Kekasih Kontrak Bab 18 & 19


P/s: Maaf sesangat kepada yang membaca Kekasih Kontrak ni sbb lmbt tersngt-2 update. Taksmpat nak usik crta ni. Teruskan membaca cerita dan maaflah kalau ada kekurangan di mana-2 bahagian dan saya amat lah khilaf dalam bidang tatabahsa n ejaan. kpd siapa yang menegur tntng kesalahan tatabahasa trima ksih bnyk2. Maaf kalau kurang di mana -mana. selamat membaca :)




Bab 18
MUNIRAH AISHAH melunjurkan kakinya sambil matanya memandang ke skrin televisyen. Siaran kartun menjadi pilihan dikala waktu petang sebegitu bersama dengan anak buahnya, Wafiy dan Auzaie. Kebiasaanya, lepas pulang dari kerja, pasti dia akan berehat di biliknya. Tapi jika anak buahnya ada rumah, dia akan meluangkan masa dengan mereka.
Mulutnya dari tadi tidak berhenti mengunyah Twisties. Ditiru oleh adik-beradik tersebut. Rumah teras dua tingkat itu, biasanya sunyi tapi adanya Wafiy dan Auzaie telah bertukar menjadi ceria.
“Kakak, adik sudahlah tu makan keropok. Nanti sakit perut pulak,” tegur Kak Maya sejurus memasuki ruang tamu dan perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sofa. “Kakak bawa adik basuh tangan,”
Arahan Kak Maya dituruti oleh anaknya itu. Lantas Wafiy dan Auzaie berlari ke bahagian dapur.
“Budak tu baru je makan sikit. Akak dah larang diaorang makan,” kata Munirah Aishah dengan menyuapkan beberapa kerepok Twities ke dalam mulut.
“Akak tak nak ajar diaorang makan junk food. Tak sesuai untuk budak-budak,”
Munirah Aishah mencapai gelas yang berada di atas meja kaca. Diteguk perlahan-lahan sesudah itu dia menarik sila di atas sofa bersama Kak Maya. Anak matanya tertumpu ke skrin sambil mengunyah Twisties.
Peha Munirah Aishah di tepuk. “Macam mana kerja dekat pejabat tu. Okay tak?”
“Okay aje,” balas Munirah tanpa memandang kakak iparnya.
Handsome tak bos Moon,”
Munirah Aishah mengalih pandangannya ke sisi. Di tayang muka separuh blur. Kak Maya ni tak ada soalan lain ke nak tanya.
“Boleh lah,” jawab Munirah Aishah dengan gaya tak bersungguh-sunguh.
“Sapa lagi handsome antara Irfan dengan bos Moon,”
“Kak Maya ni kenapa tanya soalan macam tu. Nak buat bancian ke apa? Ke akak nak buat calon menantu untuk anak akak dalam perut ni,”
Munirah Aishah memandang perut Kak Maya kian memboyot tu. Senyuman terlakar.
Bahu Munirah Aishah ditampar. “Ish budak ni, ke situ pulak. Budak dekat dalam perut ni pun tak tahu laki ke perempuan,”
“Dah tu, gaya akak tanya macam nak buat calon menantu aje,”
“Saja akak nak tahu. Tapi akak suka lagi Moon dengan Irfan. Secocok sangat. Harap masinlah mulut akak ni,” Kak Maya siap tadahkan tangan untuk berdoa dan berhebus-hebus bagai.
“Eii air liur bertepislah, kak. Kalau Moon ada jodoh dengan Irfan tak ke mana pun. Itu pun kalau doa akak termakbul,”
“Maknanya, Moon memang ada hati dekat Irfan lah,” terpancar sinar keceriaan pada wajah Kak Maya.
Berkerut dahi Munirah Aishah. “Pasal hati dan perasaan tu tak pernah lagilah wujud dalam diri Moon untuk dia. Tapi Moon sayang dia tak ubah adik kepada abang. Lagipun Moon cuma sayang dekat anak dia aje,”
Keluhan dan kehampanan terlukis pada wajah Kak Maya setelah mendengar ayat diluahkan. “Habis tu, Moon dah jatuh hati dekat bos Moon lah ni?”
Nak pengsan Munirah Aishah apabila Kak Maya belum habis berkisarkan perkara tadi. Sabar ajelah Moon. Teringat dia pada lelaki bernama Shahzrul Nazrin merangkap bosnya. Lelaki itu suka buat hidupnya huru-hara dari zaman sekolah sampailah sekarang.
Sekali lagi, pehanya di tanya oleh Kak Maya. “Auch! Sakitlah kak,”
“Sapa suruh berangan? Dengar tak apa yang akak tanya tadi. Moon ada hati ke dekat bos Moon tu,”
Munirah Aishah tarik nafas panjang. “Kak Maya, Moon tak suka atau jatuh cinta dengan bos Moon tu. Dia Cuma bos Moon dan Moon adalah setiausaha dia aje. Akak tak payahlah fikir bukan-bukan.
Getaran telefon bimbit milik Munirah Aishah yang berada di atas meja kaca lantas dicapai. Terdapat satu mesej diterima oleh Irfan. Mesej itu dibukak.
‘Mlm ni tman abg dengan ifa makan. Dah lama abg tk jumpa Moon’
Lincah tangan Moon membalas mesej tersebut.
‘Okay, pukul 8 mlm abg dtg ambil moon’
Butang send di tekan.
“Sapa mesej Moon?”
“Irfan,” ringkas jawabnya.
“Kan akak dah cakap, jodoh Moon dengan Irfan tu ada,”
Munirah Aishah sekadar mendiamkan diri. Untuk kali itu, dia tidak mampu untuk bersuara lagi. Jika benar-benar Irfan untuknya, mampukah dia menyayangi Irfan sebagai suaminya. Keluhan panjang menjadi jawapan tatkala itu.

