Kekasih Kontark Bab 11


BAB 11
MACAM mana dengan syarikat,”
          Shahzrul Nazrin memandang seraut wajah Dato’ Faiz yang duduk bertentang dengannya. Lelaki itu lebih  kurang sebaya dengan abahnya.
         “Alhamdulilah, buat masa sekarang memang tak ada apa-apa masalah lagi. Cuma sibuk sikit dengan projek baru dekat Johor Bharu,” Nazrin menjawab pertanyaan Dato’ Faiz. Dato’ Faiz mengangguk tanda mengerti.
         Kehadiran Lydia memasuki ke ruang pejabat itu menghentikan perbualan mereka seketika. Dia menatang dulang ke arah Dato’ Faiz dan Shahzrul Nazrin. Kedua-dua cawan berisikan teh panas itu di letakkan di atas meja kaca itu.
        “Jemput minum  Dato’ Faiz dan Encik Shah. Saya minta diri dulu,” pelawa Lydia selaku setiausaha Shahzrul Nazrin. Dato’ Faiz sekadar melakar senyuman sebelum Lydia meninggalkan mereka di ruang pejabat itu.  
       “Ummi cakap Pak Ngah baru balik daripada Shangai, betul ke?” soal Nazrin memulakan perbualan antara mereka semula.
         Dato’ Faiz mengangguk tanda mengiyakan. “Betullah tu. Pak Ngah baru aje balik. Ada kerja sikit dekat sana,”
        Nazrin sekadar mendiamkan diri mendengar jawapan daripada Pak Ngahnya. Kedatangan Dato’ Faiz ke syarikat itu hanya di maklumkan oleh setiausahanya, setengahnya sebelum Dato’ Faiz sampai ke syarikat itu.
       “Shah dah ada teman istimewa ke,”
         Nazrin hampir tercekik dengan soalan cepu emas Pak Ngah. Panggil Shah itu menjadi kebiasaan apabila Nazrin berada di dalam kaum kerabatnya dan termasuk seluruh warga syarikat itu. Cuma dalam keluarga dan teman zaman persekolahan memanggil dengan panggil Reen. 
        Dato’ Faiz tersenyum kecil melihat perubahan drastik di wajah anak sedaranya itu.
       “Mana adalah Pak Ngah. Sapalah Shah ni?” Jauh bunyi suaranya.
        Dato’ Faiz sudah ketawa melihat wajah Nazrin. Saling tak tumpah wajah abangnya, Kamal. Tambahan pula, dia tidak mempunyai anak lelaki. Kedua-dua permata hatinya adalah perempuan. Dia bersyukur itu yang zuriat yang di miliki oleh Dato’ Faiz.
       “Muka sikit punya handsome. Takkan ada girlfriend, Shah,” seloroh Dato’ Faiz. Dia mencapai cawan berisikan teh panas itu dihirupnya perlahan-lahan.
       “Mana adalah Pak Ngah. Orang tak bercintan-cintun dah,” Nazrin cuba mempertahankan apa yang dikatakanya.
       “Macam mana dengan Farah Laila,” ujar Dato’ Faiz.
         Nazrin mengingati seorang gadis bernama Farah Laila yang di sebutkan oleh Dato’ Faiz. Farah Laila merupakan anak bongsu Dato’ Faiz, dia sebaya dengannya. Lama dia tak jumpa gadis tu.
      “Shah dah lama tak jumpa dia lah. Entah dia ingat ke tak dekat Shah,” kata Nazrin jujur.
      “Dia selalu sebut pasal kamu dekat Pak Ngah,”
       “Betul ke, macam tak percaya aje,”
       Dedaun pintu bilik pejabat itu terbuka luas. Seorang gadis berpakaian sut kerja menerjah ke dalam bilik itu.
       “Panjang umur. Papa baru sebut nama Ella tadi,” kata-kata Dato’ Faiz menyambut kedatangan anak bongsunya secara mengejutkan. Farah Laila atau Ella bingkas mendekati dua lelaki itu. Secara automatik Ella mencium tangan Dato’ Faiz. Terkebil-kebil Nazrin melihat sepupunya makin cantik. 
        Ella yang mengenakan blouse berwarna merah jambu pudar dan berenda di bahagian dada blouse itu serta skirt paras lutut berwarna hitam. Rambutnya ikal mayang di lepaskan.
        “Papa dengan Shah kutuk-kutuk pasal Ella kan,” Ella sudah mengambil tempat di sisi papanya.
        “Ish papa mana ada kutuk-kutuk. Puji lagi adalah. Ella dari mana ni,” soal Dato’ Faiz kepada anaknya.
        “Daripada ofis. Tadi kakak cakap, papa datang sini. Tu yang Ella terjah ke sini,” ramah Ella bercakap. Sesekali melirik mata ke arah lelaki duduk bertentangan dengannya.
        “Lama tak jumpa Shah. Shah sihat,” tambah Ella lagi.
        Senyuman meniti di bibir Nazrin. “Sihat aje. Ella sekarang makin cantik. Tak sangka budak comot dulu dah jadi cantik macam ni,”
       Nada usik daripada Nazrin membuat Ella menunduk menahan malu.
       “Alah Shah pun apa kurangnya. Makin handsome, semesti girlfriend keliling pinggang ni,” duga Ella, Dato’ Faiz sekadar mendengar perbualan mereka berdua.
       “Kenapa Ella ingat Shah ni kasanova ke apa? Awek seorang pun tak ada,” balas  Nazrin bersahaja.
       Ella menarik sengih.
       “Manalah tu kan, pemain bola sepak dah jadi kasanova,” usik lagi Ella. Nazrin hanya mampu tarik sengih. “Apa kata kita lunch sama-sama nak tak, papa?”
       Cadangan Ella membuat Nazrin mengangkat keningnya. Dato’ Faiz sekadar mengangguk tanda setuju.

