan bagitahu nenek tentang perkara ni secepat mungkin,”
Fikri terkesima dengan permintaan drastik daripada Nurnadia. Turut mendapat kejutan gadis yang bersama dengan Fikri. Nurnadia menarik nafas dala supaya tidak menggugarkan air mata di situ.
“Tak apalah, saya pergi dulu. Maaf mengganggu dan salam berbahagia,”
Nurnadia melangkah keluar daripada restoran dengan hati pilu. Pelbagai perasaan dialami ketika itu. Mahu saja dia mencekik perempuan itu. Tapi nanti tak pasal-pasal masuk lokap sebab atas cubaan membunuh. Nurnadia mengeluh berat. Selamat tinggal Tengku Fikri.
“APA! Kamu jangan nak buat main-main perkara ni,”
Bergema suara milik Datuk Khatijah menerjah setiap sudut ruang rumah banglo itu. Terkejut dengan kenyataan diberikan oleh cucunya. Nurnadia terdiam apabila suara neneknya mula meninggi.
“Kamu tahu kan, tarikh pernikahan kamu telah ditetapkan,”
“Nadia tak pernah main-main pasal ni. Nadia serius, lagipun pertunangan sepatutnya tak berlaku dari dulu lagi,”
“Sebab apa,” turun naik nafas Datuk Khatijah. “Atau kamu masih simpan perasaan dekat Aufa,”
Serta merta Nurnadia mengangkat wajah lalu memaling ke arah Datuk Khatijah.
“Keputusan Nadia tak ada kena-mengena langsung dengan Aufa. Apa guna teruskan kalau masing-masing tak ada hati dan perasaan cinta,”
Datuk Khatijah merenung wajah satu-satunya cucu yang dia ada. Daripada berdiri dia kembali duduk supaya hati lebih tenang berbanding tadi. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu ada perbalahan antara dia dan Nurnadia.
“Nadia harap, nenek hormat dengan keputusan Nadia,” tutur lemah Nurnadia.
“Kenapa sampai jadi macam ni?”
Nurnadia diam.
“Tak cukup sempurna ke Fikri tu. Cubalah bersabar sikit, cu?” tambah Datuk Khatijah.
Nurnadia menarik nafas panjang. “Nadia dah cukup sabar. Nadia pekakkan telinga bila orang cerita tentang tunang Nadia. Dah beribu kali orang cerita yang tunang Nadia ni asyik duk keluar dengan perempuan lain. Tapi Nadia sabar lagi. Nadia diam. Tapi kali ni, Nadia minta maaf dengan nenek. Nadia dah tak mampu lagi. Nadia harap dengan hormat dengan keputusan Nadia kali ni,”
Nurnadia bingkas bangun dan berlari mendaki tangga ke biliknya. Datuk Khatijah memejamkan matanya. Dia benar-benar tak sangka semuanya berakhir begitu.
“SORRY, lambat bro!”
Tepukan pada bahu Fikri menyentak lelaki itu sedang leka menonton televisyen yang tersedia di restoren tersebut.
“It’s okay. Aku pun baru aje sampai ni,” balas Fikri terhadap sepupunya. Sepupunya itu menarik kerusi lalu dudu,”
“Kau tak nak makan ke minum ke, Aufa. Hari ini aku belanja,” pelawa Fikri dengan mengukir senyuman.
“Minum sudahlah. Tadi aku dah makan dengan family aku,”
Fikri sudah tangan angkat memanggil pelayan restoran. Pelayan perempuan masih muda itu datang membawa senarai makanan lalu diletakkan di atas meja. Mereka memesan fresh orange untuk sepupunya. Pelayan tersebut beredar kembali ke dapur.
“So apa cerita kau ajak jumpa ni. Sampai tak sempat nak tunggu pagi esok,” Aufa melarikan pandangan ke arah pelanggan yang lalu lalang masuk ke restoran tersebut.
“Kau tahu kan aku dah bertunang,”
Aufa mengangguk mengiyakan Fikri.
Aufa hanya mendengar cerita pertunangan sepupunya melalui mak, Juriah. Dia langsung tidak berkesempatan bertemu bakal isteri kepada sepupunya, Fikri.
“Sebenarnya dah dua minggu aku putus tunang,” lemah suara Fikri menutur kata. Terkejut Aufa dengan berita itu disampaikan.
Pelayan restoran itu kembali ke meja membawa dipesan sebentar tadi. senyuman sumbing terukir dibibir Aufa.Dia bagaikan tidak percaya Fikri telah putus tunang.
“Macam mana boleh jadi macam tu. Bukan ke korang kahwin hujung tahun ni,” Aufa seolah-olah tidak percaya, ikatan pertunangan selama dua tahun berakhir dengan perpisahan.
