contest header untuk ct

holla.

aku join contest kat belog ctnhi

syarat2 kontest:
1.mesti lah follow blog Ct dulu,supaya senang nak tahu perkembangan dari masa ke masa
2.header yang perlu anda buat untuk Ct mesti la kawaii,atau lebih tepat comel, tetapi kalau nak guna gambar Ct cari gambar di sini !
3.Facebook Ct ( add dulu yer)
3.Tidak perlu membuat ayat2 yang panjang2 cuma tulis blog title dan URL Ct
4.hadiah yang menanti adalah topup sebanyak RM 30 ( Celcom, Digi, Maxis )
5.Tag kan kepada seorang sahaja,kerana Ct tak nak menyusahkan anda
6.kemudian bagi link anda di kotak comment Ct,supaya Ct buley preview header anda
7.Tarikh tutup 26 March so Ct bagi 1 bulan nak buat header Ct cantekk !
8.That it, finish already ! gudluck okay ^^
9.KALAU CONTEST INI KURANG DARIPADA 3 ORANG YG MASUK CONTEST INI AKAN DI BATAL !
10.tag:

header yang di pertaruhkan:


Tips Blogging ◕ ‿ ◕

*pic nie untuk pameran semata-mata*

holla .
dah lama aku tak taip entri.sebenar aku tak da mood nk taip.malas jek rase.tadi aku jalan2 kt FB.tibe2 aku jumpe tips berblogging.so aku nak share larh per yang aku bace.

credit: zulsyamin suhaimi

  • Penggunaan bahasa yang 'unik' mungkin dapat merembat mata-mata yang membaca untuk menyukai blog korang.. serious cubalah!
  • Blogwalking dengan komen di entry bukan di shoutbox ^_^
  • Dalam penulisan blog, adalah diwajarkan kepada korang untuk menggunakan sistem PERENGGAN. Kerana daripada situ ia akan kelihatan lebih kemas dan mudah dibaca.
  • Setiap penulisan perlu ada format. Jangan main bedal je.
  • Masukkan emosi dalam penulisan.
  • Emosi tu maksudnye kita bercakap dengan follower depan2 , orang boleh dalami kita melalui penulisan.
  • Penulisan bersama emosi...bermakna menulis tanpa kepura-puraan bukan atas dasar meniru.
  • Kebanyakkan blogger lebih suka tumpukan kepada penulisan 'solo'..sekali sekala..cuba try untuk ber'kolaborasi' dengan blogger lain untuk mencipta kelainan dari segi penulisan berangkai.. pernahkah korang buat ? Ddaripada situ.. seriously korang akan dapat lebih ramai kenalan dan pembaca.
  • Sekali sekala.. cuba selitkan lirik lagu baru... so dari situ.. blog korang akan lebih 'mesra seo' seriously.. you must try beb! hehe..Daripada Lirik itu , cuba hayati dan create 1 entry dibawah lirik tersebut.. Coz setiap lirik lagu pasti ada ceritanya..At least takda la nampak macam korang blogger copy paste aite ?.
  • Cuba selitkan beberapa 'gambar' yang selalu orang cari.. contohnya "HITAM" , "BENDERA MALAYSIA" dan sebagainya.. Kita juga perlu tahu Gambar jugak adalah salah satu punca traffic ke blog kita melalui GOOGLE IMAGE!
  • Susah untuk menulis ? Selalunya berlaku kepada korang yang tiada idea untuk menulis..tetapi semangat menulis berkobar2 ? Jangan risau... cuba cari 1 benda yang rapat dengan korang, tak kesahlah benda apa pon..contohnya pen ke pensel ke , mouse ke keyboard ke...dan elaborate cerita itu! Pastinya menjadi 1 entry :) Cubalah.
  • Cuba kurangkan warna-warna font yang terlalu banyak didalam entry.. Minimumkan warna kepada 2 sudah cukup untuk membezakan 'LINK' dan penulisan.
  • Cuba biasakan untuk bold mana-mana ayat yang ingin ditegaskan di dalam penulisan supaya ia lebih mudah untuk orang 'scan'..dan memahami apa yang ingin disampaikan..sebab kebanyakkan blogger atau pembaca tidak akan membaca 100% secara menyeluruh.. kan?
  • Sekiranya korang dalam bidang blog Personal . Memang korang hanya akan tuliskan tentang korang ajer , tapi kadang-kadang cuba tuliskan tentang isu semasa dan pendapat korang terhadap isu semasa itu!Ini Kerana semua orang ada pendapat dan pandangan kan? Cubalah.
  • Gambar? Perlu ke ada dalam entry? Yes! Dengan gambar, ia memberikan 1000 makna dan mudah untuk korang terangkan kepada pembaca korang. kan?
  • Size gambar. Lagi cantik kalau gambar yang memenuhi ruang 'kotak post' kerana dari situ ia akan kelihatan lebih kemas kan?
  • Layout Template. 2 atau 3 lebih bagus? Erm pada pandangan saya 2 lebih baik kerana tak perlulah banyak sangat widget yang perlu diletakkan kan? Huh!
  • Sekiranya anda seorang blogger baru, adalah dinasihatkan supaya TIDAK meletakkan iklan. kerana code2 iklan itu melembabkan blog anda sebenarnya. Cubalah kukuhkan platform tuh dulu baru letak! Get that? Huh!
  • Music/Lagu di blog? perlu ke? Bagi saya, tak seharusnya diletakkan. Mungkin perkara ini sering diperkatakan namun ada jugak yang tidak mengendahkan.Namun begitu, Sekiranya ingin meletakkannya jugak, so cubalah cari code lagu yang mempunyai button "PAUSE" get that?
  • Gunakan tajuk entry yg menarik atau tarik pembaca utk minat bile tengok tajuk tuh..
  • Untuk blogger2 baru, pemilihan url gak penting.. jgn la taruk url panjang2 macam ni "http://akurasaakupunyablogurlpalingpanjang.blogspot.com/". Better yg ringkas2 yg snang org nk hafal mcm ni http://cute.blogspot.com/. Takpun kalau payah sgt taruk je nickname korang.
  • Bab interface tu..jangan ada cursor yg ader effect, too much blink2, widget2 yang bergerak2 kiri kanan atas bawah penggunaan warna2 yang striking sampai tak boleh nak beza mana yang utama dan tidak, pemilihan font yang fancy,tak semua computer ada same font yang digunakan.

