Terima Kasih Sebab Korang, Aku di Sini



Assalamulaikum & Hey.
Actually entry ni entry kosong saja. Btw, saya Aya Dayana. Minta maap lah noh. Sebab tak update novel bersiri yang di siarkan sekarang. Mesti korang pelik kan kenapa tetibe Aya tak update sebab tak ada idea. Sekarang ni pening sangat. Mungkin take time sikit kut nak update.
  Sebenarnya Aya ni bukan lah budak sastera. Bahasa di gunakan dalam novel Kau, Aku Punya!(KAP). Hanya bahasa-bahasa biasa sahaja. Aya nak novel tu biar santai tak memerlukan bahasa tinggi. Macam Aya cakap tadi Aya bukan lah Budak Sastera tetapi Budak Grafik di UiTM Induk sahaja.
  Kau,Aku Punya ni hanya lah citer budak sekolah sehingga mereka ke dewasa kelak. Citer ni kadang-kadang dah buad Aya angau sendiri. Sebenarnya Aya dah give up buat citer ni. Dah berapa kali down tak nak teruskan. Tapi ni cita-cita Aya dari sekolah lagi. Aya tak kaseh walaupun sekali sahaj di bukukan. Tu dah cukupkan impian Aya. Citer ni pada Aya macam tak laku je. Kau,Aku Punya bahagian satu & dua dah lama ada dekat belog and Penulisan2u.
   Baru-baru ni Aya ada buad operation, di sebabkan terlampau bosan Aya ambil peluang karang semula citer Kau, Aku Punya! Tak sangka jugak, citer tu di terima bagi sesetangah orang tak semua kut. Aya nak ucapkan ribuan terima kasih yang support Aya buad novel ni. So sesiapa kelebihan idea. Share-share lah. Sharing is caring.
   Nanti ada masa Aya update citer terbaru dan KAP. Okay. 

Kau , Aku Punya Bab 15


BAB 15
“Bodoh! Sakit lah weyh,”  Humaira mengerang kesakitan apabila pergelangan di pegang erat kuat dengan tangan seorang lelaki. Apakan daya kekuatannya lebih jauh kuat daripada perempuan. “Lepas lah Kamil. Aku dah tak nak date dengan kau. Itu hak aku lah, setan!”
  Humaira mencuba melepaskan tangannya daripada lelaki itu. Lelaki itu masih buat tidak punya perasaan bersalah. “Garangnye Humaira ni, tapi Kamil suka sangat,”
  Pantas tangan Humaira menepis jari jemari Kamil mengenai pipinya. Mana Iskandar ni. “Weyh, kau ni memang jantan tak guna kan,” Humaira semakin menyinga. Tapi pergelangan makin perih sakit akibat cengkaman kuat daripada Kamil.  Humaira meronta-ronta diminta lepaskan malah Kamil tersenyum bangga.
    “Apa kurangnya aku dengan Iskandar. Aku jauh lebih handsome daripada dia tu,” tanya Kamil dengan nada kasar. Wajahnya bertukar bengis. Humaira ketakutan. Dia tak pernah rasa sebegitu. Air jernih sudah berkolam di kelopak mata. Tunggu masa untuk gugur.
   “Lepaskan aku, Kamil. Aku tak nak lah. Aku setia dekat seorang je. Tolong lah jangan macam ni,” rayu Humaira sudah tersenda sendu. Kamil masih berdiri tegak dengan tidak ada perasan.
   “Aku boleh lepaskan kau. Janji kau dengan aku. Itu pun kau nak,” ucap Kamil dengan jarinya sudah menjalar ke pipi gebu milik Humaira. Pantas Humaira mengelak.
   “Tengok macam mana aku nak lepaskan kau. sedangkan kau sendiri pun mengelak dengan dari aku,” ucap Kamil dengan nada lemah lembut. Humaira sudah tersedan sendu di situ. Humaira mahu saja menanggis di situ.
  Amira, Diana, Darus, Tarmizi dan Iskandar keluar beriringan daripada sekolah itu. Pelik Humaira entah hilang ke mana.
  “Korang berdua nak balik apa ni,” soal Iskandar kepada dua gadis.
  “Kau hantar kitaorang balik ke sekolah semula. Nanti parents kitaorang ambil kat sana,” Diana membalas. Iskandar sekadar mengangguk. “Kau hantar Maira balik ke Is,”
  Iskandar memandang wajah milik Diana. “Haah, aku hantar dia balik karang.” Puas matanya meliar mencari tubuh kecil molek itu.
  “Untung Maira dapat kau, ye lah kau ni caring sangat pasal dia. Aku doakan kebahagian korang okay,” ucap Diana dengan ikhlas. Melihat riak wajah lelaki tu senyum kecil.
  Amira menampar bahu Darus dan jari runcing milik Amira ke arah bawah pokok melihat Humaira meronta-ronta. Sekilas pandang Iskandar melihat tubuh yang dia kenali itu.Terlopong Iskandar apa yang di lihatnya. Terlepas beg galas milik Iskandar ke tanah. Sepantas kilat Iskandar mengejar mendapatkan Humaira di pokok itu.
   “Setan,” melayang penumbuk mengenai muka lelaki itu. Terdorong tubuh ke tepi akibat tumbukan kuat pada mukanya. Humaira sudah ke belakang. Berjurai air matanya. Merah pergelangannya. Diana dan Amira tergesa mendapat Humaira sudah terduduk di atas tanah. Darus sudah menahan tubuh Iskandar. Iskandar sudah mengempalkan penumbuknya.
  “Sudah tu Is. Kau nak menginap Sekolah Henry Gurney. Dah puas duduk kat Kuantan,” bentak Darus apabila Iskandar suka naik minyak. Melihat Kamil terdapat cecair merah pekat di bibir lelaki itu. Renungan tajam di hadiahkan oleh Kamil kepada Iskandar.
   “Aku dah warning dekat kau kan. Jangan ganggu Humaira. Apahal dengan kau ni,” jerkah Iskandar ke arah lelaki cuba untuk bangun itu. Tanpa menjawab soalan itu, Kamil meninggal kan ke semua mereka di bawah pokok itu. Sebelum Kamil meninggalkan mereka dia rentap kasar beg galasnya yang terjatuh di tanah.
   Iskandar meraup mukanya. Kekusutan melanda lagi. Iskandar memandang Darus dan Tarmizi. Iskandar betul-betul out of control. Entah apa yang merasuknya jadi macam tu. Pantas Iskandar mendekati Humaira yang sudah terduduk di atas. Diana yang duduk bertentangan dengan Humaira terus memberi ruang untuk Iskandar.
   Humaira menangis keesakan. Iskandar mencapai pergelangan tangan kanan Humaira yang meninggalkan kesan kemerah-merahan. “Ayang.. tak mau nangis dah,” panggil Iskandar kepada Humaira masih tersendan-sedu.
   “Kenapa ayang keluar awal sangat,” pantas Humaira mendongakkan kepalanya sedikit. Matanya kemerahan akibat menangis.
   “Tadi Maira pergi toilet sorang-sorang,” Humaira mula berbicara. Air mata jernih tumpah ke pipi lantas Iskandar menyeka. “Lepas tu ada orang follow Maira,”
   “Apasal kau tak ajak aku tadi,” sampuk Amira risau melihat kawan yang teresak-esak. Merah di tangan masih belum hilang.
