NOTA KAKI: Salam Jumaat. Diharap cerpen dapat diterima ramai oleh pembaca. Terima kasih readers.
“Kekadang kita harus terima Qada' dan Qadar
dariNya”
LANGIT semakin cerah biarpun matahari belum kelihatan. Sesekali,
tiupan angin menyimbah kesejukan sehingga ke tulangnya. Minda masih merewang.
Dia menyusuri gigi air di pantai. Terasa deru angin menampar lembut pipinya.
Di tangan kanannya, kasut tumit tinggi berwarna hitam
dijinjingnya. Tubuh itu baluti oleh sepasang baju kurung moden berwarna krim.
Rambut panjangnya itu, pada mula
disanggul kemas tetapi waktu itu rambut itu sudah pun bercerai dengan
pengepit.
Seraut
wajah mulus milik gadis itu sembab. Dek kerana air mata yang berjurai sejak daripada
semalam. Anak mata gadis itu memilau sekitar pandai tersebut. Beberapa pasang
pasangan, berjalan menyusuri di kawasan tersebut. Mesra. Ada senyuman singgah
pada bibir itu.
Dia pasti, ini adalah dugaan buatnya. Langkahnya terhenti.
Dia memandang pantai yang senantisa
bergelora. Terbentang luas tiada penghujungnya.
Dia terjatuh melutut. Kasut dipegangnya, tercampak ke tepi.
Mengingat tentang hari semalam. Hati benar-benar sakit. Dia meramas-ramas
butiran pasir memutih.
Fikirannya dihambat kenangan semalam.
PERGERAKKAN tangannya lincah melukis pemandangan Kota Londan menerusi
sekeping gambar dicetak. Terhasillah separuh lukisan itu diatas kertas bersaiz
A3.
Minatnya,
pada seni lukis tidak dinafikan lagi. Setiap sudut di bilik kecil itu, tersusun
bingkai gambar dilukisnya hasil titik peluhnya. Jika dia kebosanan, di atas
kertas putih itu menjadi hobinya.
Pintu bilik
kecil itu ditolak kasar. Terkejutnya ketika itu, dia mengalih pandangannya ke
arah pintu. Wanita lingkungan mencecah 40-an itu mendekati Aifa.Dia tidak faham
tentang pandangan itu.
“Kenapa mak cik pandang Aifa macam tu?” soal
Aifa nada cemas.
Aifa
memandang sepasang baju kurung moden berwarna krim ditangan Puan Dahliah. Di
dalam hati, Aifa memuji kecantikan baju tersebut.
“Nah! Ambil
ni, malam karang aku nak kau pakai. Nanti mak andam datang,” Kasar. Hulur
sepasang baju tersebut ke arah Aifa. Dia agak terkejut dengan kata-kata Puan
Dahlia.
Aifa
bingkas berdiri mendengar kenyataan Puan Dahlia katakan itu tidak masuk akal.
Dia kebinggungan.
“Apa ni mak
cik. Tiba-tiba mak andam datang pulak.” Suara Aifa sedikit kasar.
Puan Dahlia
merupakan mak tirinya setelah berkahwin dengan ayahnya sepuluh tahun lepas. Tetapi
kini ayahnya sudah mengadap Ilahi akibat barah hati pada tahap peringkat
ke-empat.
Baju kurung
moden itu dicampak kepada Aifa.
“Aku nak kau pakai baju tu. Lepas Isyak tok kadi datang. Kau
jangan nak buat hal pulak.” Kata-kata Puan Dahlia berbaur amaran.
Aifa terduduk dan tika itu air mata mula berjurai mengalir.
Sepasang baju kurung moden itu dicampak ke dinding. Perasaan benci mula
meluap-luap di dadanya.
“Ayah, ibu. Tolong Aifa. Jangan bagi Aifa derita lagi.”
DENGAN
HANYA solekan nipis, wajah milik
Aifa tampak manis dengan layangan rona-rona lembut. Pipi gebu dilayangkan
dengan nuansa merah samar menghasilkan senyuman manis menghiasi wajah mulus.
Mak andam
yang dipanggil Rozana sekadar mengikut kehendak si pengatin. Sayu wajah
Aifa tika itu. Hatinya mula
memberontak tidak mahu perkahwinan
diteruskan.
Dia tidak
mahu memikirkan siapa bakal suaminya. Tetapi fikirannya kini dikuasai untuk
menamatkan perkahwinan yang dirancang oleh Puan Dahlia. Suri mendekati tubuhnya
yang berada di birai katil.
