MINI NOVEL: KAU DAN RINDU PART 1

KAU DAN RINDU 
PART 1


HAMPIR setengah jam Irdini menunggu di ruang legar ketibaan KLIA. Sesekali matanya meliar mencari kelibat orang yang ditunggu tetapi tidak juga kelihatan. Pandangan dialihkan ke arah seorang kanak-kanak perempuan memakai gaun berwarna merah jambu bertocang satu sedang memeluk anak patung putih miliknya.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mendekatinya. Irdini senyum melihat raut wajah kanak-kanak itu.

"Ibu! Lysa penat."

Irdini mengangkat anak perempuan ke atas pangkuannya. Dia tahu anaknya sudah kepenatan. Anaknya belum pernah lagi, berjalan jauh seperti ini. Dari Perth ke Malaysia yang memakan masa dalam 5 jam sahaja, manakala pula waktu Malaysia dengan Perth adalah sama cuma apabila musim luruh siangnya agak singkat.

Sudah lima tahun, Irdini berada di bumi Kangaroo. Bukan permintaannya ke sana tetapi keadaan memaksanya berbuat demikian. Pelbagai cabaran dilalui di bumi asing itu. Tiada siapa di sana. Hanya Irdini sendirian.
           
"Assalamualaikum."  Suara garau itu mematikan khayalan Irdini, segera Irdini berpaling kepada empunya suara.

"Waalaikummussalam, pak cik Luqman kan?" 

Lelaki berusia itu mengangguk tanda ya. "Pak cik minta maaf sebab lambat. Kereta banyak sangat."

"Tak apa, pak cik. Pak cik ini anak saya, Lysa." 

Pak Cik Luqman perhatikan kanak-kanak itu. Persis wajah seperti ibunya.

"Lysa, salam Atuk, sayang."  Kata Irdini kepada anaknya. Seraya itu anak perempuan Irdini menyalami tangan tua milik Pak Cik Luqman.

"Mak cik sihat?" tanya Irdini bingkas bangun lalu mengekori Pak cik Luqman yang telah bersedia menolak troli yang tersusun dua buah beg bagasi bersaiz besar dan dua buah kotak miliknya.

"Alhamduillah, sihat. Dia tak sabar nak jumpa kamu."  Jawab Pak Cik Luqman. Mereka bertiga jalan beriringan menuju ke lif.

"Tak sabar Dini nak jumpa mak cik. Rindu masakkan dia."  Terbayang raut wajah Mak cik Norsiah.

Rindu Malaysia yang telah lama dia tinggalkan. Kini dia kembali ke sini dengan harapan dapat memulakan hidup baru yang lebih baik daripada semalam. Sampai dihadapan lif, Irdini menekan butang turun  ke tingkat dua. Pak cik Luqman segera menolak troli masuk ke perut lif sebaik pintu terbuka.

SESAMPAI di rumah banglo dua tingkat, Irdini dan Lysa di sambut oleh seorang wanita dirinduinya. Irdini terus mendekati wanita itu, menyalami tanda hormat lantas dipeluk tubuh sudah berusia itu. Menitis air mata Irdini pantas dikesat hujung jari.

“Ya Allah! Comel betul anak kamu, Dini.” Ucap Mak cik Norsiah. Tanpa disuruh, Lysa menyalami Mak cik Norsiah.

Irdini senyum mendapat pujian. Sementara itu, Pak cik Luqman sedang memunggah barang-barang milik Irdini. Idrini memerhati sekitar rumah banglo dua tingkat itu, tiada sebarang perubahan melainkan pokok-pokok bunga semakin bertambah telah menyerikan sudut lanskap tersebut.

"Marilah masuk." Pelawa Mak cik Norsiah. Mereka melangkah masuk ke ruang tamu. Irdini terpandang potret keluar milik keluarga Irdini. Sayu hatinya.

Hampir 15 tahun ibubapanya kembali ke rahmatullah. Lihat sahaja gambarnya yang baru usia 13 tahun, di samping berdiri seorang jejaka tampan merupakan abang angkat yang di ambil sebelum Irdini dilahirkan ke dunia.

Tidak pernah terniat untuk Irdini menurunkan potret tersebut. Itu hanyalah satu-satu peninggalan yang paling bahagia dimiliki oleh Irdini selain rumah banglo dua tingkat itu. Irdini duduk di set sofa, dari tadi Lysa asyik memeluk anak patungnya. Mungkin Lysa masih lagi kekok dengan keadaan sekeliling. Tempat baru ini belum lagi Lysa dapat sesuaikan.

"Macam mana duduk sana? Okay?" soal Mak cik Norsiah.

Irdini angguk. "Cuma Lysa, Dini tak tempatkan mana-mana sekolah lagi. Kalau boleh Dini nak masukkan Lysa tadika dekat sini."