    “Aku sakit perut sangat tadi tak sempat nak ajak sapa,” Humaira tahu kawan-kawan risau tentang dirinya. Humaira memandang wajah Iskandar betul di hadapannya. Comot baju kemeja putih milik Iskandar.
    “Is, jangan risau okay. maira okay je,” ucap Humaira nada lembut. Sejuk hati Iskandar mendengar suara itu.
    “Macam mana abang tak risau. Tengok lah tangan ayang. Merah macam ni,” Iskandar masih lagi tidak puas hati dengan Kamil. Mau saja dia hentak lelaki itu cukup-cukup. Tapi mengenang percutian di Sekolah Henry Gurney segera dia melepaskan lelaki itu.
   “Tak apa, Maira okay je. Nanti hilang lah. Jom balik,” Iskandar akur dengan permintaan Humaira. Mereka jalan beriringan ke kereta. Darus dan Tarmizi sudah meninggalkan sebelum ke kereta milik Iskandar.

                                                        ******
Humaira menghempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz queen. Matanya menatap telefon bimbitnya kosong terpapar gambar Humaira dan Iskandar semasa di dalam kereta menuju ke Termeloh. Matanya terasa sangat berat, namun Humaira mencium bau sesuatu yang lazat dari ruang makan, matanya terasa berat kembali segar, dia pun segera menganti bajunya dengan dress coklat muda yang labuh dengan lengan yang mengembung. Rambutnya dia dibiar agak tidak kemas sedikit di sebelah kanan dengan getah berhiaskan hiasan strawberi.
  “Ibu masakan apa, sampai ke bilik Humaira. Macam bau chocolate," seru Sakura sambil menepuk perlahan bahu ibunya yang sedang menyiapkan puding . Puan Hasnah hanya tersenyum kecil, lalu menciut hidung mancung Humaira
“Ada apa ini tuan putri? Cepat aje dia bau chocolate kan. Ibu buat moist chocolate cake." ujar Puan Hasnah sambil menyuruh Mak Tun untuk meninggalkan dia dan anak perempuannya. Humaira cemberut sambil menatap Puan Hasnah dengan mata kucing yang comel.
 “Mesti lah Maira tau. Maira kan Hantu Chocolate. Bau tu dah masuk dalam jiwa Maira,” balas Humaira pada ibunya. Setelah itu ibunya tertawa geli hati mendengar jawab daripada puteri bongsunya.
  “Sebenar ada tetamu nak datang, kebetulan pulak tetamu tu datang ibu tengah buat dessert,” ucap Puan Hasnah kembali sambil duduk di kerusinya. Humaira mengambil sebuah chocolate chip yang menjadi hiasan di atas piring lalu memakannya. 
   “Sapa bu. Tetamu terhormat ke,” tanya Humaira sebaik sahaja menelan chocolate chip.
   “Maybe lah kut,” jawab Puan Hasnah sedang memotong kek ke dalam piring. Telan air liur Humaira melihat kek tersebut. Kang tu aku bedal cukup-cukup.
   “Along mana bu. Tak nampak pun,” puas mata kecil Humaira mencari tubuh Shahrul. Sejak pulang dari sekolah tadi. Langsung bayang lelaki itu tak kelihatan.
   “Along pergi jumpa Kak Nur. Dari pagi tadi lagi,” balas Puan Hasnah sambil mencuci tangannya di sinki.
   “Along kena Kak Nur tu dah macam belangkas,”
   “Macam tu juga dengan Sera Humaira dengan Syafiq Iskandar. Macam belangkas juga,” ambil kau! kena  batang hidung kau balik. Humaira tersengih-sengih menampakkan gigi.
   “Puan, tetamu dah sampai. Dia duduk dekat halaman rumah,” Humaira dan Puan Hasnah serentak memandang Mak Tun yang berlari anak-anak menuju ke dapur.
   “Yela, tolong bawakan makanan ke sana. Humaira pergi layan tetamu. Ibu nak mandi kejap. Kang ibu turun,” arah Puan Hasnah, terkebil-kebil Humaira memandang ibunya. Mak Tun sudah bawa keluar dessert untuk tetamu.
  Puan Hasnah sudah mendaki tangga naik ke bilik utama. Humaira merengus kasar. Telefon bimbit di capai malas. Sapa tetamu ibu? Aku kenal pun tak. Ibu ni. Humaira mengatur langkah ke keluar ke taman.
   Humaira memandang dari jauh. Lelaki berpakaian kemas. Berseluar jeans dengan baju kemeja ada corak bunga kecil. Humaira tersenyum kecil.
   Humaira merapatkan dirinya ke meja itu. Meja itu menghiasi taman kecil itu.
   “Kenapa tak bagitau kata nak datang,” tanpa sebarang amaran sudah bertanya kepada lelaki itu. Lelaki itu memandang Humaira. Manis orangnya. “Ingat sapa lah tetamu ibu cakap tadi,”
    Humaira meletakkan telefon bimbitnya di atas meja itu. Lantas dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu.
   “Saja, abang nak buat surprise,” terpukau seketika Humara melihat senyuman dari Iskandar.
   “Banyak lah Is punya surprise kan,” Humaira mencebik. Dekat sekolah aku jumpa kau, dekat rumah ni pun aku jumpa kau. Kau dah angau ke Is. Kalau kau angau tak payah lah ajak aku sekali. Sekali, aku dah angau. Boleh bawa maut tuk aku tak tak.
  “Tangan okay dah ke,” soal Iskandar sekembali. Iskandar mencapai telefon milik Humaira. Humaira biar kan sahaja. Entah apa yang di belekkan oleh Iskandar. Tetiba ternampak segaris senyuman terukir di bibir lelaki itu.
   “Nice gambar ni,” Iskandar menunjukkan telefon Humaira yang terpapar pada skrin. Gambar mereka berdua di jadikan wallpaper. Humaira sebenarnya malu. Untuk cover line, Humaira menuang air berperisa anggur ke dalam gelas.
  Humaira terkedu apabila jambangan bunga di hulurkan olehnya. Dadanya di serbu rasa mengementar. Kenapa Iskandar layan aku sebegini rupanya. Apa semuanya. Adakah ni satu lakonan semata-mata. Dengan lambat-lambat Humaira mengambil jambangan tu daripada Iskandar.
  Terusuk-usuk hidung Humaira membau wangian jambangan diberikan oleh Iskandar. Berat hatinya menerima daripada Iskandar. Humaira terpandang sesuatu di atas bunga-bunga tu. Humaira memandang wajah Iskandar terpancar keceriaannya.
  Humaira mencapai kotak kecil berwarna merah hati. Kotak itu di ikat dengan ribben. Humaira teragak-agak untuk membuka.
   “Buka lah,” kata-kata Iskandar  mengejutkan Humaira. Berdebar-debar Humaira membuka kotak kecil tu. Seutas rantai silver di dalam kotak tersebut. Loket rantai tersebut berbentuk hati.
  “Cantik tak,” tanya Iskandar. Humaira memandang lelaki itu. Apa semua ni. Aku tak paham. Humaira hanya mengangguk.
    “Kenapa Is bagi semua ni. Maira tak paham,” soal Humaira kehairanan. Iskandar sudah bangun, dan mendekati tubuh Humaira lalu di ambilnya rantai silver di dalam kotak merah hati itu. Lantas di kalungkan ke leher jinjang memutih itu. Mengeletar tubuh badan Humaira ketika itu.