LANGKAH kakinya mengatur daripada sebuah klinik swasta. Munirah terpacak berdiri di kaki lima. Plastik berisikan ubat-ubatan di tenung. Ubat? Aku tak suka kau! Ubat gratrik di berikan oleh doktor. Mana tak grastrik kalau orang lain makan tengah hari pukul satu, yang kau, Moon pukul empat petang baru nak mencekik. Itu bukannya makan tengah hari dah.
        Kalau mama tercinta tahu, grastrik aku ni datang balik. Mesti kena berleter teruk. Munirah berdiri situ seperti patung cedana. Kakinya melangkah ke kedai runcit sebelah klinik terus. Tetiba teringat kawan-kawan semasa berada di zaman sekolah.
       ‘Apa khabar Salma dan Aryana agaknya,’ Tersenyum Munirah mengingati sahabat karibnya.
       Sudah genap lapan tahun berlalu sejak kali terkali menjejaki sekolahnya untuk mengambil keputusan SPM. Masing-masing dah besar. Semua ada kehidupan sendiri. Kalau yang masih belajar mesti tak habis mengadap buku sampai tak sudah. Boleh muntah hijau nak menghafal fakta dan teori. Mungkin juga sekarang, masing-masing  sudah mempunyai karier sendiri. Setahun  lepas, budak-budak batch sekolah aku dulu buat reunion. Ramai juga yang hadir. Ada yang sedang bercinta-cintun, ada yang bawa tunang dan ada juga yang sudah berkahwin.
      Munirah menggeleng sambil tersenyum lucu. Semasa perjumpaan tu, Salma memberitahu dia bawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Itu cerita dua tahun selepas sekarang diaorang dah kahwin pun. Kalau Aryana pulak, dengar cerita dia bawa diri ke negara matahari terbit selepas Aryana telah berjaya mengambil anak angkat terus dia bawa anak itu bersamanya. Itulah impian Aryana dari sekolah lagi mengambil anak angkat. Bagi Aryana, anak angkat itu anugerah Allah.
      Teringat perbualannya Munirah dan Salma.
      “Aku dah nk kahwin!”
       Tangan kiri memegang telefon ke telinga. Tangan kirinya sedang memutarkan pen di atas meja. Mata Munirah bersinar-sinar mendengar perkhabaran yang bahagia  itu.
      “Tahniahlah ye. Dengan sapa?” Munirah menjuling mata ke dada siling biliknya. Tertanya-tanya juga siapa bakal suami kepada Salma.
       “Tekalah!” suara Salma berlonjak kegembiraan. Pada mulanya, ahli keluarga agak tidak setuju apabila Salma mengutarakan hasratnya tuk berkahwin pada usia yang muda.
         Munirah menyusap-usap dagunya. “Manalah aku tahu,”
        “Amirul!”
        Hah! Hampir terlepas telefon bimbit pegangnya. “What! Who!”
       “Amirul!” sekali lagi Salma menyebut nama yang serupa.
        “Amirul budak berlagak bagus dan poyo tu future husband kau, Salma,” Munirah separuh menjerit seolah-olah tidak percaya.
         “Tak payahlah kutuk-kutuk dia. Dia bakal suami akulah,” nada keras Salma bersuara. Munirah sudah tarik sengih. Kawan baik sendiri sudah mendirikan sebuah masjid dengan classmate sendiri. Macam tak percaya saja, Salma boleh tangkap cintan dengan mamat tu. Orang lain semua dah berpasang-pasangan, kau aje Munirah masih tak bertemu jodoh.

PAPA dengan Shah masuk dulu,” kata Ella yang terpinga-pinga melihat seseorang. Dato’ Faiz sekadar mengangguk.
       Nazrin membantuti Dato’ Faiz  melangkah ke dalam sebuah restoren. Ella menghayun langkah kaki ke arah seseorang di kenalinya. Ella menyentuh lembut bahu seorang gadis itu. Tersentak gadis itu dengan sentuhan di bahunya.
      “Ecah, kau buat apa dekat sini,” soal Ella. Munirah sudah tarik senyumannya.
      “Tak saja ronda dengan sini. Sebelum tu aku pergi klinik kejap,” Munirah membalas.
      “Gastrik lagilah tu kan,”
       Munirah tarik sengih lagi. Alah Ella ni kang membebel pulak.
       “Tulah, cuba makan tu biar teratur sikit. Aku ingat habis aje belajar perangai kau tu dah berubah. Hampeh sama aje,” Ella mula menarik muncungnya.
       “Yelah nanti aku makan ikut jadual ye, doktor,” sindir Munirah. Makin muncung mulut Ella apabila di panggil doktor. “Kau datang dengan sapa ni,”
         Munirah kehairanan, tetiba muncul Ella dekat sini. Jam di tangan di jerling sekilas sudah pukul satu setengah tengah hari. Waktu rehat tuk mereka bekerja.
         “Aku datang dengan papa aku dan sepupu aku. Jomlah kita lunch sekali. Baru happening,” pelawa Ella. Munirah sudah serba salah. Kedai buku dijaga oleh Mastura tuk sementara waktu. Puan Aida jarang datang ke kedai buku kalau tak penting. Kalau ada urusan penting baru Puan Aida akan buat lawatan mengejut.
        “Tak apalah. Nanti ajelah. Malulah,” Munirah menolak secara berhemah.
        “Aku tak perduli, aku nak kau makan sekali. Nanti gastrik kau datang balik susah pulak,” Ella sudah berkeras. Tangan Munirah sudah di tarik oleh Ella. Hampir tersungkur Munirah apabila tarik sebegitu. Munirah mengeluh kecil apabila di heret oleh Ella ke dalam restoren tersbut.
        Sesampai di meja itu, dari jauh tadi lagi Munirah sudah memandang orang dikenalinya, Dato’ Faiz.  Hati Munirah terasa berdebar. Kenapa kau ni Moon? Tetiba nervous semacam macam nak jumpa bakal suami aje.
        “Sorry late papa,” kata Ella sejurus sampai di meja itu. Dato’ Faiz sekadar mengukir senyuman.
        “Uncle sihat,” soal Munirah dengan ramah.
         Dato’ Faiz mengangguk dan mengukir senyuman. “Alhamdulilah sihat,”
         Ella menarik tangan Munirah. “Ini my lovely cousin, Shah. Ini Ecah. Ecah, ni Shah,”
         Lelaki yang bernama Shah itu mendongakkan sedikit kepalanya apabila Ella memperkenalkan seseorang. Munirah sedikit terkejut. Mamat mangkuk tingkat ni sepupu Ella.
         “Katik,” suara Nazrin sederhana perlahan terluah di mulutnya.
          “Apa Shah cakap tadi,” soal Ella kembali. Ella melabuh kan punggungnya di duduk mengadap muka Dato’ Faiz manakala Munirah duduk bertentangan di lelaki itu.
          “Shah cakap cantik,” kata lelaki itu dengan cover line. Munirah mencerlung tajam ke arah lelaki di hadapannya.
          ‘Kau dah kutuk-kutuk depan aku lepas tu nak cover line pulak kan,’ Hati Munirah berkata.
          Nazrin memandang Munirah lama-lama. Entah perasaannya bercampuk aduk.
          “Excuse me, nak ke ladies sekejap,” Ella bersuara. Beberapa saat kemudian telefon bimbit milik Dato’ Faiz berbunyi. Dato’ Faiz menepuk bahu anak buahnya sebelum menangkat panggilan di terimanya. Munirah terasa kekok di tinggalkan berdua dengan lelaki tidak di kenalinya. Mahu saja dia larikan diri daripada situ.
          ‘Mamat ni kenapa, pandang-pandang. Aku cungkil mata kau tuk baru tau. Nanti jadi macam Kassim Selamat,’ rungut Munirah hatinya.
          “Aku tak sangka kau kawan dengan Ella,” Lelaki itu mula berjinak-jinak untuk bersuara.
          “Hmmm..” hanya itu yang terkeluar dari celah kerongkongnya.
          “Aik kau dah tak reti cakap ke katik,” Lelaki itu senyum nipis. Munirah sudah panas membara.
         “Apa kau panggil aku tadi,”
         “Katik!”
         Kaki Munirah mencari-cari kaki lelaki di hadapannya itu. Akhirnya dia menjumpai. Lalu dipijak kasar sebab lelaki itu memakai kasut kulit.
        “Aauuuwww! Sakitlah katik!” Nazrin mengerang kesakitan. Sekali Munirah memijak lagi kaki lelaki itu. “Kau tahu tak sakit,”
        “Oh.. kau tahu sakit kau. Aku ni kau tak tahu ke. Sakit hati tau tak,” geram Munirah dengan sepupu Ella ni. Malang betul aku jumpa dia lagi tuk hari ni.
        “Habis kotor kasut aku tahu tak,” rungut lelaki itu.
        “Do I care,” kata Munirah dengan selamba. Munirah memeluk tubuh.
        Nazrin memandang gadis di hadapannya tidak puas hati.
        “Cuci kasut aku balik,” arah lelaki itu. Munirah buat tidak tahu.
        “Cuci lah sendiri. Aku bukan kuli kaulah, giler!”
        “Aku tak perduli. Aku nak kau cuci kan jugak,” suara lelaki itu keras.
        Munirah mendekatkan muka ke arah lelaki itu. Nazrin jadi tidak keruan. Wangi minyak itu dia rindu-rindui.
        “Aku bukan isteri kau dan aku jugak bukan kuli batak kau, okay,” ucap Munirah separuh berbisik. Sekali kaki Munirah mendarat di kasut berkilat milik Nazrin di sebelah kiri pula. Berkerut muka Nazrin menahan sakit apabila di pijak banyak kali.
       “Aku rasa memang malang sapa beristerikan kau tahu tak. Punyalah kasar,” kutuk Nazrin. Tajam mata Munirah memandang lelaki itu
      “Aku rasa lelaki itu beruntung tau tak ambil aku jadikan wife dia tau tak. Bukan setakat pandai jaga anak. Masak pun aku reti tau tak,” nada berlagak Munirah ketika itu. Nazrin mencebik.
      Anak mata Munirah terhenti di satu sudut. Sepasang pasangan sedang menikmati makanan tengah hari. Irfan! Memang benar itu dia. Dia dengan siapa itu. Mersa sangat dengan seorang perempuan.
     “Entah-entah dia date dengan future wife dia tak,”
      Terlintas perbualan Munirah dengan Haida beberapa hari lalu. Mungkin benar kata Haida, Irfan sudah punya pilihan hatinya sendiri. Nazrin sekadar memandang gadis di hadapannya. Diam tapi bukan lagi main celotoh tetiba diam.
      Nazrin mengikut toleh ke arah Munirah memandang itu.
      “Kau jealous ke,” soal Nazrin seraya mengetuk lamunannya.
      “Tak kuasa aku nak jealous,” dalih Munirah. Hatinya rasa sesak di ketika menyaksikan kemesraan mereka berdua.Ella datang menyusun langkah satu per satu mendekati mereka berdua.
       “Amboi, rancak berborak,” tegur Ella sedang melabuhkan punggungnya. Munirah hanya ukir senyuman begitu dengan lelaki di hadapan Munirah. “Papa mana,”
        Mata Ella merayap-rayap mencari susuk tubuh Dato’ Faiz. Nazrin menjawab. “ On call,”
       Ella mengangguk. Setelah sekian lama di meja, Nazrin memanggil pelayan untuk memesan makanan. Beberapa ketika Dato’ Faiz kembali ke meja mereka semula. Agak mereka berbual dengan pelbagai cerita di kongsikan. Lelaki dihadapan tenang lagi. Sifatnya membuatkan hatinya sedikit terusik. Leka berborak dengan mereka semua, tanpa dia sedari Irfan sudah tidak lagi berada di sudut itu. Mungkin dia pulang ke pejabatnya semula.
  
