Tanganya ligat memutarkan pen hitam. Kertas
putih di atas meja itu sudah penuh dengan lukisan seperti kanak-kanak ribena.
Dia mula bosan. Telefon bimbitnya ditenung beberapa kali. Tiada tindak balas di
terima.
Fikirannya merawang-rawang terhadap seorang
gadis kerek itu. Bayangan wajah gadis itu sentiasa berada ditubir matanya. Apa
saja di lakukan pasti bayangan itu juga ada di situ. Apakah semua ni? Aku tak
faham. Takkan aku dah angau dekat dia. Mustahil. Susah hati aku nak terima
semua tu.
Pen hitam itu jatuh daripada putaran tersebut.
Otaknya ligat memproses satu idea tidak masuk akal. Tanpa sedar, bibir itu
melakar senyuman. Hazim terus angkat punggung. Dia beredar pergi, dengan
tergesa dia menuju ke pintu lif yang terbuka dan kakinya dihayun ke parkir
kereta.
*****
Kertas kerja berselerak di atas meja. Satu per
satu kertas diteliti dengan penuh hati-hati. Risau dia bakal membuat kesalahan.
Biarpun jarum jam sudah pun bergerak pukul 5.30 petang dia masih berada di
pejabat. Tambah lagi, lusa dia akan berlangsungnya mesyuarat.
Hari itu Aimi terpaksa membatalkan sebarang
pertemuan dengan mana-mana klien. Demi menyiapkan kertas kerja tersebut. Jarang
gadis itu cuai dalam etika bekerja. Akibat leka dia terpaksa menyiapkan kerja
tersebut dalam waktu singkat.
Tiba-tiba daun pintu di tolak kasar daripada
luar. Memaksa Aimi menoleh. Tubuh dikenalinya, iaitu Hazim dan setiausahanya,
Nurul. Wajah setiausahanya seperti ketakutan melihat Aimi sibuk menyiapkan
kerjanya.
“Maaf Cik Aimi. Saya dah bagitahu Cik Aimi
sibuk, tapi dia berkeras juga,” nada tutur Nurul agak mendatar.
Aimi menarik nafas. “Tak apalah. Dia dah masuk
pun. Awak boleh keluar,”
Nurul tunduk dan segera beredar meninggalkan
bosnya dengan lelaki itu. Hazim menghampiri meja Aimi. Ternyata gadis itu sibuk
seperti diberitahu oleh setiausahanya sebelum dia merempuh masuk bilik
tersebut.
Lelaki itu mengambil tempat di kerusi hadapan
Aimi. Di tongkatkan dagu dan senyuman. Aimi keluh dengan telatah lelaki itu.
Dia ingat, dia tidak akan lagi berjumpa dengan lelaki itu. Malangnya,
jangkaannya meleset sama sekali.
“Ada apa datang sini,” soal Aimi hairan dengan
kedatangan Hazim tak diundang.
“Saja,”
“What!” Aimi meninggikan suara.
“Rilekslah. Tak perlu tinggikan suara macam
tu. Aku belum pekak lagi. Aku datang sini nak kutip hutang,”
Aimi tidak mengerti apa yang disampaikan oleh
Hazim.
“Hutang? Aku tak pernah hutang apa dengan kau.
Kau boleh balik sekarang aku banyak kerja nak buat,” perintah gadis itu dan
menunjukkan pintu itu kepada lelaki itu.
“Kau ada hutang dengan aku! Hutang cabul
kehormatan aku!”
Riak wajah gadis itu memaparkan terkejut dan
seakan-akan tidak percaya.
“Aku tak buatlah semua tu. Aku tahu haram atau
tak!” Aimi cuba membantah. Semuanya tak masuk akal. Hazim tarik sengih. Pasti
gadis itu mengelabah gajah.
“Kau dah lupa ke apa kau buat dekat aku masa
kereta kau rosak,” Hazim cuba psiko gadis itu. Aimi cuba mengingati kejadian di
mana keretanya rosak dan lelaki itu menolongnya tatkala itu. Dia teringat
sesuatu tapi di tidak yakin. Tak mungkinlah.