APA laki yang cari pasal dulu tu bos akak sekarang?!”
            Terkejut Haida alang kepalang. Sungguh gadis itu tidak percaya. Pada hujung minggu itu, Munirah Aishah sengaja berada di kedai buku milik Puan Aida, mamanya.
            “Yelah. Takkan akak nak tipu pulak,”
            “Tak adalah akak. Haida percayalah. Ternyata dunia ni memang kecil. Tak sangka dia boleh jadi bos akak,” beberapa kali gadis itu mengangguk. Haida membantuti Munirah Aishah daripada belakang.  Munirah Aishah mencapai salah satu novel yang tersusun di dalam rak itu.
            “Best tak akak kerja dengan dia. Mesti kena buli kan,”
            “Bestlah jugak. Sebenarnya dia tu, kawan akak masa zaman sekolah,” Munirah Aishah memberitahu perkara sebenarnya. Terlopong mulut Haida mendengar cerita seterusnya. “Tutup mulut tu sikit, terlopong macam tu gajah pun boleh check-in tahu tak,”
            “Yeka dia kawan akak masa dekat sekolah. Kawan ke boyfriend,” duga Haida yang sudah tersengih-sengih kerang busuk.
            Tiba-tiba dia teringat kenangan zaman persekolahan apabila dia terpaksa menjadi kekasih kontrak secara paksaan. Argghh!! Kenapalah perlu wujud benda macam dalam otak mamat tu?!
            “Ish jangan nak mengarut sangat okay,” Munirah Aishah terus meninggalkan Haida di celah-celah rak buku. Makin di layan, makin mengada pulak budak tu.
            “Hey Ecah, right,” sapa seorang gadis tinggi lampai, sedikit mengejutkan Munirah Aishah yang sedang berjalan sambil membaca sinopsis pada bahagian belakang novel tersebut.
            Berkerut dahi Munirah Aishah melihat susuk tubuh gadis yang memakai seluar jeans hitam bersama blouse berwarna hijau muda itu. Perempuan ni kenal aku ke? Sapa perempuan ni? Munirah Aishah cuba memproses kotak minda namun tidak berjaya apabila pangkalan data terganggu.
            “Ye, saya Ecah. Cik ni kenal saya ke?”
            “Saya Rania, junior awak masa dekat Uni dulu,” Rania menghulur tangan dan di sambut oleh Munirah Aishah dengan keadaan agak blur. Lama dia berfikir akhirnya dapat juga di ingati junior-junior semasa di Uni dahulu.
            “Rania, student Mass Comm kan,”
            Rania mengangguk laju. “Betul tu, saya ingat Ecah dah lupakan saya,”
            “Maaflah saya ni pelupa sikit. Dah tua lah kata kan,” mereka berdua ketawa kecil situ.
            “Kerja dekat sini ke sekarang,” soal Rania dengan anak matanya meliar sekeliling kedai tersebut.
            “Eh taklah, kedai mama saya punya. Saja singgah sini. Dah lama tak datang ke sini,”
            Rania mengangguk. “Kalau macam tu tak apalah, saya kena gerak dulu. Sebelum terlupa, ni kad saya. Kalau free, ajak keluar sama. Boleh borak panjang,” Gadis tersebut menyelongkar beg tangannya dan menghulurkan kad nama kepada Munirah Aishah. Seraya itu, Rania meninggalkan kedai tersebut. Munirah Aishah membelek-belek kad tersebut. Dia membaca nama penuh Rania.
            “Nur Rania binti Kamaruddin,”
            Lantas kad itu di masukkan ke dalam poket seluar dan dia bergerak menuju ke belakang.

SELEPAS sahaja pulang daripada kedai buku, Munirah Aishah menuju ke rumah Irfan untuk mengambil Asyifa. Irfan memberitahu bahawa, Asyifa ingin bermalam di rumahnya. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju sahaja dengan permintaan anak angkatnya.
            Munirah Aishah menongkat dagu pada meja studinya. Dia sengaja  mengurangkan dirinya di dalam bilik. Manakala Asyifa berada di bilik Puan Aida. Mungkin mama merindukan Asyifa.
            Deduan pintu diselak perlahan, Munirah Aishah menoleh melihat gerangan siapa yang datang. Dia mengukir senyuman kepada anak kecil itu dan Asyifa datang mendekatiya.
            “Ifa dah mengantuk ke?” soal Munirah Aishah, laju Asyifa mengeleng mengatakan tidak.
            Munirah Aishah mengangkat Asyifa duduk di atas pangkuannya.
            “Buat apa dekat bilik nenek tadi,”
            “Tak buat apa-apa. Nenek cakap rindu dekat Ifa,” petah Asyifa bersuara biarpun anak kecil itu agak pelat tetapi Munirah Aishah masih faham.
            “Tak rindu dekat papa ke?”
            Asyifa mengangguk. “Kesian papa tidur sorang-sorang malam ni kan, ma,”
            “Tahu pun,” Munirah Aishah mencuit batang hidung anak angkatnya.
            “Mama sayang Ifa tak,” soal anak kecil itu.
            “Mestilah mama sayang dekat Ifa,” Munirah Aishah mencium pipi gedu Asyifa.
            “Papa? Mama sayang tak?”
            Terasa ada tali menjerut panggal lehernya dengan soalan daripada Asyifa. Munirah Aishah terdiam waktu itu. Tiada jawapan untuk dilafazkan. Apa yang harus ingin aku  katakan.