BERSAMBUNG... 

Kekasih Kontrak Bab 10



BAB 10
HAIDA, apasal ni kecoh-kecoh,”
       Teguran daripada Munirah membuat Haida dan seorang lelaki berkemeja bersama tali leher seraya memaling ke arah suara milik anak majikannya. Munirah melangkah dekat ke arah mereka berdua.
       “Ni hah akak, abang ni. Haida cakap majalah dia nak tu tak ada. Dia marah-marah Haida,” adu Haida dan memberi renungan tajam ke arah lelaki di hadapannya itu.
      Lelaki itu hanya buat muka bosan. Munirah memusing ke  arah muka lelaki itu dengan sebuah jelingan tajam di hadiahkan.
     “Pagi-pagi dah buat kecoh. Haida ambil bulu ayam ni, pergi cuci habuk-habuk tu. Biar akak settle dengan lelaki mangkuk bertingkat-tingkat,”
      Bulu ayam yang pegang oleh Munirah bertukar tangan dengan Haida. Haida yang baru berusia 18 tahun, gadis sedang mengunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sementera mengunggu keputusan itu keluar. Gadis itu di ambil bekerja di kedai itu.
     Haida sudah bergerak ke rak-rak buku di bahagian hadapan. Munirah bercekak pinggang.
     “Majalah apa encik nak sangat cari tu!” tegas suara Munirah bertanya.
     “Majalah sport dengan kereta,” jawab laki tu dengan selamba, biarpun dia tahu gadis di hadapannya sudah berasap.
     “Maaflah encik. Untuk bulan ni, majalah-majalah yang encik nak tu tak sampai lagi,” Munirah masih garang, dia terpaksa mendongakkan kepalanya sedikit tu memandang wajah lelaki itu. “Kalau novel adalah petang karang baru sampai, encik berminat ke?”
      “Apa? Novel? Saya tak layan novellah. Komik boleh. Novel tu orang perempuan macam awak ni aje. Yang suka berimaginasi terlebih,” bidas lelaki itu masih di hadapannya. Munirah sudah berasap, meskipun kedai itu ada penghawa dingin tetapi dia terasa panas. Nasib aku tak bawa belacan, kalau tidak dah aku ‘cuci-cuci’ mulut laki ni.
     “Komik tak ada di jual di sini. Kalau nak pergi cari dekat 7eleven lah,” Munirah masih lagi menahan marahnya.
     “Macam ek awak layan customer, cakap elok-elok tak boleh,”
     “Sekarang sapa yang mula dulu. Awak ke saya. Awak yang marah-marah anak buah saya. Dia tu pekerja kedai ni,”
        Munirah sudah berjengket-jengket di hadapan lelaki itu untuk menyamakan ketinggian mereka. Tapi malangnya, ternyata Munirah tidak mempunyai ketinggian yang cukup. Balik nanti kena minta mama belikan calsium.
         Lelaki itu gelakkan Munirah. “Dah tahu diri itu katik tak payahlah nak berjengket- jengket macam tu. Nampak sangat awak tu katik,”
        Hidung kembang kempis menahan marah. “Apa katik-katik, sensitif tau tak,”
        Lelaki itu mengangguk-angguk dan membuat mulutnya berbentuk O.
        “Oh sensitif rupanya, katik ni,”
         Munirah memandang lelaki itu seperti mahu menelannya hidup-hidup. Dia hanya diam.
       “Okaylah katik, saya minta diri dulu. Nanti kalau majalah saya sampai. Tolong simpankan tuk saya okay,” kata lelaki tu sambil mengenyit matanya. Munirah terkejut dengan tindakkan lelaki itu. Dia jadi terpinga-pinga seketika. Munirah menampar-nampar pipinya perlahan-lahan supaya sedar balik ke alam nyata.
         Lelaki itu keluar daripada kedai buku itu dan menuju ke kereta Honda Vios milik lelaki itu. Dia membuka tempat pintu kereta di sebelah pemandu lalu enjin seraya di hidupkan.
        Lelaki itu menyandarkan badannya pada kusyen keretanya. Bayang-bayang gadis yang bertudung berwarna biru itu bagaikan sudah menawan hatinya. Setiap kali matanya memandang wajah milik gadis itu pasti berdebarnya.
        ‘Kau ni dah angau ke Reen. Tak pernah pun macam ni,’ monolognya sendirian. Tanpa disedari segaris senyuman terukir.
         Ketukan pada cermin kereta mengejutkan Nazrin yang leka berkhayal dengn dunianya sendiri. Dia memandang ke arah cermin keretanya. Bulat matanya memandang gerangan yang mengetuk cermin keretanya.

