KAU, AKU PUNYA VERSI 2-PART 1

Assalamualaikum,mungkin ada yang telah menyetahui bahawa cerita Kau Aku Punya telah dihentikan untuk rombakkan.Aya telah membaiki semula cerita tersebut, tetapi bukan sebagai e-novel hanya sebuah mini novel atau cerpen. Dlm cerita tu,ada watak-watak baru dan cerita berlainan daripada cerita asal. New story, tapi mengekalkan watak utama dalam cerita tu.Mungkin aya perlu ubah tajuk yang lebih sesuai. tapi masih belum dapat, so sapa-2 ada idea boleh bagitau. sharing is caring !


KAU, AKU PUNYA VERSI 2
PART 1

TENANG. Nyaman. Itu yang dapat digambarkan oleh Sera Humaira ketika itu. Dia melangkah ke pangkin dihadapan rumah neneknya. Hampir tiga hari dia menghuni di teratak itu. Kawasan kampung itu terletak jauh daripada bandar dan yang paling penting jauh daripada tugas seharian.
Tiada kerja lagi yang bertimbun, tiada kekusutan dan dia amat bahagia duduk kampung tersebut. Sera Humaira mengigit rakus buah epal ditangannya. Dia memandang nenek yang sedang meyarung selipar dan menuju ke pangkin.
“Awal betul kamu duduk dekat pangkin ni,” tegur neneknya. Sera Humaira tersengih-sengih.
Bestlah duduk dekat kampung nenek. Rasa macam tak nak balik rumah aje,” rungut Sera Humaira sambil mengunyah buah epal itu. Nenek menjuih bibirnya.
“Itulah, nenek ajak aje balik sini. Macam-macam alasan. Itulah inilah. Sekarang ni dah taknak balik pula. Bising mama kamu nanti kalau buat perangai macam tu,”
“Bukan tak nak balik nenek, Maira sibuk sangat dekat pejabat tu. Nak shopping pun tak sempat, nek. Nek janganlah marah Maira,” kecil suara Sera Humaira berkata. Memang benar, dia sendiri tidak dapt bermanja dengan dirinya. Hari ni barulah dia dapat tenangkan fikirannya.
Sera Humaira menilik jam pada pergelangannya. Angka baru menunjukkan pukul Sembilan pagi. Tapi suasana kampung itu redup sahaja seperti mahu bakal membasahi kawasan tersebut.
“Umur kamu dah berapa sekarang, Maira,” soal nenek lagi.
Sera Humaira wajah neneknya yang kian uzur, kalau mengikut faktor usianya sudah meniti senja tetapi nenek sering buat kerja berat termasuk cucuk tanam dekat belakang tu. Sejak arwah atuk meninggal, tiada siapa yang temankan nenek.
Adakala cucu dan cicit pulang melawatnya bila ada masa terluang. Dulu mak ciknya yang menjaga nenek tapi selepas mak ciknya berkahwin terpaksalah, mak ciknya mengikut suaminya ke Dubai dan menetap di sana.
“24,” sepatah sahaja dijawab. Buah epal dimakannya sudah habis.
“Bila nak kahwin, umur dah 24. Takkan tak ada calon lagi,” duga nenek serta merta.
Sera Humaira sudah mengaru kepalanya yang tidak garu. Aduh, tak ada soalan lain ke nek?
“Tak ada calon lagilah nek. Lagipun, Maira tak bersedia lagi nak jadi isteri orang. Hidup Maira sekarang pun terkontang-kanting. Nanti bila ada suami, kena uruskan dia lagi kerja lagi satu hal,”
“Berhentilah kerja, bukan masalah sangat pun,”
“Nenek cakap senanglah. Maira baru aje kerja tak sampai dua tahun. Lepas tu, nenek boleh pulak suruh Maira berhenti,”
“Ke kamu tu memilih sangat. Sampai sekarang tak ada lagi calon. Umur kamu tu, dah sesuai ada anak tau. Sepupu kamu tu, Si Hanim. Dia muda lagi daripada kamu tapi dah ada anak sorang,”
Sera Humaira mengingati sebaris nama yang disebut oleh nenek. Hanim. Hanim dua tahun muda daripadanya. Hanim yang terkenal sikap peramah dan sopan santun. Dulu dia agak rapat dengan Hanim sewaktu kecil. Tapi apabila berinjak dewasa, masing-masing  bawa haluan masing-masing.
Perkhabaran bahawa Hanim bakal bernikah sewaktu dahulu, memang benar dia terkejut. Menurut mama, suami kepada Hanim merupakan menantu pilihan keluarganya sendiri. Hanim seorang mendengar kata orang tuanya. Lalu dia menikah dengan lelaki itu pada usia yang muda. Mungkin itu dipanggil jodoh.
“Jodoh dia sampai awal nek. Takkan nak marah Maira pulak. Nanti sampai aje jodoh Maira. Pertama sekali, Maira bagitahu nenek okay. Maira janji tu,” Lantas Sera Humaira memeluk bahu neneknya. Lama mereka berborak di pangkin yang dilindungi dengan pokok mempelam.


