Assalamualaikum. Maaflah lama tak update langsung. Sibok dengan assignment. hehe
Ni bab seterusnya untuk Kekasih Kontrak. kalau suka, bagitahu okay .
BAB
15
PANDANGAN
lelaki itu bertaut pada sepasangan mata coklat milik gadis yang memakai baju
kurung Riau berwarna merah jambu. Lelaki itu terpersona melihat keayuaan gadis
tersebut. Cantik. Berulang kali perkataan itu diluahkan. Bagaikan ada seseorang
sedang menghentikan masa seketika. Mereka berdua sama-sama terdiam, hanya
dengar penghawa dingin berfungsi.
‘Cut-cut,
drama apa pulak ni. Aku dah sanggup lagi ni. Tolong hentikan dengan segera.’
Mengamuk suara hati Munirah Aishah secara mendadak.
“Ehem!”
Kuat deheman Munirah Aishah, tetapi
lelaki itu masih kaku dan masih berkeadaan yang sama.
“Ehem!” Dehemen sekali lagi bersama
dengan ketukan tangan pada meja digunakan oleh lelaki itu. Lelaki itu tersentak
dan menyebabkan pen yang pegangnya terlepas. Terkulat-kulat Shahzrul Nazrin
mengambil semula pen tersebut.
‘Hilang macho,’ bisik Shahzrul
Nazrin.
Shahzrul Nazrin memandang gadis
tersebut yang masih berdiri. “Silakan duduk,”
Munirah Aishah menarik sebuah kerusi
di sediakan ruang pejabat itu lantas dia melabuhkan punggung. Dia meletakkan
fail peribadinya di atas meja tersebut. Ini kali pertama Munirah Aishah ditemu
duga oleh seorang lelaki. Kebiasaanya, dia akan berjumpa dengan pelbagai
penemuduga yang banyak kerenah. Tapi kali ni, dia ditemu duga oleh orang yang
dia kenali iaitu sepupu kepada Ella
Shahzrul Nazrin berkata. “Sila
perkenalkan diri.”
“Munirah Aishah binti Mohd
Kamarrudin,” selafaz namanya dijawab.
Hampir terjatuh Shahzrul Nazrin yang
sedang duduk di atas kerusi kulit itu. Lama dia memandang gadis yang baru
sahaja memperkenalkan dirinya. Munirah Aishah berada di hadapannya hanya dapat
menahan ketawa.
‘Munirah Aishah?’ soal hatinya yang
tiba-tiba sahaja berdegup kencang. ‘Dia Munirah Aishah?’
Persoalan itu bertalu-talu
dihatinya. “Boleh bagi saya resume awak,”
Munirah Aishah sedikit tercenggang.
Tanpa berkata apa-apa dia menghulurkan fail tersebut. Dengan kasar Shahzrul
Nazrin menyelak fail itu. Dia meneliti satu persatu yang terkandung di dalam
resume tersebut. Sesekali dia memandang Munirah Aishah yang hanya diam.
‘Memang benar dia adalah Moon. Dia
pernah bersekolah sekali dengan aku dulu. Dan aku pernah buli dia. Tapi, dia
tak kenal aku ke?’ soal hati Shahzrul Nazrin.
Tanpa disedari Shahzrul Nazrin
mengukir senyuman. “Sila perkenalkan diri semula,”
“Hah, encik kan dah tengok saya
punya resume. Itu semuanya data pasal saya, takkan itu pun, encik tak puas hati
lagi,” dengan selambanya Munirah Aishah menjawab. Ella, aku minta maaf kalau
aku nak belasah mamat ni. Geram betul aku. Omel Munirah Aishah sendirian.
“Susah sangat ke saya minta awak
perkenalkan diri. Awak ni nak kerja atau tak dekat sini,” kata Shahzrul Nazrin.
Munirah Aishah diam.
“Okay, kalau macam tu saya sahaja
lah tanya awak. Sebelum ni awak kerja dekat mana?” soal Shahzrul Nazrin.
“Kedai buku,”
“Best ke kerja dekat situ,”
Munirah Aishah diam.