korang wajid bace dan tolong!

hello redear(s)!
sebenarnyer,hati dan kepala aku runsing sikit sejak beberape hari nie.mena tidaknya result spm tak lama lagi nak keluar.tapy tak sure bila yang pasti dah tak lama lagi.actually, aku da sikit problem.aku tak tahu nak share dengan sape.lau dengan adik aku.sure die buat tak tahu punye.aku akan cakap macam kayu.nak share dengan nak aku confirm kena berleter.tak.tak.tak.aku tak akan cakap pasal nie kat mak aku..

sowi lau entri aku nie panjang sikit aku da kenal dengan seorag mamat nie.jarak umur kami lebih kurang enam ke tujuh tahun gak larh.perkenalan kitaorang tak baru tak lama.dalam masa singkat aku da simpan hati kat dia.walaupun dia tak secomel actor korea atau jepun.pada aku dia not bad.okey larh.ini masalah die.lau tak tak mesej die.dia akan cakap,aku tak nak die jadi bf aku.aku betul pening.second dia nak datang jumpa aku dengan MAK DIA.APA TU!!.aku tak ready sume tu.

korang kena tolong aku.bagi larh pendapat korang.
pendapat tu jangan menyakitkan hati mana-mana pihak oke

kekalkan kehangatan percintaan

pasti kisah percintaan korang jadi bertambah hangat masa korang baru2 bercinta.banyak perkara dilakukan untuk mengekalkan hubungan,namun kadangkal ia hanya dilakukan sementara.jadi gunakan ia hanya dilakukan sementera.jadi gunakan tips ini untuk korang menghangatkan lagi akan percintaan cinta tu.mudah-mudahan korang akan kekal hingga ke akhir hayat.
  1. ingat tarikh keramat yang boleh membangkitkan kemesraan antara korang.sebagai contoh tarikh lahir atau yang berkaitan dengan korang.
  2. jangan terlalu bergantung hidup dengan si dia.dalam sesetengah hal,buat keputusan sendiri tanpa membebankan si dia
  3. tak semua benda si dia boleh tahu dalam menjaga atau mengambil hati koran.jika ada kemusykilan,cuba belajar berterus-terus agar tak timbul masalah yang bolah buat hubungan korang menjadi renggang.
  4. sebelum masuk tido,ucap selamat malam kat si dia.korang boleh telefon atau cukup sekadar SMS.
  5. bertolak ansur termasuk pada perkara remeh-temeh.sebagai contoh jika si dia sudah membeli tiket wayang,apa salahnya korang membeli minuman.
  6. wujudkan satu mesra antara korang.mungkin itu hanya korang berdua yang menggunakannya.
  7. jangan selalu memalukan si dia terutama di hadapan kawan2.tak kiralah kawan korang atau si dia.malahan besar besarkan si dia dengan cerita yang menarik.