Aufa menarik gelas berisikan air fresh orange. Lalu dihirup perlahan. Aufa memandang kosong ke arah sepupunya.
“Entahlah. Mungkin silap aku jugak, selalu sangat keluar dengan Ad. Tak pasal-pasal kantoi hari tu,” Fikri melurut rambutnya kasar. Ad atau Adriana merupakan anak angkat keluarga. Dia agak rapat dengan Ad. Tapi perasaan sayang itu tidak lebih daripada seorang abang ke adiknya. Tambah lagi, Nurnadia tidak pernah tahu kewujudan Ad dalam keluarga itu.
“Kau tu pun satu. Keluar dengan Ad tak nak langsung bagitahu dekat tunang kau. Tak ada lah dia salah faham,”
“Dua tahun aku tunang dengan dia. Tak macam aku ni tunang dia langsung. Aku tunang dengan orang lain, keluar dengan orang lain. Kau tak kenal Nadia tu macam. Sibuk dia kalah PM kau tahu tak,”
Tersedak Aufa apabila nama Nadia meluncur dibibir sepupunya. Teringat akan gadis yang pernah mengusik taman hatinya. Apa mungkin gadis bernama Nadia itu adalah sama seperti Nurnadia disayanginya.
“Sapa nama bekas tunang kau?” ringan mulut Aufa bertanya.
“Nurnadia. Dia ada buka gelari sendiri,”
Terasa ada petir menyambar tangkai hati Aufa ketika itu. Memang benar itu telah bertunang dengan sepupunya sendiri. Dia benar-benar tidak percaya perkara itu berlaku. Tapi tadi Fikri memaklumkan tentang putus tunang antara Fikri dan Nadia. Ini bermakna Aufa masih ada peluang untuk menakluk hati gadis itu lagi.
“Kau nak tahu, hujung tahun ni kitaorang nak kahwin. Tapi satu barang pun kitaorang tak sediakan lagi,” kata Fikri sambil bersilang tangan. “Pertunangan ni diatur oleh keluarga aku sendiri. Mungkin dia bukan jodoh aku kut,”
Bait-bait yang meluncur daripada mulut Fikri membuatkan Aufa tersenyum. Aufa akan pasti Nurnadia hanya akan menjadi miliknya hari dan selamanya.
NURNADIA memandang potret budak perempuan yang telah berjaya disiapkan seperti dipesan oleh pelanggannya. Dia sangat berpuas hati dengan hasil lukisan tersebut. Dia meletakkan pensel arang di atas meja di sediakan.
“Cik Nadia,”
Namanya diseru membuatkan Nurnadia memaling kepada si pemanggil tersebut. Melihat pekerjaanya, Tia sudah berada di hadapan muka pintu.
“Ada apa Tia,”
“Saya gaduh dengan customer. Dia nak beli semua lukisan yang kat depan tu,” tutur Tia laju.
Nurnadia mengeluh. “Suruh dia pilih yang bahagian tengah. Nanti saya kasi diskaun dengan dia,”
“Dia tak nak, saya dah cuba tadi. Dia ugut kalau tak boleh juga, dia bakar galeri ni,”
Berubah wajah Nurnadia apabila ada pelanggan yang suka mengugutnya. Melampau betullah! Nurnadia bingkas bangun dan menuju ke daripada bengkel kecil itu diekori oleh Tia. Mata Nurnadia meliar mencari pelanggan yang buat kecoh tersebut.
Kakinya melangkah ke bahagian depan galeri yang mempamerkan lukisan kesayangan. Tapi bukan untuk dijual oleh sesiapa. Dia tidak pedulikan jika ada pelanggan sanggup meletakkan harga ribuan ringgit sekali pun.
Nurnadia menghela nafas apabila tiada sesiapa di situ. Belum sempat di memusing ke belakang semula, terasa ada seseorang berdiri di belakangnya. Begitu rapat di antara mereka berdua.
“Saya nak beli semua lukisan ni…” meremang bulu roma Nurnadia apabila suara itu berbisik dicuping telinga. Tapi suara seperti dikenalinya. Entah mengapa hatinya menjadi berdebar-debar tidak tentu arah.
“Ataupun…boleh digantikan dengan tuan galeri ni aje,”
Dup dap dup dap.
Makin laju berdegup jantungnya seperti baru selesai larian marathon. Hatinya ingin tahu suara siapa itu. Dengan perlahan-lahan dia memusing tubuhnya. Mereka bertentangan, bagai mahu gugur jantungnya ketika itu apabila lelaki dihadapannya itu adalah lelaki dirindui selama ini. Aufa, lelaki amat dinanti-nanti sehingga ke hari itu.
