MRS. ALWAYS RIGHT 2


Bab 2


HUJAN lebat mula membasahi bumi. Menjadikan kereta dipandu Aimi bergerak perlahan akibat licin dan kesesekan lalu lintas. Aimi mula bosan dengan keadaan begitu.
Sesekali matanya memandang ke jam pada dashboard menunjukkan pukul 6.45 petang. Ada kala kedengaran keluhan diluahkan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas. Jalan tersebut jarang digunakan kerana keadaan jalan itu agak sunyi.
Hampir separuh perjalanan tiba-tiba kereta yang dipandu tersengguk-sengguk.Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Ya Allah, masa nilah pulak nak buat hal,” runggut Aimi.
Beberapa kali dia mencuba menghidupkan enjin keretanya tapi hampa. Aimi mengetuk tangan pada stereng. Sambil itu matanya meliar kawasan tersebut. Suasana sekitar sunyi sepi. Kawasan itu agak jauh daripada jalan utama tadi.
Dikala itu hujan masih lagi mencurah-curah. Sementara hari semakin gelap. Mulutnya terkumat-kamit membaca segala ayat yang dia tahu untuk menghilangkan ketakutan. Dia cuba menghubungi bengkel selalu dikunjungi tetapi tidak berjawab.  Aimi mulai panik.
Tok! Tok!
“Astagfirullahzim,” ucap Aimi terkejut apabila cermin pintu kereta diketuk.
Aimi memerhati lama untuk mengenal pasti siapa yang mengetuk cermin tersebut. Akibat gelap dan rintih-rintah hujan menyukar dia mengenal pasti. Seorang lelaki bersama payung menahan hujan. Anak buah Norman! Hatinya berkata.
Terburu-buru dia keluar daripada kereta tersebut.
“Eh, kau ke? Ingat sapa tadi,” ujar Hazim melihat gadis itu keluar daripada perut kereta. Hazim memberikan ruang sikit pada gadis itu untuk dipayungkan.
“Apasal dengan kereta kau,”
“Rosaklah apa lagi. Ingat aku saja nak berhenti tempat gelap macam ni,” marah Aimi. Dia memeluk tubuh akibat kesejukkan.
“Tunggu sekejap. Aku telefon kawan aku. Kalau dia boleh tolonglah,”  Hazim menyelup poket seluarnya. Mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihubungi kawannya. Mujur kawannya boleh membantunya dikala itu.
“Nanti kawan aku datang. Tunggu kejap,” Kata Hazim.
Aimi sekadar diam, dia tidak tahu nak cakap pada lelaki itu. Bunyi guruh secara tiba-tiba  memeranjatkan Aimi. Sponton gadis itu memeluk tubuh Hazim serta merta. Terkejut Hazim dengan tindakkan gadis tersebut. Aimi benar-benar dalam ketakutan.
“Ehem! Kalau kau takut pun, sudah-sudahlah tu peluk aku,” usik Hazim. Kata-kata Hazim menjamah gegedang telinga Aimi serta-merta dia melepaskan pelukan tersebut.
“Maaf, aku tak sengaja. Aku takut guruh,” Aimi menundukkan wajah. Malunya masih berbaki. Dia benar-benar tidak sengaja. Dia bertambah malu untuk bertentang dengan lelaki itu. Hazim menarik sengih. Suka dia melihat gadis itu tersipu malu.
Tidak sampai setengah jam, kawan kepada Hazim sudah pun sampai bersama dengan lori tunda. Aimi mengeluarkan barang berharga daripada kereta tersebut. Hazim akan menghantarnya pulang ke rumah sebentar lagi.
******
LORI TUNDA sudah pun membawa kereta milik Aimi ke bengkel mereka. Hazim menumpangkan gadis itu pulang ke rumah. Dia dan Aimi sekadar mendiamkan  diri. Tak tahu apa ingin di borakkan.
“Rumah kau dekat mana?” soal Hazim menjentik kesunyiaan antara mereka.
Sepi.
Pandangannya dialih kepada gadis yang berada di tempat duduk pemandu. Tanpa disedari, senyuman bertemu. Gadis itu tertidur disitu.
‘Mana aku tahu alamat rumah minah ni dekat mana,’ gerutu Hazim.
Sekilas Hazim terpandang beg tangan di pangkuan Aimi. Hazim tarik sengih. Hazim memberhetikan kenderaan itu di bahu jalan. Hujan semakin reda.  Beg tangan berjenama Gucci dicapai perlahan. Khuwatir Aimi tersedar.