BAB 19
ANGIN lembut menyapa lengkuk pipi lelaki yang berada di halaman rumahnya. Lelaki itu hanya bersendiran ditemani cahaya bulan. Shahzrul Nazrin melurut rambutnya dengan kasar setelah mengingat kejadian semalam.
            Sewaktu perjalanan pulang daripada bermain fustal dengan rakannya, dia ternampak kelibat Munirah Aishah bersama dengan seorang lelaki dan budak kecil. Dia pasti budak kecil itu, sama dengan budak kecil yang pernah ditemui di pusat membeli belah. Sikit sebanyak kejadian itu mengusik panggal fikirannya.
            “Memang benar dia dah kahwin. Terang lagi bersuluh,” monolog Shahzrul Nazrin sendirian sekali itu bibirnya mengoyak senyuman secara plastik.
            “Tak sangka dia dah jadi milik orang. Tapi kenapa dia tak pernah mengaku sendiri?”
            Berputar-putar soalan demi soalan belum lagi terungkai. Sejak kehadiran Munirah Aishah di pejabat itu, membuatkan fikirannya selalu tenang. Malah, layanan Munirah Aishah kepadanya tak ubah seperti zaman persekolahan dahulu.
            Makin gadis itu marah, semakin suka dia menyakat. Makin gadis itu membebel, semakin lebar senyuman dengan leteran tersebut. Semuanya berlaku dengan pantas, hampir tiga bulan gadis berkhidmat dengannya sebagai setiausaha.
            Shahzrul Nazrin makin senang kehadiran gadis tersebut. Di harapkan, semua itu tidak akan pernah berhenti.
            “Along!” tegur Suhaila menepuk bahu Shahzrul Nazrin.
            Lemah semangat Shahzrul Nazrin dengan sapaan mengejut daripada Suhaila. Hampir terkeluar jantungnya tatkala itu.
            “Ish apa ni buat terkejut macam. Nak bunuh along ke?” marah Shahzrul Nazrin yang mengurut dadanya. Jantungnya masih lagi tidak stabil. Suhaila mengambil tempat disebelah abangnya.
            “Sorry tak sengajalah. Orang datang pun Along tak sedar, khusyuk sangat berkhayal kan,”
            “Takada apalah. Asal tak tidur lagi. Dah lewat ni kan,” Shahzrul Nazrin menjeling jam pada pergelangan. Jarum jam menjangkau pukul dua belas tengah malam.
            “Belum mengantuk lagi. Ingat Along dekat bilik tadi. Alih-alih dekat luar rupanya,”
            “Along sahaja ambil angina malam, bestkan,”
            Suhaila menilik wajah milik abangnya. Dengan rambut kusut masai, tak terurus langsunglah!
            “Along ada masalah ke?”
            “Taklah. Mana ada masalah pun,” dalih Shahzrul Nazrin dah berlagak selamba seolah-olah tiada masalah.
            “Along tak payah nak kelontong Suhaila okay. Dahlah cepat cerita orang nak dengar ni,” Suhaila sengaja menayang muka comel untuk abangnya. Pipi putih Suhaila dicubit geram oleh Shahzrul Nazrin. Kedengaran keluhan panjang pada lelaki itu.
            “Pasal setiausaha, along,” dengan jayanya, Shahzrul Nazrin membuka cerita.
            “Eleh, tadi cakap takada masalah sangat. Kenapa dengan setiausaha along tu?” Gadis itu cuba memancing minat tentang cerita setiausaha abangnya.
            “Along, nampak dia dengan seorang lelaki,” tuturnya lemah.
            “Eh, Along cemburu ke?”
            “Ish, taklah Along nak cemburu pulak,”
            “Habis tu apa maksud lagi kalau bukan cemburu. Along suka dia ek?”
            Shahzrul Nazrin mengangkat bahu. “Tah, Along sendiri pun tak pasti,”
            “Senang macam ni lah, esok along pergi ofis lepas tu ajak dia pergi dinner malam esok then masa dinner tu, along lamarlah dia,” cadang Suhaila. Suhaila dapat membayangkan betapa sweetnya sewaktu melamar itu nanti.
            Tergaru-garu kepala Shahzrul Nazrin tidak gatal dengan cadangan Suhaila itu. “Ish taknak lah. Along bukan pandai nak madah pujanga semua tu. Memalukan je,”
            “Kalau along tak ikutlah. Kalau melepas, jangan salahlan orang dalam hal ni. Okaylah orang masuk dulu. Selamat malam. Assalamualaikum,”
            Tubuh Suhaila berlalu masuk ke dalam rumah. Shahzrul Nazrin membalas salam di dalam hati.
            Melantun-lantun perkataan melamar seperti dicadangkan oleh Suhaila.
            “Melamar? Patut ke aku buat macam tu. Tapi bukan ke dia bini orang,”
            “Kau perlu cuba Shahzrul Nazrin,” ada satu suara membisik dihatinya.

