Bab 1
“KERETA SAPA NI!”
Nyaring suara seorang gadis berbaju
blouse biru muda dan dipadankan dengan skirt paras lutut berwarna biru
gelap.Tiada siapa berani bersuara. Masing-masing menunduk wajah mereka
termasuklah pegawal yang berada di situ.
Aimi memandang ke semua pekerja
yang bernaung di bawah Syarikat Dahan Hijau Holdings. Dia merengus kasar
melihat kereta Proton Waja tersadai parking lot kepunyaannya.
“Saya. Kereta tu saya punya,” suatu
suara menerjah ke cuping telinga gadis itu. Matanya tertumpu seorang lelaki
sedang menuruni tangga. Lelaki itu segera mencapai kaca mata hitam yang
tergantung poket baju kemejanya.
Beberapa orang pekerja tergamam
apabila lelaki itu bersuara. Aimi turut terkejut. Tiada siapa yang berani
melawan katanya mahupun membantah.
“Sila alihkan kereta cabuk tu,
menyakitkan mata tahu tak,”
Sindir Aimi terhadap lelaki itu.
Serentak lelaki itu dipusing sembilan puluh darjah ke arah perempuan tersebut.
“Kau siapa nak cakap kereta tu
cabuk,”
Lelaki itu merenung tajam ke arah
perempuan di hadapannya itu. Mulut puaka! Hampir aje cantik. Sabar okay Hazim.
Ada suara menyelit di telinga lelaki itu.
“Aku CEO Dahan Hijau Holdings,”
Jawab Aimi kerek.
Hazim menilik jam pada
pergelangannya. Tepat 10 pagi. Lelaki itu senyum sinis.
“Kau CEO? Kau tahu tak waktu
bekerja pukul berapa sebenarnya. Dan sekarang pukul berapa,” kata-kata Hazim
membuatkan Aimi panas telinga. Rasa kecil besar lelaki itu dipandang.
Nafas Aimi turun naik. Sesuka hati
mengutuknya. Tambah lagi dihadapan pekerjanya. Siap kau, tahu apa aku nak buat
dengan kau.
‘Good job Hazim. Lepas ni kau buat
lagi perempuan marah. Biar dia tahu sikit, jangan nak biadap sangat,’ bisik
Hazim.
Hazim meninggalkan gadis itu di
situ. Malas dia melayan perempuan berlagak tak bertempat. Aimi yang berdiri
disitu terpinga-pinga apabila lelaki itu meninggalkan tanpa sebarang pamitan.
Kurang ajar punya lelaki. Takada adab langsung!
******
“HAI RINA”
Teguran daripada lelaki tiba-tiba
yang tercegat di pintu bilik Sabrina tersentak dan menguntumkan senyuman. Hazim
menarik sengih melihat gadis itu tekun bekerja tanpa perasaan kehadirannya.
Sabrina merupakan setiausaha kepada
kawannya, Shamri. Kebetulan Shamri berada di Pulau Pinang disebabkan
out-station untuk beberapa hari.
“Abang Hazim daripada mana,” soal
Sabrina riang.
Kakinya melangkah masuk ke dalam
bilik Sabrina. Dia melabuhkan punggung di sofa yang terdapat dalam bilik
Sabrina.
“Abang dari Dahan Hijau Holdings.
Hantar barang sikit,” Jawab Hazim acuh tak acuh. Gadis bertudung itu merenung
Hazim. Sebentarnya, dia telah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.
Lelaki itu sempoi, cool dan handsome sangat. Mungkin dia patut pendam perasaan
agaknya.
Hazim sambung lagi. “Tadi abang ada
jumpa minah kerek gila. Dia cakap kereta syarikat tu cabuk. Mulut puaka betul
perempuan tu,”
Sabrina mengukir senyuman mendengar
bebelan Hazim. Faham sangat sifat Hazim yang tidak menyukai perempuan sebegitu.
“Mesti abang gaduh dengan dia kan,”
“Mana tahu,”
“Tahu sangat dah,” jawab Sabrina.