   “Sebab Is sayang kan Maira,” bisikkan itu terjah di cuping telinga Humaira. Jantung Humaira kian berdetak laju. “Anggap je lah hadiah dari seorang kawan atau pun kekasih gelap,”
   “Tapi Maira tak pernah pun minta semua ni,”
   “Ye, sebab tu abang bagi. Nak kek tu,” ujar Iskandar sambil memuncungkan mulut ke arah kek di dalam piring kaca tu. Iskandar kembali duduk. Lalu Humaira mencapai piring tersedia kek coklat yang sudah di potong siap. Di letakkan di hadapan Iskandar. Iskandar sekadar memandang sahaja.
   “Kenapa pandang je makan lah,”
   “Ayang tolong lah suap kan,” ternganga Humaira dengan permintaan mamat ni. Ewah-ewah bukan kau buli aku kan. Dah lama tak kena buli rasanya. Memang pun dah lama juga tak kena denda. Rindunya!
   Humaira mengambil sudu di atas piring yang lain. “Tak nak lah pakai sudu, ayang ni,”
   Amboi-amboi mamat ni dah lebih-lebih ni. Ngada-ngada lah pulak. “Habis tu nak pakai apa abang oit,” tersenyum simpul Iskandar, apabila memanggilnya abang.
   “Tangan,” sepatah Iskandar menjawab. Ish bencinya kena buli macam ni. Akhirnya Humaira akur sahaja dengan permintaan agak keterlaluan itu. Macam budak kecil Humaira kena jaga. Tapi dah besar panjang nak main suap-suap pulak. Dengan malu-malu kucing, Iskandar membalas menyuap kek itu ke mulut Humaira. Beberapa kali di elak, apabila Iskandar sudah bersuara.
   Terpaksa di lakukan hati reti hati. Tanpa di sedari, Puan Hasnah melihat dari jauh aksi kemesraan Humaira dan Iskandar di halaman rumahnya.
   “Sampai bila Puan nak simpan rahsia ni,” celah Mak Tun yang juga berdiri menyaksi anak majikannya bersama Iskandar.
   “Entah lah, Kak Tun. Saya tengok diaorang tu rapat. Tak sampai hati pulak. Biar lah dulu. Sampai masa nanti kita bagitahu lah. Risau kalau-kalau Maira memberontak. Kak Tun tahu kan perangai Maira tu macam mana,” Mak Tun sekadar mendengar. Mungkin majikan lebih arif menguruskan puteri bongsunya itu. Puan Hasnah mengeluh panjang mengenangkan sikap Humaira yang tak boleh di jangkakan.

BERSAMBUNG...

Kau , Aku Punya Bab 14


BAB 14
“Maira tunggu lah sekejap,” segera Humaira menoleh kepada pemilik suara yang memanggil namanya. Diana dan Amira ikut toleh. Siapa lagi kalau bukan jejaka tampan yang memiliki lesung pipit tiruan tu. Syafiq Iskandar bak kata Suhaila buah hati jantung pisang lah kata kan.
  “Ayang, jom makan lapar lah,” Humaira ketawa kecil melihat perangai Iskandar  seolah-olah macam budak kecil. Riak wajah empat sahabat itu berubah. Darus dan Tarmizi turut berada di sisi Iskandar.
  “What!! Ayang!” serentak gabungan suara empat sahabat itu. Terperanjat Iskandar dengan sorakan budak-budak ni.
   “Wei apa yang terkejut sangatnya. Pelik sangat ke,” ujar Humaira dengan tidak berpuas hati melihat dari segi reaksi mereka. Sejak dari bercuti hujung minggu lalu, tak lekang dari mulut Iskandar memanggil Humaira begitu. Entah perasaan senang dan bahagia apabila Iskandar memanggilnya begitu.
    “Pelik sangat-sangat. Sejak bila Humaira pandai tangkap cintan,” berdesing mendengar perucapan dari mulut Darus. Darus, lelaki itu pernah menyinggah di hatinya. Tapi dia perlu tepis perasaan itu.
    “Sejak aku pandai tangkap cintan lah. Mau tanya lagi,” terkebil-kebil empat pasang mata itu mendengar jawapan daripada si gadis kecil molek itu.
    “Maira rasakan tak sempat lah nak makan,” Pandangannya beralih kepada Iskandar yang tercegat di hadapannya. Sebentar lagi mereka akan bertolak ke sekolah yang tidak jauh dari sekolahnya untuk mendengar ceramah motivasi untuk Tingkatan 5.
    “Pasal itu, ayang tak perlu risau. Sebab abang dah bagitahu dekat cikgu cakap abang bawak kereta sendiri. Ayang ikut abang naik kereta okay,” terdiri bulu roma Humaira bila Iskandar membahasakan diri macam tu. Humaira memandang wajah-wajah sahabat. Masing-masing menelan liur. Iskandar ni dah melampau pun ada jugak. Cukup-cukup lah tu. Kang muntah hijau budak-budak ni.
   “Habis diaorang tak kan Maira nak tinggal macam tu je,” kata Humaira. Kalau aku naik kereta takkan diaorang nak naik bas. Macam tak sampai hati je.
    “Diaorang ni tak payah risau ok. Amira dengn Diana boleh naik dengan abang okay, ayang,” Iskandar sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Mau saja dia sumbat dengan buku-buku yang di peluk olehnya.
   Kesemua pelajar-pelajar beredar ke kantin sekolah mendengar serba sedikit taklimat sebelum mendengar ceramah di sana nanti. Beberapa buah sekolah lain turut di panggil. Bas sekolah milik sekolah itu sudah tiba luar kawasan persekolahan. Melihat pelajar-pelajar sudah berebut-rebut menaiki bas. Kalau bas itu di perbuat daripada kayu. Comfrim dah lam bas tu runtuh atau tumbang. Itu pun nak berebut juga ke.
  Iskandar melangkah menuju ke keretanya. Humaira, Diana, dan Amira hanya mengikut langkah Iskandar. Seraya sampai di kereta milik Iskandar terus memasuki ke dalam perut kereta itu.
  “Ayang duduk depan,” arah Iskandar, tegas. Tak best langsung kena paksa macam ni. Argh! Sampai bila nak macam ni. Humaira menghela nafas dia hanya mematuhi lelaki itu.
   Baru sahaja nak duduk, Humaira sudah pandang lelaki itu sedang memakai Ray Ban plus membetulkan rambutnya melalui cermin pandang belakang. Alahai.. Tak payah nak buat muka handsome depan aku.
  Iskandar memanda keretanya ke tempat di tuju. Mereka berempat hanya diam diri. Hanya lagu yang di ke udarakan oleh corong radio Fly Fm.
  “Eh korang couple bila,” Amira menjentik kesunyiaan di dalam kereta itu. Diana yang di sebelah Amira pun mengangguk ingin mengetahui perkara sebenar. Humaira dan Iskandar saling berpandang. Iskandar tarik sengih.
  “Since baru lagi, kenapa sweet ke,” selamba badak Iskandar menjawab soalan dari Amira.
  “Yaka ke, tak sangka kau Maira dalam diam. Kau suka dengan Is,” jawab daripada Diana bagaikan sebiji telur hancur mengenai kepala Humaira. Alamak apasal jadi macam ni.
  “Alah korang memang sweet pun. Tambah pula boyfriend kau kan handsome. Cair aku tau tak,” celah Amira yang sudah tersenyum simpul. Iskandar leka memandu tersenyum bangga. Hatinya berbunga riang.