SHAHZRUL NAZRIN mundar mundir dalam pejabatnya. Dari kanan ke kiri, kiri ke kanan. Fikirannya runsing memikirkan cadangan adiknya dua hari lepas. Perlu ke dia buat semua? Macam dah terdesak sangat je.
            Lelaki yang memakai kemaja berwarna hijau muda cuba untuk menenangkan diri. Tapi dia gagal. Dua malam berturut tidurnya di ganggu oleh cadangan adiknya. Apa reaksi Moon kalau tiba-tiba aku ajak dia keluar makan? Adakah dia terima atau dia tolak.
            Tiba-tiba pintu diselak tanpa diketuk terlebih dahalu. Terkejut Shahzrul Nazrin yang sedang mengelamun. Munirah Aishah memunculkan badannya di balik pintu.
            “Masuklah,” pelawa Shahzrul Nazrin, lelaki itu kembali ke meja kerja.
            “Maaf tak ketuk pintu dulu, Reen sibuk ke?” soal Munirah Aishah. Shahzul Nazrin meminta Munirah Aishah memanggil dirinya sebagai Reen. Dia malas berkelakuan formal jika mereka berdua. Melainkan jika berjumpa dengan klien, baru lah Munirah Aishah memanggil Encik Shah.
            Munirah Aishah menapakkan diri ke meja milik Shahzrul Nazrin. Kelakuan Shahzrul Nazrin agak aneh dua hari ni. Munirah Aishah sendiri tidak pasti apa yang telah terjadi ke atas diri lelaki itu.
            Tanpa di pelawa, Munirah Aishah melabuhkan punggungnya pada salah satu kerusi di meja Shahzrul Nazrin. Shahzrul Nazrin tidak melepaskan pandangan kea rah gadis itu.
            “Tadi Moon dapat call daripada setiausaha Datuk Faiz minta Reen jumpa Datuk Faiz petang ni dalam pukul 3,” Munirah Aishah memberitahu apa yang dituliskan di dalam buku catatan untuk jadual pengurusan Shahzrul Nazrin.
            Munirah Aishah mendongak ke arah Shahzrul Nazrin. Kaku dan membekukan dirinya. Dia ni dengar ke tak apa aku cakap ni.
            “Encik Shahzrul Nazrin b. Mohd Kamal,” sengaja Munirah Aishah menyebut nama penuh lelaki itu. Lelaki itu bagaikan tersedari daripada alam nyata.
            “Hah?”
            “Apa hah, hah. Orang bagitahu dia boleh pulak mengelamunkan,” rengus Munirah Aishah dengan sikap majikannya macam tu.
            “Moon bagitahu apa tadi,”
            “Datuk Faiz nak jumpa Reen pukul 3 nanti,” Munirah Aishah terpaksa mengulang suara akibat lelaki boleh termenung.
            “Dia nak jumpa dekat mana,”
            Munirah Aishah membaca kembali buku catatan itu. “Dekat Hotel Vistana,”
            Shahzrul Nazrin angguk.
            “Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu,” Munirah Aishah sudah pun mengangkat punggungnya untuk beredar keluar dari situ.
            “Moon!” Shahzrul Nazrin menyeru namanya. Gadis itu berpaling kea rah nya.
            “Ada apa,”
            Dengan gaya gentlemen lelaki itu bersuara. “Free tak malam ni?”
            Munirah Aishah buat muka separuh blur. Kenapa dengan mamat ni, tiba-tiba tanya free ke tak?
            “Moon free selalu kalau malam,”
            Berketar-ketar Shahzrul Nazrin menunggu jawapan daripada Munirah Aishah. “Kita keluar dinner malam ni,”
            ‘Dinner? Apa dah buang tabiat ke dia. Memang sah, Reen tak sihat,’ bisik dihatinya.
            Shahzrul Nazrin menunggu jawapan Munirah Aishah dengan penuh sabar.
            “Okay, malam ni pukul 8,”
            Munirah Aishah beredar daripada situ meninggalkan Shahzrul Nazrin. Lelaki itu sudah melonjak kegembiraan apabila Munirah Aishah tidak menolak pelawaannya yang pertama ni. Dia menarik nafas lega kerana Berjaya untuk misi pertama.