TERNYATA tidak di sangka, masa yang terdekat ni bertemu dengan Intan. Perkara yang ingin tidak mahu dilakukannya. Kejadian Intan mengetuk cermin keretanya selepas keluar daripada kedai buku terpaksa diheretnya ke sebuah restoren.
       “So, how about your life,” soal Intan sambil menghirup air fresh orenge dipesannya tadi.
        Nazrin senyum tawar mendengar soalan Intan. “Macam you tengoklah. Nothing interesting,”
       “You still dengan Meldina ke,”
       Nazrin sedikit terkejut apabila nama Meldina di sebut oleh Intan. Intan dan Meldina musuh ketat, pernah diaorang berdua bergaduh di birthday party semasa mereka berdua di luar negara.
       “Nope. I dah break up dengan dia,” senada Nazrin menjawab pertanyaan Intan. Intan senyuman lebih lebar daripada sebelum-belumnya. “Dah lama ke you balik sini,”
       “Actually dah tiga bulan I balik Malaysia cuma I tak tinggal dengan mama dengan papa. I duduk dekat JB dengan best friend I tolong dia buat business,”
         Nazrin tersengih mendengar gaya lemah lembut Intan. Dia sering tertanya-tanya kenapalah hati susah mengatakan suka pada gadis itu.
         “Family you otak business and you sekali,” kata Nazrin.
         “You dah jumpa someone yang special ke selepas you break up dengan Meldina,”
          Kata-kata Intan telah membuat Nazrin teringat pada gadis di kedai buku tersebut.
         “Belum lagi. I nak fokus dengan karier I dulu. Kenapa you nak kenalkan dengan I sapa-sapa ke?” dagu Nazrin sambil menghirup air itu melalui straw.
         “Daripada I kenalkan you dengan kawan-kawan I, baik I aje yang you kenal,”
          Tersenyum sinis Nazrin. Langsung tak berubah gadis di hadapannya itu. Dari mula kenal dengan gadis semasa zaman persekolahan lagi. Tidak di nafikan dia seorang gadis yang manja. Selalu mencari perhatian dengan bahasa tubuh badannya.
          “Apa pendapat you kalau I jadi model?” soal Intan merenung seraut wajah jejaka tampan itu.
         “Bukan ke itu impian you?”
         “Memang tu impian I tapi mama dengan papa tak kasi,” jawab Intan dengan suaranya agak kendur. Matanya melirik ke arah Nazrin.
        “Maybe parents you nak you jadi macam diaorang juga,” kata Nazrin.
        Intan mengeluh kecil. Lama mereka berdua di restoren. Pelbagai cerita dikongsikan.

TERIMA KASIH. Datang lagi,” kata Munirah sebaik saja menyerahkan plastik lutsinar berisikan buku-buku di beli oleh seorang perempuan itu. Perempuan menyambut plastik tersebut dengan mengukir senyuman.
        Hari ini pengunjung kedai buku itu agak  ramai sedikit. Munirah mengeluh sendirian sedang melihat manusia lalu lalang melintas kedai itu. Haida datang ke arah Munirah yang berada di kaunter pembayaran.
        Haida tersengih-sengih kambing di hadapan Munirah. Munirah tayang muka blur.
        “Tersengih-sengih ni kenapa? Tak sihat ke?” tanya Munirah, hairan.
        “Handsomekan akak, abang yang datang pagi tadi tu,” ujar Haida.
        “Abang? Yang mana ni,” soal Munirah lagi.
         “Alah yang buat kecoh pagi tadi tulah. Haida rasa macam dah jatuh hati dengan dialah,”
         Haida sudah membayang muka jejaka tampan itu tadi.
         “Handsome ke? Biasa ajelah,” Teringat Munirah pada kejadian pagi. Mereka boleh bergaduh.
          “Haida rasakan. Akak ni kena pakai cermin mata dah kut. Handsome dengan tak handsome pu n tak boleh nak beza,” tertawa kecil Haida.
          “Yelah. Laki tu memag handsome pun, tapi perangai macam budak kecik. Siap ejek-ejak akak lagi tadi. Sebal betul dengan perangai laki itu,” Munirah memberitahu Haida.
          “Lahh yaka ke? Entah-entah dia nak tackle akak kut,”
          “Apa sekarang nak tackle main ejek-ejek ke. Apa punya taktik lah. Akak tak setuju,” bangkang Munirah dengan tak puas hati.
          “Alah akak kena faham itu taktik alaf baru. Haida tengok akak sesuai dengan dialah,” tambah Haida, sembilan puluh darjah kepala Munirah mengalih ke arah Haida. Haida sudah tarik sengih.
         “Jangan nak mix match akak dengan sapa-sapa pun. Tambah-tambah budak mangkuk bertingkat-tingkat,” Munirah sudah memberi amaran keras. Haida masih tersengih-sengih mendengar amaran itu.
         “Alah akak ni, gurau sikit pun tak boleh. Nak tanya, mana abang arkitek akak tu. Dah lama tak nampak dia. Rindu,”
          Munirah terlopong. Ewah..ewah kecik-kecik dah pandai rindu kat orang laki ek.
         “Sejak bila pandai rindu-rindu ni. Entahlah, dia busy kut,” teka Munirah sedang membulat pembalut plastik gula-gula lalu di masukkan ke dalam mulut isinya.
         “Entah-entah dia date dengan future wife dia tak,” sengaja Haida menduga Munirah. Riak wajah Munirah serta merta berubah.
        “Biar ajelah kalau dia nak keluar dengan sapa-sapa pun. Akak okay aje,” Munirah mengukir senyuman nipis untuk cover line.
        “Akak suka dekat abang arkitek tu ek,” sekali Haida menduga Munirah.
        “Ish, apalah kau mengarut ni. Akak suka dengan anak dia ajelah,”
        “Kalau suka anak dia, bapak dia pun kena suka juga,”  
          Haida masih tidak mahu mengalah dengan Munirah.
         “Tak semestinya. Akak ambil anak angkat tu Ifa, bukan Irfan lah,” tegas Munirah memberi jawapan.
         “Okay. Habis dengan abang Irfan sampai bila macam ni. Haida teringin sangat makan nasi minyak  daripada akak,” usik Haida, Munirah menjeling tajam.
        “Esok akak bagi kau makan nasi minyak. Malam ni akak sental-sental minyak petrol dekat nasi tu. Akak kasi dengan kau makan ye, Haida sayang,”
       “Alah teruklah akak ni. Sental dengan minyak petrol pulak tu,” Haida sudah tarik muncung. Munirah tertawa kecil dengan gelagat anak buahnya.
       “Malaslah akak nak layan kau, tolong jaga kaunter akak nak pergi ke belakang kejap,” akhirnya Munirah beralah berdebat dengan Haida. Haida sudah tersengih-sengih. Sebelum Munirah melangkah sempat lagi Munirah mencubit kedua-dua pipi tembam milik Haida.

