Kalau ada cinta…

source: Tumblr.com

Angin petang menghembus sepoi-sepoi bahasa. Sengaja dia melarikan diri ke suatu di atas bukit berdekatan dengan tempat kerjanya. Sesekali keluh dilepaskan. Badannya sandar pada badan keretanya.
Pemandangan dari atas bukit itu sedikit sebanyak menarik perhatian. Dari situ kesibukkan kota raya sedang pulang ke rumah masing-masing setelah seharian penat bekerja. Begitu jugak dia, seperti manusia lain. Keluar pagi dan pulang hampir senja. Hari-hari perlu menghadap rutin yang sama.
Di kalih pandangan ke sisi. Terpandang sekeping sampul berisikan kad undangan perkahwinan. Di capai perlahan-lahan. Bukan kali pertama dia menatap kad, tapi sudah jutaan kali.
Isi sampul dikeluarkan. Semerbak bau wangian daripada kad itu. Sebaris nama itu disebut halus. Lalu di pejamkan matanya seketika.
“Kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya tak?” kata si lelaki itu sambil menjungkit-jungkit kening ke arah si gadis itu. Serta merta si gadis itu menjuih bibirnya.
“Hahahaha! Kau, kalau bab mengarut memang juara. Tak sia-sialah Cikgu Nafisah panggil kau tukang karut.”
“Aku cakap ni benda betul. Deeply in my heart.” Si lelaki itu cuba untuk menyakinkan kepada si gadis. Gadis itu seakan tidak selesa sekali gus mematikan senyumannya. Lidahnya menjadi secara tetiba.
“Ok. Drop the subject please. Aku jadi awkward pulak.” Si gadis tarik senyuman. Segera lelaki itu angkat bahu tanda setuju.
“Weh! kau jangan lupa, kalau aku kahwin nanti kau wajib datang tau. Aku kasi seat VVIP untuk kau punya.” Ujar si gadis itu. Lelaki itu ukir senyum nipis. “Aku bukan apa. Kau satu-satunya kawan lelaki yang aku rapat. Sejak dari sekolah rendah tau tak sampailah kita masuk Uni sama-sama. Tak lama lagi nak grad dah. Aku tak naklah jadi manusia lupa kawan yang ada masa susah senang aku. Lagi lagi kau.” Gadis itu senyum manis.
Dari dalam hati kecil milik gadis itu, sejuta kemaafan dipinta kerana telah melukakan hati si lelaki ni. Bukan niatnya untuk menolak cinta tetapi masih belum bersedia untuk mempunyai pasangan dengan kawan baik sendiri. Lagipun dia tak nak hancurkan persahabatan dengan cinta.
Dia mengukir senyum apabila diterjah tentang cerita semalam. Banyak kenangan tidak pernah digambarkan. Daripada zaman sekolah sehingga ke majlis graduasi, tiga tahun lepas. Dia lepaskan keluh kasar.
Tarikh tertera pada kad itu, majlis akan berlangsung dua minggu lagi. Pasti persiapan sedang rancak berjalan. Cepat-cepat tangannya, memasukkan kad undangan itu ke dalam sampul semula. 
Ditariknya nafas panjang, lalu dihembus perlahan. Dia amat mengharapkan sejuta ketenangan dalam dirinya saat itu. Jam dipergelangan kanannya dipandang, jarum jam sudah menunjukkan 6.15petang. Dia harus beredar dari situ.
Pintu kereta dibukanya. Baru sahaja dia hendak memasuki perut keretanya. Ada sebuah kereta berhenti bertentangan dengan kereta miliknya. Lama dia perhatikan Kereta Mitsubishi Evo berwarna merah. Keluar seorang lelaki lengkap berpakaian pejabat. Tersentak urat saraf gadis itu apabila lelaki berada dihadapan matanya sekarang. Lidahnya terkelu.
“Nashrin…”
Lelaki itu tarik senyum manis.
#TAMAT#


MINI NOVEL: KAU DAN RINDU PART 3

KAU DAN RINDU

 PART 3

SUIS lampu bilik tidur anaknya di matikan. Lysa baru sahaja dapat melelapkan mata. Suhu badannya sedikit panas, risau Irdini kalau-kalau anaknya dikhuwatiri demam. Kaki dihayun ke biliknya dan terus menuju ke meja solek. Bangku kecil itu dilabuhkan punggungnya. Lama dia tenung wajahnya pada pantulan cermin.