“Senyum
sikit nak. Tak baik macam ni.” Tegur Suri yang telah berkhidmat menjadi
pembantu rumahnya. Dia dan Suri baik seperti ibu dan anak.
“Aifa tak
nak, Mak Suri.”
Suri
mengambil tempat di sisi. Jari jemari milik Aifa diramas oleh Suri.
“Sabar nak.
Mak Suri tahu, Aifa tak suka. Tapi kalau ni dikatakan jodoh, terimalah sayang.”
Kata-kata
Suri cuba diproses. Fikirannya kini sarat ingin membatalkan perkahwinan
tersebut.
“Mak Suri,
tolong Aifa.”
Wajah sayu
milik Aifa direnung. “Apa dia.”
“Aifa nak
lari. Aifa tak nak kahwin. Diaorang buat akad nikah tu, ruang tamu mana satu.”
Suri tidak bereaksi
apa-apa. Nafasnya ditarik dalam. “Diaorang buat sebelah sana.”
Di hati
Aifa mengucapkan kata syukur. Jika keluarga membuat akad nikah ruang tamu
sebelah sana. Dia mungkin boleh memboloskan diri. Aifa segara bangun mengambil
telefon bimbitnya dan barang menjadi keperluan lalu dimasukkan ke dalam beg
tangannya.
Sebelum
Aifa meninggalkan bilik itu, dia mencium tangan Suri sekali gus berterima kasih
kepada wanita itu. Penuh berhati-hati Aifa menuruni tangga tatkala itu dia
terdengar suara Puan Dahlia sedang bersembang dengan rakan-rakannya.
Tubuhnya
menyelinap ke ruang dapur untuk meloloskan diri melalui pintu bahagian
belakang. Akhirnya, dia telah berjaya melarikan diri lalu dia berlari ke tempat
perhentian bas. Tak lama selepas itu, sebuah teksi berhenti dan bawa dia
berlalu pergi.
Terima kasih!
Ya Allah.
“MAMA!”
Tersentak
apabila terasa lehernya dirangkul kemas. Aifa mengesat air mata pada hujung
jarinya. Kepalanya sikit bergerak melihat siapa gerangan yang memeluk leher.
Seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan empat tahun.
“Adik, salah
orang. Mana mama adik?”
Rangkulan
pada leher Aifa dilepas perlahan. Ditatap wajah comel kanak-kanak tersebut,
rambutnya ditocang satu.Sesekali matanya meliar sekitar kawasan pantai itu.
“Marissa.”
Satu suara
menerjah ke cuping telinganya. Pantas kanak-kanak itu mendapatkan lelaki yang
berpakaian kemaja berwarna putih dipadan dengan tali leher berwarna biru pekat
berjalur. Kemudian Aifa turut mengalih pandangan kepada empunya suara.
“Maafkan
saya, cik. Kalau dia menganggu cik.”
Pandangan
mata mereka bertembung. Masing-masing mulut terkunci. Lidah menjadi kelu.
“Aifa...”
“TAK SANGKA pulak
kita boleh jumpa,”
Pertemuan
Aifa dan Fatah disangka oleh mereka berdua. Aifa membuang pandang pada laut
terbendang luas. Sesekali senyum dilakar melihat perilaku anak kepada Fatah
sedang bermain pantai.
Fatah
mengangguk setuju mendengar kata-kata gadis disebelah itu. Matanya menjeling
pada tubuh gadis itu. Lelaki itu kehairanan dengan baju kurung yang tersarung
pada gadis itu.
“Awak ni
macam pengantin lari aje.”
Ekor mata
Aifa melirik kepada lelaki itu. “
“Memang
pun. Pengatin lari.”
Kening
Fatah terangkat. Biar betul minah ni. Boleh tahan jugak. “Kenapa?”
“Kena
kahwin paksa. Ini bukan zaman purba nak kahwin-kahwin paksa. Saya ni ada hati dab
perasaan tahu.” Aifa membela nasib dirinya. Dia tidak mahu terikat dengan
perkahwinan bodoh itu. “Mana isteri awak tak nampak pun,”
Fatah
tersenyum sinis. “Isteri? Kahwin pun tak pernah. Celah mana datangnya isteri.”
Rahang Aifa
seakan mahu jatuh. Tak kahwin tapi ada anak. Itu pelik bin ajaib.