  “Amboi-amboi kau, dah jatuh hati dengan Is ke. Mana kau nak campak sweetheart kau tu. Meraung dia nanti kang,” bidas Diana apabila mendengar pujian melambung daripada Amira. Sapa lagi sweeheart Amira, mesti lah Tarmizi.
  “Eleh.. kau pulak yang marah. Sepatutnya princess kita ni lah,”
  “Eh, apa korang ni gaduh-gaduh. Is memang dah handsome pun. Tak boleh nak dinafikan lagi,” sampuk Humaira sambil memuji ‘kekasih hati’nya. Kembang lah tu. Terkoyak seluar tu aku tak tahu lah. Hehe.
   “Puji ke perli, ayang,” soal Iskandar dengan penuh manja. Amboi-amboi tak payah lah nak manja sangat. Rimas lah pulak dengan sikap Iskandar ni. Untung lah sapa jadi wife di nanti. Bukan manja terlebih sweet pulak nanti
   “Ada ke patut tanya macam tu, Maira puji lah abang oit!” Ops! Terlebih sudah. Macam mana pulak boleh terlepas cakap ni. Amira dan Diana sudah tersenyum melihat dua sahabat itu. Apasal lah mulut ni gatal sangat. Humaira menarik senyuman plastik ke arah Iskandar. Bukan main suka lagi kau kan Iskandar.
   Destinasi yang di tuju sudah tiba sampai. Kereta Iskandar di parking di bawah pokok. Redup. Terlindung daripada matahari. Pelajar-pelajar telah memenuhi perkarangan sekolah itu. Sekolah yang asing baginya. Mereka semua sudah memboloskan dirinya  daripada perut kereta itu. Diana dan Amira sudah mendahului jalan mereka.
  Iskandar menarik pergelangan tangan berkalis dengan baju kurung sekolahnya.
  “Is, ni sekolah kan. Cuba perangai tu elok-elok sikt,” pinta Humaira nada suara agak mendatar. Dia tak suka di perlakukan seperti begitu.
   “Kenapa ni, ayang macam bad mood je,” suara kerisauan di lemparkan oleh Iskandar. Humaira menjeling ke arah Iskandar.
   “Depan Maira tak payah panggil macam tu, berbulu tengkuk Maira dengar tau tak,” Iskandar hanya mengeluh. Itu lah sikap dinding Humaira. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mereka menapak kaki bersama memasuki sekolah yang asing itu. Berpasang mata memandang mereka. Apasal pandang kitaorang macam nak makan. Humaira pandang Iskandar yang bergerak seiring dengannya. Iskandar mengangakat bahu. Humaira nampak Diana dan Amira sudah melambai-lambai ke arah satu sudut.
  “Is, Maira pergi dengan diaorang tau,” Iskandar membiarkan Humaira bersama kawan-kawan. Iskandar something yang tak kena pada sekolah ni. Biarkan je lah. Bukan masalah aku.
   “Welcome to my school,” terasa tepuk pada bahu Iskandar. Suara itu. Pantas dia menoleh. Kamil. Desis di hati Iskandar melihat sekujur tubuh kemas dengan pakaian uniform sekolah.
                                                         *******
Kamil. Tidak sangka disini Iskandar bertemu dengan lelaki itu. Macam mana aku boleh lupa ni sekolah dia. Itu lah manja sangat dengan Humaira sampai lupa habis. Terasa seorang berdiri di belakang Iskandar. Rupanya Darus dan Tarmizi. Kamil musuh tradisinya di gelanggang permainan hoki di padang. Kamil seorang lelaki agak handsome, tapi Iskandar lagi handsome daripadanya. Tercalit parut di kening Kamil.
  “Well, aku tak sangka jumpa korang dekat sini,” ucap Kamil dengan melontarkan senyum sinis. Iskandar, Darus dan Tarmizi hanya diam. Dada Iskandar berombak. Risau dia memikirkan nanti pasti Kamil terserempak dengan Humaira bila-bila masa saja.
  “Aku tak hangin lah nak jumpa kau dengan sini. Aku datang sini nak dengar ceramah bukan nak datang tengok kau,” kata Iskandar. Hatinya mula memberontak.
  “Rileks bro. Jangan gabra sangat. Aku tahu Humaira ada dengan sini,” Kamil sudah tersenyum bangga. Mau saja dia belasah mamat ni.  Agak tersentak  dua sahabatnya di belakang Iskandar.
  “Aku warning dekat kau. Kau jangan cuba-cuba dekat dengan Humaira,” panas hati Iskandar apabila Kamil menyebut tentang gadis itu.
  “Biar kita tengok siapa yang Humaira pilih . Aku  atau kau,” ucap Kamil sengaja memancing kemarahan Iskandar. Darus dan Tarmizi sudah menarik tangan Iskandar supaya tinggalkan lelaki tu. Risau Iskandar mengamuk.
  Kamil masih berdiri di situ. Humaira, Humaira, Humaira. Aku akan dapat kan kau, sayang. Detik di hati Kamil.
  “Hei you, Kamil kan,” teguran seorang gadis agak bersuara lembut. Gadis yang berpakaian uniform sekolah dan tidak bertudung.
  “Hei, kau rupanya Aira. Ingat sapa tadi,” Kamil membalas teguran tersebut.  Kamil memandang sepasang cantik milik sepupunya itu. Mata ni pandai menggoda sesiapa.
  “You kenal Is, Kamil,” tanya Aira dengan gaya lenggang lenggongnya.
   “Of course, i kenal dia. Musuh tradisi hoki,”
   “Oh i see. Actually Iskandar classmate i,” Kamil sudah tersenyum lebar. Suka dia melihat gaya Aira persis model. Putih gebu kulitnya tiada kesan-kesan parut.
   “Maknanya, you kenal lah dengan Humaira,” selidik Kamil. Aira sudah menayangkan muka bosan. Apahal orang dalam dunia ini suka tanya Si Pendek tu. Bosan dengar nama tu.
    “Mesti lah i kenal. Classmate and she is my enemy ,” balas Aira masih berdiri dan buat muka bosan. “I tak suka dekat dia. Dia rampas Is daripada i,”
    Semakin lebar senyuman terukir di bibirnya. “Lah yaka ke, I rasa Is buta kayu kut. Tu yang dia tak nampak you. Tak pa i janji, dia mesti jatuh dekat tangan you. Dan i, Humaira,”
  Cara mereka seperti watak-watak jahat yang berlakon di drama TV dan filem yang merebut memenangi hati hero dan heroin masing-masing.
   “What you suka Humaira,” Aira bagaikan tidak berpercaya. Sepupunya meminat Humaira. Macam boleh saling mengenali antara satu sama lain. Kamil sekadar mengangkat memberikan jawapan. “Nonsense you Kamil. Girl macam tu you nak. Dia tu dah lah kasar dan garang. Macam mak tiri,”
   “Garang tu yang i suka,” sempat Kamil menciut hidungnya sebelum meninggalkan Aira di situ terpinga-pinga.
                                                            **********
“Wei Is, kau tak pernah cerita dekat kitaorang Kamil boleh kenal Si Maira tu,” sejak pertemuan dengan Kamil. Mulut Darus becok tanya pelbagai soalan. Iskandar menjamah nasi ayam yang disediakan oleh guru-gurunya yang menyertai ceramah motivasi ini. Dari jauh Iskandar melihat Humaira di dekati oleh lelaki asing.
