BAB 16
“INTAN,
tambahlah lagi. Banyak lagi lauk tu,” ujar Puan Nora kepada yang mengagahkan
diri menghabiskan sisa nasi di pinggan. Shahzrul Nazrin ligat menyuapkan nasi
ke mulut.
“Cukuplah
Auntie, Intan dah kenyang ni,” jawab Intan bernada lembut sambil mengukir senyuman.
“Intan
ni bukan kenyang pun tapi diet,” Ibu Intan, Puan Arissa yang memakai baju
kaftan biru terang mencelah seketika. Tersipu malu Intan.
Tidak
dinafikan masakkan Puan Nora sungguh sedap. Paling disukainya lauk Sambal
Udang. Tadi Intan hanya ambil sedikit sahaja. Akibat terlampau kenyang.
Kebetulan sebelum dia datang ke rumah itu, sebelum itu dia berjumpa dengan
rakan lama dan sekali gus menemani kawannya makan.
Usai
sahaja, makan malam mereka semua beredar daripada ruang makan ke ruang tamu. Gamat
dengan gelak tawa rumah itu, terasa meriahnya. Pelbagai perkara yang dibincangkan.
Kaki Shahzrul Nazrin melangkah ke ruang dapur. Melihat Intan sibuk membantu Mak
Siah.
“You
tu tetamu Intan. Asal pulak you ada dekat sini,” tegur Shahzrul Nazrin mencapai
buah epal dalam bakul atas kabinet. Intan mengukirkan senyuman. Gadis itu memang
murah dengan senyuman.
“Mak
Siah dah larang dia tadi,tapi degil sangat,” celah Mak Siah yang sedang
membancuh air untuk tetamu yang datang.
“Alah
sikit aje pun,”
Shahzrul
Nazrin menyandarkan tubuh pada kabinet hanya memerhati tingkah laku gadis itu.
Lain daripada lain. Itu yang dapat Shahzrul Nazrin nyatakan. Semasa di sekolah
lain, sewaktu di luar negera pun lain. Tapi melihat daripada luaran gadis itu
banyak berubah.
Kenapa
aku tidak pernah terpaut dengan gadis ni?
“Jom
ke depan,” teguran Intan menghilangkan lamunan seketika. Intan menatang dulang
tersebut dengan penuh berhati-hati dan berjalan ke ruang tamu. Shahzrul Nazrin
mengekori Intan daripada belakang.
Kedua-dua
pasangan suami isteri menyambut kehadiran Intan dan Shahzrul Nazrin dengan
senyuman manis. Perlahan-lahan Intan meletakkan dulang itu ke atas meja. Enam
biji gelas diatur lalu dituangkan air bandung.
“Jemputlah
minum. Intan cuma bawak saja. Mak Siah
yang buatkan air ni,”
Intan
berkata jujur. Gadis itu mengambil tempat di sisi Shahzrul Nazrin. Sementara
lelaki itu sibuk dengan telefon pintarnya di tangan.
“Kami
datang malam ni, nak sampaikan berita gembira sikit,” Puan Arissa mula
bersuara. Melihat wajah ibu Arissa sedikit ceria. Puan Nora kelihatan tidak
sabar-sabar ingin tahu berita gembira itu.
“Lagi
dua minggu, Intan akan menjadi tunangan orang,” ucap Puan Arissa dengan lancar.
Shahzrul Nazrin sedikit terkejut. Bukan sahaja dia tetapi kedua-dua ibu bapanya
jugak.
“Sebelum,
bakal tunang Intan ke luar negera. Kami nak tunangkan Intan dulu,” kata pulak
bapa si Intan. Intan senyum manis.
“Tahniahlah!
Nanti I datang majlis you ni,” kata Shahzrul Nazrin kepada Intan.
“Thanks.
Doakan kebahagiaan kami tau. I hope you jumpa bakal isteri you nanti,” setiap
butir lahir daripada Intan. Cuba untuk diproses
Shahzrul Nazrin lantas di senyum kelat.