“Marissa
itu bukan anak saya pun. Dia anak sedara saya. Mak dia sampaikan amanah anak
untuk saya jagakan Marissa. Mak dia meninggal masa lahirkan dia kecik dulu.
Bekas suami dia, merengkuk dalam penjara dekat Capetown sebab jadi keldai dadah.”
Aifa
terangguk-angguk mendengar cerita itu.. Terselit perasaan simpati kepada
kanak-kanak itu. Kecil lagi sudah menerima dugaan hebat. Aifa menghembus nafas
kasar. Selama dia mengenali lelaki itu tidak banyak dia tahu tentang latar
belakang lelaki tersebut. Berat mulut dia mengetehuai perihal keluarga Fatah.
Marissa
berlari ke arah Fatah lalu kanak-kanak itu duduk di pangkuan lelaki. Di dalam
diri Fatah terdapat nilai kebapaan. Mungkin sebab itu, mak kepada Marissa
mengamanah lelaki itu menjaga anaknya.
“Papa! Mama
boleh ikut kita balik tak?” tutur anak kecil itu dengan jujur.
“Mana
boleh. Ini bukan mama Marissa.”
Marissa
menghentak-hentak kakinya pada pasir pantai. Marissa bangun lalu berdiri
dihadap Aifa. “Mama, ikut Marissa balik tau.”
Aifa
memandang ke wajah lelaki itu. Dia tak tahu apa ingin dikatakan. Dibiarkan
sahaja soalan Marissa melayang-layang tanpa dijawab.
“Lepas ni
awak pergi mana. Balik ke?” soal Falah.
Aifa
menggeleng laju. Dia tiada arah tujuan. Dia tak sanggup untuk pulang ke rumah
banglo itu. Banglo itu bagai nerekanya. Sikap Puan Dahlia melayan tak ubah
seperti kucing kurap. Diherdik, dimaki itu adalah makanannya setiap hari.
“Saya
sendiri tak tahu nak pergi mana.” Perlahan suara Aifa berkata.
“Awak ada
booking bilik ke?”
Sekali lagi
Aifa menggeleng.
“Awak ikut
saya. Balik KL.”
PERJALANAN ke Kuala Lumpur mengambil masa dua tiga jam. Kereta milik
Fatah memasuki ke perkarangan rumah banglo. Debaran didada hebat bergetar. Kaki
milik Aifa agak lenguh apabila dia terpaksa memangku Marissa tidur.
Fatah
membuka pintu kereta tempat duduk sebelah pemandu. Lalu di cempung Marissa
ingin dibawah masuk ke rumah banglo itu. Perlahan-lahan dia bangun. Kakinya
terasa kebas.
Aifa
mengekori Fatah telah memboloskan diri memasuki rumah itu. Perasaan segan dan
malu telah timbul. Fatah meletakkan Marissa di sofa, mungkin Marissa kepenatan.
“Awal kamu
balik Fatah.”
Teguran Mak
Tijah mengejutkan Fatah, lelaki itu buka butang baju pada bahagian atas lalu lengan
baju kemaja disinsing ke siku.
“Kerja
Fatah habis awal tu yang balik. Kesian pulak dekat Marissa.” Fatah melangkah ke
muka pintu lalu di tarik tangan Aifa. Terkejut Aifa dengan perbuatan Fatah. Dia
sedikit tidak berpuas hati dengan lelaki itu.
Jelas di
wajah Mak Tijah terkejut dengan kehadirannya seorang gadis di rumah banglo itu.
Wanita itu menilik wajah Aifa.
“Aifa
kenalkan. Ni Mak Tijah, pembantu rumah dan dijaga Marissa bila saya pergi
kerja. Mak Tijah, ni Aifa. Kawan Fatah, dia tinggal sini buat sementara waktu.”
Fatah
cepat-cepat memperkenalkan Aifa, dia tidak mahu Mak Tijah memikirkan yang bukan-bukan
tambahan lagi baju kurung moden itu masih lagi tersarung pada tubuh Aifa.
Aifa
menyalami wanita itu sebagai tunjuk hormat.
“Tak
apalah, Mak Tijah sediakan bilik untuk kamu ye.” Kata Mak Tijah sebelum wanita
bergerak naik ke tingkat atas.
“Kalau kau
nak apa-apa, cakaplah dekat Mak Tijah. Buatlah macam rumah sendiri.” Fatah
meninggalkan kata-kata itu sebelum dia berlalu naik atas sambil mencempung
Marissa ke bilik.