“Awak dah kahwin ke belum,”
“Perlu ke nak tahu semua itu dan
saya rasa semua sudah tertulis dalam resume tu,”
Lelaki itu mengangguk tanda
mengerti. Tapi pada masa yang sama dia, seolah masih tidak percaya bahawa
dihadapannya itu adalah Munirah Aishah, tambahan lagi mengikut status berdasarkan
resume ni, Munirah Aishah dia masih belum berkahwin. Habis anak siapa yang bawa
masa dekat mall hari tu. Mungkin anak sedara dia agaknya. Shahzrul Nazrin
cepat-cepat menyedapkan hatinya.
Munirah Aishah semakin bengang dengan sikap
sepupu Ella. Mahu sahaja dia belasah laki itu. Nasib baik pakai baju kurung,
kalau tidak dah lama hilang ayu aku.
“Itu salah satu soalan temuduga ke,”
ujar Munirah Aishah masih kurang berpuas hati.
“Ini ke cara awak nak berkerja
dengan syarikat kami. Daripada saya melihat cara awak, awak seperti tidak
berminat untuk bekerja dengan saya,”
Kata-kata lelaki itu benar-benar
memasankan telinganya. “Encik yang membuatkan saya menjawab tak bertempat dan
tanya soalan bukan-bukan,” Munirah Aishah terus membalas tanpa melengah. Dia
terus bangun dan ingin meningglkan tempat itu dengan segara.
Shahzrul Nazrin yang terpinga-pinga
dengan Munirah Aishah. Tiba-tiba Munirah Aishah berpatah balik kembali meja
tersebut. Kemudian dia merampas kasar fail berisikan resume dari tangan lelaki
tersebut dan menuju ke pintu.
“Cik Munirah Aishah,”
Belum
sempat tangannya mendarat di tombol pintu, namanya di panggil. Segara dia
memaling menghadap lelaki itu.
“Ye ada apa boleh saya bantu Encik
Shah,” kata Munirah Aishah dengan mengutuskan senyuman plastik.
“Awak diterima bekerja di Far East
Holdings,”
Munirah Aishah sedikit kaget. Berkerut
dahinya mengenangkan perangai pelik lelaki tersebut. Tak ada angin, tak ada
ribut boleh pulak dalam aku sebagai pekerja dia.
“Betul ke Encik Shah?” dia meminta
kepastian.
“Mulai esok awak dah boleh masuk kerja,” ujar
lelaki tersebut yang membetulkan kedudukannya lalu mengambil fail yang tersusun
di atas meja itu. Munirah Aishah menguntumkan senyuman bahawa dia telah Berjaya
mendapat perkejaan seperti yang diharapan oleh mama selama ni.
“Kalau
macam tu, saya minta diri dulu. Terima kasih,”
Bayangan milik Munirah Aishah sudah
hilang dari pandangan. Seketika, dia senyum sendirian. Shahzrul Nazrin bagaikan
tidak percaya, gadis yang selama ni bertekak dengannya adalah orang amat
dikenali. Tapi, perkara paling menarik sekali, Munirah Aishah langsung tak syak
aku siapa. Biarkan sahaja lah.
LIGAT
tangan kanan tersebut mengarang karangan yang bakal dihantar esok. Sempat
matanya menjeling kea rah jam dipergelangan tangannya. Jarum jam sudah
menunjukkan pukul tiga setengah petang. Rata-rata pelajar sudah pulang ke rumah
sejam yang lalu. Termasuklah Salma dan Aryana. Tinggallah Munirah Aishah
keseorangan di dalam kelas tersebut.
Munirah Aishah mengeluh sendirian.
Pen berwarna biru di lepaskan daripada genggam nya. Dia menyandar lemah badan
kepada kerusi kayu itu. Lantas dia memejamkan mata seketika. Badannya terasa
lemah dan matanya mudah rasa tertidur akibat semalam dia tidur lewat. Pukul
empat setangah pagi baru dia dapat melelapkan matanya.
“Nah!”
Tersentak apabila suatu suara garau
milik seorang lelaki menyelinap ke cuping telinga. Dengan pantas matanya
terbuka luas seraya dia membetulkan kedudukannya. Lelaki itu mendekati meja
Munirah Aishah, lantas menghulurkan coklat Cadbury. Teragak-agak dia menyambut
huluran tersebut.