*****
TERINGAT peristiwa
semalam, puas Puan Nora membebel terhadap dirinya. Intan akan bertunang tidak
lama lagi. Sungguh tidak di duga. Naik cair taik telinga Shahzrul Nazrin
mendengar bebalan Puan Nora.
Jari
jemari Shahzrul Nazrin mengetuk mejanya. Dia langsung tidak dapat fokus pada
kerjanya. Matanya lurus memandang ke arah balik cermin lut sinar itu. Dia
nampak Munirah Aishah tekun membuat kerja.
Hampir
seminggu gadis itu menjadi setiausahanya. Rata-rata pekerja menyenanginya.
Namun, dia langsung tidak perasaan tentang dirinya, Shahzrul Nazrin. Bahawa
lelaki itu adalah merangkap kekasih kontraknya dulu.
Kalau
gadis itu tahu apa yang bakal terjadi. Mungkin Munirah Aishah akan berhenti
kerja ataupun pengsan. Mungkin. Shahzrul Nazrin mengosok-gosok dagunya. Jam
pada pergelangan di jeling. Sudah pun masuk waktu tengah hari.
Rancak
tangan itu menari di atas papan kekunci menaip kerja diberikan oleh Shahzrul
Nazrin. Sesekali dia berhenti menaip akibat sengal-sengal pada bahagian bahu.
Baru sahaja kerja semalam seminggu rasa macam mahu berhenti kerja.
Tiba-tiba
tanganya berhenti menaip apabila Shahzrul Nazrin tengah berdiri sambil menyelup
tanganya ke dalam saku slack. Munirah Aishah membiarkan lelaki itu di situ.
“Jom
lunch!” ajak lelaki itu.
Mata
Munirah Aishah masih tertumpu pada skrin komputer. Biar betul mamat ni ajak aku
makan dengan dia?
“Tak
apalah, En. Shah. Lagipun saya puasa hari ni,” Munirah Aishah berkata lembut.
Khuwatir akan mengecilkan hati lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.
“Kira
puasa sunatlah ni. Bagus. Kalau macam tu saya gerak dululah,” kata-kata Munirah
Aishah menarik nafas lega. Lemah semangat kalau dia keluar berdua dengan
majikannya sendiri.
Kaki
Shahzrul Nazrin mengundur ke belakang semula. Munirah Aishah kehairanan. Dah
kenapa dengan dia ni?
“Lupa
nak tanya, cikgu mana ajar awak sahur pukul sembilan pagi,” seperti ada batu
yang menghembap kepala Munirah Aishah. Auh! Sumpah ayat dia menusuk kalbu.
Teringat
tadi dia bancuh air coklat panas di pantry. Kan dah kantoi. Nak tipu pun tak
ingat.
“Cepatlah
saya tunggu dekat bawah. Nanti tak lunch, masuk angin pulak perut tu,” ajakan itu bagaikan perintah buat Munirah
Aishah. Malas-malasan dia bangun daripada kerusi itu. Akhirnya dia akur jua,
apabila perutnya sudah buat bising dan minta diisi dengan segera.
***
NASI
di dalam pinggan itu dikuis sana ke sini. Ayam rempah yang berada dalam pinggan
itu tidak sesuku pun di jamah. Sikit demi di sikit di suap ke dalam mulut.
Shahzrul Nazrin memerhati kelakuan setiausahanya.
“Kenapa
kuis-kuis daripada tadi? Tak sedap ke,”
Laju
Munirah Aishah menggeleng. Bukan tak sedap tapi tekaknya rasa pahit sikit.
Tidak tahu kenapa. Nasi kukus itu langsung tidak menarik perhatian Munirah
Aishah.
Konsentarsinya
mahu mengunyah nasi agak terganggu dengan renungan oleh Shahzrul Nazrin yang
asyik merenung dari tadi. Alahai mamat ni kenapa? Teringin jadi Kassim Selamat
ke tengah hari macam ni.
Shahzrul
Nazrin melihat raut wajah gadis itu. Sangat cantik. Dia tidak sangka, dia
berjumpa lagi dengan gadis itu selepas zaman persekolahan. Ayu sangat tambah
lagi dia memakai selendang berwarna merah jambu yang sangat sesuai dengan
Munirah Aishah.
