source: Tumblr.com
Angin petang
menghembus sepoi-sepoi bahasa. Sengaja dia melarikan diri ke suatu di atas
bukit berdekatan dengan tempat kerjanya. Sesekali keluh dilepaskan. Badannya sandar
pada badan keretanya.
Pemandangan
dari atas bukit itu sedikit sebanyak menarik perhatian. Dari situ kesibukkan
kota raya sedang pulang ke rumah masing-masing setelah seharian penat bekerja.
Begitu jugak dia, seperti manusia lain. Keluar pagi dan pulang hampir senja.
Hari-hari perlu menghadap rutin yang sama.
Di kalih
pandangan ke sisi. Terpandang sekeping sampul berisikan kad undangan
perkahwinan. Di capai perlahan-lahan. Bukan kali pertama dia menatap kad, tapi
sudah jutaan kali.
Isi sampul
dikeluarkan. Semerbak bau wangian daripada kad itu. Sebaris nama itu disebut halus.
Lalu di pejamkan matanya seketika.
“Kalau aku
cakap aku suka kau, kau percaya tak?” kata si lelaki itu sambil
menjungkit-jungkit kening ke arah si gadis itu. Serta merta si gadis itu
menjuih bibirnya.
“Hahahaha!
Kau, kalau bab mengarut memang juara. Tak sia-sialah Cikgu Nafisah panggil kau
tukang karut.”
“Aku cakap
ni benda betul. Deeply in my heart.” Si lelaki itu cuba untuk menyakinkan
kepada si gadis. Gadis itu seakan tidak selesa sekali gus mematikan
senyumannya. Lidahnya menjadi secara tetiba.
“Ok. Drop the subject please. Aku jadi awkward pulak.” Si gadis tarik senyuman.
Segera lelaki itu angkat bahu tanda setuju.
“Weh! kau
jangan lupa, kalau aku kahwin nanti kau wajib datang tau. Aku kasi seat VVIP
untuk kau punya.” Ujar si gadis itu. Lelaki itu ukir senyum nipis. “Aku bukan
apa. Kau satu-satunya kawan lelaki yang aku rapat. Sejak dari sekolah rendah
tau tak sampailah kita masuk Uni sama-sama. Tak lama lagi nak grad dah. Aku tak
naklah jadi manusia lupa kawan yang ada masa susah senang aku. Lagi lagi kau.”
Gadis itu senyum manis.
Dari dalam
hati kecil milik gadis itu, sejuta kemaafan dipinta kerana telah melukakan hati
si lelaki ni. Bukan niatnya untuk menolak cinta tetapi masih belum bersedia
untuk mempunyai pasangan dengan kawan baik sendiri. Lagipun dia tak nak
hancurkan persahabatan dengan cinta.
Dia mengukir
senyum apabila diterjah tentang cerita semalam. Banyak kenangan tidak pernah
digambarkan. Daripada zaman sekolah sehingga ke majlis graduasi, tiga tahun
lepas. Dia lepaskan keluh kasar.
Tarikh
tertera pada kad itu, majlis akan berlangsung dua minggu lagi. Pasti persiapan sedang
rancak berjalan. Cepat-cepat tangannya, memasukkan kad undangan itu ke dalam
sampul semula.
Ditariknya
nafas panjang, lalu dihembus perlahan. Dia amat mengharapkan sejuta ketenangan
dalam dirinya saat itu. Jam dipergelangan kanannya dipandang, jarum jam sudah
menunjukkan 6.15petang. Dia harus beredar dari situ.
Pintu kereta
dibukanya. Baru sahaja dia hendak memasuki perut keretanya. Ada sebuah kereta
berhenti bertentangan dengan kereta miliknya. Lama dia perhatikan Kereta Mitsubishi
Evo berwarna merah. Keluar seorang lelaki lengkap berpakaian pejabat. Tersentak
urat saraf gadis itu apabila lelaki berada dihadapan matanya sekarang. Lidahnya
terkelu.
“Nashrin…”
Lelaki itu
tarik senyum manis.
#TAMAT#