ENJIN Vios dimatikan sejurus sampai sebuah
kedai makan. Hazim sekilas menoleh ke sisi, tercengang melihat Aimi dalam
keadaan terpinga-pinga.
“Apasal kau pandang macam tu,” soal Hazim.
“Tak ada kedai lagi elok ke kau nak bawak aku
makan,” Aimi berkata dengan nada agak sombong.
Hazim memandang ke arah sebuah kedai makan.
Kedai tersebut yang berada di bawah pohon nan rendang. Malah kedai tersebut
sarat dengan pengunjung makan tengah hari. Makanan yang terkenal di situ adalah
Asam Pedas Ikan Pari. Rugi siapa yang tidak mencuba.
“Apa yang teruk sangat kedai tu. Okay aje,”
“Aku ingat kau nak bawak aku makan dekat
restoren mewah mana tadi. Dekat sini rupanya,” kutuk Aimi dengan geram.
“Ini restoren mewah aku okay,” bersabarlah
Hazim oit dengan minah ni. “Daripada kau makan mewah-mewah macam tu tak guna
jugak okay. Tak berbaloi. Kau ingatlah sikit, berjimat. Tahu nak boros aje. Kau
perlu bersyukur tahu tak. Orang duduk dekat Palestin tu tak cukup makan tahu
tak. Tapi diaorang masih bersyukur kalau ada bantuan datang bagi makanan. Tak
adanya yang memilih,”
Aimi memekakkan telinga mendengar lelaki itu
mula bersyarah.
“Kalau aku sakit perut siap kau,”
“Tak dapat sapa lagi makan dekat situ masuk
ICU, melainkan ajal kau masa tengah makan,” bidas Hazim. Di dalam hati Aimi
berbakul-bakul sumpah seranah dituju khas untuk lelaki itu.
Akhirnya Aimi akur dengan hati yang sebal dia
turut dan mengekori Hazim. Melihat Hazim memilih lauk pauk dalam bekas di atas
meja itu. Aimi turut mengambil makanan. Sejurus itu, Hazim mencari tempat
kosong untuk didudukinya. Hazim tersenyum melihat gadis itu terkulat-kulat
memilih lauk. Argh! Biarkan aje, belajar hidup bersederhana. Tahu nak mewah
aje.
Ligat Hazim menjamah nasi. Dia memandang gadis
itu sekadar menyuap beberapa suap ke mulut. Melihat lauk yang di ambil oleh
gadis itu hanya ayam goreng dan sedikit sayur-sayuran serta sejemput nasi
putih.
“Kenapa tak makan?” tanya lelaki itu
menyuapkan sayur kangkong ke dalam mulutnya.
Aimi diam.
Rasa bersalah berkubang dalam hatinya. “Sorry
kalau buat kau tak selesa,”
Aimi menggeleng. Tak sampai setengah jam
menjamah makan tengah hari. Pinggan yang tadi penuh dengan lauk kini kosong
pada pinggan Hazim. Lantas pinggan tersebut di tolak perlahan
“Kau dah habis makan belum,”
Aimi mengangguk. Hazim bangun dan menuju sinki
untuk membasuh tangan. Selesai membasuh tangannya, dia kembali ke meja dan
menghirup air yang berbaki di dalam gelas.
“Akak! Kira ni,” Hazim memanggil Kak Su
merupakan pemilik kedai tersebut. Kak Su bergerak kepada Hazim yang merupakan
pelanggan tetap di situ.
“Aik, selalu datang seorang aje,” usik Kak Su
yang kertas kecil di tangan. Hazim senyum. “Hari ni datang berdua pulak,”
Hazim melirikan matanya kepada Aimi seraya itu
melakarkan senyuman buat Kak Su. Pemilik kedai itu turut membalas senyuman
sebelum mengira makanan tersebut.
“Semua sekali lima belas ringgit, Hazim,” ujar
Kak Su apabila selesai mengira.
“Kira asing-asing,” kata-kata Hazim membuatkan
gadis dihadapan lelaki itu melipat maut.
“Kalau asing-asing, Hazim lapan ringgit. Adik
ni tujuh ringgit je,”
Hazim mengeluarkan wang bernilai not lima
ringgit sehelai dan not seringgit, tiga helai. Begitu juga Aimi, menyelongkar
kasar beg tangannya dan memberikan not sepuluh ringgit sekeping. Kak Su
memulang balik baki kepada Aimi sebelum beredar.
“Apasal bayar asing-asing? Ke kau tak mampu
nak bayar,”
“Sebab kau bukan wife aku lagi. Takkan tujuh
ringgit pun kedekut sangat nak bayar,” Hazim melarikan diri ke keretanya. Aimi
menghentak kaki dengan sikap Hazim begitu.
“Cakap dengan laki ni sumpah menyakitkan hati.
Kenapalah wujud orang macam ni?” gumam Aimi.
****
PADA hujung minggu itu, Hazim membawanya ke
suatu tempat. Mata Hazim meliar-liar mencari parkir kosong. Akhirnya dapat juga
parkir kosong. Hazim mengalih pandangan ke sisi, dipandangnya gadis itu sedang
leka bermain dengan telefon pintar.
“Jom turun dah sampai,”
Aimi mengangkat wajah memandang lelaki itu.
Aimi memerhati sekeliling itu. Ada budak-budak kecil sedang bermain. Ada
sebahagiaannya menunggang basikal. Aimi memanggung kepalanya dan mendongak
melihat sebuah kawasan pangsapuri.
“Kita nak pergi rumah sapa ni,”
Aimi mengekori lelaki itu walaupun dia tak
tahu lelaki itu hendak bawa dia ke mana. Pintu lif terbuka dan kedua-dua mereka
memboloskan diri masuk.