rahsia disebalik corak pada baju T


*comel tak??


hello.hari ni da rahsia lagi aku nak share dengan korang.korang taw tak lukisan pada baju korang pakai sehati-hari mempunyai pelbagai rahsia yang tersirat mesti korang tak tahu kan.mungkin pada kamu rasa biasa tau untuk suka2.tetapi bagi yang melihatnya,ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi korang yang sebenar nya..semua tidaklah seratus peratus betul.kalau betul pun anggap jek la kebetulan sahaja.


jum kita sama2 rahsia di sebalik corak pada baju T.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Korang gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan korang sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu korang juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, korang memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Korang juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Korang digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Korang juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau korang gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, korang merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau korang suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan korang sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau korang suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan korang seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.


Gambar Iklan

Ini menggambarkan korang seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, korang seorang yang terlalu cerewet dan berhati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa korang seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, korang merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, korang dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Korang juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan korang sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti

Jika korang seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan korang benar-benar menghargai kolej korang. Sesuailah sekiranya korang menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan korang seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Korang juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan

Korang digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Korang juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah korang mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon

Korang sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Korang mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri korang. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling korang juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari korang


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Korang digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. korang tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Korang juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, korang senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat

Jika korang suka memakai kemeja T jenis ini, korang digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Korang jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Korang benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup korang.


Baju T Kosong

Jika korang sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan korang suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang korang terima, hanya korang sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap korang sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Korangbersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah


rahsia di sebalik huruf ikut nama anda :)


hello.sebenarnye entri nie dah lama aku nak buat.tapi tak buat2 pon.malas nak taip panjang.da yang usha aku bile aku taip.
sebenarnyer benda nie sekadar panduan untuk mengenal diri korong ,pasangan korang atau pon famili korang sendiri.korang jangan larh percaya bulat bulat.Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada.aku ambil nie dari karya novel H. M. TUAH ISKANDAR.lau tak boleh search kat internet.kalau salah satu huruf betul itu kebetulan.oke mari kite mula kan sekarang

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E = anda sentiasa seorang yang exited.
F = semua orang menyayangi.
G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J = anda seorang yang cemburu.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O = anda seorang yang berfikiran terbuka.
P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R = anda seorang yang gemar bersosial.
S = anda sangat broad-minded.
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
V = fizikal anda baik sekali.
W = anda suka menyendiri.
X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.
Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang


contoh: NADIA
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda


Flowerkorang try gabungkan nama korang.oke.babai.thnx kerana membaceFlower

tips persahabatan




hey kawan2 terbek aku,readers dan followers aku.first sekaly aku nak cakap tthnx sgt2 sapa yang sudi follower belog aku yang tak seberapa ni.semua pink dari atas sampai bawah.giler betul aku nie.hanya pink menarik di mata ku :face28:.aku nak share2 kit tip persahabatan untuk korang.korang mesti da kawan kan2.lau tak dak macam kera sumbang lak.

hari ini aku nak share tentang erti sebuah persahabatan.orang kata mencari sahabat sejati ibarat mencri jarum yang terjatuh dalam timbunan kain. disebabkan itu lah ikatan harus dijaga supaya tidak putus di tengah jalan.


pahit,manis,rajuk dan riang dalam bersahabat? biasalarh tu! sebagai remaja yara juga mengalami pengalaman yang sama bersama kawan kawan aku.bukan senang tau nak cari sahabat yang sanggup bersama korang bersama semasa senang dan susah.biar yara kasi 5 tip untuk persahabatan yang kekal:face40:





:93:bersedia menolong apa sahaja tanpa mengharapkan sebarang balasan.yang penting mesti iklas ya!


:94:memaafkan kesalahan sahabat.buang yang keruh ambil yang jernih


:95:jangan memendam rasa.sentiasa berterus terang jika ada sesuatu perkara yang tidak kamu senangi.

:96:menghargai ikatan persahabatan yang dibina dan berusaha membina keakraban yang lebih baik


:97:kawal perasaan.pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila korang sedang marah atau tak ada mood nak bercakap.

okeyh larh tu tips aku untuk petang2 nie sampai dengar lagu Awan Nano.best tau.aku suke.
babai