“Sapa perempuan tu,”
Hazim mengangkat bahu tanda dia
tidak mengenali. “Nama tak tahu tapi dia CEO Dahan Hijau Holdings,”
“Oh, dia tu Rina kenal sangat. Nama
dia Aimi Batrisya. Dia tu memang kerek sikit dan dia jugak senior sekolah
menengah Rina dulu,”
Hazim mendengar butir tentang minah
kerek tersebut. Aimi Batrisya. Nama itu seakan melantun-lantun segenap ruang
fikirannya. Bunyi telefon sedikit menganggu konsentrasinya. Panggilan daripada
Uncle Norman. Dia langsung mengangkat panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, ada apa uncle,”
soal Hazim seraya menjawab panggilan itu.
Sabrina membiarkan Hazim menjawab
panggilan tersebut, dia kembali menyambung kerjanya.
“Waalaikumussalam, Hazim dekat
mana,”
“Office,” sepatah dijawab.
“Nanti kita lunch dua. Ada perkara
Uncle nak cakap dengan Hazim,”
“Okay,”
******
“ADA APA UNCLE NAK JUMPA,”
Hazim memandang lelaki separuh
dekad itu. Uncle Norman mengukir senyuman dengan kehadiran Hazim. Setiap kali
diajak berjumpa pasti banyak alasan dicipta.
“Saja. Lagipun Hazim dah lama tak
balik rumah,” tutur Uncle Norman.
Seorang pelayan lelaki menghampiri
mereka dan menghulur menu hidangan di situ. Mereka hanya memesan dua air jus
tembikai.
“Hazim sibuk tak sempat nak
singgah,” balas Hazim setelah pelayan itu breeder.
“Mama nak sangat jumpa Hazim,” ujar
Uncle Norman merenung kosong ke arah anak tirinya.
“Nanti, Uncle bagitahulah dengan
mama. Bila Hazim tak sibuk, Hazim balik rumah tu,”
Hazim teringat wajah wanita
berkaliber dan berkarier, iaitu mamanya. Hampir setahun dia tidak menjejak kaki
ke rumah tersebut. Hatinya masih sakit apabila mamaya sesuka hati menggantikan
tempat ayahnya dengan lelaki itu.
Disebabkan itu, dia bertindak
keluar daripada situ. Untung saja dia tidak mempunyai adik tiri.
“Dekat syarikat Uncle ada kerja
kosong, Hazim terima yer,” lembut lelaki itu berkata.
“Tak apalah Uncle. Uncle kasi aje
kerja tu dekat orang lebih perlukan,”
Cantas Hazim lekas-lekas. Dia
langsung tidak mahu termakan pujukan lelaki itu. Walaupun apa yang berlaku.
Hazim sudah mendapat teka tujuan pertemuan tersebut. Air dipesan tadi sudah pun tiba.
Terasa dahaga lalu disisip pada
bibirnya. Turut ditiru oleh Uncle Norman.
“Keras betul hati kamu Hazim, Uncle
minta maaf kalau kewujudan Uncle merosakkan kebahagiaan kamu,”
Hazim sekadar diam. Malas dia
membalas kata-kata itu.
“Aimi!” Uncle Norman menyeru nama
seorang gadis. Hazim tidak mengendahkan. Dia hanya melayan dunianya sendiri.
Gadis itu menyedari ada seseorang memanggilnya. Sekarang ditoleh dan mencari si
pemanggil.
Langkah Aimi seiringan dengan
senyuman pada bibirnya.
“Eh Uncle! Lama tak jumpa, Uncle
sihat,” ramah Aimi berkata. Sekilas Aimi memandang lelaki bersama dengan Uncle
Norman. Melihat lelaki itu sedang khusyuk mengancau-ngacau air menggunakan
straw.
“Uncle sihat aje. Aimi dari mana
ni,” soal Uncle Norman.
“Aimi sepatutnya jumpa dengan
klien. Tapi tiba-tiba dia cancel,” Matanya masih tertumpu pada lelaki itu.
Mulut sahaja berkata-kata.
