Kekasih Kontrak bab 16, 17


BAB 16
INTAN, tambahlah lagi. Banyak lagi lauk tu,” ujar Puan Nora kepada yang mengagahkan diri menghabiskan sisa nasi di pinggan. Shahzrul Nazrin ligat menyuapkan nasi ke mulut.
“Cukuplah Auntie, Intan dah kenyang ni,” jawab Intan bernada lembut sambil mengukir senyuman.
“Intan ni bukan kenyang pun tapi diet,” Ibu Intan, Puan Arissa yang memakai baju kaftan biru terang mencelah seketika. Tersipu malu Intan.
Tidak dinafikan masakkan Puan Nora sungguh sedap. Paling disukainya lauk Sambal Udang. Tadi Intan hanya ambil sedikit sahaja. Akibat terlampau kenyang. Kebetulan sebelum dia datang ke rumah itu, sebelum itu dia berjumpa dengan rakan lama dan sekali gus menemani kawannya makan.
Usai sahaja, makan malam mereka semua beredar daripada ruang makan ke ruang tamu. Gamat dengan gelak tawa rumah itu, terasa meriahnya. Pelbagai perkara yang dibincangkan. Kaki Shahzrul Nazrin melangkah ke ruang dapur. Melihat Intan sibuk membantu Mak Siah.
“You tu tetamu Intan. Asal pulak you ada dekat sini,” tegur Shahzrul Nazrin mencapai buah epal dalam bakul atas kabinet. Intan mengukirkan senyuman. Gadis itu memang murah dengan senyuman.
“Mak Siah dah larang dia tadi,tapi degil sangat,” celah Mak Siah yang sedang membancuh air untuk tetamu yang datang.
“Alah sikit aje pun,”
Shahzrul Nazrin menyandarkan tubuh pada kabinet hanya memerhati tingkah laku gadis itu. Lain daripada lain. Itu yang dapat Shahzrul Nazrin nyatakan. Semasa di sekolah lain, sewaktu di luar negera pun lain. Tapi melihat daripada luaran gadis itu banyak berubah.
Kenapa aku tidak pernah terpaut dengan gadis ni?
“Jom ke depan,” teguran Intan menghilangkan lamunan seketika. Intan menatang dulang tersebut dengan penuh berhati-hati dan berjalan ke ruang tamu. Shahzrul Nazrin mengekori Intan daripada belakang.
Kedua-dua pasangan suami isteri menyambut kehadiran Intan dan Shahzrul Nazrin dengan senyuman manis. Perlahan-lahan Intan meletakkan dulang itu ke atas meja. Enam biji gelas diatur lalu dituangkan air bandung.
“Jemputlah  minum. Intan cuma bawak saja. Mak Siah yang buatkan air ni,”
Intan berkata jujur. Gadis itu mengambil tempat di sisi Shahzrul Nazrin. Sementara lelaki itu sibuk dengan telefon pintarnya di tangan.
“Kami datang malam ni, nak sampaikan berita gembira sikit,” Puan Arissa mula bersuara. Melihat wajah ibu Arissa sedikit ceria. Puan Nora kelihatan tidak sabar-sabar ingin tahu berita gembira itu.
“Lagi dua minggu, Intan akan menjadi tunangan orang,” ucap Puan Arissa dengan lancar. Shahzrul Nazrin sedikit terkejut. Bukan sahaja dia tetapi kedua-dua ibu bapanya jugak.
“Sebelum, bakal tunang Intan ke luar negera. Kami nak tunangkan Intan dulu,” kata pulak bapa si Intan. Intan senyum manis.
“Tahniahlah! Nanti I datang majlis you ni,” kata Shahzrul Nazrin kepada Intan.
“Thanks. Doakan kebahagiaan kami tau. I hope you jumpa bakal isteri you nanti,” setiap butir lahir daripada Intan. Cuba untuk diproses  Shahzrul Nazrin lantas di senyum kelat.
*****
TERINGAT peristiwa semalam, puas Puan Nora membebel terhadap dirinya. Intan akan bertunang tidak lama lagi. Sungguh tidak di duga. Naik cair taik telinga Shahzrul Nazrin mendengar bebalan Puan Nora.
Jari jemari Shahzrul Nazrin mengetuk mejanya. Dia langsung tidak dapat fokus pada kerjanya. Matanya lurus memandang ke arah balik cermin lut sinar itu. Dia nampak Munirah Aishah tekun membuat kerja.
Hampir seminggu gadis itu menjadi setiausahanya. Rata-rata pekerja menyenanginya. Namun, dia langsung tidak perasaan tentang dirinya, Shahzrul Nazrin. Bahawa lelaki itu adalah merangkap kekasih kontraknya dulu.
Kalau gadis itu tahu apa yang bakal terjadi. Mungkin Munirah Aishah akan berhenti kerja ataupun pengsan. Mungkin. Shahzrul Nazrin mengosok-gosok dagunya. Jam pada pergelangan di jeling. Sudah pun masuk waktu tengah hari.
Rancak tangan itu menari di atas papan kekunci menaip kerja diberikan oleh Shahzrul Nazrin. Sesekali dia berhenti menaip akibat sengal-sengal pada bahagian bahu. Baru sahaja kerja semalam seminggu rasa macam mahu berhenti kerja.
Tiba-tiba tanganya berhenti menaip apabila Shahzrul Nazrin tengah berdiri sambil menyelup tanganya ke dalam saku slack. Munirah Aishah membiarkan lelaki itu di situ.
“Jom lunch!” ajak lelaki itu.
Mata Munirah Aishah masih tertumpu pada skrin komputer. Biar betul mamat ni ajak aku makan dengan dia?
“Tak apalah, En. Shah. Lagipun saya puasa hari ni,” Munirah Aishah berkata lembut. Khuwatir akan mengecilkan hati lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.
“Kira puasa sunatlah ni. Bagus. Kalau macam tu saya gerak dululah,” kata-kata Munirah Aishah menarik nafas lega. Lemah semangat kalau dia keluar berdua dengan majikannya sendiri.
Kaki Shahzrul Nazrin mengundur ke belakang semula. Munirah Aishah kehairanan. Dah kenapa dengan dia ni?
“Lupa nak tanya, cikgu mana ajar awak sahur pukul sembilan pagi,” seperti ada batu yang menghembap kepala Munirah Aishah. Auh! Sumpah ayat dia menusuk kalbu.
Teringat tadi dia bancuh air coklat panas di pantry. Kan dah kantoi. Nak tipu pun tak ingat.