Dia melepaskan ikatan rambutnya lantas sikat diambil lalu disisir. Sudah beberapa hari, dia asyik termenung. Terlampau banyak perkara difikirkannya. Sikat rambut itu diletakkan semula. Perlahan-lahan Irdini menarik sebuah laci meja solek. Menarik sebuah buku peribadinya keluar dari situ.

Buku itu dibuka dan tangannya mula mencapai sekeping foto Irdini bersama Jay. Foto itu ditatapnya lama. Senyuman Jay dapat memukau mata-mata yang memandang.

Suasana petang di Esplanade Park redup saja. Jari jemari Irdini masih ligat menulis di dalam buku peribadinya. Sejak akhir-akhir ini, dia kurang selesa dengan keadaan diri yang sedang berbadan dua tambahan pula usia kandungan sudah berganjak tujuh bulan.

Tiupan angin sepoi membuatkan hati Irdini tenang. Bekas berisi air coklat panas dihirup perlahan. Sesekali matanya melingas ke sana ke sini. Hatinya sedikit tenang apabila berada di situ, melihat kehijauan alam semester.

"Dini!"  Jeritan seseorang menyentakkan Irdini yang berada di bawah pohon rendang itu. "Kenapa I call you tak jawab?"

Irdini cepat-cepat menyelongkar beg tangannya. Telefon bimbitnya dicapai. Terdapat 15 panggilan tidak dijawab. Irdini berasa salah sangat. Lelaki itu mengambil tempat bertentangan dengannya.

"Sorry Jay. Tak dengar tadi."  Suara milik Irdini mendatar.

"Jangan buat macam tu lagi. Risau tahu. Nasib ada Stacy tadi, dia cakap you ada di sini." Hampir terbalik dunia, apabila Irdini hilang begitu sahaja di tambah panggilan tidak di angkat menyebabkan Jay menjadi kelam kabut.

Buku peribadi Irdini ditutup lalu disumbat ke dalam beg tangannya. Irdini pandang wajah lelaki itu, dia tahu lelaki risau tentang keadaan dirinya.

"I minta maaf sekali lagi. Sebab bagi you risau."

"Jangan buat macam tu lagi. I sayang dekat you sangat, I tak sanggup kalau you hilang macam tu saja."  ucap Jay separuh nada pengharapan.

Kata-kata Jay dicerna dalam oleh Irdini. Hampir tujuh bulan dia mengenali lelaki. Muntah, pening, sakit semuanya bersama lelaki itu. Tidak pernah sekali pun lelaki itu merunggut.

"Kita kahwin sayang."

Irdini diam. Bukan sekali Jay buat permintaan itu, sudah acap kali.

"Agama kita lain, Jay. You kena ingat tu."

"I akan peluk islam macam Suzana. Tapi you kena bimbing I. I want to spend my whole life with you ... only with you."

Irdini menundukkan wajah ke tanah. " I isteri orang Jay."

"You boleh tuntut cerai dari dia. Antara you nak dengan tak nak saja."

Aku masih lagi isteri orang. Aku minta maaf Jay.

ANAK mata Irdini tertancap pada skrin telefon bimbitnya, dari tadi dia scroll nombor telefon untuk dia hubungi. Di tangan kanannya memegang kunci kereta. Picit butang unlock, untuk buka pintu kereta.

Dia baru selesai mendaftar taska untuk Lysa. Kemudian dia ada temuduga untuk kerja kerani di syarikat swasta. Irdini lengkap berbaju kurung berwarna kuning, memang sesuai dengan Irdini yang memiliki kulit putih.

Belum sempat, Irdini menutup pintu kereta. Ada seseorang menahan terlebih dahulu. Sembilan puluh darjah kepala Irdini melipat ke kanan. Irdini naik renyah apabila lelaki itu.

"Haikal! Tolong jangan ganggu hidup I boleh tak. I rimas tahu tak?" Irdini tidak perduli, yang tahu hatinya masih sakit.

"Sampai hati Dini buat abang macam tu. Salah sangat ke abang nak jumpa isteri abang sendiri."

"Isteri? Isteri you dah lama mati." Irdini geram.

Haikal pandang rumah teres setingkat yang dijadikan sebagai pusat taska. Haikal hairan apa yang Irdini buat di sini.

"Dini buat apa dekat sini."

Irdini telan air liur. Dia jadi serba salah. Lelaki itu tidak pernah tahu tentang kewujudan Lysa di dunia. Tapi sampai bila rahsia perlu disimpan. Lama-lama rahsia itu akan terbongkar juga.

"Saja. Ingat nak kerja dekat situ tapi tak pula yang kosong. Lagipun tengah cari kerja sekarang."