DERINGAN  telefon bimbitnya mengejutkan Sera Humaira sedang membaca novel yang tersedia ada dibilik yang dihuninya. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin telefon itu. Mama.
“Assalamualaikum,” sapa si pemanggil.
“Waalaikumussalam,” jawab Sera Humaira sambil bangun daripada pembaringannya lalu duduk bersila di atas katil. Rindu pada suara itu. “Mama, sihat?”
“Mama sihat aje. Nenek tengah buat apa,” soal Puan Hasnah.
Sera Humaira mengintai-intai pintu, dia sengaja membiarkan pintu terbuka tambah pula ruang tamu hanya depan bilik yang dihuni. Dari jauh dia memerhati neneknya sedang leka menonton televisyen.
“Nenek tengah tengok tivi, ma. Ma dah makan belum?” soal Sera Humaira. Sejak akhir-akhir ni, Puan Hasnah sering sakit kepala. Risau Sera Humaira dengan kesihatan mamanya. Puan Hasnah terlampau bekerja sehingga sukar mencari cuti untuk diri sendiri.
“Dah, dinner dengan abah tadi,” jujur Puan Hasnah berkata.
Tersenyum simpul Sera Humaira mendengar.
“Wah, ma dengan abah berdatinglah. Masa Maira ada dekat rumah, tak ada pulak nak dinner sama-sama. Ish! Jealous tau!” usik Sera Humaira diselangi gelak tawa kecil.
“Alah bukan selalu pun. Tak payah nak jealous sangat okay. Kamu balik sini bila?”
“Esok, lusa Maira baliklah. Mesti mama terlampau rindukan Maira kan,”
“Mestilah. Kamu aje tempat mama gelak tawa. Abang kamu tu dahlah susah balik sini. Kakak kamu tu lagilah. Jauh sangat dengan kita,” suara Puan Hasnah seperti berjauh hati.
Sejak  kakak sulung dan abangnya berumah tangga, Puan Hasnah sering kali merindu mereka berdua. Kakak, Sera Nuraini  telah berhijrah ke Korea kerana suaminya telah mendapat tawaran pekerjaan di sana manakala abangnya pula, Shahril Harith kini di Sarawak apabila isterinya menjadi guru sekolah menengah di sana.
“Ma, tak payahlah sedih-sedih okay. Nanti Maira balik sana. Sekejap aje, tak lama aje dah,” pujuk Sera Humaira. Dia tidak mahu mamanya bersedih, kalau mamanya bersedih risau kalau-kalau kesihatannya mamanya akan terjejas.
“Mama okay aje. Tak apalah, mama tidur dulu tau. Nanti kirim salam mama dekat nenek tau.Selamat malam, mama sayang Maira!” ucap Puan Hasnah.
I love you, ma. Kirim salam dekat abah ye,” kata Sera Humaira sebelum memutuskan talian. Dia keluh perlahan. Lantas meletakkan telefon bimbitnya di atas katil.
“Sapa telefon kamu, Maira!” laung nenek daripada ruang tamu.
“Mama call. Dia kirim salam dekat nenek,” Kaki Sera Humaira melangkah keluar daripada bilik tersebut. Melihat neneknya sedang makan mempelam di cicah bersama dengan asam. Membuatkan Sera Humaira terliur.
Sera Humaira terus bersila bersebelahan dengan neneknya. Dia mengambil salah satu mempelam yang sudah potong masuk ke dalam mulut. Berkerut muka Sera Humaira memakan makanan yang masam.
“Nenek okay ke kalau Maira balik lusa,”
Nenek memandang Sera Humaira dengan tenang.
“Balik aje Maira. Kamu tu bekerja dengan syarikat orang. Takkan kamu nak menetap dekat sini. Dekat sini apa boleh buat. Tak ada pekerjaan sama taraf dengan kamu belajar tu,” ujar nenek.
Sera Humaira tahu neneknya berat hati melepaskan dia pulang semula ke ibu kota. Makin berumur, makin sensitive. Begitulah nenek sekarang, kalau anak cucu pulang ke rumah. Pasti dia akan berkata begitu.
“Alah, nenek janganlah sedih. Nanti ada masa panjang, Maira datang lagi rumah nenek. Nenek senyumlah sikit, tak nak masam-masam macam ni,” Sera Humaira diburu serba salah dengan sikap neneknya. Segaris senyum dari nenek terlakar.
“Macam tu lah. Baru comel,” pantas Sera Humaira mencium pipi nenek. Gembira hatinya apabila nenek tersenyum.