“Cepatlah saya tunggu dekat bawah. Nanti tak lunch, masuk angin pulak perut tu,”  ajakan itu bagaikan perintah buat Munirah Aishah. Malas-malasan dia bangun daripada kerusi itu. Akhirnya dia akur jua, apabila perutnya sudah buat bising dan minta diisi dengan segera.
***
NASI di dalam pinggan itu dikuis sana ke sini. Ayam rempah yang berada dalam pinggan itu tidak sesuku pun di jamah. Sikit demi di sikit di suap ke dalam mulut. Shahzrul Nazrin memerhati kelakuan setiausahanya.
“Kenapa kuis-kuis daripada tadi? Tak sedap ke,”
Laju Munirah Aishah menggeleng. Bukan tak sedap tapi tekaknya rasa pahit sikit. Tidak tahu kenapa. Nasi kukus itu langsung tidak menarik perhatian Munirah Aishah.
Konsentarsinya mahu mengunyah nasi agak terganggu dengan renungan oleh Shahzrul Nazrin yang asyik merenung dari tadi. Alahai mamat ni kenapa? Teringin jadi Kassim Selamat ke tengah hari macam ni.
Shahzrul Nazrin melihat raut wajah gadis itu. Sangat cantik. Dia tidak sangka, dia berjumpa lagi dengan gadis itu selepas zaman persekolahan. Ayu sangat tambah lagi dia memakai selendang berwarna merah jambu yang sangat sesuai dengan Munirah Aishah.
Dulu dikenali Munirah Aishah sebagai seorang gadis agak kasar. Marah sana sini, tapi sekarang lain sedikit berbanding dahulu. Dia agak senang dengan kehadiran Munirah Aishah secara mendadak.
“Dah puas ke x-ray muka saya En. Shah,” soal Munirah Aishah melihat tubuh lelaki itu kaku.
Shahzrul Nazrin ralit sehingga tidak menyedari tingkahnya diperhati. Aduh! Dia perasan ke?
Munirah Aishah tergelak kecil dengan telatah Shahzrul Nazrin. Tiba-tiba ada rindu bertamu di hati Munirah Aishah. Teringat zaman persekolahannya. Rindu betul pada mereka semua.
Munirah Aishah menolak pinggan ke depan lalu di capainya gelas berisi air sirap laici.
“Tak habis pun nasi ni,”
“Dah kenyanglah,”
“Membazirlah. Ayam ni banyak lagi,”
Munirah Aishah sekadar diam. Dia benar tidak lalu makan.
“Kalau macam tu saya habiskan ayam ni,” Shahzrul Nazrin mengambil ayam tersisa itu dari pinggan Munirah Aishah. Reaksi Munirah Aishah sangat terkejut. Laki itu sanggup makan bekas aku? Kenapa dengan mamat ni? Putus fius ke apa?
“Tapi En. Shah…”
Kata-kata Munirah Aishah terputus apabila lelaki itu sudah memasukkan isi ayam ke dalam mulutnya. Munirah Aishah sudah tidak berdaya untuk berkata apa-apa lagi.
***
SEMALAMAN Munirah Aishah terpaksa berselubung di bawah selimut. Selepas sahaja pulang daripada pejabat dia di serang demam secara tiba-tiba. Tiba-tiba sahaja muntah bila makan nasi sewaktu makan malam.
Nasib baik demamnya tidaklah teruk sangat. Menjelang sahaja Subuh, badannya agak segar. Tiada lagi rasa loya ataupun pening-pening. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pergi bekerja seperti biasa.
Tapi mamanya, Puan Aida menyuruh mengambil cuti hari tapi dia mengatakan dirinya sudah sihat. Lagipun dia baru sahaja bekerja, masakkan mahu mengambil cuti.
Pintu diketuk daripada luar. Tiada sahutan diterima. Munirah Aishah makin pelik. Untuk kali kedua dia mengetuk pintu itu. Masih tiada sahutan. Dengan itu, dia memulas tombol pintu itu dan membukanya. Cawan berisi air Teh O panas di bawa perlahan.
Munirah Aishah tersenyum. Dia mengerakkan kaki melangkah ke arah meja majikan. Lelaki itu sedang  terlentok tidur dengan kepalanya di meja kerja  dan beralaskan lengannya.
“Tadi suruh aku buat air, dia pulak yang tidur,”  monolog Munirah Aishah sendiri.
Cawan itu diletakkan di atas meja Shahzrul Nazrin. Munirah Aishah benar-benar serba salah. Dia menarik nafas panjang sebelum dia mengambil keputusan untuk mengejut lelaki itu. Dia tekad untuk mengejut lelaki itu.
“En. Shah…En.Shah bangunlah,” Munirah Aishah mengejut suara nada lembut.
Masih tiada reaksi dibalas oleh Shahzrul Nazrin. Melihat daripada wajah lelaki itu ditilik seperti tidak bermaya. Aduh! Bos aku ni pengsan ke apa? Tadi suruh aku buat air. Ini tidur pulak.
Munirah Aishah cuba mengejutnya lagi. “En. Shah bangunlah. Saya dah buat air ni,”
Shahzrul Nazrin sedikit tersentak. Matanya dicelik sedikit.  “Hurmmm…tinggalkan aje dekat situ,” Lelaki itu cuba memejamkan matanya kembali.
“En. Shah tak sihat ke?”
Sepi. Tiada jawapan diterima.
“Kalau macam saya keluar dulu,” Munirah Aishah meninggalkan bosnya sendirian.
Shahzrul Nazrin mengerakkan tubuh badan agak lenguh. Perlahan-lahan dia membuka mata. Dia masih berada di pejabatnya. Gelap segenap ruang bilik kecil itu. Dia meliat secara tidak langsung merenggangkan otot pada tubuhnya dan mengerang kecil.
Dia memandang cawan berisikan air Teh O. Dia baru teringat, dia ada meminta setiausahanya membancuhkan air itu. Tapi sudah sejuk. Dia terpandang sebungkus plastik kecil. Yang pasti itu bukan miliknya. Di capainya lalu mengeluarkan isi dalamnya.
Dua bungkus roti, sebotol air mineral dan sepapan ubat panadol diterima olehnya. Di situ terdapat satu kertas kecil lantas di ambil.
Saya tahu En. Shah demam. So tu ada sepapan ubat dan roti. Saya tak tahu nak beli apa. Risau saya bila En. Shah langsung tak keluar daripada bilik dan tak bangun, jadi saya belikan ubat tu. Hope get well soon,” – Ecah!
Senyuman terlakar dibibirnya. Sejujurnya di demam entah kenapa. Mungkin cuaca sekarang berubah membuatkan dirinya tidak selesa. Tapi bila baca nota kecil ni buatkan dia hilang rasa demam. Alahai! Kau dah macam orang cinta Reen oit!