KASUT TUMIT TINGGI di sarung pada kaki Munirah Aishah, di langkah penuhberhati-hati ke kereta milik Shahzrul Nazrin. Gadis itu memakai blouse berwarna merah jambu cair dipadankan dengan seluar jeans potong kembang dibawah serta tidak ketinggalan kepalanya dibaluti pashmina bercorak menyerlah kecantikannya pada malam. Sekaligus membuatkan lelaki itu terpegun.
            Pantas pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu dibukakan untuk Munirah Aishah oleh Shahzrul Nazrin. Kelakuan lelaki itu telah mengoyak senyuman daripada gadis itu. Munirah Aishah bagaikan tidak percaya apa dilakukan oleh lelaki itu. Siap tolong bukakan pintu!
            Berdebar-debar hati Munirah Aishah tatkala itu. Kali pertama dia rasakan lelaki berkelakuan agak romantis sekali. Shahazrul Nazrin kembali ke tempat duduk pemandu dan kereta tersebut telah meluncur ke jalan raya.
            “Ada sapa dekat rumah,” Setelah masing-masing membatukan diri, akhirnya Shahzrul Nazrin memilih untuk bersuara.
            “Ada mama je, kenapa?” ucap Munirah Aishah sambil mendengar lagu berputar dicorong radio.
            “Saja nak tahu,” Dahi Shahzrul Nazrin berkerut sikit. Dimana suami dengan anak dia? Perkara itu masih lagi berlegar-legar di ruangan mindanya. Ah! Lantaklah! Malas nak fikir.
            Shahzrul Nazrin memarkirkan keretanya berdekatan dengan restoran pilihannya. Munirah Aishah melangkah keluar dari kereta Shahzrul Nazrin. Munirah Aishah makin hairan dengan kelakuan lelaki itu sama seperti tadi, lelaki itu juga membukakan pintu kereta buatnya. Sikap dia semakin aneh dan pelik!
            Mereka berjalan beriringan menuju ke salah satu restoran kegemaran Shahzrul Nazrin. Pintu kaca yang tutup kini dibuka  oleh penyambut tetamu yang sentiasa menyambut kehadiaran pelanggan yang hadir di situ. Munirah Aishah memerhati sekeliling, pelanggan telah memenuhi setiap ruang yang ada.
            Shahzrul Nazrin mendahului langkahnya dan diekori oleh Munirah Aishah yang berada di belakang. Langkah mereka berhenti di sebuah meja yang telah ditempah oleh Shahzrul Nazrin terlebih dahulu.
            “Jemput duduk,” Shahzrul Nazrin menarikkan kerusi buat Munirah Aishah. Tanpa banyak bicara gadis itu melabuhkan punggungnya.
            Makanan sudah terhidang tanpa dipesan. Munirah Aishah melihat makan ala barat menjadi sajian makan malam buat mereka. Hati Munirah Aishah semakin resah dengan tingkah laku lelaki tersebut.
            “Kenapa kau lain sangat malam ni, kau buat aku rasa nak demam pun ada,” soal Munirah Aishah ingin tahu. Sumpah lelaki itu, dah macam buang tabiat. Ni bukan sekadar makan malam biasa tapi luar biasa.
            “Apa yang lain. Sama aje,” lelaki itu cuba menyimpan perasaan gementarnya. Bukan mudah untuk dia jadi sebegitu rupa. Itu pun hasil tunjuk ajar daripada Suhaila.
            Air jus oren yang tersedia di tepi hidangan di capai oleh Shahzrul Nazrin. Dia menghirup perlahan. Munirah Aishah yang duduk bertentangan dengannya sudah tidak selesa dengan situasi begitu. Ini bukan Shahzrul Nazrin dikenalinya. Entah-entah siapalah lelaki yang menyamar jadi Shahzrul Nazrin ni!
            “Aku ada perkara nak bagitahu dekat kau,”
            Munirah Aishah memandang Shahzrul Nazrin. Dia menantikan perkara yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.
            “Sebenarnya…”
            Kata-kata Shahzrul Nazrin terhenti sebaik sahaja ada tangan mendarat di bahu lelaki itu. Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah gerangan tersebut.
            “Hey! Bro lama tak jumpa,” riuh suara lelaki itu. Mereka berjabat tangan dan berpelukan setelah sekian lama tidak berjumpa. Disebabkan itu, konsentrasi tersebut telah menganggu perbualan Shahzrul Nazrin dengan Munirah Aishah.
            “Eh, bila kau balik sini,” tanya Shahzrul Nazrin kepada rakan lama iaitu Syawal Asri. Selepas Syawal menghabiskan di tingkatan enam, lelaki itu menyambung pelajaran di Jepun dan sejurus menyelesaikan pengajian, lelaki itu mengambil keputusan untuk berkerja di sana bebera tahun.
Kebetulannya ternampak kelibat rakanya di restoren tersebut. Munirah Aishah sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba.
            “Aku baru sampai sini seminggu,” jawab Syawal dengan nada ceria. Syawal menjeling ke kirinya melihat seorang gadis bertudung bersama Shahzrul Nazrin. Syawal cuba untuk mengamati wajah gadis tersebut. 
            “Munirah Aishah, right,” tegur Syawal Asri kepada gadis itu. Gadis itu terpaksa mendongak melihat wajah si pemanggil. Munirah Aishah memaniskan mukanya.   “Serius ni ke Moon, macam tak percaya. Ayu giler hah,”
            “Aku lah ni. Munirah Aishah, pengawas korang dulu,” tuturnya Munirah Aishah masih segan silu dengan lelaki itu. Biarpun lelaki itu pernah menjadi lelaki idaman Malaya, dia tetap berusaha untuk menyembunyi perasaan suka terhadap lelaki itu. Kalau tak memang kantoilah jawabnya.
            “Dah makin cun kau sekarangkan,” puji Syawal. Munirah Aishah sudah tersilu malu. Tatkala itu, hati Shahzrul Nazrin sudah rasa terbakar akibat cemburu dengan dua insan tersebut. “Eh, aku join taka pa ke? Ke menganggu korang berdating,”
            “Kita orang mana ada dating. Cuma makan-makan je. Joinlah baru meriah sikit,” belum sempat Shahzrul Nazrin pintas, Munirah Aishah terlebih dahulu pintasnya. Dengan hati gembira Syawal melabuhkan punggung pada kerusi kosong tersebut.
            “Aku ingat kau tengah bercinta dengan Reen ni,” sangkal Syawal yang dari tadi memerhati wajah comel milik Munirah Aishah.
            “Mana adalah Syawal. Aku ni setiausaha Reen sekarang, aku sekarang ni single available lagi tau,” Munirah Aishah sudah mengelang-gelang setelah mendengar sangkalan daripada Syawal. Luar biasalah kalau dia bercinta dengan Shahzrul Nazrin.
            “Kira ada chance lah ni aku nak tackle kau kan, Moon,”
            Bagaikan tusuk dengan belati tajam apabila mendengar Syawal cuba ingin mengambil Munirah Aishah daripadanya. Perancangan semua musnah apabila kehadiran Syawal secara tiba-tiba di restoren itu. Melihat riak wajah Munirah Aishah, ternyata gadis itu menyenangi kehadiran Syawal. Hatinya bagai ingin pecah tatkala aksi gelak tawa daripada mereka.  
   