“Kita pergi rumah ummi aku,”
Hazim menekan punat lif ke tingkat empat.
“Jumpa ummi kau. Cepatnya,”
“Lagi cepat lagi bagus,”
Aimi sekadar diam. Terasa berdebar-debar di
dada. Sepatutnya hujung minggu itu, dia
bersantai di Villa tapi lelaki itu memaksa secukup-cukup. Kejamkan! Pintu lif
terbuka dan mereka berada di tingkat empat. Hazim melangkah laju di ekori oleh
Aimi.
Sampai di hadapan pintu rumah. Hazim
memberikan salam sebelum Puan Sara membukakan pintu. Terkejut dengan kedatangan
Hazim bersama seorang gadis. Hazim tunduk hormat dan menyalami tangan wanita
itu. Aimi turut meniru perbuatan tersebut.
“Masuklah. Maaflah rumah ummi ni bersepah
sikit,” ujar Puan Sara. Aimi mengukir senyum. Langkahnya di atur ke ruang tamu.
Aimi menoleh ke arah Hazim yang mengangkat panggilan telefon.
Puan Sara melabuhkan punggungnya di atas
kerusi. Di pandang gadis itu beberapa kali. Mungkin yang dikhabar wanita yang
bertakluki hati anak lelaki itu.
“Ummi,”
Puan Sara mendongak dan memandang wajah anak
terunanya. “Ada apa,”
“Hazim keluar kejap. Ada hal sikit,”
Puan Sara mengangguk.
“Aimi, saya keluar kejap nanti saya datang
balik,”
Riak Aimi sedikit terkejut dengan cara
percakapan Hazim. Kali pertama lelaki itu bercakap baik dengannya tidaknya
selalu saja dingin. Aimi tidak membalas tapi sekadar mengukir senyuman.
*****
Puan Sara memasukkan bancuhan tepung di dalam
kuali panas. Aimi sekadar memerhati telatah ibu kepada Hazim. Wanita itu yang
mengelarkan dirinya ummi itu, perwatakkan agak senang. Peramah dan memberi
layanan yang baik.
“Hazim tak ada adik ke, ummi,” tergeliat lidah
Aimi memanggil Puan Sara. Di tangan Puan Sara ada bekas berisikan tepung telah
dibancuh. Kuih jagung dijadikan sebagai hidangan.
“Ada, tapi tak balik lagi,” jawab Puan Sara
sambil meletakkan bekas di tepi dapur.
“Perempuan ke laki?”
Aimi mengekor rahsia tentang lelaki itu.
Ternyata dia tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu. Sedangkan nama penuh lelaki
itu pun dia tidak tahu. Inikan pulak perkara lain.
“Perempuan. Tahun dia ambil SPM. Itu sibuk
sikit, dia belajar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang pergi rumah cikgu dia.
Susah nak tengok melekat dekat rumah ni,” Kuih jagung di menjadi warna
kekuning-kuningan kerana sudah masak.
Aimi mengangguk dua kali. “Ayah Hazim?”
Puan Sara menoleh ke arah anak gadis itu.
Segaris senyuman terukir pada bibir wanita 50an, sejujurnya gadis itu tidak
tahu apa tentang Hazim.
“Hazim tak bagitahu apa-apa ke dekat Aimi,”
Aimi menggeleng laju.
“Sebenarnya, ummi bukan ibu kandung Hazim,”
suara Puan Sara mendatar. Aimi pandang tidak mengerti maksud Puan Sara.
“Maksud ummi apa? Kalau ummi bukan ibu kandung
Hazim. Kenapa dia bawa Aimi ke sini?” Bertubi-tubi soalan masih tidak berjawab.
Aimi jadi serabut.
Puan Sara menarik nafas panjang. Rupanya
pelbagai soalan belum terungkap.
“Ummi hanya penjaga dia. Ibu kandung dia masih
hidup. Cuma Hazim dengan ibu kandung dia ada masalah sikit. Ummi jaga dia masih
dia masuk sekolah menengah atas keizinan ibu dia sendiri. Masa tu arwah ayah
dia masih ada,” jelas Puan Sara.
Wanita itu memadamkan api dapur setelah
selesai mengoreng kuih tersebut. Puan Sara menggelang beberapa kali. Sesekali
nafasnya dilepas secara kasar. Kasihan pada gadis itu.
“Sepatutnya, ummi bagitahu dia awal-awal.
Ceritakan segala-galanya,” Puan Sara mengambil tempat di kerusi kosong itu.
Lalu dilabuhkan punggungnya.
“Kitaorang tak pernah bercinta pun, ummi. Itu
sebab saya tak tahu apa-apa tentang dia,” Aimi membuka cerita.
“Ummi tahu pasal tu,”
Aimi kalih kepalanya terhadap Puan Sara. “Ummi
tahu,”
Dua kali wanita 50an itu mengangguk. “Ye. Dan
kamu perempuan pertama dia bawak ke sini. Sebelum ni tak pernah pun. Cinta itu
tak semestinya korang kena bercinta bertahun-tahun, lepas tu bernikah. Tapi
cinta lepas nikah itu lebih afdal,”
Aimi sedaya upaya memproses kata-kata itu
sedikit sebanyak membuatkan dia tersenyum.
“Cinta tu boleh pupuk bila korang dah bernikah
nanti. Kalau Hazim berkasar dengan kamu. Kamu maafkan dia ye. Dia memang macam
tu sikit. Tapi dia baik. Insyaallah dia akan jaga kamu sebaik mungkin, kalau
kamu bersama dengan dia,” kata-kata Puan Sara disambut dengan senyuman manis
milik Aimi.
BERSAMBUNG....
Cantik! Lagi? Heheh
ReplyDelete