Bab 17

MUNIRAH AISHAH menutup fail yang terakhir yang disemaknya untuk kali ketiga. Dia tersenyum puas terlampau banyak kesalahan perlu diperlu diperbaiki. Nanti sebelum pulang, dia terpaksa menghantar fail itu semula di meja bosnya.Dia meneguk air milo dibuatnya tadi. Kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengerling ke skrin telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Tertera nama Irfan.
“Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam," kedengaran suara Irfan agak ceria. Jarang sekali di mendengar suara Irfan sebegitu biarpun hanya mengucapkan salam.
“Moon, free tak malam ni,” suara dicorong talian itu bertanya.
Munirah Aishah mengingati sesuatu sebelum dia membalas soalan Irfan. “Moon, free aje malam ni. Kenapa abang?”
“Okay kalau macam tu, nanti malam abang ambil Moon okay?”
Munirah Aishah menjadi kehairanan. Berkerut dahinya. “Nak pergi mana,”
“Adalah. Nanti Moon tahu juga!”
“Ifa ikut tak?” soal Munirah Aishah.
“Tak,” tegas suara lelaki itu. “Nanti Moon pakai cantik-cantik tau. Pukul 8 abang datang ambil.
Munirah Aishah makin pelik dengan telatah Irfan. Pakai cantik-cantik. Ayat itu melantun-lantun dalam fikirannya. Jarang Irfan buat permintaan sebegitu. Tambah lagi, Ifa pun dia tak bawa! Mengomel Munirah sendirian.
“Yelah, nanti Moon pakai cantik-cantik macam abang nak kan tu,” ucap Munirah Aishah dengan tersenyum.
****
PERBUALAN ringkas itu, di dengar oleh Shahzrul Nazrin secara tidak sengaja. Niatnya tidak mahu mengambil pusing tentang perkara itu. Tapi, hatinya memaksanya untuk mengintip dan mendengar keseluruhan perbualan tersebut. Hajatnya mahu pantry terbantut apabila dia mendengar perbualan itu.
“Abang…” monolog sendirian.
Siapa laki tu? Apa hubungan dia dengan Moon. Dan siapa Ifa yang disebutkan oleh Moon? Hatinya benar-benar mendesak ingin tahu siapa mereka berdua. Apa mungkin Moon dah berkahwin. Tak mungkinlah.
Shahzrul Nazrin cuba menyedapkan hatinya. Dirinya sudah tidak keruan tatkala itu. Mahu saja dia menyerbu ke Munirah Aishah dan menanyakan segala-segala. Tapi kalau perkara itu terjadi, apakah reaksi Munirah Aishah.
Pasti perempuan tu mengamuk tak pasal. Tiba-tiba tanya soalan macam tu. Shahzrul Nazrin berdialog dalam hatinya. Shahzrul Nazrin kembali ke meja kerjanya. Di duduk dan dagu ditongkatkan.
Tiba-tiba pintu terbuka. Tubuh Munirah Aishah tercegat. “Maaf, lupa nak ketuk pintu,”
“Masuk ajelah,” arah lelaki itu. Shahzrul Nazrin cuba berlagak seperti biasa. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Munirah Aishah mengatur langkah ke arah bosnya. Di tangannya ada tiga buah fail dibawa masuk bersama.
“Saya dah semak semua fail ni,” Munirah Aishah menghulurkan ketiga-tiga itu kepada Shahzrul Nazrin. Lelaki itu menyambut perlahan. “Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu,”
Shahzrul Nazrin mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Munirah Aishah. Gadis yang memakai baju kurung moden berwarna hitam itu mula bergerak meninggalkan bilik itu.
“Ecah!”
Segera Munirah Aishah mengalih ke belakang semula apabila dipanggil. Gadis itu memerhati raut wajah bosnya seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia menantikan lelaki itu berkata.
“Forget it. Tak penting pun,”
“Okay,”
Bayangan gadis itu hilang daripada pandangan Shahzrul Nazrin. Lelaki itu keluh berat. Rambutnya dilurut kasar. Dia menyandarkan badan pada kerusi itu. Matanya dipejam rapat. Bayangan wajah Munirah Aishah sewaktu di sekolah terlakar.
“Apalah kau susah sangat nak tanya? Cuma tanya dia dah kahwin ke belum,” monolog sendirian. “Tapi kalau aku tanya macam tu, mesti dia kata aku ni buta sebab tak resume dia hari tu,”
Shahzrul mengeluh panjang.
*******
PINTU bilik bosnya di tolak kasar. Geram. Itu dapat digambarkan ketika itu. Dia bagaikan diperbodohkan selama bertugas disitu. Shahzrul Nazrin terkejut dengan tindakkan setiausahanya. Lelaki itu yang sedang mengikat tali leher.
Perbuatan Shahzrul Nazrin terhenti apabila melihat raut wajah comel itu telah bertukar menjadi singa yang sedang lapar. Munirah Aishah memberanikan dirinya berdiri di hadapan lelaki itu. Ternyata lelaki itu lebih tinggi daripadanya. Patut dia panggil aku katik!
“Puan Nora ajar kau menipu ke En. Shahzrul Nazrin b. Mohd Kamal!” ujar Munirah Aishah sedikit geram sambil di cekak pinggang. Tak sangka diperdaya begitu saja. Geram dengan lelaki itu.
Shahzrul Nazrin pamer riak terkejut sedikit seraya itu dia lebarkan senyuman ikhlas. “Oh dah tahu ke. Tolong ikatkan aku tie ni, Moon,”
Gadis itu merenung tajam ke arah lelaki itu. Langsung tak berasa bersalah. Kutlah nak minta maaf ke. Tapi langsung tak ada. “Tak kuasa aku nak ikatkan. Ikatlah sendiri. Dahlah tipu aku,”
Tubuh gadis itu bergerak ke sofa yang berada dalam ruang bilik tersebut. Terasa sebal dengan sikap lelaki itu. Dia sungguh tidak menyangka, dia berjumpa kembali dengan lelaki itu bukan setakat kawan zaman persekolahan. Tapi juga sebagai bosnya! Argh! Macam mana boleh jadi macam ni.
Shahzrul Nazrin mengukir senyuman. Suka dia melihat gadis itu marah-marah. Kakinya melangkah ke sofa Munirah Aishah duduki. Dia mengambil tempat di berhadapan dengan Munirah Aishah. Dia duduk di atas meja kopi biar bertentangan dengan gadis itu.
Munirah Aishah memeluk tubuh. Wajahnya ketat dan sebuah jelingan dihadiahkan kepada Shahzrul Nazrin.
“Kau buat muka macam tu. Lagi comel suka aku tengok!” sakat Shahzrul Nazrin. Tali leher bercorak jalur dibiarkan tidak berikat. “Bukan aku nak tipu kau. Kau tu tak pernah tanya sapa nama penuh aku. Kalau kau tanya tak jadi masalah pun,”
“Manalah aku nak tahu dah terang tang tang dekat pintu Shahzrul Kamal. Tak akan aku tanya pulak,” Sengaja Munirah Aishah menekankan kuat perkataan Shahzrul Kamal. Gadis itu kembali menarik muncungnya. Mahu saja dia sembelih lelaki itu. Tertipu dan kena tipu.
“Lain kali kena tanya juga. Faham wahai Munirah Aishah,”
“Kira kau memang tahulah aku ni Moon?”
Lelaki itu mengeleng laju. “Tak pun. Masa aku temuduga kau tulah aku tahu,”
“Dan sebab tu kau ambil aku bekerja dekat sini,” teka Munirah Aishah.
“Tak jugak. Kalau kau bukan Munirah Aishah sekali pun. Aku tetap ambil kau sebagai pekerja aku. Macam kau boleh tahu semua ni,”
“Kak Aulia cerita tadi dan dia sebut nama penuh kau. Itu sebabnya aku tahu. Kalau tak dengar tadi. Sampai aku dah khawin nanti pun aku tak tahu,” Munirah Aishah mendengus kasar.
Shahzrul Nazrin mengangguk dua kali. “Korang cerita ke mengutuk pasal aku,”
Munirah Aishah pandang sekilas. Aduh! Nak jawab apa ni. Sebenarnya, lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Baru dia tahu selamanya, Shahzrul Nazrin bukanlah mesra alam dengan staf di pejabat itu. Tahu hanya marah dan marah itu puncanya selalu kehilangan setiausaha.
“Taklah. Kitaorang cerita perkara baik-baik aje,”
“Okay aku percaya kau,”
“Aku rasa macam nak resignlah,” ucap Munirah Aishah serius.
Hampir jatuh rahang Shahzrul Nazrin seketika. “Kau jangan nak buat kerja gila okay. Aku ada secretary lain dah,”
“Yelah, kau dahlah tipu aku. Ingat aku nak kerja dengan kau ke,” sengaja Munirah Aishah mengapi-apikan lelaki itu.
“Aku tak peduli. Kau tetap tak boleh berhenti kerja. Kalau berhenti kerja jugak! Tahulah apa aku nak buat dengan kau,” perucapan itu berbaur ugutan. Munirah Aishah menjeling tajam. Dia ingat aku takut sangat ugutan dia tu.
“Buat ajelah ingat aku takut ke,”
“Kira kau betul-betul tak kesahlah ni. Okay kalau berhenti kerja dekat sini. Aku akan hantar rombongan meminang dekat kau!”
Gadis merenung tajam ke pada lelaki itu. Ledakan ketawa pecah di ruang bilik itu. Munirah Aishah terdiam seketika. Alah dia mesti gurau punyalah. Kata hati Munirah Aishah.
“Dahlah malas aku nak layan kau,” Munirah Aishah angkut punggung dari sofa. Lelaki itu berhenti gelak. Melihat wajah gadis itu serius. Dia marah dekat aku ke? Soal di hatinya.
“Moon!” namanya diseru lalu dipaling kea rah lelaki itu.
“Apa!” Garang!
“Ikatkan tie untuk aku?” pinta lelaki itu sekali lagi.
“Pakai sendiri! Aku bukan wife kau lah!”
Shahzrul Nazrin menjongket bahu dan membelit-belit tali leher tersebut. Sungguh dia dilanda bahagia sekarang! Terasa dunia ini dia yang punya!