  Darus ikut memandang tepat pada Humaira yang tak senang makan apabila budak laki mengeruni mejanya. “Kamil kenal Maira masa aku bawak Maira pergi TC. Masa tu aku tinggal Maira sorang-sorang. Tengok-tengok Kamil kacau dia,”  
 Cerita Iskandar dengan tidak senang. Nak biar atau nak pergi ke Humaira. Susah lah ada awek lawa sangat ni. Iskandar sudah bingkas bangun dari bangku batu. Tak sempat Darus menahan Iskandar sudah beredar dari situ.
  Iskandar mendekati meja di perbuat daripada batu itu. Penuh dengan lelaki mengeruni Humaira, Diana dan Amira. Lagi Humaira diam. Lagi naik lemak budak-budak itu. Mereka sebaya saja dengan Iskandar dan lain-lain.
  “Korang tak nampak dia tengah makan,” nada bicara Iskandar agak meninggi. Ia memandang tajam pada pelajar-pelajar menganggu Humaira dan kawan-kawannya.
    “Rileks lah bro. Kitaorang semua ni just nak kenal dengan awek comel ni je,” ucap selamba mamat sedang menyungah bubble gum. Disertai dengan konco-konconya turut mengangguk.
    “Maira nak kenal dengan diaorang ke,” soal Iskandar yang berdiri tegak di sisi Humaira. Polistirena yang berisi nasi ayam ditutup menggunakan gelang getah. Humaira menarik nafasnya.
   “Tak. Maira tak nak. Maira dah cakap banyak kali dengan diaorang. Maira tidak berminat untuk berkenalan dengan sapa-sapa,” balas Humaira dengan memandang manusia-manusia yang mengernuni kawasan meja itu.
    “See, awek aku ckap dia tak nak kawan dengan sapa-sapa,”  jawab Iskandar dengan wajah ceria. Pelajar-pelajar lelaki yang berada di situ menunjukkan muka yang separuh terkejut. Iskandar sekadar memandang Humaira. Iskandar tahu Humaira bosan dengan keadaan begitu.
    “Ayang, masuk dewan dulu,” kata Iskandar kepada Humaira. Humaira terus bangun dari situ.
   “Sorry bro, kacau awek kau. Kitaorang ingat dia single,” kata lelaki yang mengunyah bubble gum itu. Iskandar sekadar tersenyum. Seorang demi seorang meninggalkan meja batu itu. Iskandar duduk tempat Humaira duduk tadi. Bahunya di tepuk, segera menoleh. Darus dan Tarmizi yang bingkas duduk di bangku batu berbentuk bulat tu.
   “Kau okay tak,” tanya Tarmizi melihat muka Iskandar agak kekusutan. “Rileks lah wei,”
 Iskandar merengus kasar. Soalan dari Tarmizi di biar sepi. Kenapa dalam berjuta-juta perempuan, asal Humaira jugak. Cari lah perempuan lain. Humaira tu kesayangan aku lah. Hati Iskandar mula memberontak.       
                                                         **********
Fikiran Humaira menerawang entah ke mana. Ceramah di ucap hadapan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung Humaira tidak dapat tumpun kat perhatian. Wajah Kamil menganggu nya tadi sedikit terciut di hatinya. Lagaknya seperti hero yang menggantikan tempat Iskandar.
   Sebut tentang nama lelaki itu membuat terasa bahagia. Tak perlu upah bodyguard, Iskandar sendiri akan melindunginya. Tak kaseh lah macam mana pun keadaan. Mesti dia dekat dengan sisi Humaira. Hatinya berbuang melihat seraut wajah tampan milik Iskandar. Iskandar lelaki yang caring, sweet, bila dia senyum hampir gugur jantung.
  Tangan milik Diana berada di sebelah Humaira mendarat paha Humaira. Terkejut Humaira apabila tangan Diana menampar paha Humaira. Perih. Comfrim merah. Humaira memandang wajah bosan Diana. Tahu sangat muka Diana tak suka dengar ceramah macam ni. Diana menghulur kertas kecil di lipat-lipat. Humaira sekadar menyambut malas. Segera dia membuka lipatan itu.
   DEAR HUMAIRA,
      JOM DATING LEPAS SEKOLAH INI. NANTI HUMAIRA TUNGGU DEKAT PAGAR OKAY.
   A LOT OF LOVE,
KAMIL.
  Humaira merengus kasar. Tak ada masa aku nak dating dengan kau lah. Daripada aku dating dengan kau. baik aku dengan dengan orang gila lagi bagus ju. Akhirnya Humaira mengumpalkan kertas itu menjadi sebiji bola kertas. Lalu lontarnya ke belakang tanpa di toleh. Ops! Sapa terkena tu nasib tu.Bola kertas itu cantik mendarat di kepala Aira. Aira yang terlelap boleh terjaga akibat hentaman bola kertas tak seberapa. Kurang ajar betul lah. Gumam Aira apabila tersedar.

BERSAMBUNG..
NOTA KAKI: Terima kasih kerana sudi membaca bab untuk kali. Surprise untuk reader sikit. mesti korang tersengih-sengih depan skrin kan kan. Thanks for novel bersiri ni



  

Kau , Aku Punya Bab 13


BAB 13
Iskandar cuba memejamkan matanya. Suasana bilik itu terang benderang dilimpahi dengan cahaya lampu kalimatang. Masih terlalu awal untuk tidur. Jam di dinding baru menunjakkan jam 10.45 malam. Iskandar memakukan mataku mengekor keligatan bilah kipas yang berpusing.Terdapat debu-debu hitam menyelimuti bilah kipas itu. Suasana senyap sunyi dikeliling.
  Iskandar mencapai telefon bimbit miliknya. Di sentuh paparan pada telefon bimbit. Kelihatan gambar seorang gadis membuat hatinya rawan. Dia takut akan kehilangan gadis itu. Sampai harus ada perasaan sebegini.
  ‘Perlukah aku bagitahu perasaan sebenarnya pada dia,’
  ‘Macam kalau aku bagitahu, alih-alih dia tak terima aku,’
  Jiwa kacau melanda membadai hatinya lagi. Runsing. Runsing dekat sikap Humaira, seolah-olah dia tidak berperasaan tentang kewujudan perasaan kasih sayangnya selama ini. Ataupun Humaira buat-buat tidak nampak. Hati sekeras batu itu langsung tidak memperdulikan tentang perasaannya.
  Mungkinkah Iskandar masih diburu rasa kecewanya dulu. Adakah aku fobia pada cinta. Ya! mungkin dulu aku terlalu percaya pada cinta. Tak sangka aku yang jadi mangsa. Cuma aku tak sanggup terluka lagi.
  Tanpa diketuk, pintu kayu bilik itu di kuak luas. Iskandar menoleh. Tubuh Suhaila di muka pintu. Suhaila sudah menyalin baju memakai baju tidur berwarna hijau. Iskandar menyandar kepalanya pada birai besi kepala katil itu.
  Suhaila sudah duduk di atas katil bersaiz queen itu. Suhaila memang agak rapat dengan Iskandar. Satu-satunya saudara dia ada. Suhaila mengambil telefon bimbit milik abangnya. Gambar Humaira menjadi pilihan wallpaper di telefon bimbit. Humaira yang berpakaian baju sekolah dicuri dalam album facebook milik Humaira.