DERUMAN enjin motosikal semakin jelas di celah gegendang telinga. Deruman telah berhenti di halaman rumah neneknya. Sera Humaira mengintai dari celah tingkap ditutupi langsir. Dia menggaru kepalanya. Aduh, sapa tu?
Sera Humaira mencapai kain tuala kecil untuk menutupi kepalanya sebelum dia ke halaman rumah. Teragak-agak dia melangkah kakinya keluar. Beberapa kali kedengaran memberikan salam.
“Waalaikumussalam,”
Sepantas kilat Sera Humaira meluru ke halaman rumahnya. Dia memandang lelaki menaiki moto Honda EX5.
“Maaf menganggu, Nek Jah ada tak?” tanya lelaki tersebut.
“Nenek ada, tapi dia tengah solat,” agak gugup Sera Humaira. Sejak bila pula aku dapat penyakit gemuruh ni.
“Oh iye ke. Kalau macam tu tolong sampai makanan untuk Nek Jah. Nanti cakap mak Aiman kasi okay,” Huluran beg plastic lut sinar berisikan dua bekas Tupperware kini bertukar tangan. “Dalam bekas tu ada Mee goreng dan satu lagi tu ada sikit kuih. Tadi ada kenduri sikit,”
“Terima kasih ye,” ucap Sera Humaira dengan sopan santun berserta senyuman.
Tidak beberapa lama kemudian, motosikal yang ditunggang oleh lelaki itu lesap daripadanya. Baru sahaja, menoleh kebelakang. Sekujur tubuh berdiri di belakang tanpa sedari. Kus semangat, boleh lemah jantung macam ni.
Tertinjau-tinjau nenek mencari lelaki yang datang sebenar tadi.
“Ni nenek budak laki tadi tu, dia kasi kita mee goreng lebih daripada kenduri dekat rumah dia,” Sera Humaira menunjukkan bungkusan makanan diterima olehnya sebentar tadi. Dia melangkah ke ruang dapur dibantuti oleh nenek.
“Ni mesti Aiman yang hantar, betul tak,” teka nenek lantas mengerlingkan mata kea rah cucunya.
“Manalah Maira kenal sapa Aiman tu, Maira tolong ambil budak tu suruh kasi ke nenek,”
Sera Humaira menarik kerusi kayu yang tersorong di bawah meja makan itu. Lalu menghenyak punggung.
“Sapa lagi kalau bukan Aiman. Budak tu aje rajin datang kasi dekat nenek makanan semua ni,” Sera Humaira hanya sekadar mendengar apa yang dikatakan oleh nenek. “Aiman tu budak baik, tak silap nenek. Dia lebih kurang sebaya dengan kamu aje,”
Sera Humaira mengangguk perlahan.
“Tapi Aiman tu sebenar duda. Kesian dekat dia. Tak sampai dua bulan dia kahwin dengan arwah isterinya. Isterinya pergi menghadap Illahi, sebabnya isteri dia ada menghidapi radang paru-paru,”
“Macam tak percaya ja.Habis sekarang ni, dia masih bujang lagi ke,” teringat Sera Humaira lelaki berjanggut sejemput tu. Dari luaran, Sera Humaira mengatakan dia seorang baik. Tapi sejujur dia tidak mengenali lelaki itu. Sukar untuk dia menilai.
“Bujang lagi. Dia lebih suka bekerja. Macam kamu. Kamu dah jatuh hati dekat dia ke?” duga nenek tiba-tiba. Nenek mengatur langkah ke cabinet lalu mencapai teko untuk dibancuh air.
“Ish apalah nenek ke situ pula. Maira tanya sajalah. Nek, janganlah salah faham,” terkulat-kulat Sera Humaira menjawab. Malu mula membenih dalam dirinya. Sehingga sekarang, dia tiada teman di sisi. Entah apa dia tunggukan pun tidak pasti.
“Apa salahnya, kalau kamu berkenalan dengan Aiman sekali pun. Dia pun bukannya ada isteri. Maira tak payah risau sangat. Tak berdosa pun, kamu berkawan dengan dia,”
Kata-kata nenek dicerna dalam fikirannya. Padanya, memang dia tidak kesah kalau nak berkawan tapi dia benar-benar belum bersedia mengenali sesiapa saat ni. Dia ingin menumpukan semuanya perhatian terhadap karier buat masa ni.