BERSAMBUNG...

DALAM DIAM JATUH CINTA 3



PART 3

KERETA dipandu Aufa berhenti sejurus sampai di perkarangan rumah. Nurnadia dan Aufa saling berpandangan.
            “Kenapa nampak macam meriah sangat?”
            Aufa mengangkat bahu tanda dia tidak tahu apa-apa.
            Mereka berdua keluar perut kereta lalu mengatur langkah ke pintu rumah.
            “Assalamualaikum,” Nurnadia memberi salam.
            “Waalaikumusalam,” seorang wanita menjawab salamnya.
            Muncul Datuk Khatijah dihadapan pintu. Terkejut alang kepalang Nurnadia. Tanpa berlengah dia mencium tangan neneknya lalu memeluk tubuh tua itu. Rindu serindunya pada Datuk Khatijah.
            Tiba-tiba hatinya mula gelisah. Aufa turut terkejut apabila majikannya sudah pulang ke Malaysia dengan selamat.
            “Rindu sangat dekat nenek. Tapi bukan ke nenek cakap nak balik lusa,” Nurnadia teringat perbualan pendek antara dia dan nenek tempoh hari.
            “Kerja semua dah selesai. Nenek baliklah awal sikit,” jawab Datuk Khatijah nada ceria. “Jomlah masuk. Ajak Aufa sekali,”
            Datuk Khatijah dan Nurnadia mengatur langkah dan Aufa mengekori daripada belakang menuju ke ruang tamu. Daripada tadi hatinya resah gelisah sahaja.Nurnadia bukan tidak menyukai kepulangan neneknya tapi maknanya kontrak Aufa akan tamat tak lama lagi.
            ‘Sanggupkah aku berpisah lelaki ni,’
            Datuk Khatijah meminta Mak Su menyediakan makan petang. Banyak perkara dibualkan oleh Datuk Khatijah dan Nurnadia. Aufa sekadar menjadi pendengar setia mereka. Lelaki itu bakal menghitung hari bakal berpisah dengan gadis itu.
            “Aufa,” Nama diseru oleh Datuk Khatijah.
            Nurnadia memandang Datuk Khatijah yang memanggil nama Aufa. Makin berdebar-debar hatinya.
            “Ye Datuk,”
            “Esok pagi jumpa saya di pejabat,”

MAAF, lambat sikit,”
            Tutur Datuk Khatijah terhadap Aufa yang sudah berada di situ sejak sepuluh minit lalu. Datuk Khatijah melabuhkan punggung pada kerusi itu.
            Seperti dijanjikan, Aufa berjumpa dengan Datuk Khatijah seperti dimaklumkan semalam. Hatinya mula memberontak bila memikir tentang hari esok dan seterusnya.
            Datuk Khatijah mengeluarkan sampul putih daripada tas tangannya. Lalu diletakkan atas meja dan di tolak kepada Aufa.
            “Terima kasih kerana menjalankan menjaga cucu saya begitu baik sekali. Itu gaji kamu selama kamu bekerja dan menjaga Nadia,”
            Aufa hanya memandang sampul dimaksudkan oleh Datuk Khatijah. Bukan itu dipintanya.           
            “Lepas ni, kamu boleh mula kerja seperti biasa,” tambah Datuk Khatijah lagi.
            Sampul putih ditangan Aufa dihulurkan ke arah Datuk Khatijah. Majikannya itu memandang kehairanan. Teragak-agak Datuk Khatijah mengambil lalu sampul itu telah bertukar tangan. Dia mula  membuka sampul itu lalu membaca segala isi kandungan surat itu.
            “Kamu pasti ke,” ujar Datuk Khatijah.
            Aufa mengangguk dua kali. Datuk Khatijah menghela nafas.
            “Macam ni ah, saya bagi awak cuti rehat macam mana,” Datuk Khatijah cuba untuk memujuk Aufa supaya tidak berhenti bekerja. Dia seorang pekerja yang bagus malah dia belum pernah mempunyai rekod buruk.
            “Terima kasih Datuk. Saya hargainya. Tak apalah, lagipun saya nak ke China jumpa dengan family saya di sana. Dah lama saya tak jenguk mereka. Kebetulan mak saya minta saya uruskan restorennya di sana,”
            Datuk Khatijah menyandar lemah pada kerusi kulit itu.
            “Kalau itu yang awak mahukan. Saya akan cari ganti untuk pekerjaan awak,” Akur dengan keputusan Aufa.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri. Terima kasih banyak-banyak Datuk,”
            Datuk mengangguk lemah. Dia telah kehilangan seorang pekerjaan yang setia dan bertanggungjawab. Ternyata Aufa telah berjaya dengan ujian diberikan secara tidak sengaja. Dia tidak sangka, Aufa benar-benar dengar katanya.

