Kau , Aku Punya BaB 3

BaB 3

“Bulu mata palsu!!” jerit Humaira. Terkejut mak nyah di depannya. Hampir terpelanting blusher yang di pegang oleh mak nyah tu. Tergopah-gopah terdengar jeritan Humaira. Crew-crew yang berada di studio tu terkejut. Boleh tercabut jantung di buatnya. Rimasnya aku dengan make- up bertempek-tempek di wajahnya.

“Apalah ni Maira,Ecah?” terpinga-pinga Haris di leher nya tergantung tali Nikon DSLR. Maira hanya diamkan diri.
“Ni hah, budak ni tak pakai bulu mata palsu, aku bagitau kat dia. Lepas tu terus dia pekik dengan tepi telinga aku. Sakit tau tak!” ucap mak nyah bernama Ecah siap melentok-lentok tangannya ke kanan ke kirinya. Geli aku tengok nyah ni. Nama kau tak boleh nak glamour lagi ke.

Haris mendekati aku. Aku hanya duduk diam. Kalau bukan sebab sesi fotografi ni. Dia langsung tak hingin nak pakai make-up bagai. Tak suka. Bilik solek di sedia studio milik abang Haris dengan rakan kongsinya. “Adik...”

“Abang Haris kan tau adik macam mana. Kan adik dah cakap adik geli benda-benda macam ni. Abang ni macam tak tau lak adik ni macam ner kan. Hope abang faham,” belum sempat Haris nak bercakap, Maira dah memotong. Dia mengeluh.

“Ecah, kau buat apa dia suka. Kalau dia tak suka tak payah. Nanti dia smackdown kau pulak. Tak pasal ada kes lain pula timbul,” ternganga seketika Ecah di hadapan. Mak nyah yang berambut pendek sehingga ke paras bahu tu menjarakkan dirinya dengan Maira. Maira tersengih kerang busuk dan mengangkat dua jarinya. Peace!

“By the way, abang lupa pula nak tanya, sapa laki yang kat depan tu. Tak kenalkan kat abang pun. Boyfriend ke?”

“Oh, tu ek, budak kelas adik. Nak kenal macam mana nya. Sebelum nak kenalkan. Abang heret adik masuk dalam studio ni,” Siapa lagi kalau budak Syafiq Iskandar. Kisah dia macam ni.

* * * * * * **

“Eh, kau jadi ke tak pergi photoshot dengan cousin kau tu, Maira,” tanya Diana tanpa menoleh ke arah Humaira. Humaira yang tekun membuat nota sejarah. Nota Humaira dengan warna-warna. Kata senang ingat kalau ada warna. Mungkin cara dia belajar macam tu agaknya.

“Jadi lah, Abang Haris dah call aku banyak kali, tanya pasal tu. Dia tu busy sikit tak sempat, terkejar sana sini. Sekejap turun KL, pas tu balik Kuantan semula,” Tangan Maira lincah menukar pen berwarna di hadapannya. Kelasnya agak sunyi, pelajar-pelajar membuat kerja sendiri. Cikgu Aishah menggantikan Cikgu Murni yang sedang bercuti akibat demam.

Diana hanya mengangguk tanda mengerti. Diana sendiri kurang mengenali sepupu Humaira yang memiliki studio fotografi ni. Mengikut cakap Humaira, sepuupunya hanya mengenali dengan sebaris nama Haris dan mempunyai penampilan smart and cool.

“So, kau nak pergi naik apa nanti,”
Humaira menjonget bahu. “Entah aku pun tak tau lah, ibu aku pun tak ada kat rumah, ayah aku macam biasa lah kat hospital, tak kan aku nak ganggu dia buat kerja pula,”

“Ibu kau pergi mana, semalam aku nampak aje dia,”

“Tu semalam, hari ni dia tak ada kat rumah. Ibu pergi tengok fashion dekat KL. So tinggal aku dengan ayah aje lah kat tu. Tak pa lah nanti call lah abang Haris, minta dia ambil kan aku,” Humaira meneruskan kerjanya, Si Amira pula menjadi pendengar setia. Biarpun dia duduk di hadapan kitaorang.