  “Cantik. Bila abang nak bagitau dengan Kak Maira,” soal Suhaila memulakan perbicaraan. Iskandar memandang sepi. Menarik dalam-dalam. “Atau abang masih ingat dekat Kak Erna,”
Sofea Erna. Gadis yang di lahirkan di bandar kota metropalitan. Sosialnya sangat tinggi. Pergaulannya tidak terbatas. Termasuk ibubapanya yang tidak melarang tentang hubungan dia dengan lelaki mahu perempuan. Nama itu sudah jauh di dalam dasar hatinya. Kini tersemat indah nama Sera Humaira.
   Erna pernah menduduki di hati dan perasaa lelaki itu. Perkenalan mereka yang singkat yang membawanya pertemuan gadis itu di KLCC menyatukan mereka. Masa itu Iskandar baru berganjak 14 tahun. Sudah berjaya mengerti apa itu cinta. Selepas daripada pertemuan di situ mereka bertukar-tukar nomber telofon. Dari situ terbit mula rasa sayang pada gadis yang sebaya dengannya.
  Jodoh mereka tidak panjang. Iskandar bagaikan mangsanya. Permainan dan pernipuan dalam percintaan cinta monyetnya. Sebenarnya Erna sudah mempunyai kekasih hati. Semuanya itu terjadi apabila malam itu, Iskandar berjalan-jalan di sekitar KL. Iskandar ternampak kelibatan Erna bersama seorang lelaki berusia darinya. Bermesraan. Sakit hatinya menanggung perasaan itu. Gadis yang dia cintai bersama orang lain. Tak seberang perbincangan, Iskandar meminta memutus hubungan itu. Akhirnya Iskandar berpindah ke Kuantan atas permintaan keluarganya.
Pang!
 Tersentak Iskandar apabila pahanya di tampar oleh Suhaila. Suhaila sudah mencebik. Termenung lagi lah tu. Iskandar mengusap-usap kepala Suhaila. Pantas Suhaila menepis tangan Iskandar. Tanda protes.
  “Abang kena lah ingat. Abang dengan Kak Erna itu cerita lama abang dengan dia. Dia curang dengan abang. Abang yang sendiri nampak kan. Kalau dia tahu abang tu anak Datuk comfrim dia tak cari laki lain. Dia nak seronok je lah abang.,” hujah Suhaila panjang lebar. Iskandar hanya mendengar. Dia tahu Erna hanya nak berseronok atas kekayaan orang lain.
  “Sekarang ni, abang kena lupakan Kak Erna itu. Abang dah ada Kak Maira. Kak Maira jauh lebih baik dari dia. Kak Maira tak pernah pun pakai seksi. Macam Kak Erna pakai baju pun tak cukup kain. Kalau mama tau, comfrim dah kena reject, bukan setakat jadi mentua. Silap hari bulan kawan pun tak boleh,”  Iskandar hanya mendengar celoteh adiknya. Benar apa yang dikhabarkan oleh Suhaila. Erna seorang sikap terbuka. Cara berpakaian lebih mengikut ala-ala barat.
  “Abang, jangan sebab cinta iman lemah terus. Kalau betul-betul abang sayangkan Kak Maira. Abang berdoalah selalu dekat Allah. Semoga Allah membuka pintu hati Kak Maira untuk abang,” Suhaila masih bersuara. Iskandar mengumtum senyuman. Suhaila bagaikan guru kaunselingnya.
  “Pandailah adik abang ni. Terima kasih adik,” ucap Iskandar sambil mencium pipi gebu miliknya.
   “Okay, kalau macam tu. Nanti abang kena belanja adik McFlurry,” Mata Iskandar butang. Dah macam Humaira. Sikit-sikit McFlurry.
    “Yela-yela. Nanti abang belanja,” kata putus daripada Iskandar.
     “Promise,”
     “Ye! Abang promise. Dah pergi tidur dah lewat ni,” arah Iskandar. Bergesa Suhaila keluar daripada bilik itu. Iskandar mengeluh panjang. Betul kata Suhaila. Erna adalah masa laluku, tapi Maira masa depanku.
                                                                 **********
Humaira mencelik matanya kecil. Cerah. Tandanya matahari mula terbit tersenyum. Bunyi kokokan ayam di sekitar halaman rumah Nek Som membingkitkan telinga. Dirinya tersegar apabila mendapat tidur yang secukupnya walaupun teddy bear gergasi tidak menemaninya tidur. Humaira pusing ke kiri. Tubuh Suhaila sudah tiada di sisinya. Bingkas bangun dari pembaring terus beredar ke bilik air.
  Usai membersihkan dirinya, Humaira keluar dari bilik itu menuju ke ruang tamu. Tiada sesiapa di rumah tamu. Humaira bergerak ke dapur. Kedengaran suara riuh rendah Nek Som bercakap. Nek ni, membebel apa pagi-pagi ni.
   Humaira melangkah ke dapur. Melihat Suhaila menjamah sarapan pagi. Suhail mengukir senyuman manis. Nek Som pula membersihkan pinggan mangkuk di sinki.
   “Akak, jom breakfast sekali,” pelawa Suhaila dengan ramah. Humaira merapati meja bujur yang memuatkan lima enam orang. Humaira mengambil tempat di hadapan Suhaila.
   “Su dah siap ke,” soal Humaira kembali. Melihat pinggan di hadapan Suhaila kosong. Soalan Humaira di biar tergantung. Suhaila menuangkan air Teh O panas untuk Humaira.
   “Tak payah tuang tuk akak. Akak boleh buat sendiri,” kata Humaira sebaik cawan kecil itu di hulurkan ke kepada Humaira. Humaira memandang pelik pada air itu.
   “Tak akak, akak kan tetamu rumah ni. Satu lagi dekat sini tak ada Hot Chocolate,” Suhaila sudah tersenyum menampakkan giginya. Humaira terlopong seketika. “Tadi masa abang sarapan pun dia minta Hot Chocolate,”
   Tetiba Humaira baru sedar dia tidak nampak bayang lelaki itu. Lantas Humaira menghirup air itu. Panasnya!
   “Mana Is. akak tak nampak pun,” ramah Humaira bertanya. Suhaila tersengih kecil.
   “Syafiq awal-awal pagi dah keluar dengan kawan-kawan sepermainan dia,” celah Nek Som menghampiri meja makan dengan membawa kuih karipap. Karipap, lama tak makan. Humaira mencapai kuih itu lalu di ngapnya. Sedapnya.
    “Eh, Is tu memang ada kawan dengan sini ke,” soal Humaira sedang mengungah karipap buatan Nek Som.
    “Mesti lah ada. Tidak dia tak nakal lah waktu kecik dulu,” Nek Som membalas. Teringat cerita kenakalan Iskandar. Bocor jugak rahsia kau. “Makan lah dulu nek nak ke belakang rumah sekejap. Suhaila dan Humaira sekadar mengangguk.
    “Akak,” panggil Suhaila. Humaira memandang Suhaila yang duduk bertentangan dengannya.
    “Akak, suka dengan abang Su tak,” hampir tercekik Humaira yang tengah mengunyah karipap. Hampir 3 ketul karipap dia bedal.
    “Su tanya lah soalan lain. Soalan tu tak masuk exam pun,” Humaira sudah tidak keruan bila berbicara tentang Iskandar. Bukan nak lari dari kenyataan dia menyukai lelaki itu dalam diam. Tapi Humaira sukar mempercayai orang yang bergelar lelaki.