NURNADIA memandang Blackberrnya. Tiada sebarang mesej ataupun panggilan. Dia mengalih merenung syiling. Keringat pada suatu wajah dirindui. Hampir dua minggu lelaki itu menghilangkan diri. Dia menarik nafas dalam.
            Wajahnya putih sedikit kemerah-merahan. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuklah pembantu rumah itu, Mak Su.
            “Nadia, macam mana dengan demam kamu,” tanya Mak Su sambil meletakkan segelas air kosong di meja di samping tempat tidur Nurnadia.
            “Belum. Kebah belum hilang lagi,” jawab gadis itu malas-malasan. Wanita tua itu meletakkan tangan di padang dahi milik Nurnadia.
            “Masih panas lagi. Kalau macam tidur saja lah,”
            “Terima kasih Mak Su,” jawab Nurnadia lemah. Dia mulai memejamkan mata dan melarikan diri ke alam mimpi. Mak Su lalu keluar dan membiarkan Nurnadia sendirian.
            “Bagaimana dengan keadaan Nadia?” soal Datuk Khatijah baru sahaja mendaki anak tangga.
            “Belum baik,” jawab Mak Su.
            “Kenapa Nadia sampai jadi macam tu?” soal Datuk Khatijah sambil jalan beriringan.
            “Entah. Tiba-tiba sahaja demam,” balas Mak Su. Hampir seminggu Nurnadia diserang demam. Pelbagai doktor di temui langsung tidak berkesan. Makin sarat perasaan risau di hati Datuk Khatijah dan Mak Su.
            “Mungkin dia merindui seseorang?” gumam Datuk Khatijah.
            “Mungkin. Kita harus mencari secepatnya,”
            Tapi, di mana harus mencari.

EMPAT TAHUN KEMUDIAN…
NURNADIA meneguk rakus air mineral dalam botol. Rambutnya dilepas segera diikat akibat rimas. Tangannya kembali mencapai berus yang diletakkan atas meja. Dia kembali mewarnakan kanvas tersebut.
            Belum sempat dia menyambung kerja. Dia terganggu dengan getaran pada telefon miliknya. Dicapainya telefon yang berada di atas meja. Tertera nama Fikri. Dengan perasaan malas dia menganggkat.
            “Helo. Awak dekat mana?” tanpa sebarang sama lelaki itu terus menyerbu.
            “Ada dekat galeri. Kenapa?”
            “Jom lunch sama. Dah lama tak lunch sekali,”
            “Saya sibuklah Fikri. Next time please,” Nurnadia cuba untuk menolak secara lembut.
            “Kenapalah susah sangat saya nak jumpa tunang saya sendiri?”
            Nurnadia mengeluh mendengar kenyataan itu. Pertunangan itu langsung tidak dipinta oleh . Tapi Datuk Khatijah yang mengatur semuanya. Dia hanya menurut.
            “Saya sibuk nak siap tempahan customer. Maaf,”
            Tanpa menggunggu balas daripada Fikri. Nurnadia mematikan panggilan tersebut. Fikirannya mula runsing memikirkan tentang dirinya dan Tengku Fikri. Pada awalnya, dia langsung tidak bersetuju dengan permintaan neneknya untuk menyatukannya dengan Fikri. Akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan Datuk Khatijah dan hampir dua tahun menjadi tunangan kepada lelaki itu.

DATUK KHATIJAH menerjah ke ruang tamu. Melihat cucunya rancak menonton televisyen sambil makan kerepek ubi. Datuk Khatijah mengambil tempat bertentangan dengan Nurnadia.     
            “Macam mana dengan galeri hari ni,” Datuk Khatijah memulakan bicara.
            Nurnadia mengalih pandangan terhadap neneknya.
            “Biasa saja,” jawab Nurnadia basa basi.
            Sudah setahun, galeri ditubuh dan dirasmikan sendiri neneknya, Datuk Khatijah. Dengan hasil titik peluhnya dia mencari modal untuk membuka galeri sendiri.
            “Tadi petang, Fikri ada jumpa nenek,”
            Kerepek ubi yang dikunyah terhenti apabila nama Fikri disebut.
            “Dia jumpa nenek buat apa,” soal Nurnadia acuh tak acuh.
            “Dia saja lawat nenek,” Datuk Khatijah melirik mata ke arah televisyen. “Kamu tu tunang dia tapi kamu tak ada masa langsung nak layan dia,”
            “Nenek, Nadia sibuklah. Nanti Nadia ada masa, Nadia sendiri jumpa dia,”
            “Bila Nadia? Hujung minggu? Yang nenek tahu, hujung minggu kamu akan melekat dekat galeri tu,” Datuk Khatijah mula berleter. Membuatkan gadis itu tertekan. Geram sikap Fikri suka mengadu pada neneknya. Macam budak kecil!
            “Yelah. Nanti Nadia jumpa dia,”