MRS. ALWAYS RIGHT 4

BAB 3

ENJIN Vios dimatikan sejurus sampai sebuah kedai makan. Hazim sekilas menoleh ke sisi, tercengang melihat Aimi dalam keadaan terpinga-pinga.
“Apasal kau pandang macam tu,” soal Hazim.
“Tak ada kedai lagi elok ke kau nak bawak aku makan,” Aimi berkata dengan nada agak sombong.
Hazim memandang ke arah sebuah kedai makan. Kedai tersebut yang berada di bawah pohon nan rendang. Malah kedai tersebut sarat dengan pengunjung makan tengah hari. Makanan yang terkenal di situ adalah Asam Pedas Ikan Pari. Rugi siapa yang tidak mencuba.
“Apa yang teruk sangat kedai tu. Okay aje,”
“Aku ingat kau nak bawak aku makan dekat restoren mewah mana tadi. Dekat sini rupanya,” kutuk Aimi dengan geram.
“Ini restoren mewah aku okay,” bersabarlah Hazim oit dengan minah ni. “Daripada kau makan mewah-mewah macam tu tak guna jugak okay. Tak berbaloi. Kau ingatlah sikit, berjimat. Tahu nak boros aje. Kau perlu bersyukur tahu tak. Orang duduk dekat Palestin tu tak cukup makan tahu tak. Tapi diaorang masih bersyukur kalau ada bantuan datang bagi makanan. Tak adanya yang memilih,”
Aimi memekakkan telinga mendengar lelaki itu mula  bersyarah.
“Kalau aku sakit perut siap kau,”
“Tak dapat sapa lagi makan dekat situ masuk ICU, melainkan ajal kau masa tengah makan,” bidas Hazim. Di dalam hati Aimi berbakul-bakul sumpah seranah dituju khas untuk lelaki itu.
Akhirnya Aimi akur dengan hati yang sebal dia turut dan mengekori Hazim. Melihat Hazim memilih lauk pauk dalam bekas di atas meja itu. Aimi turut mengambil makanan. Sejurus itu, Hazim mencari tempat kosong untuk didudukinya. Hazim tersenyum melihat gadis itu terkulat-kulat memilih lauk. Argh! Biarkan aje, belajar hidup bersederhana. Tahu nak mewah aje.
Ligat Hazim menjamah nasi. Dia memandang gadis itu sekadar menyuap beberapa suap ke mulut. Melihat lauk yang di ambil oleh gadis itu hanya ayam goreng dan sedikit sayur-sayuran serta sejemput nasi putih.
“Kenapa tak makan?” tanya lelaki itu menyuapkan sayur kangkong ke dalam mulutnya.
Aimi diam.
Rasa bersalah berkubang dalam hatinya. “Sorry kalau buat kau tak selesa,”
Aimi menggeleng. Tak sampai setengah jam menjamah makan tengah hari. Pinggan yang tadi penuh dengan lauk kini kosong pada pinggan Hazim. Lantas pinggan tersebut di tolak perlahan
“Kau dah habis makan belum,”
Aimi mengangguk. Hazim bangun dan menuju sinki untuk membasuh tangan. Selesai membasuh tangannya, dia kembali ke meja dan menghirup air yang berbaki di dalam gelas.
“Akak! Kira ni,” Hazim memanggil Kak Su merupakan pemilik kedai tersebut. Kak Su bergerak kepada Hazim yang merupakan pelanggan tetap di situ.
“Aik, selalu datang seorang aje,” usik Kak Su yang kertas kecil di tangan. Hazim senyum. “Hari ni datang berdua pulak,”
Hazim melirikan matanya kepada Aimi seraya itu melakarkan senyuman buat Kak Su. Pemilik kedai itu turut membalas senyuman sebelum mengira makanan tersebut.
“Semua sekali lima belas ringgit, Hazim,” ujar Kak Su apabila selesai mengira.
“Kira asing-asing,” kata-kata Hazim membuatkan gadis dihadapan lelaki itu melipat maut.
“Kalau asing-asing, Hazim lapan ringgit. Adik ni tujuh ringgit je,”
Hazim mengeluarkan wang bernilai not lima ringgit sehelai dan not seringgit, tiga helai. Begitu juga Aimi, menyelongkar kasar beg tangannya dan memberikan not sepuluh ringgit sekeping. Kak Su memulang balik baki kepada Aimi sebelum beredar.
“Apasal bayar asing-asing? Ke kau tak mampu nak bayar,”
“Sebab kau bukan wife aku lagi. Takkan tujuh ringgit pun kedekut sangat nak bayar,” Hazim melarikan diri ke keretanya. Aimi menghentak kaki dengan sikap Hazim begitu. 
“Cakap dengan laki ni sumpah menyakitkan hati. Kenapalah wujud orang macam ni?” gumam Aimi.
****
PADA hujung minggu itu, Hazim membawanya ke suatu tempat. Mata Hazim meliar-liar mencari parkir kosong. Akhirnya dapat juga parkir kosong. Hazim mengalih pandangan ke sisi, dipandangnya gadis itu sedang leka bermain dengan telefon pintar.
“Jom turun dah sampai,”
Aimi mengangkat wajah memandang lelaki itu. Aimi memerhati sekeliling itu. Ada budak-budak kecil sedang bermain. Ada sebahagiaannya menunggang basikal. Aimi memanggung kepalanya dan mendongak melihat sebuah kawasan pangsapuri.
“Kita nak pergi rumah sapa ni,”
Aimi mengekori lelaki itu walaupun dia tak tahu lelaki itu hendak bawa dia ke mana. Pintu lif terbuka dan kedua-dua mereka memboloskan diri masuk.