Dengan segera dia menyelongkar isi dalam beg, mengambil dompet milik Aimi dan mencari kad pengenalan kepunyaan gadis itu.
“Gotcha!”
Kad pengenalan Aimi ditatap beberapa kali. 
“Oh, dekat aje rupanya,” Hazim membaca alamat yang tertera pada kad pengenalan itu. “Comel jugak CEO kerek ni,”
Hazim menyimpan kembali dompet Aimi. Dia terpandang telefon bimbit Aimi. Satu idea menerjah ke pangkal fikirannya. Dia mendail number miliknya sendiri. Maka beberapa saat kemudian, telefonya bordering. Tersenyum lebar Hazim.
Dia memulakan pemanduaan seperti biasa. Jam pada pergelangannya beranjak pukul 8.10 malam. Kereta dipandu Hazim sudah pun sampai kawasan Villa Cenderawasih. Hazim memandang rumah agam tersebut.
“Wei, bangunlah,” kejut Hazim. Gadis itu masih kaku.
“Bangunlah!” tubuh badan Aimi bergerak sedikit. Hazim mula senyum, tapi senyumannya mati apabila Aimi lentok semula kepalanya pada tingkap kereta. Eh minah ni, suka pulak kau tidur dalam kereta aku kan.
“Bangunlah sayang. Dah sampai ni,” bisik Hazim selembut mungkin. Perlahan-lahan mata Aimi dicelik. Terpisat-pisat mata Aimi seketika. Silauan limpahan lampu-lampu itu menyakitkan mata Aimi.
Hazim tersenyum kecil. Aimi meliarkan pandangannya. Rumah agam itu adalah rumahnya. Lantas kepalanya dipusing kepada Hazim.
“Mana kau tahu rumah aku,” soal Aimi kehairanan.
“Sorry, aku selokar beg kau tadi. Nak kejut kau, kesian pulak. Sorry,”
“Tak apalah, kereta aku macam mana?”
Aimi teringat kereta Aimi di bawa ke bengkel. Hazim mengambil kertas memo di atas dashboard lalu di catitkan number telefon bengkel itu.
“Nah! Nanti kau call lah number tu,” kertas memo diserahkan kepada Aimi.
Aimi angguk. “By the way, thanks,”
“Sikit aje,” Aimi sudah bergerak keluar daripada Vios milik Hazim. Dia memandang tubuh gadis itu memasuki pagar Villa Cenderawasih. Tidak lama itu, Hazim meninggalkan segera tempat tersebut.
*****
PINTU KAYU itu diketuk beberapa kali. Pintu terbuka, dibalik pintu tersebut seorang wanita yang berusia 50an. Hazim tunduk menyalami tangan wanita itu. Tersenyum wanita itu melihat satu-satunya ‘anak teruna’ kepunyaan.
“Ummi, apa khabar,” soal Hazim ramah.
“Ummi sihat aje. Kamu daripada masjid ke,” soal Puan Sara kembali. Biarpun Hazim bukan lahir daripada rahimnya. Wanita itu sudah menganggap Hazim sepeti anak kandungnya sendiri.
Hazim mengangguk perlahan melihat persalinan Hazim dengan memakai baju melayu berwarna hitam dengan kain pelikat. Puan Sara dan Hazim berjalan ke ruang tamu. Sesekali mata Hazim mencari sesuatu.
“Mana Alia, ummi,” Teringat Hazim pada anak tunggul perempuan milik Puan Sara,Alia.
“Dia cakap pergi study group dengan kawan-kawan dia,” jawab Puan Sara. “Dah lama Hazim tak datang sini. Hazim pergi kursus ke,” Puan Sara bergerak ke dapur segera membancuh milo panas untuk Hazim.
“Taklah, ummi. Hari itu ada cadang nak datang sini lepas kerja. Tepi kereta kawan Hazim rosak pulak. Hazim tolonglah dia,” Balas Hazim setelah melabuhkan punggung di atas sofa. Teringat kejadian tempoh hari semasa dia membantu Aimi.
“Milo panas, Hazim,” Puan Sara melabuhkan punggung di sisi Hazim. Dihulurkan air milo panas itu kepada Hazim. Lelaki itu menyambut bersama senyuman lantas dihirup perlahan sebelum dia meletakkan cawan di atas meja kopi.
Di tekan-tekan remote control untuk mencari siaran yang menayangkan cerita menarik. Tapi satu siaran pun tidak berjaya menarik perhatian Hazim.