MUNIRAH mengacau air milo di bancuhnya, sekilas dia memandang jam di dapur. Jarum jam sudah menjangkau pukul 9.30 malam. Dari dapur kedengaran Auzaie gelak mengekek-ngekek apabila di usik ayahnya. Dah seminggu, keluarga abang Khairil berkampung di rumah itu. Kebiasaanya hanya Munirah dan mamanya saja di rumah. Adanya keluarga abang Kharil terasa meriah.
       Sehari suntuk, pelbagai perkara yang berlaku. Pagi-pagi di kedai buku dah bergaduh dengan mamat otak tak center. Tanpa di sedari bibirnya mengukir senyuman. Munirah berasa hairan, tak pernah-pernah aku marah customer. Hari ini aku dah pecah rekod marah dekat customer secara live. Selalunya dalam hati aje aku marah-marah. Tapi laki sifat di tenang aje.
        ‘Alahai kau dah jatuh hati dekat mamat otak tak center tu ke,’ monolog sendirian.
        Munirah tersenyum sendirian. Teringat panggilan katik di sebut oleh laki tu. Okay, aku ni tak adalah katik, kemetot, ketot dan seangkatan dengannya. Ketinggian aku ni sedang-sedang ajelah. Aku tahu mamat tu tinggi macam pokok kepala, suka suki kutuk aku yang comel lote ni.
      Munirah mengeluh panjang, Munirah teringat kejadian selepas tamat daripada kerja.
      “Kak, akak tolong teman Haida pergi bandar sekejap,” kata Haida menolong Munirah mengemaskan barang-barang sebelum pulang ke rumah.
       “Buat apa?” Munirah memandang Haida kehairanan.
       “Saja. Cuci-cuci mata. Boleh tak akak,”
       “Yelah. Jom keluar akak nak tutup dah pintu kedai ni,” ujar Munirah yang melangkah kaki keluar daripada kedai itu. Pekerja-pekerja lain sudah selamat pulang ke rumah. Setiap hari, Munirah akan mengambil dan menghantar Haida ke  rumah dengan selamat.
        Kejadian ragut yang berlaku terhadap Haida, membuatkan Haida akan fobia untuk menunggang motosikal. Munirah mengambil tindakan mengambil dan menghantar Haida. Mereka berdua memasuki ke dalam perut kereta milik Munirah. Lantas kereta kesayangan Munirah di hidupkan.
       Kereta dipandu oleh Munirah melewati kawasan bandar. Hiruk-piruk di jalan raya menjadi kebiasaanya apabila menjelma waktu kemuncak apabila kesemua mereka ingin pulang ke rumah secara terburu-buru. Munirah memasuki ke salah satu sebuah pusat membeli belah di sekitar Kuantan.
       Setelah puas mencari parkir, mereka berdua keluar daripada perut kereta itu.
      “Haida nak buat apa dekat sini,” soal Munirah sebaik melangkah masuk kaki ke pusat membeli belah itu.
      “Nak pergi Popular. Nak cari novel baru,” Haida membalas.
      “Novel? Dekat kedai akak kan ada juga novel,”
       “Tak ada novel Haida minat,” ujar Haida sambil menbetulkan kedudukan tudungnya agak senget.
         Mereka berdua melangkah kaki ke dalam Popular itu. Teruja Munirah melihat novel yang tersusun-susun di atas meja itu. Mata Munirah meliar mencari-cari novel yang menarik minatnya. Munirah sudah melekat di himpunan novel-novel di situ. Haida sudah hilang ke mana.
       Munirah mengundurkan dirinya tanpa di sedari, dia telah melanggar seseorang. Buku tebal terjatuh dari pegangan manusia di langgarnya tadi. Cepat-cepat Munirah tunduk mengambil buku tersebut.
      “Ayu okay,”
      Kedengaran suara garau milik seorang lelaki. Munirah mengangkat mukanya. Reaksi Munirah terkejut melihat seorang gadis bernama Ayu, di panggil oleh lelaki itu. Diam tiada sebarang reaksi.
       “Moon,”

ABANG tak sangka jumpa Moon dekat sini,”
        Munirah hanya mendengar percakapan daripada Haikal. Gadis di sebelah Haikal betul-betul mengingatkan Munirah kepada Kak Atif. Memang seiras wajah Ayu dengan Kak Atif. Haida di sisiku hanya diam.
       “Moon pun tak sangka jumpa abang dekat sini,”
       Hampir enam tahun Munirah tidak bertemu dengan lelaki itu. Wajahnya tidak banyak berubah. Sama seperti dulu.
       “Dah sebulan abang ada dekat sini,” kata lelaki itu. Munirah menghirup air coca cola di dalam cawan kertas itu.
       “Terubat rasa rindu arwah Kak Atif tengok Kak Ayu,” jujur Munirah berkata.
        Tetiba telefon milik Kak Ayu berdering. Kak Ayu mengukir senyuman.
        “Excuse me,”
       Kak Ayu keluar daripada kedai itu sebelum menjawab panggilan tersebut. Munirah memandang mata redup milik abang Haikal.
      “Sama kan muka Ayu dengan Atif,”
      “Ye memang sama, abang. Tapi itu bukan Kak Atif, itu Kak Ayu. Abang jangan sama kan Kak Ayu dengan Kak Atif. Disebabkan mereka muka lebih kurang sama, abang tak boleh buat Kak Ayu macam Kak Atif,”
      Tetiba Munirah memprotes tanpa tidak di duga.
     “Tapi itu aje cara abang boleh lepaskan segala rindu dendam Kak Atif. Abang terlampau rindukan dia. Abang tak boleh sembunyi perasaan tu,”
      Haikal membuka cerita tentang hati dan perasaan menanggung kesengsaraan hidupnya.
     “Macam pun caranya abang tak boleh samakan Kak Ayu dengan Kak Atif. Dia cuma berkongsi wajah yang sama. Bukan hati,” Munirah sudah mula berdebat dekat lelaki itu. Haida di sebelah Munirah gosok-gosok bahu Munirah supaya tenang.
    “Tapi abang...”
    “Tak ada tapi-tapi abang, abang tak boleh buat Kak Ayu macam tu. Munirah kenal abang macam mana. Abang bukan mudah nak terima perempuan sesuka hati macam tu aje. Sebab Kak Ayu tu sama muka macam Kak Atif. Sebab tu abang terima dia kan,”
      Haikal sekadar mengangguk lemah. Munirah sudah bangun daripada kerusi dan menarik tangan Haida supaya meninggalkan tempat itu. Munirah benar-benar kecawa dengan sikap Haikal. Belum sempat Munirah bergerak suara Haikal membuatkan langkahnya terhenti.
     Huluran sekeping kad bersampul itu membuatkan Munirah terpinga-pinga masa itu. Sampul itu sambut malas. Bingkas Munirah dan Haida meninggalkan tempat itu. Jauh Munirah menebar lamunannya insiden petang tadi. Munirah mengeluh kecil. Munirah menarik kerusi di meja belajar lalu di selokarnya beg sandang itu.
    Kad bersampul berwarna merah jambu dicapainnya. Harum semerbak bauan daripada kad tersebut. Penuh berhati-hati dia membuka sampul tersebut perlahan-lahan. Walimatulurus! Tepat tekaan yang berlegar-legar di mindanya. Matanya menangakap dua nama yang di cetak di situ. Haikal dan Ayu. Haikal benar-benar nekad ingin menamatkan zaman bujang dengan gadis itu.
    ‘Jodoh itu rahsia Allah, Munirah. Kau tidak boleh menolak jodoh yang diberikan kepada Haikal. Mungkin itu terbaik. Sebaik-baiknya kau perlu memanjatkan kesyukuran apabila bakal bernikah dengan gadis itu,’ kata hati Munirah yang baik.
     ‘Tapi Haikal pilih Ayu, sebab Ayu tu wajah dia sama dengan Atif. Itu yang dia pilih Ayu. Sapa tak rindukan seorang perempuan pernah menjadi sebahagian hidupnya,’ kata satu lagi hati memprotes.
    ‘Sekurang-kurangnya, Haikal dapat membezakan mana satu Ayu dan mana stu Atif. Kau kena terima semua itu. Haikal terlalu rindukan kakak kau, Munirah. Berikanlah dia peluang tuk mencari kebahagian walaupun bukan dengan Atif tapi dengan gadis persis wajah seperti Atif,’ monolog Munirah lagi.
    Munirah mengeluh panjang. Semoga Kak Atif tenang di sana dan semoga Haikal bahagia di sisi Ayu.