“Nanti aku ambil kau, and hantar kau balik!” Satu suara garau dari belakang mejanya. Humaira terkejut seketika. Ditoleh ke belakang. Iskandar tekun membaca. Yang sayang bukan buku pelajaran tau tapi komik Lawak Kampus. Lelaki itu tenang bersandar kerusi. Mukanya terhalang dengan komik.

Humaira merentap komik tu. Terkedu Iskandar. Ganas betul ni. “Apa dia kau cakap tadi, nak ambil. Orang khusyuk baca pun boleh dengar kitaorang cakap apa ek?” Tarmizi sudah tersengih-sengih memandang muka Humaira. Nak mengamuk lah tu. “Kau ni, telinga nipis, dengar aje apa kitaorang kan,”

“Dah korang cakap, aku dengar je lah,” Wajahnya tenang ketika berucap. “Kau nak ke tak. Aku ambil dan hantar kau balik. Understand!” bisik di hujung cuping telinga Humaira.

“Aku tak nak!” ucap nada perlahan.

“Nak”

“Tak nak!”

“Nak.”

“Tak nak,” Humaira masih berkeras.

“Aku cakap nak,”

“Tak nak,”

“Nak,” suara Iskandar sedikit meninggi.

“Aku cakap tak nak,”

“Tak nak,”

“Nak,” nada suara Humaira tetiba meninggi. Opss! Tersasul pula. Cepat-cepat Humaira
menekup mulut. Senyuman nakal di bibir Iskandar. Terkena juga.

“Sera Humaira! Pusing depan,” Nama Humaira dipanggil oleh Puan Aishah. Puan Aishah pernah mengajarnya semasa dia di Tingkatan 3. Semua mata tertumpu ke arah Humaira.dia pantas memusingkan badannya ke hadapan. Muka blur di tayang olehnya. Diana dan Amira hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“Kamu berdua ni, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Cikgu ingat kamu berdua ni dah berubah bila kerap masuk bilik disiplin. Sama aje.” Cikgu Aishah mula bicaranya dengan berleter. Humaira menyembam mukanya ke meja. “Jangan sampai cikgu panggil Tok Kadi pula untuk kamu berdua,”

Dush! Dush! Tangannya darat ke dimuka. Muka blushing ditutup. Sumpah aku tersangat malu ketika itu.Ibu! Tolong Maira. Maira malu sangat-sangat. Ikut hati nak aje menyorok bawah meja. Pelajar-pelajar lain tidak mampu menahan ketawa. Gelak ketawa bergema sehingga lah Puan Aishah meminta para pelajar lain diam dan buat kerja kembali. Sejak dari kejadian di kelas tadi, Humaira tak bertegur dengan Iskandar. Sumpah malu bhai.

* * * * * * **
“HEI, bangunlah!” Humaira menjerit sambil mengoncang-gocangkan bahu Iskandar. Ewah, mamat ni tidur mati ke apa. Aku sibuk photoshot dekat dalam boleh pula dia buat tahi mata sini pulak. Langsung tiada reaski. Humaira mengaru-garu apabila mengejutkan Iskandar bangun. Akalnya mati seketika.2 jam aku photoshot, sekejap-sekejap tukar baju itu ini, naik rimas dibuat nya.

Tak lama selepas tu,Iskandar mula menunjukkan dia sudah sedarkan diri. Kepalanya di angkat mamai. Matanya terbuka sedikit. Jelas kelihatan matanya kemerehannya. Akhirnya, bangun pun kau kan. Puas aku gerak.

Dalam mamai Iskandar memandang seraut wajah Humaira yang bersih. Comelnya. Desis di hatinya. Humaira memakai jersi berwarna biru dan berseluar jeans berwarna hitam. Rambutnya diikat tocang.