Tinggalnya
sendirian di ruang tamu rumah banglo itu.
SUDAH
SEMINGGU Aifa tinggal di rumah
banglo tersebut. Dia masih lagi kekok tinggal di situ biarpun Mak Tijah tinggal
sebumbung. Kaki dihayun ke dapur melihat Mak Tijah sedang menggoreng ayam.
Aifa
memaniskan senyuman. Pada mulanya, dia agak kekok mengenali wanita separuh abad
itu. Lama-kelamaan, dia nampak diri Mak Tijah seperti Mak Suri. Keringat dia
akan wanita itu sentiasa membantunya susah dan senang.
Tangan Aifa
lincah bergerak mencapai sudip pada Mak Tijah. Wanita itu membiarkan sahaja
apabila tugas menggoreng ayam ditelah bertukar ganti. Mak Tijah memerhati
perwatakkan gadis itu jauh berbeza dengan perempuan yang dibawa pulang oleh
Fatah. Kali ini tampak perbezaannya.
“Aifa, dah
lama ke kenal Fatah.” Mak Tijah sengaja mengorek rahsia daripada gadis itu.
Gadis itu banyak diam daripada bercakap.Ayam yang digoreng sudah pun masak lalu
diletakkan atas pinggan.
“Aifa,kenal
dia masa zaman universiti lagi. Lepas aje habis belajar, kitaorang lost contact. Tak sangka pulak kitaorang
jumpa balik.” Cerita Aifa sambil memotong bawang untuk dimasak ikan bilis
goreng.
“Kamu
dengan dia sebelum ni ada apa-apa istimewa ke?” Sekali lagi Mak Tijah memancing
minat Aifa untukk bercerita lebih lanjut. Aifa memandang wajah Mak Tijah
kemudian diukir senyuman.
“Kitaorang
pernah luahkan isi hati masing-masing. Tapi sebab arwah ayah tak suka kitaorang
berkawan. Sebenarnya, arwah ayah kena hasut dengan mak tiri Aifa supaya benci
Fatah.” Tanpa segan silu, dia
menceritakan perkara sebenar.
Aifa
bergerak ke sinki lalu membasuh ikan bilis, lada dan bawang sebelum di masak.
Dia mencapai kuali lantas diletakkan atas dapur dan dimasukan minyak.
Mak Tijah
mengangguk mengerti. “Ini bukanlah kali pertama, Fatah bawak balik perempuan.
Sebelum ini pun pernah juga, tapi biasalah perempuan kota lain sikit. Diaorang
tak berapa suka dengan Marissa tu.Yelah Marissa tu manja sikit. Tapi depan
Fatah, diaorang Marissa layan baik aje, kalau belakang tak tahulah apa Mak
Tijah nak cakap. Semuanya berlakon. Plastik.”
Aifa hanya
senyum mendengar kata-kata Mak Tijah.
“Tapi Mak
Tijah nampak yang Aifa ni betul-betul sayangkan Marissa. Kamu jaga, kamu ajar kalau
dia buat yang salah. Ada sifat keibuaan di dalam diri Aifa tu.”
Aifa
mentafsir bait-bait bicara oleh Mak Tijah. Maksudnya itu mendalam.
KOPI
PANAS dibawa penuh berhati-hati
oleh Mak Tijah. Wanita itu menyarungkan selipar lalu bergerak ke halaman rumah
tersebut melihat daripada jauh majikannya sedang khusyuk mengguna Ipad.
“Ni
airnya.” Mak Tijah meletakkan cawan berisi air kopi itu.
“Terima
kasih. Kenapa berdiri? Duduklah teman Fatah. Bosan duduk sorang-sorang.” Wanita
itu mengangguk lantas dilabuhkan punggung berhadapan dengan Fatah.
“Marissa
dah tidur ke, Mak Tijah.” Sambung Fatah lagi.
“Sudah.
Aifa tidurkan dia tadi.”
Fatah
mencapai cawan berisikan air kopi itu diteguk perlahan.
“Kalau Mak
Tijah cakap sikit boleh.”
Fatah
angguk. Ipadnya diletakkan di atas meja untuk memberi peluang Mak Tijah berkata
sesuatu. “Cakap ajelah. Apa dia.”
“Dah dua
bulan Aifa tinggal dekat sini. Mak Tijah tengok Marissa tu suka, gembira. Mak
Tijah tumpang bahagia tengok dia ceria macam tu. Tapi Fatah kena tahu bukan
muhrim tak boleh tinggal sebumbung. Risau nanti timbul fitnah. Mak Tijah cuma
cakap aje.”