"Bagus jugak itu, Dini kerja dengan abang aje. Jadi secretary abang, Suhana dia kasi notis berhenti kerja." cadang Haikal dengan beria-ria.

"Kerja? Jadi secreatary you? No way. Tak berminat. Terima kasih Encik Muhammad Haikal kerana buat offer tu. Kalau macam tu, I nak pergi dulu."

Irdini segera masuk ke dalam perut kereta. Haikal masih lagi setia di situ. Haikal melurut rambutnya kasar. Ya salah aku semua ni.

BUNYI loceng pintu dari luar mengejutkan Irdini yang baru sahaja hendak meletakkan kek coklat ke dalam tempat pembakar. Loceng itu masih lagi berbunyi, apalagi Irdini cepat-cepat masukkan loyang tersebut. Tuala good morning dicapai dan mengelap tangannya. Apron yang masih tergantung pada pangakal lehernya, segera ditanggal. Sebelum dia langkah ke pintu, Irdini menjengah kepalanya melihat Lysa sedang bermain-main dengan anak patung.

Irdini memulas tombol pintu. Pnitu itu terbuka, terbuntang mata Irdini apabila melihat sekujur tubuh berdiri yang memakai baju T-shirt berkolar dan pada batang hidungnya tersangkut kaca mata hitam. Lelaki itu menggariskan senyuman manis. Irdini hanya sekadar menimbulkan kepalanya dibalik pintu. Dia risau kalau-kalau Haikal tahu tentang Lysa.

"Apa yang you buat dekat sini?"

Irdini berkata dengan nada geram. Hujung bibirnya digigit risau.

"Nak ajak Dini keluar jalan-jalan. Lama kita tak dating berdua. Boleh lepas rindu." Selamba sahaja Haikal berkata.Lantaklah kalau Dini nak mengamuk sekali pun.

"I tak rindu dekat you pun lah. You pergilah balik. I sibuklah!"

"Bu! Bu!"

Teriak daripada Lysa membuatkan Irdini telan air liur seperti telan butiran pasir. Kesat!

Dahi Haikal berkerut. 'ibu?'

Lysa mendekati Irdini berada di pintu. Baju Irdini ditarik-tarik oleh Lysa.

"Bu! Lysa nak susu."

Dahi Irdini berasa berangin dan seakan-akan peluh mencurah-curah ke pinggir dahi.

"Sapa tu Dini?" Menggeletar suara milik Haikal. Dia tahu Irdini sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan. Irdini diam. "Dini...abang tanya sapa tu."

Irdini tarik nafas dalam. Lysa berada di sisinya lalu diangkat kemudian dikendong tanpa dipinta. Hati Irdini benar-benar berdebar. Dia sudah tidak perduli apa yang bakal terjadi kemudian.

Kelihatan jelas terkejut wajah Haikal tika itu. Melihat sahaja kanak-kanak perempuan itu persis wajah seperti Irdini. Antara mereka hanya terpisah dengan pintu grill itu menyebabkan Haikal tidak mampu untuk mendekati mereka.

Untuk sekian kalinya, Irdini menarik nafas panjang untuk mengumpul segala kekuatan yang ada.

"Kenalkan ini, Nur Alysa Binti Muhammad Haikal. Umur, 5 tahun." Hanya sekali nafas terlerailah semua kekusutan membelenggu fikirannya di samping itu, terlepas bebanan Irdini menyembunyikan tentang kewujudan Lysa.

Lidah Haikal kelu. Terpaku. Tidak tahu apa harus dia katakan. Semuanya sangat mengejutkan. Tanpa menunggu Haikal membalas, Irdini terus menutup pintu rumahnya. Dia membiarkan lelaki itu diluar rumahnya.
Hatinya terlampau mengeluarkan air mata biarpun ditahan beberapa kali. Lima tahun dia terpaksa menanggung semua ini.

Haikal masih lagi berdiri di pintu grill rumah Irdini. Bayangan wajah kanak-kanak itu bertamu di ruang mindanya. Tidak pernah di tahu tentang anak itu. "Nur Alysa' Haikal menyebut sebaris mata itu. Haikal mengalih badannya tersandar pada pintu gril lalu diduduk ke atas lantai simen. Matanya dipejam rapat. Hari ini dia dapat tahu, dia mempunyai anak perempuan sudah besar. Teringat Haikal hal pertemuannya dengan Irdini dua minggu lepas di sebuah taska. Langsung dia tidak dapat mengagak tentang hal itu.

'Sampai hati Dini sembunyikan semuanya ni.'

Bersambung...