“Hazim tidur sini ke,”
Puan Sara menyelak lembaran pada majalah baru di belinya siang tadi. Hazim memandang jam tergantung di dinding, jarum jam hampir pukul 10 malam.
“Tak agaknya. Nanti hujung minggu, Hazim tidur sini ye ummi,”
Pandanganya dialih kepada Puan Sara. Dia tahu Puan Sara kesunyiaan apabila Alia tiada di rumah. Lagipun rumah sewanya dengan rumah Puan Sara tidaklah jauh mana. Boleh saja dia menjenguk kerap ke rumah itu.
Mata Hazim tertumpu pada kaca televisyen yang siarkan drama melayu. Tepukkan tangan pada paha Hazim mengejutkan dia.
“Kenapa ummi?” soal Hazim.
“Bila nak bawa balik isteri tunjuk dekat ummi,” Tersengih-sengih Puan Sara. Berkerut dahi Hazim. Untuk kali pertama, Puan Sara mengajukan soalan itu.
“Hazim muda lagilah, ummi,”
“Muda apanya, umur dah masuk siri ketiga. Muda lagi ke macam tu,”
Hazim mencebik. “Hazim mana ada calon lagi. Girlfriend pun tak ada ummi. Macam mana ada ada bini pulak,”
Hazim kembali menonton televisyen, sebenarnya dia langsung tidak tertarik pada rancangan televisyen disiarkan. Dia mahu mengelak daripada ummi daripada soal jodoh.
“Hazim nak tak ummi pinangkan Hazim dengan Mazlin,”
Serentak itu, kepalanya di alih kepada Puan Sara. Puan Sara menguntum senyuman. Eh, ingat dah habis siaran soal jodoh ni. Keringat gadis ayu bernama Mazlin, tipulah siapa tidak mahukan seorang bakal isteri yang baik-baik. Mazlin semuanya lengkap. Tapi…
“Kamu nak tak, Hazim,” soal lagi Puan Sara. Bersungguh-sungguh Puan Sara.
“Tak payah ummi. Nanti terkejut pulak Mazlin,”
“Bukan ke Hazim sukakan Mazlin,” duga Puan Sara.
“Ye memang betul. Hazim mengaku. Tapi Hazim rasa, Hazim tak ambil dia sebagai isteri Hazim agaknya,”
Puan Sara tersenyum dia tidak mahu memaksa jikalau Hazim tidak mahu.

BERSAMBUNG...

MRS ALWAYS RIGHT 1



Bab 1
“KERETA SAPA NI!”
Nyaring suara seorang gadis berbaju blouse biru muda dan dipadankan dengan skirt paras lutut berwarna biru gelap.Tiada siapa berani bersuara. Masing-masing menunduk wajah mereka termasuklah pegawal yang berada di situ.
Aimi memandang ke semua pekerja yang bernaung di bawah Syarikat Dahan Hijau Holdings. Dia merengus kasar melihat kereta Proton Waja tersadai parking lot kepunyaannya.
“Saya. Kereta tu saya punya,” suatu suara menerjah ke cuping telinga gadis itu. Matanya tertumpu seorang lelaki sedang menuruni tangga. Lelaki itu segera mencapai kaca mata hitam yang tergantung poket baju kemejanya.
Beberapa orang pekerja tergamam apabila lelaki itu bersuara. Aimi turut terkejut. Tiada siapa yang berani melawan katanya mahupun membantah.
“Sila alihkan kereta cabuk tu, menyakitkan mata tahu tak,”
Sindir Aimi terhadap lelaki itu. Serentak lelaki itu dipusing sembilan puluh darjah ke arah perempuan tersebut.
“Kau siapa nak cakap kereta tu cabuk,”
Lelaki itu merenung tajam ke arah perempuan di hadapannya itu. Mulut puaka! Hampir aje cantik. Sabar okay Hazim. Ada suara menyelit di telinga lelaki itu.
“Aku CEO Dahan Hijau Holdings,” Jawab Aimi kerek.
Hazim menilik jam pada pergelangannya. Tepat 10 pagi. Lelaki itu senyum sinis.
“Kau CEO? Kau tahu tak waktu bekerja pukul berapa sebenarnya. Dan sekarang pukul berapa,” kata-kata Hazim membuatkan Aimi panas telinga. Rasa kecil besar lelaki itu dipandang.
Nafas Aimi turun naik. Sesuka hati mengutuknya. Tambah lagi dihadapan pekerjanya. Siap kau, tahu apa aku nak buat dengan kau.