Dulu
dikenali Munirah Aishah sebagai seorang gadis agak kasar. Marah sana sini, tapi
sekarang lain sedikit berbanding dahulu. Dia agak senang dengan kehadiran
Munirah Aishah secara mendadak.
“Dah
puas ke x-ray muka saya En. Shah,” soal Munirah Aishah melihat tubuh lelaki itu
kaku.
Shahzrul
Nazrin ralit sehingga tidak menyedari tingkahnya diperhati. Aduh! Dia perasan
ke?
Munirah
Aishah tergelak kecil dengan telatah Shahzrul Nazrin. Tiba-tiba ada rindu
bertamu di hati Munirah Aishah. Teringat zaman persekolahannya. Rindu betul
pada mereka semua.
Munirah
Aishah menolak pinggan ke depan lalu di capainya gelas berisi air sirap laici.
“Tak
habis pun nasi ni,”
“Dah
kenyanglah,”
“Membazirlah.
Ayam ni banyak lagi,”
Munirah
Aishah sekadar diam. Dia benar tidak lalu makan.
“Kalau
macam tu saya habiskan ayam ni,” Shahzrul Nazrin mengambil ayam tersisa itu
dari pinggan Munirah Aishah. Reaksi Munirah Aishah sangat terkejut. Laki itu
sanggup makan bekas aku? Kenapa dengan mamat ni? Putus fius ke apa?
“Tapi
En. Shah…”
Kata-kata
Munirah Aishah terputus apabila lelaki itu sudah memasukkan isi ayam ke dalam
mulutnya. Munirah Aishah sudah tidak berdaya untuk berkata apa-apa lagi.
***
SEMALAMAN Munirah Aishah terpaksa berselubung di bawah selimut. Selepas sahaja pulang
daripada pejabat dia di serang demam secara tiba-tiba. Tiba-tiba sahaja muntah
bila makan nasi sewaktu makan malam.
Nasib
baik demamnya tidaklah teruk sangat. Menjelang sahaja Subuh, badannya agak
segar. Tiada lagi rasa loya ataupun pening-pening. Akhirnya, dia mengambil
keputusan untuk pergi bekerja seperti biasa.
Tapi
mamanya, Puan Aida menyuruh mengambil cuti hari tapi dia mengatakan dirinya
sudah sihat. Lagipun dia baru sahaja bekerja, masakkan mahu mengambil cuti.
Pintu
diketuk daripada luar. Tiada sahutan diterima. Munirah Aishah makin pelik.
Untuk kali kedua dia mengetuk pintu itu. Masih tiada sahutan. Dengan itu, dia memulas
tombol pintu itu dan membukanya. Cawan berisi air Teh O panas di bawa perlahan.
Munirah
Aishah tersenyum. Dia mengerakkan kaki melangkah ke arah meja majikan. Lelaki
itu sedang terlentok tidur
dengan kepalanya di meja kerja dan beralaskan lengannya.
“Tadi
suruh aku buat air, dia pulak yang tidur,”
monolog Munirah Aishah sendiri.
Cawan
itu diletakkan di atas meja Shahzrul Nazrin. Munirah Aishah benar-benar serba
salah. Dia menarik nafas panjang sebelum dia mengambil keputusan untuk mengejut
lelaki itu. Dia tekad untuk mengejut lelaki itu.
“En.
Shah…En.Shah bangunlah,” Munirah Aishah mengejut suara nada lembut.
Masih
tiada reaksi dibalas oleh Shahzrul Nazrin. Melihat daripada wajah lelaki itu
ditilik seperti tidak bermaya. Aduh! Bos aku ni pengsan ke apa? Tadi suruh aku
buat air. Ini tidur pulak.
Munirah
Aishah cuba mengejutnya lagi. “En. Shah bangunlah. Saya dah buat air ni,”
Shahzrul
Nazrin sedikit tersentak. Matanya dicelik sedikit. “Hurmmm…tinggalkan aje dekat situ,” Lelaki
itu cuba memejamkan matanya kembali.
“En.
Shah tak sihat ke?”
Sepi.
Tiada jawapan diterima.