“Dah sudah ke,” soal Iskandar sambil terpisat-pisat matanya. Humaira melabuhkan punggungnya di atas sofa dibekalkan oleh pihak studio di sisi Iskandar. Tiba-tiba, kepala Iskandar menlentok ke bahu Humaira.

Dup! Dup! Dup! Dup! Jantungnya bergerak laju bagaikan baru lepas berlari marathon. Nafasnya bagai terputus. Dadanya berombak di tambah dengan nafasnya yang tidak teratur.

“Is, bangunlah. Solat magrib dulu. Ada bilik air dekat belakang tu dengan sejadah. Nanti kang terlajak pula,” nada suara Humaira perlahan seperti memujuk lelaki itu. Dia mengangkat kepalanya.

“Okay. Is pergi nak solat dulu,” tingkah Iskandar macam budak kecil ketika itu. “Wangi,” Humaira ketap bibir. Geram! Iskandar ni kan. Iskandar bingkas bangun. Dia menghayun kakinya langkah ke bilik air untuk mengangkat wuduk. Tingkah laku mereka diperhatikan oleh Haris. Wajah tegang tak dapat kawal. Haris yang sembang dengan crew-crew nya, menampakkan ketara perubahan pada wajah pemuda tu. Haris melangkah masuk ke ruang pejabat kecilnya.

‘Boyfriend kau ke tu Maira,’ bentaknya di dalam hati. Cemburu telah menguasi jiwanya. Ya! Maira memang sepupu dengan aku. Tapi tak salah kan kalau nak ada hubungan lebih daripada sepupu. Dah lama dia tunggu Maira. Dulu dia tinggalkan Suhaini pun untuk Humaira. Bukan untuk orang lain pun.

Haris mencapai Nikon DSLR di atas meja. Klik! buka menolak pucat dari Off ke On. Banyak gambar Humaira di rakam semasa photoshot. Haris memang sengaja memilih Humaira sebagai Model Pakaian Tradisional. Gadis itu mempunyai seraut wajah ketimuran. Di tambah seri dengan secalit lesung pipit kiri dan kanan. ‘Kalau aku tak dapat Humaira, sapa-sapa pun tak boleh dapat kan Maira,”

Tanpa sebarang ketukan, pintu pejabat milik Haris dikuak oleh seseorang. Kepala Humaira terjenguk-jenguk. Haris sedang bersandar di atas kerusi nya sambil memegang kamera miliknya.

“Abang, Maira nak balik dah ni,” Haris sekadar mengangguk. Panas hatinya belum terhapus.

“Jaga diri elok-elok tau, nanti abang hantar gambar-gambar tadi tu kalau dah siap cuci nanti,”

“Okay, bye!” Iskandar mendahulunya. Segera menuju ke keretanya betul-betul berhadapan dengan studio. Iskandar terus membuka pintu di sebelah penumpang sambil menunjukkan isyarat agar Humaira masuk. Humaira sekadar senyum nipis.Iskandar masuk ke dalam perut kereta dan enjin terus dihidupkan lalu meninggalkan kawasan rumah kedai tu.

Kereta yang di pandu oleh Iskandar meluncur keluar dari jalan kecil ke jalan raya. Alhamdulillah dijalan raya kelihatan lapang tak banyak kereta yang lalu lalang pada waktu malam begini. Matanya menjerling jam di dashboard keretanya sudah pukul 8.30 malam.

“Eh, kau nak pergi mana ni,” akhirnya Humaira berkata. Dia pelik rumah aku sebelah sana lah. Tak kan nak suruh aku tidur rumah dia pulak kot.

“TC (Teluk Cempedak) . Drive-thru McDonald’s,” jawabnya selamba.

“Kau ni, suka rancang tak bagitau aku dulu kan,” Mahu saja aku cekik-cekik mamat lepas tu aku campak kau kat laut. Boleh juga aku makan. Perut pun dah lapar. Humaira mengusap perutnya kelaparan. Terbayang Quarter Pounder with Cheese Burger di legar-legar matanya. Sumpah terliur. Tambah pula dengan McFlurry. Yummy. Yummy.