SELESAI membuat bayaran di kuanter, Nadia keluar daripada kedai alat tulis yang membekalkan alat untuk kerja seni.
            “Kau dah siap ke,” terjah merangkap kawan baik Nurnadia, Dini.
            Nurnadia angguk dan mengukir senyuman. Tetiba teringat akan Atul, Apis dan Zana. Lama tidak berhubung dengan mereka. Masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Mendengar daripada rakan sekelasnya, bahawa Zana telah mendirikan rumah tangga semasa dia berada di Sarawak. Atul dan Apis langsung tidak diketahui keberadaan di mana.
            “Jom lah gerak,” Dini mendapatkan kereta di letakkan berhadapan dengan kedai itu. Nurnadia turut bergerak ke kereta milik Dini. Sekilas di kalih ke satu arah, dia terpandang sesuatu. Seseoarng dikenali di sebarang sana. Memang tak salah lagi.
            “Dini, tunggu sini sekejap. Ada perkara perlu langsaikan,” tutur Nurnadia sejurus meletakkan barang-barang dibeli ke dalam kereta Dini. Kawannya sekadar memerhati Nurnadia yang melintasi jalan untuk seberang.
            Nurnadia mengatur langkah ke sebuah restoran Ala Thai. Ternampak sepasang pasang cukup membuatkan hati menjadi panas.
            “Oh! Inilah kerja awak selama ni kan,” sergah Nurnadia terhadap seorang lelaki digelar tunangannya. Terkejut dua orang hamba Allah tersebut dengan kemunculan Nurnadia secara tiba-tiba.
            “Bagi saya terang dulu,” Fikri sudah bangun apabila Nurnadia berdiri tegak situ. Melihat wajah tegang tunangnya membuatkan Fikri terkulat-kulat. Nurnadia mengerling ke arah perempuan bersama dengan tunangnya. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya.
            Beberapa pasang mata menonton drama sebabak tersebut. Nurnadia tidak menghiraukan lagi apa yang bakal terjadi untuk kali ni. Nurnadia benar-benar geram dengan sikap Fikri.
            “Cukup tak perlu terang apa. Saya dah nampak semua ni,” Nurnadia mengangkat tangan supaya Fikri tidak mencerita apa-apa pun.
“Semuanya dah terang. Saya faham, kalau awak tidak suka dengan pertunangan ni. Jujurlah dengan saya Fikri. Saya pekakkan telinga aje bila ada orang bagitahu saya, awak keluar dengan perempuan. Saya harap awak sedar sendiri. Awak telah bertunang. Tapi saya, awak tak sedar semua tu. Sepanjang saya jadi tunangan awak. Tak pernah lagi saya keluar dengan mana-mana lelaki melainkan customer saya. Itu pun saya masih ajak pekerja saya ikut sekali,”
            Berubah wajah Fikri ketika itu. Sedaya upaya Nurnadia menahan getaran itu. Jarang sekali dia keluar dengan mana-mana lelaki. Kebiasaanya dia akan keluar dengan kawan perempuan. Nurnadia tidak mahu timbul pergaduhan atau selisih faham di antara mereka.
            Nafasnya naik turun.
            “Awak jangan ingat bila saya sibuk dengan kerja saya. Tapi awak ambil kesempatan dengan kesibukkan saya,” Nurnadia menahan rasa sebak. “Lebih baik kita putuskan saja pertunangan ni. Saya yakin, awak akan bahagia dengan perempuan ni. Dia lebih layak dengan awak. Saya akan bagitahu nenek tentang perkara ni secepat mungkin,”
            Fikri terkesima dengan permintaan drastik daripada Nurnadia. Turut mendapat kejutan gadis yang bersama dengan Fikri. Nurnadia menarik nafas dala supaya tidak menggugarkan air mata di situ.
            “Tak apalah, saya pergi dulu. Maaf mengganggu dan salam berbahagia,”
            Nurnadia melangkah keluar daripada restoran dengan hati pilu. Pelbagai perasaan dialami ketika itu. Mahu saja dia mencekik perempuan itu. Tapi nanti tak pasal-pasal masuk lokap sebab atas cubaan membunuh. Nurnadia mengeluh berat. Selamat tinggal Tengku Fikri.

APA! Kamu jangan nak buat main-main perkara ni,”
            Bergema suara milik Datuk Khatijah menerjah setiap sudut ruang rumah banglo itu. Terkejut dengan kenyataan diberikan oleh cucunya. Nurnadia terdiam apabila suara neneknya mula meninggi.
            “Kamu tahu kan, tarikh pernikahan kamu telah ditetapkan,”
            “Nadia tak pernah main-main pasal ni. Nadia serius, lagipun pertunangan sepatutnya tak berlaku dari dulu lagi,”
            “Sebab apa,” turun naik nafas Datuk Khatijah. “Atau kamu masih simpan perasaan dekat Aufa,”
            Serta merta Nurnadia mengangkat wajah lalu memaling ke arah Datuk Khatijah.
            “Keputusan Nadia tak ada kena-mengena langsung dengan Aufa. Apa guna teruskan kalau masing-masing tak ada hati dan perasaan cinta,”
            Datuk Khatijah merenung wajah satu-satunya cucu yang dia ada. Daripada berdiri dia kembali duduk supaya hati lebih tenang berbanding tadi. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu ada perbalahan antara dia dan Nurnadia.
            “Nadia harap, nenek hormat dengan keputusan Nadia,” tutur lemah Nurnadia.
            “Kenapa sampai jadi macam ni?”
            Nurnadia diam.
            “Tak cukup sempurna ke Fikri tu. Cubalah bersabar sikit, cu?” tambah Datuk Khatijah.
            Nurnadia menarik nafas panjang. “Nadia dah cukup sabar. Nadia pekakkan telinga bila orang cerita tentang tunang Nadia. Dah beribu kali orang cerita yang tunang Nadia ni asyik duk keluar dengan perempuan lain. Tapi Nadia sabar lagi. Nadia diam. Tapi kali ni, Nadia minta maaf dengan nenek. Nadia dah tak mampu lagi. Nadia harap dengan hormat dengan keputusan Nadia kali ni,”
            Nurnadia bingkas bangun dan berlari mendaki tangga ke biliknya. Datuk Khatijah memejamkan matanya. Dia benar-benar tak sangka semuanya berakhir begitu.