BERSAMBUNG.. 

NOTA KAKI: Semoga terhibur :)

Sinopsis Kekasih Kontark



KEKASIH KONTRAK, wujud ke kontrak macam tu? Tak masuk akal langsung. Munirah Aishah atau Moon, siapa sangka dia akan berjumpa kembali lelaki pernah menjadi kekasih kontrak pada zaman persekolahan. Ini semua idea gila pemain bola sepak sekolah itu.
    Selepas beberapa tahun lamanya, Moon mengenali seorang lelaki yang arkitek  iaitu Saiful Irfan. Lelaki seorang duda yang telah kehilangan isteri ketika melahirkan anak sulungnya, Nurul Asyifa. Munirah terpanggil menyambut kehadiran anak kecil itu sebagai anak angkat.
   “Mampukah aku menyambut salam cinta dan sayang hanya untuk anak kecil itu,”             –Munirah Aishah.
     Pada masa yang sama, Munirah amat dahagakan kasih seorang lelaki bergelar ayah. Ayah meninggalkan mama gantung tidak bertali. Di mana lelaki itu?  Kenapa dia tinggalkan mama begitu. Tidakkah rasa rindu dan sunyi di hati kecil mamanya apabila lelaki bergelar suami itu tiada di sisi.
      Munirah tidak menyangka dia bermajikan kan dengan seorang pemain bola sepak pada zaman sekolah dulu. Memang tidak diduga, menjadi setiausaha kepada lelaki itu. Sekali lagi perkara mengejutkan apabila lamaran menjadi kekasih kontrak berulang lagi.
    “Sudi tak Munirah Aishah binti Kamaruddin menjadi kekasih kontrak kepada Shahzrul Nazrin bin Mohd Kamal sekali lagi,” –Shahzrul Nazrin
      Hampir terbalik dunia Munirah medengar ayat diluahkan oleh lelaki itu. Memang gila mengenali lelaki seperti itu. Semakin lama mengenali Munirah, Shahzrul Nazrin mula menyimpan satu perasaan terhadap gadis itu. Tapi egonya seluas lautan pasifik membuatkan Nazrin terperangkap dengan perasaannya sendiri.
   Kemunculan Saiful Irfan dihadapan Shahzrul Nazrin mengugat segala-galanya. Robek hatinya melihat kemesraan Irfan dan Munirah.  Apakah penghujung kisah Kekasih Kontak ini. Siapakah sebenarnya cinta hati Munirah Aishah? Saiful Irfan atau Shahzrul Nazrin? Mampukah Nazrin meluahkan perasaannya terhadap gadis. Ikuti kisah cerita cinta antara seorang pemain bola sepak dan seorang yang antibola dan terus melekat di Kekasih Kontrak.

NOTA KAKI: Akhirnya Aya berjaya membuat sinopsis cerita Kekasih Kontrak. Tapi panjang sangatlah pulak hehe. Apa pendapat anda tentang cerita ini? Merapu atau best. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah :)


Kekasih Kontrak Bab 9




BAB 9
TANGANNYA ligat bermain pen di celah jari jemarinya, lantas di dengan letak  kasar di atas meja. Nazrin melurut kasar rambutnya. Kertas kerja di atas mejanya berselerakkan. Apa yang di lakukannya ketika itu tidak langsung dapat di tafsir dalam fikirannya.
      Dia menyambarkan badannya pada kerusi kulit itu. Fikirannya mulai merewang-rewang. Bercampur aduk perkara dengan masalah di alaminya. Tetiba pintu ruang pejabatnya dikuak luas tanpa di ketuk terlebih dahulu. Nazrin memandang ke arah pintu dan melihat yang ingin masuk ke ruangan pejabatnya.
     Nazrin membetulkan posisi kedudukan pada kerusi sambil membenarkan Badrul untuk masuk ke dalam. Badrul mengatur langkah ke arah Nazrin yang berada di belakang meja kerjanya. Tanpa di pinta, Badrul melabuhkan punggung perlahan-lahan di atas kerusi kulit di hadapan meja kawannya.
     “Apasal tetiba aje datang. Kau tak kerja ke hari ini,” soal Nazrin.
     “Saja aku datang. Aku off hari ini,”
     Nazrin hanya diam.
     “Kau kenapa macam ada masalah aje,”
     “Intan,”
      Sebaris nama pendek itu luncur di bibir lelaki itu. Badrul mengangkat kening.
      “Kenapa dengan dia,” soal Badrul kembali kepada Nazrin. Intan, kenal sangat dengan gadis tu. Terhegeh-hegeh dekat Nazrin. Tapi sayang, Nazrin langsung tak layan dia.
      “Dia dah balik,” Nazrin memandang Badrul masih setia mendengar.
      “So, kau dah ready ke nak layan kemanjaan dia tu,” Badrul sengaja melambat-lambat perkataan kemanjaan itu. Nazrin mengeleng lemah. Nazrin meraup wajahnya.
      “Asal kau tak suka sangat dengan Intan tu. Cun kut Intan tu,” kata Badrul.
     “Kau nak minah tu ambil ajelah. Aku tak nak dekat minah tu,” ujar Nazrin sambil mendongakkan kepalanya ke syiling ruangan pejabatnya.
     “Ish kau ni. Apalah yang kau anti sangat dengan minah tu. Kesian dekat Intan tu. Dia tangkap lentok dengan kau, boleh pulak kau buat tak reti dekat dia. Nasib kau, Intan oit,”
    ‘Kau ni dah kenapa Bad, bela pulak SMG,’ guman Nazrin sambil memandang lelaki itu di hadapanya.
   SMG, singkatan kepada Si Minah Gedik. Singkatan itu di cipta oleh pengurus projek iaitu Encik Shahzrul Nazrin.
    “Kau suka dekat Intan ek,” dagu Nazrin sambil sengih kambing ke arah Badrul.
     Bulat mata Badrul mendengar setiap ayat yang di sebutkan. Badrul meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. “Ish kau ni. Slowlah sikit perkataan suka tu. Kang Nincy terjah datang ofis kau baru tahu. Mati aku kena dengan dia,”
     Nazrin sudah tersengih-sengih. Badrul mula menikus. Takut sangat dengan amoi tu.
     “Aku peliklah dengan kau ni. Sampai bila kau nak dekat Nincy tu. Nincy tu lah amoi. Kaki clubing. Kalau Mak Aji tahu lah perangai anak dia macam ni. Heart attack Mak Aji tu nanti,”  Nazrin berkata sejurus menyentuh nama perempuan cina bernama Nincy.
    “Alah, kau seorang aje tahu kan. Kalau mak aku tahu, maknanya tak ada orang lain lah bagitahu,” Badrul sudah menggaru-garu kepala apabila Nazrin menyebut tentang maknya. Mak Badrul di kampung, di panggil Mak Aji. Depan Mak Aji bukan main sopan, boleh bagi gred A+++.
   “Kalau aku TERbagitahu dekat Mak Aji. Aku minta maaf lah ye,” kata Nazrin sedang tersengih-sengih. Nazrin sengaja menekankan perkataan ter.
   “Kau jangan nak buat hal. Mati kang aku kena kerja dengan mak aku. Mak tu, dia membebel macam bertih jagung. Langsung tak mau berhenti. Cair taik telinga aku bila dengar dia membebel. Tolonglah jangan bocorkan rahsia ni,” separuh merayu Badrul tatkala itu.
   “Yela. Aku tak bagitahu pun. Kalau Mak Aji tahu sendiri. Pandailah kau backup diri kau sendiri. Aku tak nak masuk campur,” Nazrin membalas sambil mengangkat tangan kedua-dua belahnya menandakan dia tidak mahu ikut campur dalam urus Badrul.
 