‘Good job Hazim. Lepas ni kau buat lagi perempuan marah. Biar dia tahu sikit, jangan nak biadap sangat,’ bisik Hazim.
Hazim meninggalkan gadis itu di situ. Malas dia melayan perempuan berlagak tak bertempat. Aimi yang berdiri disitu terpinga-pinga apabila lelaki itu meninggalkan tanpa sebarang pamitan. Kurang ajar punya lelaki. Takada adab langsung!
******
“HAI RINA”
Teguran daripada lelaki tiba-tiba yang tercegat di pintu bilik Sabrina tersentak dan menguntumkan senyuman. Hazim menarik sengih melihat gadis itu tekun bekerja tanpa perasaan kehadirannya.
Sabrina merupakan setiausaha kepada kawannya, Shamri. Kebetulan Shamri berada di Pulau Pinang disebabkan out-station untuk beberapa hari.
“Abang Hazim daripada mana,” soal Sabrina riang.
Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Sabrina. Dia melabuhkan punggung di sofa yang terdapat dalam bilik Sabrina.
“Abang dari Dahan Hijau Holdings. Hantar barang sikit,” Jawab Hazim acuh tak acuh. Gadis bertudung itu merenung Hazim. Sebentarnya, dia telah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Lelaki itu sempoi, cool dan handsome sangat. Mungkin dia patut pendam perasaan agaknya.
Hazim sambung lagi. “Tadi abang ada jumpa minah kerek gila. Dia cakap kereta syarikat tu cabuk. Mulut puaka betul perempuan tu,”
Sabrina mengukir senyuman mendengar bebelan Hazim. Faham sangat sifat Hazim yang tidak menyukai perempuan sebegitu.
“Mesti abang gaduh dengan dia kan,”
“Mana tahu,”
“Tahu sangat dah,” jawab Sabrina. “Sapa perempuan tu,”
Hazim mengangkat bahu tanda dia tidak mengenali. “Nama tak tahu tapi dia CEO Dahan Hijau Holdings,”
“Oh, dia tu Rina kenal sangat. Nama dia Aimi Batrisya. Dia tu memang kerek sikit dan dia jugak senior sekolah menengah Rina dulu,”
Hazim mendengar butir tentang minah kerek tersebut. Aimi Batrisya. Nama itu seakan melantun-lantun segenap ruang fikirannya. Bunyi telefon sedikit menganggu konsentrasinya. Panggilan daripada Uncle Norman. Dia langsung mengangkat panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, ada apa uncle,” soal Hazim seraya menjawab panggilan itu.
Sabrina membiarkan Hazim menjawab panggilan tersebut, dia kembali menyambung kerjanya.
“Waalaikumussalam, Hazim dekat mana,”
“Office,” sepatah dijawab.
“Nanti kita lunch dua. Ada perkara Uncle nak cakap dengan Hazim,”
“Okay,”
******
“ADA APA UNCLE NAK JUMPA,”
Hazim memandang lelaki separuh dekad itu. Uncle Norman mengukir senyuman dengan kehadiran Hazim. Setiap kali diajak berjumpa pasti banyak alasan dicipta.
“Saja. Lagipun Hazim dah lama tak balik rumah,” tutur Uncle Norman.
Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka dan menghulur menu hidangan di situ. Mereka hanya memesan dua air jus tembikai.
“Hazim sibuk tak sempat nak singgah,” balas Hazim setelah pelayan itu breeder.
“Mama nak sangat jumpa Hazim,” ujar Uncle Norman merenung kosong ke arah anak tirinya.
“Nanti, Uncle bagitahulah dengan mama. Bila Hazim tak sibuk, Hazim balik rumah tu,”
Hazim teringat wajah wanita berkaliber dan berkarier, iaitu mamanya. Hampir setahun dia tidak menjejak kaki ke rumah tersebut. Hatinya masih sakit apabila mamaya sesuka hati menggantikan tempat ayahnya dengan lelaki itu.
Disebabkan itu, dia bertindak keluar daripada situ. Untung saja dia tidak mempunyai adik tiri.
“Dekat syarikat Uncle ada kerja kosong, Hazim terima yer,” lembut lelaki itu berkata.
“Tak apalah Uncle. Uncle kasi aje kerja tu dekat orang lebih perlukan,”
Cantas Hazim lekas-lekas. Dia langsung tidak mahu termakan pujukan lelaki itu. Walaupun apa yang berlaku. Hazim sudah mendapat teka tujuan pertemuan tersebut.  Air dipesan tadi sudah pun tiba.