“Kalau
macam saya keluar dulu,” Munirah Aishah meninggalkan bosnya sendirian.
Shahzrul
Nazrin mengerakkan tubuh badan agak lenguh. Perlahan-lahan dia membuka mata.
Dia masih berada di pejabatnya. Gelap segenap ruang bilik kecil itu. Dia meliat
secara tidak langsung merenggangkan otot pada tubuhnya dan mengerang kecil.
Dia
memandang cawan berisikan air Teh O. Dia baru teringat, dia ada meminta
setiausahanya membancuhkan air itu. Tapi sudah sejuk. Dia terpandang sebungkus
plastik kecil. Yang pasti itu bukan miliknya. Di capainya lalu mengeluarkan isi
dalamnya.
Dua
bungkus roti, sebotol air mineral dan sepapan ubat panadol diterima olehnya. Di
situ terdapat satu kertas kecil lantas di ambil.
“Saya tahu En. Shah demam. So tu ada sepapan
ubat dan roti. Saya tak tahu nak beli apa. Risau saya bila En. Shah langsung
tak keluar daripada bilik dan tak bangun, jadi saya belikan ubat tu. Hope get
well soon,” – Ecah!
Senyuman
terlakar dibibirnya. Sejujurnya di demam entah kenapa. Mungkin cuaca sekarang
berubah membuatkan dirinya tidak selesa. Tapi bila baca nota kecil ni buatkan
dia hilang rasa demam. Alahai! Kau dah macam orang cinta Reen oit!
Bab 17
MUNIRAH AISHAH menutup fail yang terakhir yang disemaknya untuk kali ketiga. Dia tersenyum
puas terlampau banyak kesalahan perlu diperlu diperbaiki. Nanti sebelum pulang,
dia terpaksa menghantar fail itu semula di meja bosnya.Dia meneguk air milo
dibuatnya tadi. Kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengerling ke skrin
telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Tertera nama Irfan.
“Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"
kedengaran suara Irfan agak ceria. Jarang sekali di mendengar suara Irfan
sebegitu biarpun hanya mengucapkan salam.
“Moon,
free tak malam ni,” suara dicorong talian itu bertanya.
Munirah
Aishah mengingati sesuatu sebelum dia membalas soalan Irfan. “Moon, free aje
malam ni. Kenapa abang?”
“Okay
kalau macam tu, nanti malam abang ambil Moon okay?”
Munirah
Aishah menjadi kehairanan. Berkerut dahinya. “Nak pergi mana,”
“Adalah.
Nanti Moon tahu juga!”
“Ifa
ikut tak?” soal Munirah Aishah.
“Tak,”
tegas suara lelaki itu. “Nanti Moon pakai cantik-cantik tau. Pukul 8 abang
datang ambil.
Munirah
Aishah makin pelik dengan telatah Irfan. Pakai cantik-cantik. Ayat itu
melantun-lantun dalam fikirannya. Jarang Irfan buat permintaan sebegitu. Tambah
lagi, Ifa pun dia tak bawa! Mengomel Munirah sendirian.
“Yelah,
nanti Moon pakai cantik-cantik macam abang nak kan tu,” ucap Munirah Aishah
dengan tersenyum.
****
PERBUALAN ringkas itu, di dengar oleh Shahzrul Nazrin secara tidak sengaja. Niatnya tidak
mahu mengambil pusing tentang perkara itu. Tapi, hatinya memaksanya untuk
mengintip dan mendengar keseluruhan perbualan tersebut. Hajatnya mahu pantry
terbantut apabila dia mendengar perbualan itu.
“Abang…”
monolog sendirian.
Siapa
laki tu? Apa hubungan dia dengan Moon. Dan siapa Ifa yang disebutkan oleh Moon?
Hatinya benar-benar mendesak ingin tahu siapa mereka berdua. Apa mungkin Moon
dah berkahwin. Tak mungkinlah.
Shahzrul
Nazrin cuba menyedapkan hatinya. Dirinya sudah tidak keruan tatkala itu. Mahu
saja dia menyerbu ke Munirah Aishah dan menanyakan segala-segala. Tapi kalau
perkara itu terjadi, apakah reaksi Munirah Aishah.