“Terima kasih,” ucap Munirah Aishah.
Munirah Aishah memandang lelaki yang
berdiri di hadapannya. Selekehnya mamat ni! Dengan baju dah comot-comot. Dia
terjun lombong mana! Merengus Munirah Aishah terhadap Shahzrul Nazrin. Pakaian
Shahzrul Nazrin pada petang itu, tidak lagi seperti pagi tadi. Apabila baju
kemeja putih lelaki itu sudah tidak kemas dan tali leher sudah tidak bergantung
pada kolar baju tersebut.
Tiba-tiba Munirah Aishah bau sesuatu
yang tidak kena. Seperti bau…
“Reen, kau merokok ke,” teka Munirah
Aishah.
Reaksi Shahzrul Nazrin terkejut.
Pantas dia membau baju kemeja yang tersarung tubuh pada badannya. Terdapat
sedikit kesan bau rokok yang dihisap oleh Hamid tadi.
“Tak adalah. Mungkin bau ni terlekat
waktu aku tolong pak cik kebun tu kemaskan stor agaknya,” Shahzrul Nazrin cuba
sedaya upaya menyakinkan Munirah Aishah. Kalau dia petik nama Hamid, pasti dia
juga terkena tempiasnya. Sememangnya dia pergi ke stor sebentar tadi untuk
mengambil bola sepak yang disimpan didalam stor, malangnya bola itu langsung
tidak kelihatan.
“Okay, aku percaya. Jangan kau
bersubahat dengan sapa-sapa sudah,” amaran dilontarkan oleh Munirah Aishah. Dia
kembali menyambung kerja dan membiarkan lelaki tersebut. Shahzrul Nazrin
menarik salah satu kerusi kayu dihadapan meja Munirah Aishah. Shahzrul Nazrin
memandang gerak geri tangan Munirah Aishah yang sedang menulis.
“Apasal kau buat karangan masa
sekarang, tak rasa mengantuk ke?” soal Shahzrul Nazrin. Munirah Aishah sekadar
mengeleng kepalanya.
“Kau tak takut ke duduk sini
sorang-sorang,” soal lagi Shahzrul Nazrin. Sekali lagi Munirah Aishah
mengelengkan kepalanya.
“Nak takut buat apa, bukannya malam
pun,” tiba-tiba Munirah Aishah menjawab seraya dia memandang seraut wajah milik
Shahzrul Nazrin yang sedang memutarkan pen yang berada diatas meja tersebut.
“Kenapa kau tak balik lagi?”
“Saja,” sepatah sahaja dijawabnya.
“Oh,” Dia kembali membuat kerjanya
kembali.
Shahzrul Nazrin bersuara. “Lepas SPM
nanti, agak-agak kita jumpa balik tak,”
Munirah Aishah sedang leka menulis,
terhenti seketika. Sembilan puluh darjah kepalanya memusing ke arah Shahzrul
Nazrin. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan di ajukan oleh Shahzrul Nazrin.
Kenapa tiba-tiba soalan itu diluahkan?
Dia sedikit kebinggung melihat cara Shahzrul Nazrin tatkala itu, lelaki
itu memandang ke arah tingkap tanpa
mengelipkan matanya.
“Entahlah Reen, aku sendiri pun tak
tahu tentang masa depan. Kalau ada rezeki, Insya-Allah kita semua jumpa balik.
Boleh buat reunion. Mesti seronok masa tu,” Munirah Aishah mula membayangkan
dirinya pada masa hadapan, bagaimana ye?
Shahzrul Nazrin masih mendiamkan
diri. Munirah Aishah berkata lagi. “Mesti masa tu, kau dah punya isteri dengan
anak kan. Anak kau mesti comel macam kau. Aku boleh bayangkan semua tu..”
“Mengarut!” Shahzrul Nazrin memintas
kata-kata Munirah Aishah. Tersentak Munirah Aishah lalu dia buat muka. “Aku
balik dulu lah, Moon. Okay bye!”
Terpinga-pinga Munirah Aishah dengan
perangai pelik lelaki itu. Dia tu kenapa sebenarnya, datang bulan agaknya. Dia
terus menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya. Tak sampai dua puluh
minit, latihannya sudah pun siap. Boleh balik nanti, dia buat latihan kerja
yang lain.