Bibirnya terkunci rapat. Tidak tahu apa yang di ucapkan. Melihat daripada susuk tubuh lelaki itu banyak berubah berbanding dulu. Aufa kelihatan cengkuk sedikit daripada sebelum ni. Mungkin lelaki itu terlampau bekerja.
“Masih ingat saya,Nurnadia,”
Angguk tidak geleng pun tidak.
“Maaf, kalau kehadiran saya memeranjatkan awak,”
Nurnadia masih diam.
“…dan maafkan saya jugak sebab tinggalkan awak dulu. Tak ada niat pun nak tinggalkan tapi keadaan memaksa saya buat begitu,”
Aufa merenung wajah gadis itu. Dia tidak menghiraukan beberapa pekerja dan pelanggan yang berada di situ. Nurnadia menundukkan wajahnya ke lantai. Tak sanggup hendak bertentang mata dengan lelaki itu. Lagipun dia khuwatir, jika lelaki itu akan meninggalkannya lagi untuk kali kedua.
“Saya datang sini ada perkara nak bagitahu, saya tak boleh simpan lama,”
Nurnadia memanggungkan kepalanya apabila Aufa menyebutkan tentang hajat. Hajat apakah ingin disampaikan. Apakah lelaki itu akan berkahwin tidak lama lagi? Mungkin itu ingin disampaikan. Sanggupkah aku mendengar semua itu.
“Sudi tak awak jadi permaisuri hati saya untuk hari ni dan selamanya,” sekali lafaz yang ingin diluahkan oleh Aufa. Benarkah apa yang aku dengar ni. Atau ini sekadar khayalan. Aufa nak aku ambil aku sebagai isteri dia. Nurnadia seperti tidak percaya.
“Tak apalah, Nadia. Awak ambillah masa dulu. Mungkin awak masih terkejut lagi. Saya minta diri dulu,”
Aufa menarik nafas panjang sebelum dia mengatur langkah meninggalkan galeri dan Nurnadia di situ.
“Au…fa,” tergagap Nurnadia.
Langkah Aufa terhenti. Nurnadia bergerak perlahan mendekati Aufa. Nurnadia cuba memandang seraut wajah lelaki itu. Tiada senyuman dipamerkan.
“Kenapa dulu awak tinggalkan saya? Saya pernah buat salah ke dekat awak,” soal pertama terbit daripada Nurnadia.
“Sebab saya takut kalau awak tolak cinta saya. Boleh pengsan saya kalau awak tolak cinta masa tu,” Nurnadia merenung wajah Aufa dengan kehairanan.
“Maksud awak?”
“Saya mula jatuh hati dengan awak masa awak panggil saya salemen lagi,” tersengih Aufa ketika. “Teruk sangat kut saya waktu tu sampaikan awak panggil saya salemen,”
Nurnadia tersenyum mengingati perkara tersebut. Tak sangka Nurnadia selama ini lelaki itu telah menaruh hati terhadapnya. Dan yang pasti, dia tidak bertepuk sebelah.
“Maknanya selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan lah kan,” Nurnadia berkata. Aufa menggelang laju. Perasaan Nurnadia tidak mampu digambarkan. Empat tahun dia menyimpan perasaan itu dan kali ini rahsi itu sudah pun terbongkar.
Aufa tersenyum seraya mencuit hidung Nurnadia. Tidak sempat gadis itu mengelakkan. Dia telah berikrar akan menjadi gadis itu sampai ke akhir hayat. Dia tak mampu lagi untuk berpisah dengan gadis kesayangannya.
SEKEPING gambar hitam putih ditangannya. Lama diperhatikan. Tanpa disedari ada garis pada bibir itu. Dia amat bahagia tatkala itu. Hampir lima bulan mendirikan mahligai bersama insan bergelar itu, Tengku Muhaimin Aufa. Amat tidak disangka dia telah menamatkan zaman bujang bersama dengan pilihan hatinya.
Perkara mengejutkan Nurnadia ketika itu, apabila suaminya merupakan golongan kerabat tengku. Langsung tidak disangka, seorang dikenali pemandu kereta syarikat adalah daripada golongan tengku.
Ada perkara paling mengejutkannya adalah suamiku merupakan sepupu kepada bekas tunang aku, Fikri. Mahu pengsan bila dapat tahu. Sewaktu Fikri hadir ke majilis perkahwinan kami. Aku melihat dia tersenyum bahagia lagipun dia bersama kekasih hati masa itu.
Nurnadia menarik nafas panjang lantas memandang ke dada langit. Dia sengaja dia bersantai di bolkani apartment rumahnya. Sudut bolkani kecil telah dihias dengan cantik oleh Aufa sendiri. Lelaki itu mempunyai citarasa yang agak tinggi. Apartment itu adalah sebahagian daripada hadiah perkahwinan mereka.