"Elok sangatlah tu. Budaya sini dekat sana berbeza. Tak sesuai dengan Lysa. Mak cik ada masak macam-macam. Kalau kamu nak berehat dulu, pergilah. Mak cik dah kemas bilik kamu."

Irdini meminta diri dan bingkas bangun lantas Lysa dipimpin ibunya naik ke tingkat atas. Irdini menuju ke biliknya, tombol pintu dipulas. Terasa penghawa dingin telah dipasang. Irdini duduk dibirai katil. Irdini perhatikan anak perempuan seperti kehairanan. Irdini mengukir senyuman. Dia tahu tempat itu asing baginya.

"Sini sayang." Lysa bergerak ibunya. Lysa memanjat katil Irdini.

"Bu, Lysa rindu Uncle Jay."  suara Lysa mendatar sahaja,  Irdini memeluk tubuh genit itu. Tidak hairanlah kalau sepanjang jalan itu, anaknya asyik peluk anak patung itu.

"Ibu pun rindukan Uncle Jay. Tapi dia dah tak ada sayang."

Mendiang William Jay. Pembakar semangat, pemberi dorongan dan dia segala-galanya buat kami. Pertemuan pertama Irdini dengan Jay setiba sampai di Perth International Airport lima tahun sudah.

Irdini melangkah longlai keluar dari Perth International Airport. Dia mengheret bagasinya tanpa arah tujuan. Rasa mual semakin menjadi-jadi. Perut Irdini kembali bergolak. Beberapa minit kemudian, Irdini memuntahkan segala isi makanan dijamah.

Seorang lelaki berkulit sawa matang, sedang memerhati seorang wanita sedang muntah di pinggir jalan. Dengan teragak-agak lelaki itu mendekati wanita itu.

"Excuse me, are okay miss?"  soal lelaki itu. Irdini segera memandang kepada empunya suara tersebut. Irdini terleka seketika apabila bertentangan dengan lelaki itu. Tiba-tiba kepala rasa berpinar, batang tubuh Irdini redah dan sempat di sambut oleh lelaki itu.

"Oh my!" ucap lelaki itu. Jay segera membuat panggilan kecemasan. Tidak lama itu, ambulans membawa mereka dari situ sekali gus meninggalkan kawasan airport itu.

"The patient is okay. But i have good news for you, your girlfriend is pregnant right now." Kata seorang doktor perempuan bernama Anabella. Jay tercenggang seketika. Girlfriend?

Jay melangkah masuk ke wad yang telah ditempatkan oleh Idrini. Daripada jauh Jay melihat batang tubuh Irdini sedang terbaring lesu dengan wajah pucat. Lelaki itu mendekati wanita tidak dikenali tersebut. Jay duduk di atas sebuah kerusi. Dia pandang sebuah beg tangan milik wanita itu, lantas dicapai oleh Jay. Cepat-cepat Jay menyelongkar beg itu tanpa kebenaran terlebih dahulu. Passport milik wanita itu dibelek oleh Jay.

"Malaysia?"

Jay terkejut apabila terdengar wanita melalut dengan matanya yang masih terpejam. Tiba-tiba wanita itu terjaga dan terus bangun daripada pembaringan. Irdini memerhati keadaan sekeliling dia agak kebinggungan. Dialih pandangannya ke sisi, lelaki yang mempunyai mata redup dan berkumis. Irdini terpakau dengan ketampanan lelaki itu.

"Are you okay, miss?"

Pertanyaan lelaki itu mengejutkan Irdini yang asyik leka memerhatikan lelaki itu.

"You from Malaysia?"

Irdini angguk. "Yes! Malaysia."

"Oh! Tadi doktor bagitahu I yang you pregnant. It is right?"  tanya Jay menginginkan kepastian.

Mat salleh cakap melayu? Biar betul. Aku mimpi agaknya ni. Bisik aku dalam hati. Dahi Irdini makin berkerut.

"You boleh cakap melayu?"  Irdini masih tidak percaya.

"Yes, I am. I pernah duduk di sana dan kerja dekat sana dalam tujuh tahun macam tu. I'm Jay, you?"

"Irdini, for short Dini." Irdini diam.

Tiba-tiba Irdini teringat perkataan 'pregnant' disebut oleh lelaki itu. Mutiara manik jernih menitis ke luhur pipi. Hatinya masih lagi pedih, perih. Tidak pernah terlintas hidupnya berubah 360 darjah. Apakah nasib anak yang dikandungkan olehnya? Jay bertambah hairan apabila Irdini tiba-tiba sahaja menangis. Tergaru-garu kepala Jay biarpun tidak gatal.

Jay mula risau. "You okay tak? Kalau sakit I panggilkan doktor untuk you."

Irdini geleng. "Okay, but leave me alone. I wanna take a rest."  kata Irdini seraya berpaling menentang wajah Jay.


Lantas lelaki itu menapak pergi. Irdini memerhati gerak tubuh lelaki itu sehingga dia hilang daripada balik pintu. Irdini menghela nafas.