Hazim menantikan jawapan daripada gadis itu.
Dia tahu gadis itu tengah runsing dengan kerja berlambak tiba-tiba ada
malapetaka baru datang. Tapi dia suka sangat.
“Habis tu kau nak aku buat apa?” tanya Aimi.
“Kau kena kahwin dengan aku!”
“What!”
*****
AIMI bangun dari katil dan mundar mundir di
dalam kamar tidurnya. Sambil itu jari telunjuk di gigitnya. Otaknya seolah-olah
tidak berfungsi. Selepas pulang daripada pejabat di terus mengurungkan dirinya
di dalam bilik. Makan malam pun tidak menyertai olehnya. Fikirannya makin
serabut.
Teringat tentang perbualan antara Aimi dan
Hazim. Perbualan yang amat menyakitkan hatinya.
“What!”
“Kan aku dah cakap tak perlu jerit kuat-kuat.
Nanti kalau aku dah pekak. Kau jeritlah kuat-kuat,” Hazim berkata selamba. Dia tahu
gadis itu sedang panas hati dengan keputusan begitu.
“Aku tak nak kahwin dengan kau faham tak!”
Aimi makin menyinga dengan perangai Hazim. Dia ingat perkara perkahwinan itu
macam couple agaknya.
“Okay, kalau kau tak nak khawin tak apa. Tapi
kau jangan menyesal kau aku buat jumpa reporter dan aku akan sebarkan cerita
dalam surat khabar,” bait-bait bicara Hazim adalah berbaur ugutan. Aimi
merengus kasar.
“Kau jangan main kasar dengan aku!” amarah
Aimi mula memuncak. Tegang urat sarat Aimi tatkala itu. Lelaki itu masih lagi
tenang dengan perubahan Aimi.
“Aku tak main-main. Ini Hazim okay. Perkara
macam tu aku tak main-main,” Aimi tak mampu bayangkan perkara itu berlaku.
Reputasinya akan hancur berderai. Aimi merenung tajam terhadap lelaki itu.
Tenang. Dia tak tahu apa punca lelaki itu bersikap setenang itu.
Hazim menolak kerusi itu ke belakang
perlahan-lahan. Seraya itu di angkat punggungnya untuk beredar daripada situ.
“Okay kalau itu yang kau mahukan. Aku akan
lakukan,”
Hazim mengatur langkah ke pintu. Tombol pintu
segara dipulas.
“Hazim!” Nama lelaki itu di seru. Hazim
menguntum senyuman sebelum memaling ke arah gadis itu. “Okay! Aku terima
cadangan kau. Aku akan khawin dengan kau. Puas hati,”
Hazim tersenyum puas. Biarpun caranya itu agak
kejam tapi dia amat sukainya.
“Kan senang kalau bagi jawapan dari tadi. Tak
adalah susah sampai aku nak kena ugut kau, baru kau nak terima,” Lelaki itu
meninggalkan kata-kata itu sebelum melenyapkan diri daripada bangunan tersebut.
Manakala Aimi menghempaskan tubuhnya di atas
kerusi. Nafas turun naik akibat amarahnya. Kenapa begitu mudah aku tertewas
dengan laki itu? Kenapa? Kenapa kau lawan balik apa dia cakap?! Mana pergi Aimi
Batrisya yang selalu melawan dan membantah. Mana pergi!
BERSAMBUNG....
Pendeknya. Dah Lah Orang Tunggu Lama
ReplyDeletemaaflah pendek sikit entri ni . Tak ada masa. kalau ada masa nnti sye smbng lagi
DeleteHehe. Okay Kalau Ada Masa Update Lagi Tau
DeleteMencabul kehormatan? Apa Aimi dah buat?
ReplyDeletenak tahu dia buat apa , cuba bca bab seblum ni. cabul khormtn tu. hazim wt gempak je. :)
DeleteOho, yang dia terpeluk tu eh? Hehe. Hazim hazim
Deleteha'ah yg tu lah . nakal n gedik kan dia huhu
DeleteSangat. Can't wait for the next entry.
ReplyDeletebab 4 dah ada kt dekat blog. dah boleh baca :)
Delete