“Ayang, buat apa tu sorang-sorang,” satu suatu menyapa Nurnadia. Tanpa menoleh Nurnadia tahu siapa gerangan tu. Terkulat-kulat Nurnadia menyembunyikan gambar yang berada ditangannya tadi.
“Tak buat apa-apa. Cuma ambil angin petang aje. Bila abang balik,” soal Nurnadia menghulurkan tangannya menyalam suaminya. Setelah itu, Aufa mengucup pipi gebu isterinya. Batang hidung Nurnadia dicuit manja.
“Buruknya perangai. Kalau dah berangan tu mana perasaan abang dah balik kan,” Aufa muncung sedapa. Nurnadia menampar lembut pipi suaminya. Tertawa kecil apabila melihat kelakuan suaminya.
“Maaflah. Nadia betul-betul tak perasaan,” Nurnadia berkata sambil tayang muka paling comel.
“Tak payahlah buat muka comel macam tu. Tergugat tahu tak, ayang,” lembut si suami berkata. “Tadi ayang sembunyi apa?”
Teringat gelagat Nurnadia yang kelam kabut menyembunyikan sesuatu daripadanya. Nurnadia sudah tersengih.
“Mana boleh. Secret!” Nurnadia berkata.
Aufa tarik muka. Masam dan muncung lebih dua depa. Dengan bersilang tangan lepas tu mengalih badannya dan membuang pandangan ke arah pemandangan daripada bolkani. Nurnadia sudah mengaru-garu kepalanya tidak gatal. Merajuk pulak dah.
Nurnadia memeluk erat leher dan bahu suaminya daripada belakang. Tubuh badan Aufa masih kaku. Aufa membiarkan perasaan yang bergelora itu. Seraya itu, Nurnadia mencium pipi suaminya bertalu-talu.
“Sejak bila abang pandai merajuk ni,” bisik Nurnadia dengan manja.
Aufa masih diam. Eh laki aku ni dah lebih-lebih majuk ni. Omel Nurnadia. Nurnadia mencapai sekeping gambar itu lalu ditayangkan kepada Aufa. Nurnadia meleraikan pelukkan itu. Mata Aufa di alih ke arah Nurnadia.
“Ayang, ni bukan ke ultrasound,” tanya Aufa yang meminta kepastian.
Nurnadia mengangguk dan tersenyum bahagia.
“Betul ke ayang. Maknanya ayang tengah mengandunglah sekarangkan,” Aufa mengubah kembali posisi kepada asal. Untuk dua kali Nurnadia mengangguk. Tubuh kecil Nurnadia diraih ke dalam pelukan. Sesungguh dia amat bahagia ketika itu.
“Terima kasih, ayang! Abang rasa bahagia sangat,” Aufa berkata gembira.
Nurnadia di sahkan mengandung oleh Doktor Azura sewaktu di ke klinik semalam lagi. Dia tidak sempat beritahu berita gembira itu kepada suaminya. Apabila Aufa pulang pada lewat malam.
Nurnadia bangun daripada buaian kecil telah ditempatkan di bolkani itu.
“Ayang nak pergi mana?” soal Aufa masih tersenyum.
“Pergi masaklah. Abang nak makan apa malam ni,”
Aufa segara berdiri dan memaut bahu Nurnadia sambil jalan beriringan ke ruang tamu.
“Malam ni tak payah masak. Kita dinner dekat rumah mak. Abang tak sangat nak bagitahu dekat diaorang pasal baby kita,”
Nurnadia mengangguk malah tidak membantah cakap suaminya.
“Terima kasih ayang. Abang akan bahagiakan ayang dan anak kita nanti. Abang tak pernah menyesal jatuh cinta dengan ayang,”
Tersenyum Nurnadia mendengar kata-kata suaminya. “Nadia pun tak pernah menyesal. Nadia tahu Nadia akan bahagia dengan abang,”
Aufa merangkul tubuh isterinya. Sesungguhnya mereka sangat bahagia waktu itu. Semoga cinta antara Aufa dan Nurnadai akan kekal sehingga ke akhirnya.
#TAMAT#
P/s: Tamat sudah cerita ni. Maaflah ending dia kelam kabut sikit. Part 3 terakhir semua tunggang langgang. Tak reti nak susun. Dengan harap pembaca Dalam Diam Jatuh Cinta boleh terima mini cerpen ini. Terima kasih siapa yang menyokong saya. Love, AyaDayana.
best gila gila...
ReplyDeletewriter klau bleh smbng lgi ya.. uat cita psai lepa ada baby plak.. msti sweet kan.. hehe
konflik xmau2.. hehe
Hehe. ada baby. itu takjanji lah. sbb nak fokus crta lain sama. Kalau ada masa n ada idea. boleh ar buat :)
Deleteaya ayat tu ad terabur sikit..bace balik dan cube perbaiki
Delete