BERSAMBUNG..

P/S: Semoga terhibur. kalau ada permintaan,part seterusnya akan diupdate. tinggalkan komen anda dan terima kasih


Kekasih Kontrak Bab 15


Assalamualaikum. Maaflah lama tak update langsung. Sibok dengan assignment. hehe
Ni bab seterusnya untuk Kekasih Kontrak. kalau suka, bagitahu okay .


BAB 15
PANDANGAN lelaki itu bertaut pada sepasangan mata coklat milik gadis yang memakai baju kurung Riau berwarna merah jambu. Lelaki itu terpersona melihat keayuaan gadis tersebut. Cantik. Berulang kali perkataan itu diluahkan. Bagaikan ada seseorang sedang menghentikan masa seketika. Mereka berdua sama-sama terdiam, hanya dengar penghawa dingin berfungsi.
            ‘Cut-cut, drama apa pulak ni. Aku dah sanggup lagi ni. Tolong hentikan dengan segera.’ Mengamuk suara hati Munirah Aishah secara mendadak.
            “Ehem!”
            Kuat deheman Munirah Aishah, tetapi lelaki itu masih kaku dan masih berkeadaan yang sama.
            “Ehem!” Dehemen sekali lagi bersama dengan ketukan tangan pada meja digunakan oleh lelaki itu. Lelaki itu tersentak dan menyebabkan pen yang pegangnya terlepas. Terkulat-kulat Shahzrul Nazrin mengambil semula pen tersebut.
            ‘Hilang macho,’ bisik Shahzrul Nazrin.
            Shahzrul Nazrin memandang gadis tersebut yang masih berdiri. “Silakan duduk,”
            Munirah Aishah menarik sebuah kerusi di sediakan ruang pejabat itu lantas dia melabuhkan punggung. Dia meletakkan fail peribadinya di atas meja tersebut. Ini kali pertama Munirah Aishah ditemu duga oleh seorang lelaki. Kebiasaanya, dia akan berjumpa dengan pelbagai penemuduga yang banyak kerenah. Tapi kali ni, dia ditemu duga oleh orang yang dia kenali iaitu sepupu kepada Ella
            Shahzrul Nazrin berkata. “Sila perkenalkan diri.”
            “Munirah Aishah binti Mohd Kamarrudin,” selafaz namanya dijawab.
            Hampir terjatuh Shahzrul Nazrin yang sedang duduk di atas kerusi kulit itu. Lama dia memandang gadis yang baru sahaja memperkenalkan dirinya. Munirah Aishah berada di hadapannya hanya dapat menahan ketawa.
            ‘Munirah Aishah?’ soal hatinya yang tiba-tiba sahaja berdegup kencang. ‘Dia Munirah Aishah?’
            Persoalan itu bertalu-talu dihatinya. “Boleh bagi saya resume awak,”
            Munirah Aishah sedikit tercenggang. Tanpa berkata apa-apa dia menghulurkan fail tersebut. Dengan kasar Shahzrul Nazrin menyelak fail itu. Dia meneliti satu persatu yang terkandung di dalam resume tersebut. Sesekali dia memandang Munirah Aishah yang hanya diam.
            ‘Memang benar dia adalah Moon. Dia pernah bersekolah sekali dengan aku dulu. Dan aku pernah buli dia. Tapi, dia tak kenal aku ke?’ soal hati Shahzrul Nazrin.
                Tanpa disedari Shahzrul Nazrin mengukir senyuman. “Sila perkenalkan diri semula,”
            “Hah, encik kan dah tengok saya punya resume. Itu semuanya data pasal saya, takkan itu pun, encik tak puas hati lagi,” dengan selambanya Munirah Aishah menjawab. Ella, aku minta maaf kalau aku nak belasah mamat ni. Geram betul aku. Omel Munirah Aishah sendirian.