“Kita pergi rumah ummi aku,”
Hazim menekan punat lif ke tingkat empat.
“Jumpa ummi kau. Cepatnya,”
“Lagi cepat lagi bagus,”
Aimi sekadar diam. Terasa berdebar-debar di dada.  Sepatutnya hujung minggu itu, dia bersantai di Villa tapi lelaki itu memaksa secukup-cukup. Kejamkan! Pintu lif terbuka dan mereka berada di tingkat empat. Hazim melangkah laju di ekori oleh Aimi.
Sampai di hadapan pintu rumah. Hazim memberikan salam sebelum Puan Sara membukakan pintu. Terkejut dengan kedatangan Hazim bersama seorang gadis. Hazim tunduk hormat dan menyalami tangan wanita itu. Aimi turut meniru perbuatan tersebut.
“Masuklah. Maaflah rumah ummi ni bersepah sikit,” ujar Puan Sara. Aimi mengukir senyum. Langkahnya di atur ke ruang tamu. Aimi menoleh ke arah Hazim yang mengangkat panggilan telefon.
Puan Sara melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Di pandang gadis itu beberapa kali. Mungkin yang dikhabar wanita yang bertakluki hati anak lelaki itu.
“Ummi,”
Puan Sara mendongak dan memandang wajah anak terunanya. “Ada apa,”
“Hazim keluar kejap. Ada hal sikit,”
Puan Sara mengangguk.
“Aimi, saya keluar kejap nanti saya datang balik,”
Riak Aimi sedikit terkejut dengan cara percakapan Hazim. Kali pertama lelaki itu bercakap baik dengannya tidaknya selalu saja dingin. Aimi tidak membalas tapi sekadar mengukir senyuman.
*****
Puan Sara memasukkan bancuhan tepung di dalam kuali panas. Aimi sekadar memerhati telatah ibu kepada Hazim. Wanita itu yang mengelarkan dirinya ummi itu, perwatakkan agak senang. Peramah dan memberi layanan yang baik.
“Hazim tak ada adik ke, ummi,” tergeliat lidah Aimi memanggil Puan Sara. Di tangan Puan Sara ada bekas berisikan tepung telah dibancuh. Kuih jagung dijadikan sebagai hidangan.
“Ada, tapi tak balik lagi,” jawab Puan Sara sambil meletakkan bekas di tepi dapur.
“Perempuan ke laki?”
Aimi mengekor rahsia tentang lelaki itu. Ternyata dia tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu. Sedangkan nama penuh lelaki itu pun dia tidak tahu. Inikan pulak perkara lain.
“Perempuan. Tahun dia ambil SPM. Itu sibuk sikit, dia belajar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang pergi rumah cikgu dia. Susah nak tengok melekat dekat rumah ni,” Kuih jagung di menjadi warna kekuning-kuningan kerana sudah masak.
Aimi mengangguk dua kali. “Ayah Hazim?”
Puan Sara menoleh ke arah anak gadis itu. Segaris senyuman terukir pada bibir wanita 50an, sejujurnya gadis itu tidak tahu apa tentang Hazim.
“Hazim tak bagitahu apa-apa ke dekat Aimi,”
Aimi menggeleng laju.
“Sebenarnya, ummi bukan ibu kandung Hazim,” suara Puan Sara mendatar. Aimi pandang tidak mengerti maksud Puan Sara.
“Maksud ummi apa? Kalau ummi bukan ibu kandung Hazim. Kenapa dia bawa Aimi ke sini?” Bertubi-tubi soalan masih tidak berjawab. Aimi jadi serabut.
Puan Sara menarik nafas panjang. Rupanya pelbagai soalan belum terungkap.
“Ummi hanya penjaga dia. Ibu kandung dia masih hidup. Cuma Hazim dengan ibu kandung dia ada masalah sikit. Ummi jaga dia masih dia masuk sekolah menengah atas keizinan ibu dia sendiri. Masa tu arwah ayah dia masih ada,” jelas Puan Sara.
Wanita itu memadamkan api dapur setelah selesai mengoreng kuih tersebut. Puan Sara menggelang beberapa kali. Sesekali nafasnya dilepas secara kasar. Kasihan pada gadis itu.
“Sepatutnya, ummi bagitahu dia awal-awal. Ceritakan segala-galanya,” Puan Sara mengambil tempat di kerusi kosong itu. Lalu dilabuhkan punggungnya.
“Kitaorang tak pernah bercinta pun, ummi. Itu sebab saya tak tahu apa-apa tentang dia,” Aimi membuka cerita.
“Ummi tahu pasal tu,”
Aimi kalih kepalanya terhadap Puan Sara. “Ummi tahu,”
Dua kali wanita 50an itu mengangguk. “Ye. Dan kamu perempuan pertama dia bawak ke sini. Sebelum ni tak pernah pun. Cinta itu tak semestinya korang kena bercinta bertahun-tahun, lepas tu bernikah. Tapi cinta lepas nikah itu lebih afdal,”
Aimi sedaya upaya memproses kata-kata itu sedikit sebanyak membuatkan dia tersenyum.
“Cinta tu boleh pupuk bila korang dah bernikah nanti. Kalau Hazim berkasar dengan kamu. Kamu maafkan dia ye. Dia memang macam tu sikit. Tapi dia baik. Insyaallah dia akan jaga kamu sebaik mungkin, kalau kamu bersama dengan dia,” kata-kata Puan Sara disambut dengan senyuman manis milik Aimi.