   “Memang lah, soalan ni tak ada dalam exam. Alah Su just nak tahu je,” Suhaila mengangkat keningnya.
   Humaira menyusap-usap dagunya. “Entah lah Su. Akak pun tak dapat jawapan yang lengkap,”
  Suhaila sudah membuat  muka blur. Nak lari la tu “Macam mana akak boleh rapat dengan abang Is,”
  Humaira sudah tersenyum mengingati perkenalan antara mereka.
  “Ceritanya macam ini..” Humaira sudah membuka episod hikayat perkenalan antara Sera Humaira dan Syafiq Iskandar.
                                                            ******
“Is, rembat lah bola tu kuat sikit,” jerit Darus di tengah kawasan padang sekolah mereka. Mengikut jadual pembelajaran ketika pada  mereka mempunyai waktu  untuk seminggu sekali iaitu Pendidik Jasmani di ajar oleh cikgu pratikal. Pelajar lelaki bermain bola sepak manakala pelajar perempuan bermain bola jaring.
   Humaira tidak bermain satu pun permainan. Malas. Walaupun Humaira berbaju sukan. Dia hanya melihat budak-budak lelaki kelasnya bersungguh bermain bola sepak. Panas terik membahang kawasan padang itu.
  Amira dan Diana sedang bermian bola jaring. Humaira cukup tidak minat dengan bola jaring, minat pada bola keranjang menebal. Kenapalah sekolah ni tak ada sukan itu. Tahu lah bola keranjang tu tak famous.
  Bosannya! Kenapalah aku duduk dekat padang ni. Sumpah bosan gila. Kalau main lumba lari pun best juga.
  Akhirnya Humaira bangun dari duduk atas rumput. Humaira menepuk-nepuk rumput yang melekat pada seluar track suitnya.
  “Maira, bola!” jeritan seorang lelaki mengejutkannya. Iskandar. Apabila bola yang ingin di jaringkan gol tetiba tersepak kuat sehingga telah melepasi gawang gol yang menuju ke arah Humaira. Humaira yang menyedari kehadiran bola hitam putih itu meluru ke arahnya. Tidak sempat mengelak. Apabila sebiji bola hitam putih itu menhemtam di atas kepalanya
   Dunianya seakan berpusing-pusing kepalanya mulai pening. Humaira sudah terjelepok atas padang rumput menghijau itu. Cikgu pratikal terkejut apabila ternampak sekujur tubuh sudah terkulai jatuh ke menyembah tanah. Pelajar-pelajar lain turut mendekati Humaira.
    Serbu rasa bersalah pada gadis itu. Baru dia minggu dia berpindah ke sekolah itu. Iskandar hanya melihat dari jauh. Pasti gadis itu pengsan selepas mendapat hemtam kuat dari bola itu menyebabkan gadis itu pengsan. Melihat Darus mencempung gadis kecik molek keluar dari padang sekolah.
  Setelah menghantar Humaira ke bilik rawatan di sediakan. Darus keluar dari bilik rawatan tersebut. Humaira di jaga oleh Amira. Darus menepuk bahu Iskandar yang asyik termenung Iskandar memandang raut wajah Darus.
   “Dia dah sedar ke,” tanya Iskandar. Segumpal rasa berasa di hatinya. Macam mana lah boleh tersepak kuat.
   “Tak lagi. Nanti dia sedar kau minta lah maaf dengan dia,” ucap Darus menenang perasaan Iskandar. Amira yang keluar dari bilik rawatan itu. Menyentak dua orang sahabat itu.
   “Maira dah sedar,” kata Amira. Amira kembali masuk ke dalam bilik rawatan. Nasib lah Humaira cepat sedar. Terkulat-kulat Darus dan Iskandar masuk ke bilik rawatan itu. Wajah Humaira berkerut dahi. Pening kepalanya masih tersisa.  Pandangannya masih samar-samar.
  “Maira kau dah okay,” soal Amira yang berada di sisi Humaira.
  “Aku dekat mana ni,” soal Humaira sekembali. Darus menghampiri Humaira.
  “Sayang dekat bilik rawatan. Tadi sayang pengsan,” ucap lembut Darus. Amira mengeleng-geleng melihat kelakuan dua insan itu.
   “Hah, pengsan,” kepalanya betul-betul pening. Bergegar kepalanya. Dia terpandang sebatang tubuh terdiri tegak. Laki ni lah. Humaira turun dari katil. Mendekati lelaki itu. Iskandar mula cuak. Iskandar tahu gadis sedang mamai lagi. Jantung Iskandar berdetak laju. Kenapa aku rasa macam ni. Monolog Iskandar ketika itu.
   “Kau kan sepak bola tu bagi kena aku kan!” jerit Humaira kepada Iskandar. Iskandar mula menikus. Kerdik gadis itu mengejutkan sarafnya. Garangnya awek Darus ni, harap je comel.
   “Kalau kepala aku dahi aku bertelur siap lah kau aku kerja,” sekali lagi Humaira menyinga. Humaira menampak kakinya langkah keluar dari bilik rawatan. Terasa dirinya melayang pantas Iskandar menyambar tubuh Humaira. Jantungnya kian berdegup laju. Jiwanya tidak keruan.
  Selepas daripada kejadian itu, Iskandar dan Humaira sering kali bergaduh, bertekak. Kedua-duanya menunjukkan keras kepala masing-masing. Daripada perkara kecil sehingga ke besar.
                                                              ************
“Mak dah agak,” ucap Nek Som kepada anak perempuan Datin Mahani. Datin Mahani hanya mengeluh.
  “Mak jangan lah cerita dekat sapa-sapa pulak,” pinta Datin Mahani. Risau kalau-kalau rahsia terbongkar. Datin Mahani memasuki pinggan mangkuk ke dalam sinki. Mereka sahaja baru selesai menjamu selera tanpa Iskandar.
  “Mak nak bagitahu sapa lah, Ani oit,” kata Nek Som sedang membersihkan meja yang melekat dengan sisa lauk-lauk tengah hari. “Budak-budak tu tahu tak ke,” Nek Som memandang wajah anak keduanya itu. Datin Mahani hanya mengeleng kepalanya.
  “Sampai bila kau nak simpan rahsia tu,” soal lagi Nek Som. Nek Som mendapat jawat jawatan sebagai polis tidak bergaji.
   “Biar lah dulu mak. Budak-budak tu muda lagi,” kata Datin Mahani nada bersahaja.
   “Ikut kau lah Ani. Mak risau je, hati budak-budak tu boleh berubah.” Datin Mahani hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tak tau sampai nak rahsia perkara ni kepada orang-orang kelilingnya.
                                                              *****
Humaira duduk di pangkin berseorangan. Seronok duduk di pangkin itu terasa redup sahaja. Deruman enjin kereta memasuki kawasan perkarangan rumah Nek Som. Uisshh.. tengah hari baru nak balik. Hebat-hebat dah lapar baru balik. Tak senonoh betul.
  Iskandar keluar dari perut kereta itu. Iskandar memakai T-shirt berkolar dan berseluar jeans. Di tambah Iskandar memakai Ray Ban. Tercanggang Humaira seketika. Iskandar ke itu? Handsomenya dia. Tergugat iman aku ni hah.
  Iskandar mendapatkan Humaira di pangkin. Cermin mata hitam itu masih tergantung di mata lelaki. Sumpah, handsome bhai! Lelaki itu mengambil tempat bersebelah dengan Humaira. Bau wangian pada Humaira menusuk-nusuk hidungnya.