Kata-kata
Mak Tijah segera dicerna dalam mindanya. Ada betulnya juga kata-kata Mak Tijah.
Dia mengukir senyuman untuk wanita itu.
“Nanti
Fatah fikirkan.”
“AKU TERIMA NIKAHNYA
Puteri Aifa binti Khalid...”
Kini sudah
secara rasmi Aifa menjadi isteri sah kepada Fatah. Lafaz akad pagi tadi masih
lagi sayup-sayup kedengaran di cuping telinganya. Tiada pelamin indah menghiasi
ruang tamu. Tiada tetamu meraihkan kedua-dua mempelamai. Hanya keluarga Fatah
sahaja yang memeriahkan majlis pernikahan mereka.
Fatah
memberi cadangan untuk mengadakan akad nikah terlebih dahulu. Bukan dia tidak
mampu untuk mengadakan majlis resepsi, tetapi dia memilih untuk bernikah
terlebih dahulu. Aifa sekadar mengiyakan sahaja permintaan daripada Fatah.
Tambahan pula penerimaan keluarga pihak Fatah itu menyenangkan hatinya. Aifa
memanjat kesyukuran kepada Yang Maha Esa.
“Ibu harap
Aifa bolehlah jaga makan minum pakai Si Fatah tu. Hidup dia dekat banglo tu,
Mak Tijah yang uruskan semua.” Tutur lembut Puan Farida. Wanita kepada tiga
orang anak itu menyambut kedatangan ahli baru dengan hati yang terbuka.
Aifa mengukir senyuman dengar kata-kata Puan Farida. Biarpun
anak sulung telah pergi menghadap Ilahi tetapi Marissa telah menggantikan
mamanya disamping keluarga itu.
“Insya
Allah ibu. Aifa nak ucapkan terima kasih sebab penerimaan Aifa dalam keluarga
ni.”
“Lepas ni
ibu ada bisnes partnerlah.” Celah
Farah yang datang dari arah dapur sambil menatang berisi air Sunquick. Farah
merupakan kakak kembar kepada Fatah. Dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan
kembar Fatah. Mereka adalah kembar seiras tapi perwatakkan Farah seperti Puan
Farida yang ramah dan senyum tak lekang dibibir.
Tuan Jaafar
menyertai tiga anak-beranak itu sedang leka berborak. Lelaki separuh abad itu
mengambil tempat di sisi anak sulungnya. Farah menuangkan air ke dalam gelas
lalu dihulur kepada ayahnya.
“Ayah nak
ajak Aifa kerja dekat syarikat tu. Ada satu lagi kekosongan di sana. Kamu nak?”
Aifa seperti pucuk dicita ulam mendatang apabila mendengar
pelawaan bapa mertua untuk bekerja di syarikat swasta itu, sedang diakan baru
sahaja bernikah dengan anak bujang Tuan Jaafar.
“Eh, mana boleh bang. Ida baru nak ajak Aifa tolong-tolong
Ida dekat butik tu.” Cantas Puan Farida setelah mendengar permintaan suaminya
untuk tempatkan Aifa di syarikatnya.
Aifa tersenyum melihat gelagat pasangan suami isteri. Puan
Farida mempunyai sebuah butik pengantin. Busana pengantin pada hari pernikahan
ditaja oleh Puan Farida.
“Ayah, Fatah kan dah kerja situ. Takkan nak angkut bini dia
sekali dalam satu department pulak.
Carilah orang lain, ayah ni pun.” Kata Farah. Tuan Jaafar sekadar mendengar
kata-kata anak perempuan.
“Ibu, ayah. Terima kasih bagi tawaran kerja tu. Aifa gembira
sangat. Tapi Aifa kena tanya Fatah dulu.” Aifa membuka mulut. Dia tidak mahu
membelakangkan suaminya sebelum dia membuat keputusan.
TOMBOL pintu dipulas, Aifa melangkah masuk ke bilik Fatah. Dia
ternampak sebatang tubuh suaminya sedang leka bermain Ipad di katil. Aifa
mendekati diri kepada suaminya. Dia melabuhkan di birai katil.
“Abang nak
minum apa-apa tak. Aifa buatkan.”
“Abang tak
dahaga pun.” Anak mata milik Fatah masih memumpukan pada skrin Ipad. Aifa
mengalih tubuhnya sedikit supaya tidak bertentangan dengan suaminya. Perasaan
malu itu masih lagi berbekas dihati.