“Kau dah habis berangan ke belum,” sergah Iskandar. Terkejut beruk di buatnya. Kus semangat. Iskandar ketawa kuat. Siap picit-pict perut lagi. Apa lawak sangat ke muka aku yang ayu ni.

“Kau cakap nak drive thru je. Ni apasal pulak parkir kereta kat sini,” Humaira merengus kasar. Iskandar sudah keluar kereta. Ramainya orang malam ni.

“Ubah fikiran,”

Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Humaira jarang ke pada waktu malam. Kebanyakkan datang pada waktu begini.

Anak muda remaja yang memenuhi sekitar pantai ni. Humaira ke dari perut kenderaan tu. Humaira mengorak langkah ke hadapan. Angin sepoi bahasa mengerbangkan rambutnya. Slingbag pada bahunya diperbetulkan. Dia menoleh kiri kanan mencari tubuh Iskandar. Tiada. Mamat ni kan, suka tinggalkan aku sorang-sorang. Kang kalau aku kena culik macam mana.

“Hai, comel lah awak ni,”

Seorang lelaki lebih kurang sebaya dengan aku, menyapa aku. Dia melemparkan senyuman
kepada Humaira.

“Apa-apa comel, ingat anak kucing ke!”

Mak aih, kasar nye minah ni. Sempat dia menerung wajah Humaira dalam samar-samar. Comelnya dia. Puji lelaki itu di dalam hatinya.

“Emmmm.. boleh berkenalan. Saya Kamil.

Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Humaira.

Humaira mengangkat kepalanya. Apasal dengan mamat ni tiba-tiba nak buat sesi perkenalan pulak malam-malam. Gila lah mamat ni.! Humaira merengus. Mana lah pergi si mangkuk tingkat ni.

“Malas nak layan orang gila macam awak ni,” Humaira menghayunkan kakinya dengan laju bergerak ke kedai runcit. Tangan Humaira di rentap kuat. Sakit lah jantan tak guna! Kalau aku dah tak nak layan kau. Tak payah lah nak paksa.

“Woi mangkuk tingkat!” Berasap muka Humaira. Tahap kesabarannya sudah ke terbang ke mana. Nafasnya turun naik. Humaira tersengih nakal.

Dush! Ambil kau. Puas hati aku terlepas juga penumbuk aku untuk kau kan.

Dush! Ops! Sorry tak sengaja. Itu bukan Humaira buat.

“Jangan kau sesekali berani kacau,Maira,” satu suara dan satu tumbuk melayang ke muka lelaki. Lelaki itu mengerang kesakitan. Iskandar sudah berdiri tegak ditepi Humaira.

“Apasal dengan kau ni Is. Awek ni aku cop dulu la. Tiba-tiba kau datang jangan kacau dia,” ucap lelaki tu dengan menahan kesakitan. tak pasal datang bala. Apahal dengan mamat ni, main cop-cop. Ewah kau ingat aku ni barang ke apa. Nak aje aku lepaskan penumbuk ni lagi.

“Kepala hotak tau. Kau ingat dia barang ke apa. Maira ni tunang aku, kau jangan kacau dia lagi,” nada suara serius. Tiada ayat gugup-gugup keluar dari mulutnya.

Berkerut dahi Humaira. Bila lah pula aku bertunang dengan kau, Samdol oit! Suka suki buat cerita bukan-bukan. Wajah serius Iskandar mengejutkan Humaira. Marahnya dia. Iskandar menarik tangan Humaira dan meninggalkan lelaki tu terpinga-pinga. Babak macam ni paling tak best.
*****

Ombak menderu-deru memukul pantai. Sedikit demi sedikit pantai mengalami hakisan tanah. Humaira dan Iskandar duduk di atas butiran pasir. Mereka dua menghadap laut. Kala itu bulan terang menyinari kawasan pantai itu.