            “Susah sangat ke saya minta awak perkenalkan diri. Awak ni nak kerja atau tak dekat sini,” kata Shahzrul Nazrin.
            Munirah Aishah diam.
            “Okay, kalau macam tu saya sahaja lah tanya awak. Sebelum ni awak kerja dekat mana?” soal Shahzrul Nazrin.
            “Kedai buku,”
            “Best ke kerja dekat situ,”
            Munirah Aishah diam.
            “Awak dah kahwin ke belum,”
            “Perlu ke nak tahu semua itu dan saya rasa semua sudah tertulis dalam resume tu,”
            Lelaki itu mengangguk tanda mengerti. Tapi pada masa yang sama dia, seolah masih tidak percaya bahawa dihadapannya itu adalah Munirah Aishah, tambahan lagi mengikut status berdasarkan resume ni, Munirah Aishah dia masih belum berkahwin. Habis anak siapa yang bawa masa dekat mall hari tu. Mungkin anak sedara dia agaknya. Shahzrul Nazrin cepat-cepat menyedapkan hatinya.
 Munirah Aishah semakin bengang dengan sikap sepupu Ella. Mahu sahaja dia belasah laki itu. Nasib baik pakai baju kurung, kalau tidak dah lama hilang ayu aku.
            “Itu salah satu soalan temuduga ke,” ujar Munirah Aishah masih kurang berpuas hati.
            “Ini ke cara awak nak berkerja dengan syarikat kami. Daripada saya melihat cara awak, awak seperti tidak berminat untuk bekerja dengan saya,”
            Kata-kata lelaki itu benar-benar memasankan telinganya. “Encik yang membuatkan saya menjawab tak bertempat dan tanya soalan bukan-bukan,” Munirah Aishah terus membalas tanpa melengah. Dia terus bangun dan ingin meningglkan tempat itu dengan segara.
            Shahzrul Nazrin yang terpinga-pinga dengan Munirah Aishah. Tiba-tiba Munirah Aishah berpatah balik kembali meja tersebut. Kemudian dia merampas kasar fail berisikan resume dari tangan lelaki tersebut dan menuju ke pintu.
            “Cik Munirah Aishah,”
            Belum sempat tangannya mendarat di tombol pintu, namanya di panggil. Segara dia memaling menghadap lelaki itu.
            “Ye ada apa boleh saya bantu Encik Shah,” kata Munirah Aishah dengan mengutuskan senyuman plastik.
            “Awak diterima bekerja di Far East Holdings,”
            Munirah Aishah sedikit kaget. Berkerut dahinya mengenangkan perangai pelik lelaki tersebut. Tak ada angin, tak ada ribut boleh pulak dalam aku sebagai pekerja dia.  
            “Betul ke Encik Shah?” dia meminta kepastian.
             “Mulai esok awak dah boleh masuk kerja,” ujar lelaki tersebut yang membetulkan kedudukannya lalu mengambil fail yang tersusun di atas meja itu. Munirah Aishah menguntumkan senyuman bahawa dia telah Berjaya mendapat perkejaan seperti yang diharapan oleh mama selama ni.
            “Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Terima kasih,”
            Bayangan milik Munirah Aishah sudah hilang dari pandangan. Seketika, dia senyum sendirian. Shahzrul Nazrin bagaikan tidak percaya, gadis yang selama ni bertekak dengannya adalah orang amat dikenali. Tapi, perkara paling menarik sekali, Munirah Aishah langsung tak syak aku siapa. Biarkan sahaja lah.