SORRY, lambat bro!”
            Tepukan pada bahu Fikri menyentak lelaki itu sedang leka menonton televisyen yang tersedia di restoren tersebut.
            “It’s okay. Aku pun baru aje sampai ni,” balas Fikri terhadap sepupunya. Sepupunya itu menarik kerusi lalu dudu,”
            “Kau tak nak makan ke minum ke, Aufa. Hari ini aku belanja,” pelawa Fikri dengan mengukir senyuman.
            “Minum sudahlah. Tadi aku dah makan dengan family aku,”
Fikri sudah tangan angkat memanggil pelayan restoran. Pelayan perempuan masih muda itu datang membawa senarai makanan lalu diletakkan di atas meja. Mereka memesan fresh orange untuk sepupunya. Pelayan tersebut beredar kembali ke dapur.
So apa cerita kau ajak jumpa ni. Sampai tak sempat nak tunggu pagi esok,” Aufa melarikan pandangan ke arah pelanggan yang lalu lalang masuk ke restoran tersebut.
“Kau tahu kan aku dah bertunang,”
Aufa mengangguk mengiyakan Fikri.
Aufa hanya mendengar cerita pertunangan sepupunya melalui mak, Juriah. Dia langsung tidak berkesempatan bertemu bakal isteri kepada sepupunya, Fikri.
“Sebenarnya dah dua minggu aku putus tunang,” lemah suara Fikri menutur kata. Terkejut Aufa dengan berita itu disampaikan.
Pelayan restoran itu kembali ke meja membawa dipesan sebentar tadi. senyuman sumbing terukir dibibir Aufa.Dia bagaikan tidak percaya Fikri telah putus tunang.
“Macam mana boleh jadi macam tu. Bukan ke korang kahwin hujung tahun ni,” Aufa seolah-olah tidak percaya, ikatan pertunangan selama dua tahun berakhir dengan perpisahan.
Aufa menarik gelas berisikan air fresh orange. Lalu dihirup perlahan. Aufa memandang kosong ke arah sepupunya.
“Entahlah. Mungkin silap aku jugak, selalu sangat keluar dengan Ad. Tak pasal-pasal kantoi hari tu,” Fikri melurut rambutnya kasar. Ad atau Adriana merupakan anak angkat keluarga. Dia agak rapat dengan Ad. Tapi perasaan sayang itu tidak lebih daripada seorang abang ke adiknya. Tambah lagi, Nurnadia tidak pernah tahu kewujudan Ad dalam keluarga itu.
“Kau tu pun satu. Keluar dengan Ad tak nak langsung bagitahu dekat tunang kau. Tak ada lah dia salah faham,”
“Dua tahun aku tunang dengan dia. Tak macam aku ni tunang dia langsung. Aku tunang dengan orang lain, keluar dengan orang lain. Kau tak kenal Nadia tu macam. Sibuk dia kalah PM kau tahu tak,”
Tersedak Aufa apabila nama Nadia meluncur dibibir sepupunya. Teringat akan gadis yang pernah mengusik taman hatinya. Apa mungkin gadis bernama Nadia itu adalah sama seperti Nurnadia disayanginya.
“Sapa nama bekas tunang kau?” ringan mulut Aufa bertanya.
“Nurnadia. Dia ada buka gelari sendiri,”
Terasa ada petir menyambar tangkai hati Aufa ketika itu. Memang benar itu telah bertunang dengan sepupunya sendiri. Dia benar-benar tidak percaya perkara itu berlaku. Tapi tadi Fikri memaklumkan tentang putus tunang antara Fikri dan Nadia. Ini bermakna Aufa masih ada peluang untuk menakluk hati gadis itu lagi.
“Kau nak tahu, hujung tahun ni kitaorang nak kahwin. Tapi satu barang pun kitaorang tak sediakan lagi,” kata Fikri sambil bersilang tangan. “Pertunangan ni diatur oleh keluarga aku sendiri. Mungkin dia bukan jodoh aku kut,”
Bait-bait yang meluncur daripada mulut Fikri membuatkan Aufa tersenyum. Aufa akan pasti Nurnadia hanya akan menjadi miliknya hari dan selamanya.

NURNADIA memandang potret budak perempuan yang telah berjaya disiapkan seperti dipesan oleh pelanggannya. Dia sangat berpuas hati dengan hasil lukisan tersebut. Dia meletakkan pensel arang di atas meja di sediakan.
            “Cik Nadia,”
            Namanya diseru membuatkan Nurnadia memaling kepada si pemanggil tersebut. Melihat pekerjaanya, Tia sudah berada di hadapan muka pintu.
            “Ada apa Tia,”
            “Saya gaduh dengan customer. Dia nak beli semua lukisan yang kat depan tu,” tutur Tia laju.
            Nurnadia mengeluh. “Suruh dia pilih yang bahagian tengah. Nanti saya kasi diskaun dengan dia,”
            “Dia tak nak, saya dah cuba tadi. Dia ugut kalau tak boleh juga, dia bakar galeri ni,”
            Berubah wajah Nurnadia apabila ada pelanggan yang suka mengugutnya. Melampau betullah! Nurnadia bingkas bangun dan menuju ke daripada bengkel kecil itu diekori oleh Tia. Mata Nurnadia meliar mencari pelanggan yang buat kecoh tersebut.
            Kakinya melangkah ke bahagian depan galeri yang mempamerkan lukisan kesayangan. Tapi bukan untuk dijual oleh sesiapa. Dia tidak pedulikan jika ada pelanggan sanggup meletakkan harga ribuan ringgit sekali pun.
            Nurnadia menghela nafas apabila tiada sesiapa di situ. Belum sempat di memusing ke belakang semula, terasa ada seseorang berdiri di belakangnya. Begitu rapat di antara mereka berdua.
            “Saya nak beli semua lukisan ni…” meremang bulu roma Nurnadia apabila suara itu berbisik dicuping telinga. Tapi suara seperti dikenalinya. Entah mengapa hatinya menjadi berdebar-debar tidak tentu arah.
            “Ataupun…boleh digantikan dengan tuan galeri ni aje,”
            Dup dap dup dap.
            Makin laju berdegup jantungnya seperti baru selesai larian marathon. Hatinya ingin tahu suara siapa itu. Dengan perlahan-lahan dia memusing tubuhnya. Mereka bertentangan, bagai mahu gugur jantungnya ketika itu apabila lelaki dihadapannya itu adalah lelaki dirindui selama ini. Aufa, lelaki amat dinanti-nanti sehingga ke hari itu.
            Bibirnya terkunci rapat. Tidak tahu apa yang di ucapkan. Melihat daripada susuk tubuh lelaki itu banyak berubah berbanding dulu. Aufa kelihatan cengkuk sedikit daripada sebelum ni. Mungkin lelaki itu terlampau bekerja.
“Masih ingat saya,Nurnadia,”
Angguk tidak geleng pun tidak.
“Maaf, kalau kehadiran saya memeranjatkan awak,”
Nurnadia masih diam.
“…dan maafkan saya jugak sebab tinggalkan awak dulu. Tak ada niat pun nak tinggalkan tapi keadaan memaksa saya buat begitu,”
Aufa merenung wajah gadis itu. Dia tidak menghiraukan beberapa pekerja dan pelanggan yang berada di situ. Nurnadia menundukkan wajahnya ke lantai. Tak sanggup hendak bertentang mata dengan lelaki itu. Lagipun dia khuwatir, jika lelaki itu akan meninggalkannya lagi untuk kali kedua.
“Saya datang sini ada perkara nak bagitahu, saya tak boleh simpan lama,”
Nurnadia memanggungkan kepalanya apabila Aufa menyebutkan tentang hajat. Hajat apakah ingin disampaikan. Apakah lelaki itu akan berkahwin tidak lama lagi? Mungkin itu ingin disampaikan. Sanggupkah aku mendengar semua itu.
“Sudi tak awak jadi permaisuri hati saya untuk hari ni dan selamanya,” sekali lafaz yang ingin diluahkan oleh Aufa. Benarkah apa yang aku dengar ni. Atau ini sekadar khayalan. Aufa nak aku ambil aku sebagai isteri dia. Nurnadia seperti tidak percaya.
            “Tak apalah, Nadia. Awak ambillah masa dulu. Mungkin awak masih terkejut lagi. Saya minta diri dulu,”
            Aufa menarik nafas panjang sebelum dia mengatur langkah meninggalkan galeri dan Nurnadia di situ.
            “Au…fa,” tergagap Nurnadia.
            Langkah Aufa terhenti. Nurnadia bergerak perlahan mendekati Aufa. Nurnadia cuba memandang seraut wajah lelaki itu. Tiada senyuman dipamerkan.
            “Kenapa dulu awak tinggalkan saya? Saya pernah buat salah ke dekat awak,” soal pertama terbit daripada Nurnadia.
            “Sebab saya takut kalau awak tolak cinta saya. Boleh pengsan saya kalau awak tolak cinta masa tu,” Nurnadia merenung wajah Aufa dengan kehairanan.
            “Maksud awak?”
            “Saya mula jatuh hati dengan awak masa awak panggil saya salemen lagi,” tersengih Aufa ketika. “Teruk sangat kut saya waktu tu sampaikan awak panggil saya salemen,”
            Nurnadia tersenyum mengingati perkara tersebut. Tak sangka Nurnadia selama ini lelaki itu telah menaruh hati terhadapnya. Dan yang pasti, dia tidak bertepuk sebelah.
            “Maknanya selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan lah kan,” Nurnadia berkata. Aufa menggelang laju. Perasaan Nurnadia tidak mampu digambarkan. Empat tahun dia menyimpan perasaan itu dan kali ini rahsi itu sudah pun terbongkar.
            Aufa tersenyum seraya mencuit hidung Nurnadia. Tidak sempat gadis itu mengelakkan. Dia telah berikrar akan menjadi gadis itu sampai ke akhir hayat. Dia tak mampu lagi untuk berpisah dengan gadis kesayangannya.