NAZRIN membimbit briefcase dan memulas tombol pintu ruangan pejabatnya. Terlihat setiausahanya menyusun fail-fail di atas meja. Nazrin memberhentikan langkahnya di meja setiausahanya, Lydia. Seraya itu, Lydia memandang wajah tampan milik majikannya. Gadis itu menunduk sikit kan kepalanya ke meja itu.
       “Lydia, saya nak balik dah. Saya ada hal sikit,” kata Nazrin, serius.
       “Baiklah, Encik Shah,” tutur lembut gadis itu.
       Tubuh badan Nazrin sudah hilang daripada pandangan Lydia. Lydia menarik nafas lega. Nasib bapak singa tu dah balik. Senang sikit aku nk kerja ni. Monolog Lydia sendirian.
       “Bapak singa tu mana,” tiba-tiba salah seorang staf syarikat tersebut. Lydia mendongkat kepalanya ke arah gerangan bersuara itu.
      “Balik dah kak,” Lydia kembali mengadap skrin komputer di mejanya.
      “Kak tak dengar pun hari Encik Shah tu mengamuk-amuk,” soal Kak Lin yang masih setia di meja setiausaha Encik Shahzrul Nazrin.
      “Alhamdulilah kak, tak dengar dia mengamuk hari ini. Kalau tidak Lydia rasa macam duduk dengan kandang singa. Kerja dia nak marah aje. Entah Lydia ni pun tak tahu tahan lama mana dengan Encik Shah tu,”
       Kak Lin sekadar mengangguk memdengar luahan isi merangkap setiausaha kepada Shahzrul Nazrin. Langkah kaki Nazrin terhenti seketika, matanya di kecil ingin melihat gerangan yang memakai baju berwarna merah hati tanpa lengan itu.
     ‘Intan! Mati aku. Macam mana pulak dia boleh datang sini,’ Nazrin mula cuak, melihat langkah gadis itu makin laju. Pantas Nazrin terpandang papan tanda  EXITS atau KELUAR tergantung di dinding itu. Tanpa membuang masa, Nazrin mengambil tindakkan kecemasan menggunakan tangga turun ke lobi.
     Dengan kelam kabut dia cepat-cepat menolak pintu. Nafasnya turun naik. Dia melepaskan nafas tanda lega
     ‘Hari ini bolehlah aku sorok-sorok macam ni. Lama-lama nanti mesti dia jumpa aku jugak,’ kata hati Nazrin. Nazrin melangkahnya duduk di tepi tangga kecemasan itu.Tali lehernya di longkarkan sedikit.
     ‘Apalah nasib aku ni. Kenal perempuan, semuanya buat aku tekanan jiwa,’
       Intan memasuki kawasan ruang pejabat itu. Dengan atur langkah persis model, matanya meliar mencari bilik pejabat Shahzrul Nazrin. Rindu dia pada lelaki itu.
       Lydia memerhati seorang gadis muda berpakaian dress paras lutut berwarna merah hati yang mendekati mejanya. Kak Lin masih di meja itu manakala Lydia sudah berdiri menyambut tetamu yang hadir.
       “Maaf, cik cari siapa?” ramah Lydia bertanya kepada gadis itu. Intan melemparkan senyuman plastik ke arah setiausaha Nazrin.
       ‘Selekehnya perempuan ni,’ kutuk di hati Intan.
        Lydia hanya mengena baju kurung kapas dan rambutnya yang panjang di lepaskan.
      “I cari Nazrin. Dia ada tak,” tanya Intan basa basi.
      “Maaflah cik. Encik Shah, baru aje keluar. Cik tak perasan dia ke, masa  datang ke sini?” Lydia membalas dengan nada yang sopan.
       “Oh yaka. Tak ada pun. Tak apa kalau macam tu,” kata Intan sambil mengeluar sunglasses daripada beg Chanelnya lantas dia meninggalkan ruang itu tanpa sebarang pamitan.
        Terpinga-pinga Lydia ketika itu. Dia kembali duduk di kerusi itu perlahan-lahan. Lydia kembali menyambung tugasnya.
       “Sapa tadi tu Lydia,” soal Kak Lin setelah bayang-bayang gadis muda itu tiada daripada pandangan.
       Lydia mengangkat bahu. “Manalah saya kenal akak ni,”
     “Engkau kan setiausaha dia. Mesti kalau kenal dengan minah kerek tu,”
     “Kak Lin, saya ni setiausah sahaja. Bukan wife dia. Lydia rasa tu girlfriend dia kut,” teka Lydia masih leka mengadap skrin komputer itu.
     ‘Bapak singa tu ada girlfriend. Boleh ke tahan dengan piuting beliung bapak singa tu,’ bisik di hati Lydia.
     “Bapak singa tu ada girlfriend. Ada jugak manusia nak dekat dia tu,” becok mulut Kak Lin berkata. See. Kak Lin sendiri pun tak percaya. Malaslah nak ambil tau nanti satu kerja pun tak siap, kalau fikir pasal bapak singa tua bangka tu.
        Kak Lin masih di hadapannya Lydia  tidak layan perangai manusia suka bersembang. Terang tang tang, Lydia tengah selesaikan kerjanya. Mulutnya pot pet pot pet tak henti bercakap.