LIGAT tangan kanan tersebut mengarang karangan yang bakal dihantar esok. Sempat matanya menjeling kea rah jam dipergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul tiga setengah petang. Rata-rata pelajar sudah pulang ke rumah sejam yang lalu. Termasuklah Salma dan Aryana. Tinggallah Munirah Aishah keseorangan di dalam kelas tersebut.
            Munirah Aishah mengeluh sendirian. Pen berwarna biru di lepaskan daripada genggam nya. Dia menyandar lemah badan kepada kerusi kayu itu. Lantas dia memejamkan mata seketika. Badannya terasa lemah dan matanya mudah rasa tertidur akibat semalam dia tidur lewat. Pukul empat setangah pagi baru dia dapat melelapkan matanya.
            “Nah!”
            Tersentak apabila suatu suara garau milik seorang lelaki menyelinap ke cuping telinga. Dengan pantas matanya terbuka luas seraya dia membetulkan kedudukannya. Lelaki itu mendekati meja Munirah Aishah, lantas menghulurkan coklat Cadbury. Teragak-agak dia menyambut huluran tersebut.
            “Terima kasih,” ucap Munirah Aishah.
            Munirah Aishah memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Selekehnya mamat ni! Dengan baju dah comot-comot. Dia terjun lombong mana! Merengus Munirah Aishah terhadap Shahzrul Nazrin. Pakaian Shahzrul Nazrin pada petang itu, tidak lagi seperti pagi tadi. Apabila baju kemeja putih lelaki itu sudah tidak kemas dan tali leher sudah tidak bergantung pada kolar baju tersebut.
            Tiba-tiba Munirah Aishah bau sesuatu yang tidak kena. Seperti bau…
            “Reen, kau merokok ke,” teka Munirah Aishah.
            Reaksi Shahzrul Nazrin terkejut. Pantas dia membau baju kemeja yang tersarung tubuh pada badannya. Terdapat sedikit kesan bau rokok yang dihisap oleh Hamid tadi.
            “Tak adalah. Mungkin bau ni terlekat waktu aku tolong pak cik kebun tu kemaskan stor agaknya,” Shahzrul Nazrin cuba sedaya upaya menyakinkan Munirah Aishah. Kalau dia petik nama Hamid, pasti dia juga terkena tempiasnya. Sememangnya dia pergi ke stor sebentar tadi untuk mengambil bola sepak yang disimpan didalam stor, malangnya bola itu langsung tidak kelihatan.
            “Okay, aku percaya. Jangan kau bersubahat dengan sapa-sapa sudah,” amaran dilontarkan oleh Munirah Aishah. Dia kembali menyambung kerja dan membiarkan lelaki tersebut. Shahzrul Nazrin menarik salah satu kerusi kayu dihadapan meja Munirah Aishah. Shahzrul Nazrin memandang gerak geri tangan Munirah Aishah yang sedang menulis.
            “Apasal kau buat karangan masa sekarang, tak rasa mengantuk ke?” soal Shahzrul Nazrin. Munirah Aishah sekadar mengeleng kepalanya.
            “Kau tak takut ke duduk sini sorang-sorang,” soal lagi Shahzrul Nazrin. Sekali lagi Munirah Aishah mengelengkan kepalanya.
            “Nak takut buat apa, bukannya malam pun,” tiba-tiba Munirah Aishah menjawab seraya dia memandang seraut wajah milik Shahzrul Nazrin yang sedang memutarkan pen yang berada diatas meja tersebut. “Kenapa kau tak balik lagi?”
            “Saja,” sepatah sahaja dijawabnya.
            “Oh,” Dia kembali membuat kerjanya kembali.
            Shahzrul Nazrin bersuara. “Lepas SPM nanti, agak-agak kita jumpa balik tak,”
            Munirah Aishah sedang leka menulis, terhenti seketika. Sembilan puluh darjah kepalanya memusing ke arah Shahzrul Nazrin. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan di ajukan oleh Shahzrul Nazrin. Kenapa tiba-tiba soalan itu diluahkan?  Dia sedikit kebinggung melihat cara Shahzrul Nazrin tatkala itu, lelaki itu memandang ke  arah tingkap tanpa mengelipkan matanya.
            “Entahlah Reen, aku sendiri pun tak tahu tentang masa depan. Kalau ada rezeki, Insya-Allah kita semua jumpa balik. Boleh buat reunion. Mesti seronok masa tu,” Munirah Aishah mula membayangkan dirinya pada masa hadapan, bagaimana ye?
            Shahzrul Nazrin masih mendiamkan diri. Munirah Aishah berkata lagi. “Mesti masa tu, kau dah punya isteri dengan anak kan. Anak kau mesti comel macam kau. Aku boleh bayangkan semua tu..”
            “Mengarut!” Shahzrul Nazrin memintas kata-kata Munirah Aishah. Tersentak Munirah Aishah lalu dia buat muka. “Aku balik dulu lah, Moon. Okay bye!”
            Terpinga-pinga Munirah Aishah dengan perangai pelik lelaki itu. Dia tu kenapa sebenarnya, datang bulan agaknya. Dia terus menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya. Tak sampai dua puluh minit, latihannya sudah pun siap. Boleh balik nanti, dia buat latihan kerja yang lain.
            Munirah Aishah senyum lebar lantas dia mengemaskan barangnya ke dalam beg galas anak matanya terpandang coklat Cadbury yang masih tidak jamah. Cadbury Black Forest, kesukaan Munirah Aishah. Kenapa tiba-tiba je dia kasi coklat ni dekat aku? Dan macam mana dia boleh tahu, aku suka coklat ni? Hati kecilnya berbisik.