SEKEPING gambar hitam putih ditangannya. Lama diperhatikan. Tanpa disedari ada garis pada bibir itu. Dia amat bahagia tatkala itu. Hampir lima bulan mendirikan mahligai bersama insan bergelar itu, Tengku Muhaimin Aufa. Amat tidak disangka dia telah menamatkan zaman bujang bersama dengan pilihan hatinya.
            Perkara mengejutkan Nurnadia ketika itu, apabila suaminya merupakan golongan kerabat tengku. Langsung tidak disangka, seorang dikenali pemandu kereta syarikat adalah daripada golongan tengku.
            Ada perkara paling mengejutkannya adalah suamiku merupakan sepupu kepada bekas tunang aku, Fikri. Mahu pengsan bila dapat tahu. Sewaktu Fikri hadir ke majilis perkahwinan kami. Aku melihat dia  tersenyum bahagia lagipun dia bersama kekasih hati masa itu.
            Nurnadia menarik nafas panjang lantas memandang ke dada langit. Dia sengaja dia bersantai di bolkani apartment rumahnya. Sudut bolkani kecil telah dihias dengan cantik oleh Aufa sendiri. Lelaki itu mempunyai citarasa yang agak tinggi. Apartment itu adalah sebahagian daripada hadiah perkahwinan mereka.
            “Ayang, buat apa tu sorang-sorang,” satu suatu menyapa Nurnadia. Tanpa menoleh Nurnadia tahu siapa gerangan tu. Terkulat-kulat Nurnadia menyembunyikan gambar yang berada ditangannya tadi.
            “Tak buat apa-apa. Cuma ambil angin petang aje. Bila abang balik,” soal Nurnadia menghulurkan tangannya menyalam suaminya. Setelah itu, Aufa mengucup pipi gebu isterinya. Batang hidung Nurnadia dicuit manja.
            “Buruknya perangai. Kalau dah berangan tu mana perasaan abang dah balik kan,” Aufa muncung sedapa. Nurnadia menampar lembut pipi suaminya. Tertawa kecil apabila melihat kelakuan suaminya.
            “Maaflah. Nadia betul-betul tak perasaan,” Nurnadia berkata sambil tayang muka paling comel.
            “Tak payahlah buat muka comel macam tu. Tergugat tahu tak, ayang,” lembut si suami berkata. “Tadi ayang sembunyi apa?”
            Teringat gelagat Nurnadia yang kelam kabut menyembunyikan sesuatu daripadanya. Nurnadia sudah tersengih.
            “Mana boleh. Secret!” Nurnadia berkata.
            Aufa tarik muka. Masam dan muncung lebih dua depa. Dengan bersilang tangan lepas tu mengalih badannya dan membuang pandangan ke arah pemandangan daripada bolkani. Nurnadia sudah mengaru-garu kepalanya tidak gatal. Merajuk pulak dah.
            Nurnadia memeluk erat leher dan bahu suaminya daripada belakang. Tubuh badan Aufa masih kaku. Aufa membiarkan perasaan yang bergelora itu. Seraya itu, Nurnadia mencium pipi suaminya bertalu-talu.
            “Sejak bila abang pandai merajuk ni,” bisik Nurnadia dengan manja.
            Aufa masih diam. Eh laki aku ni dah lebih-lebih majuk ni. Omel Nurnadia. Nurnadia mencapai sekeping gambar itu lalu ditayangkan kepada Aufa. Nurnadia meleraikan pelukkan itu. Mata Aufa di alih ke arah Nurnadia.
            “Ayang, ni bukan ke ultrasound,” tanya Aufa yang meminta kepastian.
            Nurnadia mengangguk dan tersenyum bahagia.
            “Betul ke ayang. Maknanya ayang tengah mengandunglah sekarangkan,” Aufa mengubah kembali posisi kepada asal. Untuk dua kali Nurnadia mengangguk.  Tubuh kecil Nurnadia diraih ke dalam pelukan. Sesungguh dia amat bahagia ketika itu.
            “Terima kasih, ayang! Abang rasa bahagia sangat,” Aufa berkata gembira.
            Nurnadia di sahkan mengandung oleh Doktor Azura sewaktu di ke klinik semalam lagi. Dia tidak sempat beritahu berita gembira itu kepada suaminya. Apabila Aufa pulang pada lewat malam.
            Nurnadia bangun daripada buaian kecil telah ditempatkan di bolkani itu.
            “Ayang nak pergi mana?” soal Aufa masih tersenyum.
            “Pergi masaklah. Abang nak  makan apa malam ni,”
            Aufa segara berdiri dan memaut bahu Nurnadia sambil jalan beriringan ke ruang tamu.
            “Malam ni tak payah masak. Kita dinner dekat rumah mak. Abang tak sangat nak bagitahu dekat diaorang pasal baby kita,”
            Nurnadia mengangguk malah tidak membantah cakap suaminya.
            “Terima kasih ayang. Abang akan bahagiakan ayang dan anak kita  nanti. Abang tak pernah menyesal jatuh cinta dengan ayang,”
            Tersenyum Nurnadia mendengar kata-kata suaminya. “Nadia pun tak pernah  menyesal. Nadia tahu Nadia akan bahagia dengan abang,”
            Aufa merangkul tubuh isterinya. Sesungguhnya mereka sangat bahagia waktu itu. Semoga cinta antara Aufa dan Nurnadai akan kekal sehingga ke akhirnya.

#TAMAT#

P/s: Tamat sudah cerita ni. Maaflah ending dia kelam kabut sikit. Part 3 terakhir semua tunggang langgang. Tak reti nak susun. Dengan harap pembaca Dalam Diam Jatuh Cinta boleh terima mini cerpen ini. Terima kasih siapa yang menyokong saya. Love, AyaDayana.