  “Ayang, tunggu abang balik ek,” kata Iskandar sambil ketawa. Humaira cuak. Humaira menguntum senyuman
  “Bila masa aku tunggu kau balik. Itu bukan kerja aku lah,” cepat-cepat Humaira menjawab. Tak payah nak berayang-ayang dengan aku.  Kang tak pasal kau makan tengah hari dengan guna straw pulak.
  “Garangnya ayang abang ni,” usik Iskandar lagi. Makin membahang muka Humaira menahan malu. Iskandar ni kan. “Ayang dah makan,”
   “Dah,” sepatah di jawab Humaira. Ngada-ngada lah mamat ni. Jantung ni pun nak terlompat keluar.
   “Maira nak masuk,” baru dia menapak kaki ke tanah. Tangannya di rentap. Hampir terjatuh Humaira dek tarikkan oleh Iskandar. Muka Humaira begitu dekat dengan Iskandar. Perasaan tidak keruan terjah. Humaira tunduk malu.
   “Jom keluar. Jalan-jalan nak tak,” ajak Iskandar. Iskandar tahu muka Humaira makin merah kerana menahan malu. Humaira mengangguk perlahan. “Okay. Ayang pergi siap dulu ok,”
  Humaira menampar bahu Iskandar, untung sempat dia mengelakkan. Lelaki ni sengaja nak usik aku. Tersenyum simpul Iskandar.
   “Is tak nak makan dulu ke,” tanya Humaira menahan perasaan malunya.
   “Tak, nak makan dengan ayang nanti,” sekali lagi Iskandar menyakat Humaira. Terus Humaira berlalu masuk ke dalam rumah. Terasa sedikit kebahagian di hatinya.
   Setelah Humaira bersiap dan atas kebenaran mama tercintanya. Mereka keluar berdua. Nek Som pulak bukan main excited kalah aku bila Iskandar mengajak Humaira  keluar. Humaira pun tak pasti Iskandar memandu ke mana. Humaira hanya mengikut. Dalam kereta itu, Humaira lebih mendiamkan diri tak pun menangkap gambar menggunakan telefon bimbit. Dengan memakai Ray Ban milik Iskandar.
  Iskandar memberhentikan keretanya di bawah pokok-pokok tumbuh lebat. Berdepan dengan Sungai Pahang. Taman Esplanade Temerloh ini asalnya lebih dikenali sebagai tapak Pekan Sehari Temerloh. Disinilah tumpuan penduduk sekitar Temerloh pada setiap pagi Ahad. Macam-macam jualan boleh kita dapati di Pekan Sehari Temerloh.
  Pada sebelah petangnya pula ada gerai jualan makanan. Kita boleh menikmati pemandangan Sungai Pahang dan Sungai Semantan sambil makan dibawah pokok tua. Taman Espalanade yang terletak juga  di tebing sungai Pahang dan sungai semantan yang berkonsepkan waterfront.
  Iskandar dan Humaira sudah bolos keluar daripada perut kereta itu. Terasa damai duduk situ. Humaira masih tidak lekang memakai Ray Ban milik Iskandar. Humaira duduk di atas tanah berbawah pokok rendang.
  “Cantikkan,” ucap Humaira sebelum Iskandar melabuhkan punggungnya di sebelah Humaira.
   “Is rasakan, orang yang sebelah Is ni lagi cantik tau tak,” ucap Iskandar dengan selamba. “Bertambah comel dan hot, dia pakai Ray Ban tu,”
   “Ciptaan Allah semua cantik-cantik. Okay,” kata Humaira tanpa menoleh ke arah Iskandar. “Is pernah bercinta,” riak wajah Iskandar serta merta berubah. Perlukah aku cerita tentang kisah silam. Desis di hati Iskandar. Humaira masih mengunggu jawapan dari lelaki itu.
  “Pernah. Tapi dah luput,” tegas kata-kata Iskandar. Humaira senyum nipis. “Tapi sekarang Is dah jatuh cinta balik,”
  ‘Siapa perempuan tu Is, cakap lah. Tak perlu buat aku macam ni,” bentak Humaira di hatinya.
   “Mesti orang cantikkan,” seloroh Humaira untuk melindungi rasa cuak di hatinya.
   “Mesti lah cantik. Ciptaan Allah,” kata-kata Iskandar membuat Humaira tersenyum. “Kadang-kadang tidur malam Is tak lena mengingatkan seorang gadis yang cukup sempurna di mata Is,”
  Humaira terperanjat dengan kata-kata yang luncur di bibir Iskandar. Takkan lah Is yang tulis ayat tu dekat blackboard. Tak mungkin lah Is. Sang Pencinta itu Syafiq Iskandar. 
Iskandar bangun dari duduk. “Cinta itu hadir setiap saat. Cinta itu terasa dalam tindakan. Cinta itu terucap dalam senyuman,”
  Iskandar. Dia yang tulis ayat tu. Kenapa Iskandar. Perlukah aku sambut satu perasaan bahagia itu. Debaran di dada masih belum lega.
  “Bro, kau Syafiq,” perasaan berdebar di hati Humaira mati menangkap suara seorang lelaki menegur Iskandar. Iskandar dan lelaki itu berjabat tangan.
  “Aku lah Syafiq, tak sangka jumpa kau dengan sini, Ameer,” ucap Iskandar dengan ceria. Humaira telaku di tanah membiarkan sahaja perbualan dua sahabat itu.
   “Aku balik sini sekejap. Ada hal sikit,” balas lelaki yang bernama Ameer itu. “Sapa tu,” lelaki itu memuncungkan mulut ke arah Humaira.
   “Oh yang tu, awek kesayangan aku,” tersentak Humaira mendengar jawapan dari Iskandar. Humaira merengus kasar. Suka hati je mengaku aku ni awek kau kan. Siap lah kau nanti.
Ameer mengangguk tanda mengerti. “Baru nak tackle dia. Alih-alih awek kau pulak. Cun bro!”
  “Kau dengan Erna macam mana,” tetiba Ameer bertanya tentang gadis bernama Erna. Sapa Erna? Humaira bertanya di hatinya.
  “Aku dengan dia dah lama over,” balas Iskandar. Iskandar risau kalau-kalau Humaira mendengar nama Erna di sebut oleh Ameer.
   “Tak apa lah bro. Aku chow dulu. Nanti ada masa kita lepak sama,” kata Ameer sebelum meninggalkan Iskandar di situ. Iskandar mendekati Humaira yang masih duduk di tanah.
    “Kenapa ni. Monyok je muka ayang abang ni,” renungan tajam Humaira di lemparkan ke arah Iskandar. Gedik lah Iskandar. Tak payah nak bersayang-sayang. Dah nak pengsan aku dekat sini. Mau saja dia nak tolak tubuh lelaki itu dia tapi dia tak sampai hati. Sapa Erna! Hati kecil milik Humaira mula memberontak.
   Tidak lama kemuadian  mereka berdua bergerak pulang ke rumah Nek Som. Selepas waktu Magrib, mereka bergerak pulang ke Kuantan semula. Esok persekolahan mula kembali seperti biasa. Keindahan hari ini, kemesraan hari ni, dan kebahagian hari ni akan di simpan dan di kenang sampai bila. Harap-harap hati terbuka untuk si dia. Amin.

Bersambung..

 NOTA KAKI: Esipod ni tak berapa menarik. Terima kasih kerana sudi membaca :)