BERSAMBUNG....

MRS. ALWAYS RIGHT 3

BAB 3


Tanganya ligat memutarkan pen hitam. Kertas putih di atas meja itu sudah penuh dengan lukisan seperti kanak-kanak ribena. Dia mula bosan. Telefon bimbitnya ditenung beberapa kali. Tiada tindak balas di terima.
Fikirannya merawang-rawang terhadap seorang gadis kerek itu. Bayangan wajah gadis itu sentiasa berada ditubir matanya. Apa saja di lakukan pasti bayangan itu juga ada di situ. Apakah semua ni? Aku tak faham. Takkan aku dah angau dekat dia. Mustahil. Susah hati aku nak terima semua tu.
Pen hitam itu jatuh daripada putaran tersebut. Otaknya ligat memproses satu idea tidak masuk akal. Tanpa sedar, bibir itu melakar senyuman. Hazim terus angkat punggung. Dia beredar pergi, dengan tergesa dia menuju ke pintu lif yang terbuka dan kakinya dihayun ke parkir kereta.
*****
Kertas kerja berselerak di atas meja. Satu per satu kertas diteliti dengan penuh hati-hati. Risau dia bakal membuat kesalahan. Biarpun jarum jam sudah pun bergerak pukul 5.30 petang dia masih berada di pejabat. Tambah lagi, lusa dia akan berlangsungnya mesyuarat.
Hari itu Aimi terpaksa membatalkan sebarang pertemuan dengan mana-mana klien. Demi menyiapkan kertas kerja tersebut. Jarang gadis itu cuai dalam etika bekerja. Akibat leka dia terpaksa menyiapkan kerja tersebut dalam waktu singkat.
Tiba-tiba daun pintu di tolak kasar daripada luar. Memaksa Aimi menoleh. Tubuh dikenalinya, iaitu Hazim dan setiausahanya, Nurul. Wajah setiausahanya seperti ketakutan melihat Aimi sibuk menyiapkan kerjanya.
“Maaf Cik Aimi. Saya dah bagitahu Cik Aimi sibuk, tapi dia berkeras juga,” nada tutur Nurul agak mendatar.
Aimi menarik nafas. “Tak apalah. Dia dah masuk pun. Awak boleh keluar,”
Nurul tunduk dan segera beredar meninggalkan bosnya dengan lelaki itu. Hazim menghampiri meja Aimi. Ternyata gadis itu sibuk seperti diberitahu oleh setiausahanya sebelum dia merempuh masuk bilik tersebut.
Lelaki itu mengambil tempat di kerusi hadapan Aimi. Di tongkatkan dagu dan senyuman. Aimi keluh dengan telatah lelaki itu. Dia ingat, dia tidak akan lagi berjumpa dengan lelaki itu. Malangnya, jangkaannya meleset sama sekali.
“Ada apa datang sini,” soal Aimi hairan dengan kedatangan Hazim tak diundang.
“Saja,”
“What!” Aimi meninggikan suara.
“Rilekslah. Tak perlu tinggikan suara macam tu. Aku belum pekak lagi. Aku datang sini nak kutip hutang,”
Aimi tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Hazim.
“Hutang? Aku tak pernah hutang apa dengan kau. Kau boleh balik sekarang aku banyak kerja nak buat,” perintah gadis itu dan menunjukkan pintu itu kepada lelaki itu.
“Kau ada hutang dengan aku! Hutang cabul kehormatan aku!”
Riak wajah gadis itu memaparkan terkejut dan seakan-akan tidak percaya.
“Aku tak buatlah semua tu. Aku tahu haram atau tak!” Aimi cuba membantah. Semuanya tak masuk akal. Hazim tarik sengih. Pasti gadis itu mengelabah gajah.
“Kau dah lupa ke apa kau buat dekat aku masa kereta kau rosak,” Hazim cuba psiko gadis itu. Aimi cuba mengingati kejadian di mana keretanya rosak dan lelaki itu menolongnya tatkala itu. Dia teringat sesuatu tapi di tidak yakin. Tak mungkinlah.
Hazim menantikan jawapan daripada gadis itu. Dia tahu gadis itu tengah runsing dengan kerja berlambak tiba-tiba ada malapetaka baru datang. Tapi dia suka sangat.
“Habis tu kau nak aku buat apa?” tanya Aimi.
“Kau kena kahwin dengan aku!”
“What!”
*****
AIMI bangun dari katil dan mundar mundir di dalam kamar tidurnya. Sambil itu jari telunjuk di gigitnya. Otaknya seolah-olah tidak berfungsi. Selepas pulang daripada pejabat di terus mengurungkan dirinya di dalam bilik. Makan malam pun tidak menyertai olehnya. Fikirannya makin serabut.
Teringat tentang perbualan antara Aimi dan Hazim. Perbualan yang amat menyakitkan hatinya.
“What!”
“Kan aku dah cakap tak perlu jerit kuat-kuat. Nanti kalau aku dah pekak. Kau jeritlah kuat-kuat,” Hazim berkata selamba. Dia tahu gadis itu sedang panas hati dengan keputusan begitu.
“Aku tak nak kahwin dengan kau faham tak!” Aimi makin menyinga dengan perangai Hazim. Dia ingat perkara perkahwinan itu macam couple agaknya.
“Okay, kalau kau tak nak khawin tak apa. Tapi kau jangan menyesal kau aku buat jumpa reporter dan aku akan sebarkan cerita dalam surat khabar,” bait-bait bicara Hazim adalah berbaur ugutan. Aimi merengus kasar.
“Kau jangan main kasar dengan aku!” amarah Aimi mula memuncak. Tegang urat sarat Aimi tatkala itu. Lelaki itu masih lagi tenang dengan perubahan Aimi.
“Aku tak main-main. Ini Hazim okay. Perkara macam tu aku tak main-main,” Aimi tak mampu bayangkan perkara itu berlaku. Reputasinya akan hancur berderai. Aimi merenung tajam terhadap lelaki itu. Tenang. Dia tak tahu apa punca lelaki itu bersikap setenang itu.
Hazim menolak kerusi itu ke belakang perlahan-lahan. Seraya itu di angkat punggungnya untuk beredar daripada situ.
“Okay kalau itu yang kau mahukan. Aku akan lakukan,”
Hazim mengatur langkah ke pintu. Tombol pintu segara dipulas.
“Hazim!” Nama lelaki itu di seru. Hazim menguntum senyuman sebelum memaling ke arah gadis itu. “Okay! Aku terima cadangan kau. Aku akan khawin dengan kau. Puas hati,”
Hazim tersenyum puas. Biarpun caranya itu agak kejam tapi dia amat sukainya.
“Kan senang kalau bagi jawapan dari tadi. Tak adalah susah sampai aku nak kena ugut kau, baru kau nak terima,” Lelaki itu meninggalkan kata-kata itu sebelum melenyapkan diri daripada bangunan tersebut.
Manakala Aimi menghempaskan tubuhnya di atas kerusi. Nafas turun naik akibat amarahnya. Kenapa begitu mudah aku tertewas dengan laki itu? Kenapa? Kenapa kau lawan balik apa dia cakap?! Mana pergi Aimi Batrisya yang selalu melawan dan membantah. Mana pergi!

BERSAMBUNG....