Beg kertas berlogo McDonald’s di letak atas pasir pantai. Humaira malu bila duduk berdua macam ni walaupun masih lagi ramai pengunjung di situ. Iskandar terpaksa beratur panjang tu beli makanan ringan untuk meraka berdua. 1 set Quarter Pounder with Cheese Burger plus McFlurry tuk Humaira dan 1 set lagi Spicy Chicken McDeluxe Burger.

“Sorry pasal tadi, aku tinggalkan kau macam tu aje,” kata-kata maaf dari Iskandar, terhenti tangannya menyuap McFlurry ke mulutnya. Sedapnya.

“Alah, benda dah jadi pun. Dah lepas penumbuk aku kat dia,” tenang saat dia bercakap.

“Actually,budak lelaki kau tumbuk dia tu, member lama aku,” Hampir tersembur air milo di sedutnya. Humaira tersedak-sedak. Sumpah aku tak tau tu kawan dia. Tapi Iskandar bagi juga kan. Kira halal lah tu. Iskandar mengosok belakang badannya. Tersentap! Mamat ni kenapa. Pelik lah!

“Dia tu playboy, so aku tak benda suka la dia kacau budak yang aku kenal. Termasuk kau. Kalau si Kamil tu kacau Diana atau Amira pun sama. Aku akan buat macam tu juga. Kau jangan lah salah faham pula okay,” Terang dan jelas penjelasan daripada Iskandar. Alah, aku pun bukan jenis ambil hati sangat.

Humaira mengeluarkan Quarter Pounder with Cheese Burger dari beg kertas tu yang di pesan oleh Iskandar. Yummy yummy. Tak sabar aku ngam kau. sebelum itu, aku roti di bahagian atas di buka.

“Kenapa kau tak makan lagi. Tadi kata lapar,” Iskandar hanya memerhati gadis di sisinya. Dia menguis semua sayur di atas cheese “Apahal kau buang semua sayur tu,”

Humaira menyengih sampai ke telinga. “Tak suka,”

“Woi, sedap sayur tu, kau buang macam tu aje kan.”

“Dah aku tak suka. Tak payah lah paksa-paksa.”

“Pelik lah kau ni,”

“Apa yang pelik nya. Aku manusia juga lah. Bukannya alien,”

“Memang kau alien pun, bila kau mengamuk sumpah sama kau dengan alien tu. Hahaha alien,” terbahak-bahak Iskandar ketawa. Amboi-amboi gelak sampai tak dunia kan. Gelak lah kau sampai subuh esok.

“Aku tak nak kawan kau.” Baru separuh burger masuk ke dalam perutnya. Selebihnya, Humaira masukkan ke dalam kotak tu balik. Hilang selera nak makan. Humaira bingkas bangun. Dia menepuk-nepuk pasir yang melekat pada seluar nya. Panggilan dari Iskandar tidak di perduli kan. Suka hati kau gelakkan aku kan. Tercungap-cungap Iskandar mengejar Humaira bila seliparnya di cerobohi pasir halus menyukarkan dia bergerak.

Bersambung...

12 comments:

  1. @amira: terima kasih krna sudi membaca. :)

    ReplyDelete
  2. @shasha : terima kasih sudi mmbaca. aya hargai komen anda

    ReplyDelete
  3. sweet sangat ! nanti sambung cepat-cepat tw :)

    ReplyDelete
  4. @si budak nerd insyaallah, akan sambung secepat yang mungkin

    ReplyDelete
  5. asal pandai sangat ni buat cerita . jeles nii jeles . hihi

    ReplyDelete
  6. @gdsbngaish, tak pandai mana pun. masih banyak lagi kekurangan thanks for reading

    ReplyDelete
  7. @Nabila Medanhehe :) insyaallah akan di smbung swktu terdekat ni .

    ReplyDelete
  8. wah,, haris suka kat dia lah.. wee..

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)