“Abang nak
Puteri Aifa.” Suara romantis menyapa gegendang telinga Aifa. Berderau darahnya
mendengar kata-kata Fatah. Fatah sudah pun tersengih-sengih nakal. Segara lengan
tangan Fatah menjadi mangsa cubitan Aifa.
“Auwww!
Sakitlah sayang. Cuba lemah lembut sikit. Tahu nak jadi ketam aje.”
Aduan Fatah
tidak diendahkan. “Sapa suruh gatal sangat? Aifa minta maafkan kalau sakitkan
abang. Abang maafkan Aifa ye.”
Kepala Fatah
sudah melontok pada bahu Aifa. Aifa membiarkan sahaja perbuatan suaminya.
“Abang...”
“Ermmm...”
“Esok abang
teman Aifa balik rumah Aifa. Aifa nak jumpa mak tiri Aifa. Dah lama Aifa
tinggal rumah tu.”
Kepala Fatah
diangkat semula. “Boleh tapi ada syarat.”
“Apa dia.”
Rambut
panjang mengurai terlepas daripada pengepitnya. Terkejut Aifa dengan tindakan
suaminya.
“Abang suka
tengok rambut Aifa lepas ni macam ni. Cantik sangat.” Ucap Fatah penuh
romantis. Muka Aifa disimbah perasaan malu.
“Abang bahagia
Aifa jadi isteri abang.” Fatah memeluk erat pinggang Aifa. Pipi isteri dikucup
lembut.
“Aifa pun
bahagia. Kalau ini takdir Allah. Aifa sayang abang sehingga hujung nyawa.” Aifa
membalas pelukan Fatah dan dia merebahkan kepalanya pada bidang dada lelaki
itu.
Di harap
perkahwinan ini kekal sehingga ke Jannah. Dia berharap kasih sayang suaminya
tidak berbelah bahagi. Biarpun dulu mereka terpisah dek halangan arwah ayahnya.
Tetapi kini telah bergelar isteri buat sang lelaki dicintainya.
KERETA milik Fatah berhenti dihadapan sebuah rumah banglo tiga
tingkat itu. Pintu pagar berhitam kerawang berwarna emas antik setinggi dua
belas kaki itu tertutup rapat. Suami isteri itu keluar daripada perut kereta.
“Macam tak
ada orang aje, yang.” Kata Fatah dipandang isterinya.
Aifa turut
kehairanan, kebiasaanya pada awal pagi begitu. Mak Suri dan mak tirinya akan
berada dihalaman rumah untuk melawat pokok-pokok kesayangan mereka. Tetapi hari
itu, tiada siapa di halaman.
Langkah
kaki Aifa membawa dirinya ke tepi pagar lalu ditekan loceng. Hampir dua tiga
kali, dia menekan loceng tersebut. Tetapi keadaan rumah banglo itu sunyi sepi.
“Jomlah,
sayang. Tak ada oranglah tu. Lain kali kita datang lagi.” Ujar Fatah mengajak
isterinya pulang.
Aifa mengangguk tanda setuju. Tiba-tiba kedengaran pintu
pagar automatik rumah banglo itu terbuka. Segara Aifa mengalih tubuh, Fatah
turut meniru perbuatan isterinya. Seorang wanita separuh keluar berlari
mendapat pasangan tersebut.
Aifa turut berlari lalu memeluk wanita itu. Menitis airnya
menahan kerinduan pada wanita.
“Kamu pergi mana Aifa. Lama betul kamu bawa diri.” Kata Mak
Suri sudah tersedan sedu.
“Aifa minta maaf tinggal Mak Suri macam tu aje.” Fatah masih
tiada berdiri di sisi isterinya.
“Sapa ni, Aifa.” Soal Mak Suri penuh tanda tanya.
Aifa mengukir senyuman. “Ni suami Aifa. Nama dia Fatah. Mak
Suri ingat tak? Aifa pernah bawa dia datang sini.”
Mak Suri cuba mengingat wajah lelaki tersebut. Terlintas
peristiwa majikannya menghalau lelaki itu ketika memberitahu tentang
kedatangannya untuk memperisterikan Aifa.
“Ya Allah. Mak Suri ingat. Tak perasaan tadi. Jomlah masuk.”
BERAT kakinya melangkah menyusuri lorong yang akan membawa dia
bertemu dengan seseorang,biarpun pernah dicaci, diherdik tapi perasaan sayang
pernah tumpah pada wanita itu.