Munirah Aishah senyum lebar lantas
dia mengemaskan barangnya ke dalam beg galas anak matanya terpandang coklat
Cadbury yang masih tidak jamah. Cadbury Black Forest, kesukaan Munirah Aishah.
Kenapa tiba-tiba je dia kasi coklat ni dekat aku? Dan macam mana dia boleh
tahu, aku suka coklat ni? Hati kecilnya berbisik.
TOK! TOK!
Ketukan
pada pintu mencecahkan lamuanan Shahzrul Nazrin. Shahzrul Nazrin melurut
rambutnya dengan kasar. Sudah berkali-kali pintu berbunyi. Shahzrul Nazrin
menarik nafas dalam sambil memperkemaskan pakaiannya terlebih dahulu.
“Masuk,”
Pintu itu ditolak luas. Seorang
gadis tinggi lampai menerjah masuk ke ruang pejabatnya. Gadis itu amat dia
kenali. Gadis tersebut melangkah ke Shahzrul Nazrin tanpa berkata-kata gadis
itu melabuhkan punggungnya.
“Sory Reen, I ganggu you sekarang
ni,” kata Intan.
Shahzrul Nazrin mengeleng serta
menjawab berpertanyaannya. “Taklah. You dari mana ni. I tengok you happy aje,”
Intan
sudah tersenyum. “I dari rumahlah. Mestilah I happy dapat jumpa dengan you. You
tu selalu sangat busy sana sini. Kalah perdana menteri tau,”
“You kan tahu ni bukan syarikat ayah
I. Mestilah I busy nak urusankan semua ni. Ingat senang ke,”
“You dah dapat ke secretary baru,”
soal Intan dengan penuh berminat. Shahzrul Nazrin berpaling ke arah wajah milik
Intan yang sentiasa murah dengan senyuman. Dia memandang gadis yang bakal
menjadi setiausahanya tidak lama lagi. Shahzrul Nazrin mengangguk dengan
pertanyaan Intan tadi.
“Cantik tak. Cantik I lagi ke
secretary baru you tu,” duga Intan. Shahzrul Nazrin memikir jawapan yang sesuai
tuk soalan Intan. Intan cara pemakaiannya lebih kepada moden dan Munirah Aishah
lebih kepada timur agaknya. Shahzrul Nazrin mengalih pandangan kepada
Intan,gadis itu sudah mengigit bibirnya.
“Pada I sama aje. You atau secretary
baru I. Semua makhluk yang lahir dekat dunia ni semuanya cantik, Cuma kita kena
pandai mereka mana baik atau pun buruk. Kalau luaran Nampak cantik tapi dalam
hati berkarat tak guna juga. So, pada I semua perempuan dalam dunia ini adalah
cantik. Okay,”
Intan mengangguk tanda faham.
“Sebelum terlupa, I nak bagitahu. Malam ni family I makan malam dekat rumah you
tau,”
“Okay. Nanti kita jumpa dekat
rumah,” balas Shahzrul Nazrin
Intan
bingkas bangkit berdiri tanda dia ingin minta diri untuk keluar.
“You
dah nak balik ke? I ingat you nak borak lama dengan I,” soal Shahzrul Nazrin.
Shahzrul Nazrin turut bingkas bangun.
Intan
mengukir senyuman. “I datang sini, sebab itu je, kebetulan I lalu sini itu yang
masuk sini sekejap. Lagipun I nak jumpa kawan lama I. I dah janji dengan dia,”
“Okay
kalau macam tu, you drive elok-elok. Malam ni kita jumpa lagi,”
Intan
menguntum senyuman sebelum dia melangkah kakinya ke arah pintu pejabat. Setelah
kelibat Intan hilang dari pandangan. Dia menghempaskan tubuhnya di atas kerusi
kulit itu lantas memusing kerusinya mengadap pemandang dari luar syarikat
tersebut. Dalam fikirannya, hanya terbayang satu nama….
Munirah
Aishah!
BERSAMBUNG...
Nak lagi
ReplyDeleteokay insyaallah .
ReplyDeletenk lg . .
ReplyDeletesabar okay :)
Delete