“Kalau macam tu, Aimi join
kitaorang. Lama Uncle tak borak dengan kamu,” pelawa Uncle Norman senang hati.
Uncle Norman menjemput Aimi duduk di kerusi kosang itu lalu gadis itu
melabuhkan punggungnya.
Hazim memandang sekilas terhadap
gadis di tepinya. Dia benar-benar tidak sedar akan kehadiran gadis itu.
Berkhayal sungguh! Lama diperhatikan gadis itu seperti dikenalinya. Eh, ni
bukan ke CEO kerek tu.
Aimi kalih pandanganya ke sisi
terasa ada seseorang memerhatikannya. Bulat matanya persis kartun anime di tivi.
Apasal pulak mamat ni boleh ada dekat sini dan macam mana aku tak perasaan
langsung.
“Uncle kenalkan…”
“Hazim,” pintas Hazim lantas
memaniskan mukanya. Hazim menghulurkan tanganya kepada gadis itu tapi tidak di
sambut. Eh minah ni saja nak malukan aku! Maki Hazim dalam hati tapi di
bibirnya senyum plastik.
“Aimi Batrisya,” jawab gadis itu
lagak diva.
Deringan telefon bimbit Uncle
Norman mengganggu serba sedikit. Dia meminta izin kepada Hazim dan Aimi untuk
menjawab panggilan tersebut. Mereka berdua membalas dengan sebuah senyuman.
“Macam mana kau boleh kenal dengan
Uncle Norman?” soal Hazim setelah Uncle Hazim beredar jauh daripada mereka.
“Atau kau ada affair dengan Uncle Norman,”
Aimi merenung tajam. “Dey macha!
Kau ingat aku ni apa! Taste aku tinggi tahu tak!”
Hazim mencebik.
“Habis tu macam mana kau boleh
kenal Uncle Norman,”
Geram Aimi dengan lelaki itu. Tuduh
sesuka hati dia. Aimi keluh kecil.
“Aku kawan dengan anak dia,”
Riak wajah Hazim sedikit berubah.
Hazim melarikan pandangannya. Anak Uncle Norman? Siapa? Setahu aku Uncle Norman
mana ada anak? Bertubi-tubi soalan di lemparkan.
“Siapa?” soal lagi Hazim ingin
tahu.
“Hakimi. Kenapa kau nak tahu
sangat? Sapa kau dengan Uncle Norman?” Kali itu Aimi soal bertubi-tubi.
Ruang fikiran Hazim berlegar-legar
pemuda bernama Hazim iaitu abang sulung tapi sekarang dia tidak berada di
Malaysia.
“Dah lama ke kau kenal Hakimi,”
Soalan Aimi sengaja dia dibiarkan tidak berjawab.
“Taklah baru. Sebelum dia berangkat
ke Britain,” balas Aimi malas-malasan. Dia umpama pesalah terpaksa memberikan
keterangan. Lagipun dia apa perlu dirahsiakan.
Hazim angguk beberapa kali. Air jus
tembikai berbaki separuh itu disedut.
“So sapa kau dengan Uncle Norman,”
Tanya lagi Aimi masih tidak berpuas hati.
“Anak buah,” bohong Hazim.
Seraya itu, dia meninggalkan Aimi
bersendirian di situ. Terpinga-pinga Aimi di situ. Pelik dengan kelakuan lelaki
itu. Aimi memandang batang tubuh Hazim sudah loloskan diri keluar daripada
restoren itu.
bersambung....
sambung please . :)
ReplyDeleteinsyaallah nnti aya sambung
Deletehmmmm...byk typoooooo...hati2
DeletePermulaan yg menarik.teruskan lg:) best
ReplyDeleteiyeka terima kasih tau. suka sangat :)
DeleteK done... Best... Prmulaan yg bgus... Luv it...
ReplyDeleteTerima kasih kasi sikit komen. Teruskan mmbca :)
Deletesuke! lawa cover!
ReplyDeletesmbng lgi.. best2
ReplyDeleteinsyaallah nnti aya smbung lagi :)
Delete