Tidak
pernah dibayangkan seumur hidupnya akan sampai ke situ untuk menziarahi ahli
keluarganya. Langkahnya diatur tanpa memperdulikan seorang pesakit yang
menghuni di pusat pemulihan orang kurang siuman yang sedang terpekik terlolong menyanyikan
lagu Tragedi Oktober dendangan Awie.
“Apa yang
Mak Suri nak cakapkan ni, kamu berdua janganlah terkejut. Dan Aifa tak perlulah
salahkan diri sendiri.”
Mak Suri menatang dulung berisikan air anggur. Aifa
meringankan tulang membantu Mak Suri menuangkan air tersebut. Mak Suri mengambil
tempat bertentang sepasang tersebut.
“Puan Dahlia dihantar ke pusat pemulihan orang kurang
siuman.”
Hampir terputus nafasnya tatkala mendengar berita disampai
oleh Mak Suri. Aifa seakan tidak percaya mendengar kata-kata Mak Suri. Kotak
fikiran Aifa sudah melayang-layang keringat seraut wajah Puan Dahlia.Fatah
melihat wajah isterinya sudah pun kaget.
“Puan Dahlia jadi macam tu selepas kamu larikan diri dulu.
Semua orang caci dia. Maki dia. Semua orang pulaukan dia. Turut mendapat
tempias adalah syarikatnya. Seminggu Puan Dahlia mengalami demam berterusan.
Pak Mail dengan Mak Suri ulang-alik dia ke hospital untuk dapatkan rawatan.
Tapi perubahan berlaku apabila, Mak Suri nampak cakap sorang-sorang dekat
halaman rumahnya. Suatu hari tu, Mak Suri nampak dia masuk dapur, Mak Suri
nampak dia main-main dengan pisau. Terus Mak Suri bagitahu Pak Mail untuk
telefon polis dan Puan Dahlia ditempatkan di Hospital Bahagia.”
Cerita Mak Suri singgah difikirannya. Tak sangka dulunya,
Puan Dahlia seorang wanita berkrisma dan berkerjaya. Tetapi kini dia sudah
menjadi salah sorang warga pusat pemulihan di situ.
Aifa mengesat air mata yang bertakung lalu mengalir ke luruh
pipinya. Dari jauh dia melihat Puan Dahlia sedang berdiri di sebuah bangku
bersama beberapa orang rakan mental sedang bernyanyi riang.
Fatah mendekati isterinya lantas di peluk bahu Aifa.
Sehingga ke hari itu, Aifa masih menyalahkan dirinya sendiri.
“Abang kalau Aifa tak lari. Mesti tak jadi macam ni.”
Tersekat-sekat suaranya ketika itu.
“Shhh... abang tak nak Aifa terus menerus menyalahkan diri
Aifa. Ini semuanya takdir. Tak elok cakap macam tu.”
Rumah banglo tiga tingkat itu telah dikosongkan sejak
seminggu lagi. Tiada penghuni di mahligai itu. Mak Suri dan Pak Mail iaitu
suaminya sudah pulang ke kampung. Biarpun rumah itu telah meninggalkan seribu
satu kenangan tapi dia perlu lepaskan jua. Tiada apa lagi yang tinggal hanya
secebis kenangan akan terus tersemat dijiwanya.
“SHADAQALLAHUL
ADZIM.”
Aifa baru
sahaja selesai membaca Al-Qur'an. Mushaf Al-Qur'an itu ditandai dengan reben
berwarna merah hati kemudian ditutup lalu dikucup dan dicium Al-Qur'an sebanyak
tiga kali. Aifa meletakkan semula Al-Qur'an tersebut ke tempat asalnya supaya selamat.
Sejadah
yang terbentang itu dicapai dan telekung dipakai itu dilipat lalu di sidaikan
telukung bersama-sama dengan sejadah. Jarum jam pada dinding sudah pun
berganjak ke pukul sebelas malam.
Kini hanya
telah berunsur tenang. Fikirannya agak runsing memikirkan Puan Dahlia di sana. Awal-awal
lagi Marissa sudah ditidurkan oleh Fatah. Semenjak kebelakang ini, Marissa
sedikit manja dengan suaminya.