Terasa dahaga lalu disisip pada bibirnya. Turut ditiru oleh Uncle Norman.
“Keras betul hati kamu Hazim, Uncle minta maaf kalau kewujudan Uncle merosakkan kebahagiaan kamu,”
Hazim sekadar diam. Malas dia membalas kata-kata itu.
“Aimi!” Uncle Norman menyeru nama seorang gadis. Hazim tidak mengendahkan. Dia hanya melayan dunianya sendiri. Gadis itu menyedari ada seseorang memanggilnya. Sekarang ditoleh dan mencari si pemanggil.
Langkah Aimi seiringan dengan senyuman pada bibirnya.
“Eh Uncle! Lama tak jumpa, Uncle sihat,” ramah Aimi berkata. Sekilas Aimi memandang lelaki bersama dengan Uncle Norman. Melihat lelaki itu sedang khusyuk mengancau-ngacau air menggunakan straw.
“Uncle sihat aje. Aimi dari mana ni,” soal Uncle Norman.
“Aimi sepatutnya jumpa dengan klien. Tapi tiba-tiba dia cancel,” Matanya masih tertumpu pada lelaki itu. Mulut sahaja berkata-kata.
“Kalau macam tu, Aimi join kitaorang. Lama Uncle tak borak dengan kamu,” pelawa Uncle Norman senang hati. Uncle Norman menjemput Aimi duduk di kerusi kosang itu lalu gadis itu melabuhkan punggungnya.
Hazim memandang sekilas terhadap gadis di tepinya. Dia benar-benar tidak sedar akan kehadiran gadis itu. Berkhayal sungguh! Lama diperhatikan gadis itu seperti dikenalinya. Eh, ni bukan ke CEO kerek tu.
Aimi kalih pandanganya ke sisi terasa ada seseorang memerhatikannya. Bulat matanya persis kartun anime di tivi. Apasal pulak mamat ni boleh ada dekat sini dan macam mana aku tak perasaan langsung.
“Uncle kenalkan…”
“Hazim,” pintas Hazim lantas memaniskan mukanya. Hazim menghulurkan tanganya kepada gadis itu tapi tidak di sambut. Eh minah ni saja nak malukan aku! Maki Hazim dalam hati tapi di bibirnya senyum plastik.
“Aimi Batrisya,” jawab gadis itu lagak diva.
Deringan telefon bimbit Uncle Norman mengganggu serba sedikit. Dia meminta izin kepada Hazim dan Aimi untuk menjawab panggilan tersebut. Mereka berdua membalas dengan sebuah senyuman.
“Macam mana kau boleh kenal dengan Uncle Norman?” soal Hazim setelah Uncle Hazim beredar jauh daripada mereka. “Atau kau ada affair dengan Uncle Norman,”
Aimi merenung tajam. “Dey macha! Kau ingat aku ni apa! Taste aku tinggi tahu tak!”
Hazim mencebik.
“Habis tu macam mana kau boleh kenal Uncle Norman,”
Geram Aimi dengan lelaki itu. Tuduh sesuka hati dia. Aimi keluh kecil.
“Aku kawan dengan anak dia,”
Riak wajah Hazim sedikit berubah. Hazim melarikan pandangannya. Anak Uncle Norman? Siapa? Setahu aku Uncle Norman mana ada anak? Bertubi-tubi soalan di lemparkan.
“Siapa?” soal lagi Hazim ingin tahu.
“Hakimi. Kenapa kau nak tahu sangat? Sapa kau dengan Uncle Norman?” Kali itu Aimi soal bertubi-tubi.
Ruang fikiran Hazim berlegar-legar pemuda bernama Hazim iaitu abang sulung tapi sekarang dia tidak berada di Malaysia.
“Dah lama ke kau kenal Hakimi,” Soalan Aimi sengaja dia dibiarkan tidak berjawab.
“Taklah baru. Sebelum dia berangkat ke Britain,” balas Aimi malas-malasan. Dia umpama pesalah terpaksa memberikan keterangan. Lagipun dia apa perlu dirahsiakan.
Hazim angguk beberapa kali. Air jus tembikai berbaki separuh itu disedut.
“So sapa kau dengan Uncle Norman,” Tanya lagi Aimi masih tidak berpuas hati.
“Anak buah,” bohong Hazim.
Seraya itu, dia meninggalkan Aimi bersendirian di situ. Terpinga-pinga Aimi di situ. Pelik dengan kelakuan lelaki itu. Aimi memandang batang tubuh Hazim sudah loloskan diri keluar daripada restoren itu.

bersambung....