TOK! TOK!
            Ketukan pada pintu mencecahkan lamuanan Shahzrul Nazrin. Shahzrul Nazrin melurut rambutnya dengan kasar. Sudah berkali-kali pintu berbunyi. Shahzrul Nazrin menarik nafas dalam sambil memperkemaskan pakaiannya terlebih dahulu.
            “Masuk,”
            Pintu itu ditolak luas. Seorang gadis tinggi lampai menerjah masuk ke ruang pejabatnya. Gadis itu amat dia kenali. Gadis tersebut melangkah ke Shahzrul Nazrin tanpa berkata-kata gadis itu melabuhkan punggungnya.
            “Sory Reen, I ganggu you sekarang ni,” kata Intan.
            Shahzrul Nazrin mengeleng serta menjawab berpertanyaannya. “Taklah. You dari mana ni. I tengok you happy aje,”
            Intan sudah tersenyum. “I dari rumahlah. Mestilah I happy dapat jumpa dengan you. You tu selalu sangat busy sana sini. Kalah perdana menteri tau,”
            “You kan tahu ni bukan syarikat ayah I. Mestilah I busy nak urusankan semua ni. Ingat senang ke,”
            “You dah dapat ke secretary baru,” soal Intan dengan penuh berminat. Shahzrul Nazrin berpaling ke arah wajah milik Intan yang sentiasa murah dengan senyuman. Dia memandang gadis yang bakal menjadi setiausahanya tidak lama lagi. Shahzrul Nazrin mengangguk dengan pertanyaan Intan tadi.
            “Cantik tak. Cantik I lagi ke secretary baru you tu,” duga Intan. Shahzrul Nazrin memikir jawapan yang sesuai tuk soalan Intan. Intan cara pemakaiannya lebih kepada moden dan Munirah Aishah lebih kepada timur agaknya. Shahzrul Nazrin mengalih pandangan kepada Intan,gadis itu sudah mengigit bibirnya.
            “Pada I sama aje. You atau secretary baru I. Semua makhluk yang lahir dekat dunia ni semuanya cantik, Cuma kita kena pandai mereka mana baik atau pun buruk. Kalau luaran Nampak cantik tapi dalam hati berkarat tak guna juga. So, pada I semua perempuan dalam dunia ini adalah cantik. Okay,”
            Intan mengangguk tanda faham. “Sebelum terlupa, I nak bagitahu. Malam ni family I makan malam dekat rumah you tau,”
            “Okay. Nanti kita jumpa dekat rumah,” balas Shahzrul Nazrin
Intan bingkas bangkit berdiri tanda dia ingin minta diri untuk keluar.
“You dah nak balik ke? I ingat you nak borak lama dengan I,” soal Shahzrul Nazrin. Shahzrul Nazrin turut bingkas bangun.
Intan mengukir senyuman. “I datang sini, sebab itu je, kebetulan I lalu sini itu yang masuk sini sekejap. Lagipun I nak jumpa kawan lama I. I dah janji dengan dia,”
“Okay kalau macam tu, you drive elok-elok. Malam ni kita jumpa lagi,”
Intan menguntum senyuman sebelum dia melangkah kakinya ke arah pintu pejabat. Setelah kelibat Intan hilang dari pandangan. Dia menghempaskan tubuhnya di atas kerusi kulit itu lantas memusing kerusinya mengadap pemandang dari luar syarikat tersebut. Dalam fikirannya, hanya terbayang satu nama….
Munirah Aishah!

BERSAMBUNG...