Bab 2
HUJAN lebat mula membasahi bumi. Menjadikan kereta
dipandu Aimi bergerak perlahan akibat licin dan kesesekan lalu lintas. Aimi
mula bosan dengan keadaan begitu.
Sesekali matanya memandang ke jam pada
dashboard menunjukkan pukul 6.45 petang. Ada kala kedengaran keluhan diluahkan.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas. Jalan tersebut
jarang digunakan kerana keadaan jalan itu agak sunyi.
Hampir separuh perjalanan tiba-tiba kereta yang
dipandu tersengguk-sengguk.Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Ya Allah, masa nilah pulak nak buat hal,”
runggut Aimi.
Beberapa kali dia mencuba menghidupkan enjin
keretanya tapi hampa. Aimi mengetuk tangan pada stereng. Sambil itu matanya
meliar kawasan tersebut. Suasana sekitar sunyi sepi. Kawasan itu agak jauh
daripada jalan utama tadi.
Dikala itu hujan masih lagi mencurah-curah.
Sementara hari semakin gelap. Mulutnya terkumat-kamit membaca segala ayat yang
dia tahu untuk menghilangkan ketakutan. Dia cuba menghubungi bengkel selalu
dikunjungi tetapi tidak berjawab. Aimi
mulai panik.
Tok! Tok!
“Astagfirullahzim,” ucap Aimi terkejut apabila
cermin pintu kereta diketuk.
Aimi memerhati lama untuk mengenal pasti siapa
yang mengetuk cermin tersebut. Akibat gelap dan rintih-rintah hujan menyukar
dia mengenal pasti. Seorang lelaki bersama payung menahan hujan. Anak buah
Norman! Hatinya berkata.
Terburu-buru dia keluar daripada kereta
tersebut.
“Eh, kau ke? Ingat sapa tadi,” ujar Hazim
melihat gadis itu keluar daripada perut kereta. Hazim memberikan ruang sikit
pada gadis itu untuk dipayungkan.
“Apasal dengan kereta kau,”
“Rosaklah apa lagi. Ingat aku saja nak
berhenti tempat gelap macam ni,” marah Aimi. Dia memeluk tubuh akibat
kesejukkan.
“Tunggu sekejap. Aku telefon kawan aku. Kalau
dia boleh tolonglah,” Hazim menyelup
poket seluarnya. Mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihubungi kawannya. Mujur
kawannya boleh membantunya dikala itu.
“Nanti kawan aku datang. Tunggu kejap,” Kata
Hazim.
Aimi sekadar diam, dia tidak tahu nak cakap
pada lelaki itu. Bunyi guruh secara tiba-tiba
memeranjatkan Aimi. Sponton gadis itu memeluk tubuh Hazim serta merta.
Terkejut Hazim dengan tindakkan gadis tersebut. Aimi benar-benar dalam
ketakutan.
“Ehem! Kalau kau takut pun, sudah-sudahlah tu
peluk aku,” usik Hazim. Kata-kata Hazim menjamah gegedang telinga Aimi
serta-merta dia melepaskan pelukan tersebut.
“Maaf, aku tak sengaja. Aku takut guruh,” Aimi
menundukkan wajah. Malunya masih berbaki. Dia benar-benar tidak sengaja. Dia
bertambah malu untuk bertentang dengan lelaki itu. Hazim menarik sengih. Suka
dia melihat gadis itu tersipu malu.
Tidak sampai setengah jam, kawan kepada Hazim
sudah pun sampai bersama dengan lori tunda. Aimi mengeluarkan barang berharga
daripada kereta tersebut. Hazim akan menghantarnya pulang ke rumah sebentar
lagi.
******
LORI TUNDA sudah pun membawa kereta milik Aimi ke bengkel
mereka. Hazim menumpangkan gadis itu pulang ke rumah. Dia dan Aimi sekadar
mendiamkan diri. Tak tahu apa ingin di
borakkan.
“Rumah kau dekat mana?” soal Hazim menjentik
kesunyiaan antara mereka.