Suis lampu
bilik solat itu dipadamkan lalu dia bergerak keluar dan memasuki biliknya dan
Fatah. Aifa memanjat katil lantas itu dia melipat kaki duduk bersebelahan
suaminya. Fatah yang sedang khusyuk membaca buku bertajuk Kembara Hamba Mencari
Cahaya hasil penulis Hilal Asyraf.
Fatah
menyedari kewujudan isterinya lalu ditutup buku tersebut kemudian letakkan di
atas meja kecil sebelah katil.
“Abang dah
fikir masak-masak.”
Fatah
memecah kesunyian antara mereka. Dahi Aifa berkerut. Fikir masak-masak? Nak
masak apa malam-malam ni. Hati Aifa bersuara.
“Aifa tak
faham, Encik Fatah terangkan.”
Fatah
tersenyum. Batang hidung Aifa diciutnya.Nakal.
“Kan hari
tu, Aifa ada cakap tawaran ayah bagi dekat syarikat tu. Abang setuju Aifa kerja
dekat situ.”
Riak
keceriaan jelas terpancar di wajah isterinya. Aifa sudah tidak sabar untuk
bekerja.
“Tapi ada
syaratnya.” Sambung Fatah lagi.
Aifa
mengeluh halus. Tak habis-habis dengan syaratlah laki aku ni.
“Aifa kena
tunggu Marissa umur tujuh tahun dulu. Baru Aifa boleh kerja.Tapi Aifa hanya
boleh kerja sampai lunch break
sahaja. Lepas tu, Aifa kena jaga Marissa dekat rumah.”
Aifa
membulatkan matanya. Tunggu Marissa tujuh tahun. Dia mengira menggunakan
jarinya. Lepas tu kerja sekerat hari.
“Tapi gaji
abang bagi full. Boleh?”
“Tunggu
Marissa tujuh tahun dan kerja sekerat hari.” Aifa mengulangkan semula kata-kata suaminya.
Fatah
angguk dua kali.
“Mana ada
orang kerja sekerat harilah abang ni. Tak feel
langsung kerja macam tu.” Nada suara Aifa seperti merajuk.
“Abang buat
macam supaya Marissa tu tak terabai. Abang tak naklah jadi macam tu.”
Isterinya
menangguk perlahan. “Ye... uwekk.”
Bergegas
Aifa menuju ke bilik air, pintu bilik air ditutup rapat. Dia memuntahkan hampir
semua yang dijamahnya semasa makan malam tadi. Tekaknya masih lagi terasa loya.
Sesekali lagi Aifa muntah. Dua tiga hari dia merasakan diri kurang sihat.
Sesekali muntah tetapi tidak dikhabar suaminya.
Di luar
bilik air, Fatah sudah terjerit-jerit dipinta Aifa membuka pintu bilik air.
Lelaki itu amat risaukan isterinya di dalam. Di ketuk beberapa kali pintu bilik
tersebut masih tidak dibuka. Beberapa minit kemudian, pintu bilik dibuka.
“Apa abang
ni. Tak senang betul Aifa dalam bilik air. Kalau roboh pintu tu macam mana.”
Aifa memarahi suaminya.
“Macam mana
abang nak duduk senang leka. Abang panggil langsung tak sahut. Risau tau.”
Aifa
menghulur sesuatu kepada suaminya. Teragak-agak Fatah mengambil daripada tangan
isterinya. Bukan ke ni urine pregnancy
test? Hati lelaki berbisik. Matanya terpandang dua garisan berwarna merah.
Fatah dihambat perasaan kehairanan.
“Sayang
mengandung ke?”
Ada gugup pada patah perkataan yang luncur dibibir lelaki
itu. Seraya itu, Aifa mengangguk laju, dia terus memeluk tubuh suaminya.
Masing-masing tenggelam dalam tangisan kegembiraan.
Aifa bersyukur dia bakal menerima permata hati tidak lama
lagi. Maka lengkaplah sebuah keluarga yang sempurna apabila wujudnya benih yang
kandungnya kini. Kegembiraan jelas bersinar diwajah suaminya. Berulang kali
lelaki mengucapkan kalimat syukur ke hadrat Ilahi Alhamdulillah segala puji
hanya bagi Maha Pencipta, Allah s.w.t. Dengan izinNya dia akan menjadi seorang bapa, bayi yang kandungkan oleh isterinya.
Firman
Allah SWT "Dan (ingat lah juga, tatkala Tuhan memberikan pernyataan :
sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku tambah nikmat Ku kepadamu, tetapi
jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih"
Surah Ibrahim : Ayat 7)”
#TAMAT#