Pasti
perempuan tu mengamuk tak pasal. Tiba-tiba tanya soalan macam tu. Shahzrul
Nazrin berdialog dalam hatinya. Shahzrul Nazrin kembali ke meja kerjanya. Di
duduk dan dagu ditongkatkan.
Tiba-tiba
pintu terbuka. Tubuh Munirah Aishah tercegat. “Maaf, lupa nak ketuk pintu,”
“Masuk
ajelah,” arah lelaki itu. Shahzrul Nazrin cuba berlagak seperti biasa.
Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Munirah
Aishah mengatur langkah ke arah bosnya. Di tangannya ada tiga buah fail dibawa
masuk bersama.
“Saya
dah semak semua fail ni,” Munirah Aishah menghulurkan ketiga-tiga itu kepada
Shahzrul Nazrin. Lelaki itu menyambut perlahan. “Kalau tak ada apa-apa saya
minta diri dulu,”
Shahzrul
Nazrin mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Munirah Aishah. Gadis yang
memakai baju kurung moden berwarna hitam itu mula bergerak meninggalkan bilik
itu.
“Ecah!”
Segera
Munirah Aishah mengalih ke belakang semula apabila dipanggil. Gadis itu
memerhati raut wajah bosnya seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia menantikan
lelaki itu berkata.
“Forget
it. Tak penting pun,”
“Okay,”
Bayangan
gadis itu hilang daripada pandangan Shahzrul Nazrin. Lelaki itu keluh berat.
Rambutnya dilurut kasar. Dia menyandarkan badan pada kerusi itu. Matanya dipejam
rapat. Bayangan wajah Munirah Aishah sewaktu di sekolah terlakar.
“Apalah
kau susah sangat nak tanya? Cuma tanya dia dah kahwin ke belum,” monolog
sendirian. “Tapi kalau aku tanya macam tu, mesti dia kata aku ni buta sebab tak
resume dia hari tu,”
Shahzrul
mengeluh panjang.
*******
PINTU bilik bosnya di tolak kasar. Geram. Itu dapat digambarkan ketika itu. Dia
bagaikan diperbodohkan selama bertugas disitu. Shahzrul Nazrin terkejut dengan
tindakkan setiausahanya. Lelaki itu yang sedang mengikat tali leher.
Perbuatan
Shahzrul Nazrin terhenti apabila melihat raut wajah comel itu telah bertukar
menjadi singa yang sedang lapar. Munirah Aishah memberanikan dirinya berdiri di
hadapan lelaki itu. Ternyata lelaki itu lebih tinggi daripadanya. Patut dia panggil
aku katik!
“Puan
Nora ajar kau menipu ke En. Shahzrul Nazrin b. Mohd Kamal!” ujar Munirah Aishah
sedikit geram sambil di cekak pinggang. Tak sangka diperdaya begitu saja. Geram
dengan lelaki itu.
Shahzrul
Nazrin pamer riak terkejut sedikit seraya itu dia lebarkan senyuman ikhlas. “Oh
dah tahu ke. Tolong ikatkan aku tie ni, Moon,”
Gadis
itu merenung tajam ke arah lelaki itu. Langsung tak berasa bersalah. Kutlah nak
minta maaf ke. Tapi langsung tak ada. “Tak kuasa aku nak ikatkan. Ikatlah
sendiri. Dahlah tipu aku,”
Tubuh
gadis itu bergerak ke sofa yang berada dalam ruang bilik tersebut. Terasa sebal
dengan sikap lelaki itu. Dia sungguh tidak menyangka, dia berjumpa kembali
dengan lelaki itu bukan setakat kawan zaman persekolahan. Tapi juga sebagai bosnya!
Argh! Macam mana boleh jadi macam ni.
Shahzrul
Nazrin mengukir senyuman. Suka dia melihat gadis itu marah-marah. Kakinya
melangkah ke sofa Munirah Aishah duduki. Dia mengambil tempat di berhadapan
dengan Munirah Aishah. Dia duduk di atas meja kopi biar bertentangan dengan
gadis itu.