Sepi.
Pandangannya dialih kepada gadis yang berada
di tempat duduk pemandu. Tanpa disedari, senyuman bertemu. Gadis itu tertidur
disitu.
‘Mana aku tahu alamat rumah minah ni dekat
mana,’ gerutu Hazim.
Sekilas Hazim terpandang beg tangan di
pangkuan Aimi. Hazim tarik sengih. Hazim memberhetikan kenderaan itu di bahu
jalan. Hujan semakin reda. Beg tangan
berjenama Gucci dicapai perlahan. Khuwatir Aimi tersedar.
Dengan segera dia menyelongkar isi dalam beg,
mengambil dompet milik Aimi dan mencari kad pengenalan kepunyaan gadis itu.
“Gotcha!”
Kad pengenalan Aimi ditatap beberapa
kali.
“Oh, dekat aje rupanya,” Hazim membaca alamat
yang tertera pada kad pengenalan itu. “Comel jugak CEO kerek ni,”
Hazim menyimpan kembali dompet Aimi. Dia
terpandang telefon bimbit Aimi. Satu idea menerjah ke pangkal fikirannya. Dia
mendail number miliknya sendiri. Maka beberapa saat kemudian, telefonya
bordering. Tersenyum lebar Hazim.
Dia memulakan pemanduaan seperti biasa. Jam
pada pergelangannya beranjak pukul 8.10 malam. Kereta dipandu Hazim sudah pun
sampai kawasan Villa Cenderawasih. Hazim memandang rumah agam tersebut.
“Wei, bangunlah,” kejut Hazim. Gadis itu masih
kaku.
“Bangunlah!” tubuh badan Aimi bergerak
sedikit. Hazim mula senyum, tapi senyumannya mati apabila Aimi lentok semula
kepalanya pada tingkap kereta. Eh minah ni, suka pulak kau tidur dalam kereta
aku kan.
“Bangunlah sayang. Dah sampai ni,” bisik Hazim
selembut mungkin. Perlahan-lahan mata Aimi dicelik. Terpisat-pisat mata Aimi
seketika. Silauan limpahan lampu-lampu itu menyakitkan mata Aimi.
Hazim tersenyum kecil. Aimi meliarkan
pandangannya. Rumah agam itu adalah rumahnya. Lantas kepalanya dipusing kepada
Hazim.
“Mana kau tahu rumah aku,” soal Aimi
kehairanan.
“Sorry, aku selokar beg kau tadi. Nak kejut
kau, kesian pulak. Sorry,”
“Tak apalah, kereta aku macam mana?”
Aimi teringat kereta Aimi di bawa ke bengkel.
Hazim mengambil kertas memo di atas dashboard lalu di catitkan number telefon
bengkel itu.
“Nah! Nanti kau call lah number tu,” kertas
memo diserahkan kepada Aimi.
Aimi angguk. “By the way, thanks,”
“Sikit aje,” Aimi sudah bergerak keluar
daripada Vios milik Hazim. Dia memandang tubuh gadis itu memasuki pagar Villa
Cenderawasih. Tidak lama itu, Hazim meninggalkan segera tempat tersebut.
*****
PINTU KAYU itu diketuk beberapa kali. Pintu terbuka,
dibalik pintu tersebut seorang wanita yang berusia 50an. Hazim tunduk menyalami
tangan wanita itu. Tersenyum wanita itu melihat satu-satunya ‘anak teruna’
kepunyaan.
“Ummi, apa khabar,” soal Hazim ramah.
“Ummi sihat aje. Kamu daripada masjid ke,”
soal Puan Sara kembali. Biarpun Hazim bukan lahir daripada rahimnya. Wanita itu
sudah menganggap Hazim sepeti anak kandungnya sendiri.
Hazim mengangguk perlahan melihat persalinan
Hazim dengan memakai baju melayu berwarna hitam dengan kain pelikat. Puan Sara
dan Hazim berjalan ke ruang tamu. Sesekali mata Hazim mencari sesuatu.
“Mana Alia, ummi,” Teringat Hazim pada anak
tunggul perempuan milik Puan Sara,Alia.
“Dia cakap pergi study group dengan
kawan-kawan dia,” jawab Puan Sara. “Dah lama Hazim tak datang sini. Hazim pergi
kursus ke,” Puan Sara bergerak ke dapur segera membancuh milo panas untuk
Hazim.
“Taklah, ummi. Hari itu ada cadang nak datang
sini lepas kerja. Tepi kereta kawan Hazim rosak pulak. Hazim tolonglah dia,”
Balas Hazim setelah melabuhkan punggung di atas sofa. Teringat kejadian tempoh
hari semasa dia membantu Aimi.
“Milo panas, Hazim,” Puan Sara melabuhkan
punggung di sisi Hazim. Dihulurkan air milo panas itu kepada Hazim. Lelaki itu
menyambut bersama senyuman lantas dihirup perlahan sebelum dia meletakkan cawan
di atas meja kopi.
Di tekan-tekan remote control untuk mencari
siaran yang menayangkan cerita menarik. Tapi satu siaran pun tidak berjaya
menarik perhatian Hazim.
“Hazim tidur sini ke,”
Puan Sara menyelak lembaran pada majalah baru
di belinya siang tadi. Hazim memandang jam tergantung di dinding, jarum jam
hampir pukul 10 malam.
“Tak agaknya. Nanti hujung minggu, Hazim tidur
sini ye ummi,”
Pandanganya dialih kepada Puan Sara. Dia tahu
Puan Sara kesunyiaan apabila Alia tiada di rumah. Lagipun rumah sewanya dengan
rumah Puan Sara tidaklah jauh mana. Boleh saja dia menjenguk kerap ke rumah
itu.
Mata Hazim tertumpu pada kaca televisyen yang
siarkan drama melayu. Tepukkan tangan pada paha Hazim mengejutkan dia.
“Kenapa ummi?” soal Hazim.
“Bila nak bawa balik isteri tunjuk dekat
ummi,” Tersengih-sengih Puan Sara. Berkerut dahi Hazim. Untuk kali pertama,
Puan Sara mengajukan soalan itu.
“Hazim muda lagilah, ummi,”
“Muda apanya, umur dah masuk siri ketiga. Muda
lagi ke macam tu,”
Hazim mencebik. “Hazim mana ada calon lagi.
Girlfriend pun tak ada ummi. Macam mana ada ada bini pulak,”
Hazim kembali menonton televisyen, sebenarnya
dia langsung tidak tertarik pada rancangan televisyen disiarkan. Dia mahu
mengelak daripada ummi daripada soal jodoh.
“Hazim nak tak ummi pinangkan Hazim dengan
Mazlin,”
Serentak itu, kepalanya di alih kepada Puan
Sara. Puan Sara menguntum senyuman. Eh, ingat dah habis siaran soal jodoh ni.
Keringat gadis ayu bernama Mazlin, tipulah siapa tidak mahukan seorang bakal
isteri yang baik-baik. Mazlin semuanya lengkap. Tapi…
“Kamu nak tak, Hazim,” soal lagi Puan Sara.
Bersungguh-sungguh Puan Sara.
“Tak payah ummi. Nanti terkejut pulak Mazlin,”
“Bukan ke Hazim sukakan Mazlin,” duga Puan
Sara.
“Ye memang betul. Hazim mengaku. Tapi Hazim
rasa, Hazim tak ambil dia sebagai isteri Hazim agaknya,”
Puan Sara tersenyum dia tidak mahu memaksa
jikalau Hazim tidak mahu.
menarik2...tq for the entry
ReplyDeletekak aya,nk lagi..:D
ReplyDeleteNak lagi
ReplyDeleteBest nak lagi heeee
ReplyDeleteNak lagi haaa
ReplyDeleteJia yo kak aya! Best cerita ni tapi ayat dia macam teruk sikit :p
ReplyDeleteCepatlah update lagi
ReplyDelete