Munirah
Aishah memeluk tubuh. Wajahnya ketat dan sebuah jelingan dihadiahkan kepada
Shahzrul Nazrin.
“Kau
buat muka macam tu. Lagi comel suka aku tengok!” sakat Shahzrul Nazrin. Tali
leher bercorak jalur dibiarkan tidak berikat. “Bukan aku nak tipu kau. Kau tu
tak pernah tanya sapa nama penuh aku. Kalau kau tanya tak jadi masalah pun,”
“Manalah
aku nak tahu dah terang tang tang dekat pintu Shahzrul Kamal. Tak akan aku
tanya pulak,” Sengaja Munirah Aishah menekankan kuat perkataan Shahzrul Kamal.
Gadis itu kembali menarik muncungnya. Mahu saja dia sembelih lelaki itu.
Tertipu dan kena tipu.
“Lain
kali kena tanya juga. Faham wahai Munirah Aishah,”
“Kira
kau memang tahulah aku ni Moon?”
Lelaki
itu mengeleng laju. “Tak pun. Masa aku temuduga kau tulah aku tahu,”
“Dan
sebab tu kau ambil aku bekerja dekat sini,” teka Munirah Aishah.
“Tak
jugak. Kalau kau bukan Munirah Aishah sekali pun. Aku tetap ambil kau sebagai
pekerja aku. Macam kau boleh tahu semua ni,”
“Kak
Aulia cerita tadi dan dia sebut nama penuh kau. Itu sebabnya aku tahu. Kalau
tak dengar tadi. Sampai aku dah khawin nanti pun aku tak tahu,” Munirah Aishah
mendengus kasar.
Shahzrul
Nazrin mengangguk dua kali. “Korang cerita ke mengutuk pasal aku,”
Munirah
Aishah pandang sekilas. Aduh! Nak jawab apa ni. Sebenarnya, lebih banyak
keburukan daripada kebaikan. Baru dia tahu selamanya, Shahzrul Nazrin bukanlah
mesra alam dengan staf di pejabat itu. Tahu hanya marah dan marah itu puncanya
selalu kehilangan setiausaha.
“Taklah.
Kitaorang cerita perkara baik-baik aje,”
“Okay
aku percaya kau,”
“Aku
rasa macam nak resignlah,” ucap Munirah Aishah serius.
Hampir
jatuh rahang Shahzrul Nazrin seketika. “Kau jangan nak buat kerja gila okay.
Aku ada secretary lain dah,”
“Yelah,
kau dahlah tipu aku. Ingat aku nak kerja dengan kau ke,” sengaja Munirah Aishah
mengapi-apikan lelaki itu.
“Aku
tak peduli. Kau tetap tak boleh berhenti kerja. Kalau berhenti kerja jugak!
Tahulah apa aku nak buat dengan kau,” perucapan itu berbaur ugutan. Munirah Aishah
menjeling tajam. Dia ingat aku takut sangat ugutan dia tu.
“Buat
ajelah ingat aku takut ke,”
“Kira
kau betul-betul tak kesahlah ni. Okay kalau berhenti kerja dekat sini. Aku akan
hantar rombongan meminang dekat kau!”
Gadis
merenung tajam ke pada lelaki itu. Ledakan ketawa pecah di ruang bilik itu. Munirah
Aishah terdiam seketika. Alah dia mesti gurau punyalah. Kata hati Munirah
Aishah.
“Dahlah
malas aku nak layan kau,” Munirah Aishah angkut punggung dari sofa. Lelaki itu
berhenti gelak. Melihat wajah gadis itu serius. Dia marah dekat aku ke? Soal di
hatinya.
“Moon!”
namanya diseru lalu dipaling kea rah lelaki itu.
“Apa!”
Garang!
“Ikatkan
tie untuk aku?” pinta lelaki itu sekali lagi.
“Pakai
sendiri! Aku bukan wife kau lah!”
Shahzrul
Nazrin menjongket bahu dan membelit-belit tali leher tersebut. Sungguh dia
dilanda bahagia sekarang! Terasa dunia ini dia yang punya!
BERSAMBUNG...