KERETA Viva kesayangan Munirah di matikan enjinya terlebih dahulu. Dia keluar daripada perut kereta tersebut sebelum mencapai beg sandangnya di tempat duduk pemandu. Munirah memandang kereta Honda City milik mamanya yang terletak cantik di halaman rumah itu.
       Munirah berjalan ke arah pintu utama rumah tersebut lalu dia menanggalkan kasut Converse kepunyaannya dan meletakkan kasut itu dengan kemas di atas rak di sediakan. Baru sahaja, Munirah ingin memulas tombol pintu, pintu itu terbuka terlebih dahulu.
      “Mak Su!” jerit Wifiy melihat mak saudara sudah pulang daripada kerja. Munirah merasa hairan dengan kehadiran anak buahnya itu.
      Munirah berpaling kembali ke belakang tuk mencari kereta milik kakak iparnya, setahunya dia cuma melihat kereta mamanya sahaja. Di sebelah Wifiy, berdirinya adik Wifiy  bernama Auzaie yang tersengih-sengih memandang Munirah sambil memakan bebola ayam.
        Dia berasa geram melihat gelagat anak sedara yang sedang makan, lantas di dukungnya. Auzaie tersenyum-senyum apabila di dukung oleh Munirah ketika itu. Munirah mencium pipi gebu milik Auzaie. Dia terbau sesuatu aroma yang menusuk-nusuk lubang hidungnya, sehinggakan dia berasa loya.
       Auzaie yang di dukungnya tadi, Munirah meletakannya kembali di atas sofa dia ruang tamu lalu dia menuju ke arah bauan tersebut untuk di kenalpasti. Munirah menerjah ke bahagian ruang dapur dan segenap ruang rumah itu terbau aroma meloyakan tekak Munirah.
     “Moon dah balik. Akak tak dengar bunyi kereta pun,” sapa Kak Maya yang sudah  bersila di lantai marmar sambil memakan buah durian. Patutlah Munirah berasa mual apabila buah durian mengeluarkan bau aroma yang agak kuat.
     Tambah pula, sebelum pulang ke rumah tadi di singgah ke gerai burger milik abang Mastura, Abang Afi dan abangnya membelanja Munirah satu burger benjo.
     “Moon tak nak ke,” tanya Kak Maya yang berselera mnjamah beberapa ulas buah durian. Pantas Munirah mengeleng kepalanya.
      Pintu bilik air di bahagian dapur berkeriut, segera Munirah menoleh ke arah pintu tandas tersebut. Sebatang tubuh di kenalinya, melihat daripadanya kelihatan Abang Khairul dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.
      Ini mesti kes pembawaan anak. Yelah sekarang ni, Kak Maya tengah mengandung. Dia berasa pelik apabila Abang Khairul pulak yang muntah-muntah teruk.
     “Abang tak okay lagi ke,” soal isteri kesayangan Abang Khairul yang bersemangat membelah buah durian seterusnya. Belum sempat Abang Khairul ingin bersuara, dia kembali masuk ke dalam bilik air.
     “Macam makin aje abang tu, kak,” kata Munirah sedang duduk bersila di tepi Kak Maya.
    “Dah nak buat macam mana,” balas Kak Maya masih pulun mengabiskan seulas buah durian tersebut.
     “Kereta kak mana,” Munirah baru sahaja keringat tentang kehadiran Kak Maya tanpa kereta di halaman rumah.
     “Kereta akak dekat rumah. Tadi mama datang ambilkan, abang tak kasi akak drive. Dia risau kalau akak drive laju-laju. Dengan abang tengah alah macam tu. Satu kerja pun tak jadi,” Kak Maya berkata-kata.
      Munirah hanya diam.
      Timbul perasaan pelik terhadap laki bini ni. Maksudnya Abang Khairul dengan Kak Maya. Si laki bau saja makanan pelik terusnya muntah dan si bini pulak makanan yang di tidak suka tulah, jadi makanan kegemarannya masa waktu mengandung. Pelik. Pelik.
      Munirah berdiri daripada bersila.
      “Tak apalah akak. Moon naik atas dulu. Penat lah,” tutur lembut Munirah sambil lemparkan senyuman.
      “Yelah. Pergilah rehat,”
      Munirah sudah meninggalkan ruang dapur Kak Maya bersendirian. Melihat suaminya, keluar daripada bilik air tersebut. Maya memandang ke arah pintu bilik air yang sudah terbuka.
    “Abang nak makan tak,” soal Maya kepada suaminya sudah penat mengeluarkan segala isi perut yang dimakannya hari ini.
    “Tak naklah. Abang nak rehat, abang naik atas dulu,” pamit Khairul yang sudah berlalu keluar daripada dapur tersebut.
    ‘Kalau tak nak, biar aku aje yang habiskan,’ desis di hati Maya ketika itu.

SELESAI makan malam bersama anak, menantu dan cucunya. Puan Aida kembali kamar utamanya. Dia berdiri dihadapan almari lama kepunyaan suaminya. Puan Aida dan suami tidak pernah bercerai ataupun kedua-dua pihak tidak pernah memfailkan permohonan untuk bercerai.
      Hampir dua puluh tiga tahun lamanya, suaminya membuatkan Puan Aida bergantung tidak bertali. Dia sendiri, tidak tahu di mana keberaadaan suaminya kini. Tetapi setiap bulan, pasti nafskah di berikan melalui akaun banknya.
     Puan Aida membuka almari tersebut. Ternampak satu saiz kotak besar berada di dalam almari itu lalu di keluarkan. Puan Aida menepis debu-debu yang melekat pada kotak itu.
    Puan Aida menyusun langkah ke katil bersaiz King itu. Dia mengeluh sendirian. Lantas kotak itu di buka. Terdapat beberapa manuskrip dan keping-kepingan gambar berteraburan di dalam kotak itu.
    Dia mencapai sekeping gambar suaminya dan anak sulungnya, Lufti Khairul. Mesra, rindunya mula menebar luas terhadap kemesraan dua beranak itu. Ternyata itu semua sudah berlalu. Segala canda tawa Khairul dan suaminya hanya dalam lipatan kenangan.
   ‘Abang.. sesungguhnya Aida di sini sentias menunggu kepulangan abang ke mahligai ini kembali. Aida sangat merindui, masa-masa kita bersama. Bersama anak-anak berjalan ke sana ke sini. Mungkin abang pergi mengejarkan cita-cita abang yang abang idamkan itu. Menjadi seorang wartawan dan mengembara ke seluruh pelusuk dunia.
   Abang nak tahu anak bongsu kita, dah makin besar sekarang ni. Tiadakah rasa keinginan abang bertemu dengannya. Sesungguh hari-hari yang lalui oleh Munirah sukar, dibesarkan tanpa seorang bergelar bapa. Aida pernah marahkan dia, bila Munirah simpan cita-cita nak jadi journalist macam abang. Aida tak pernah bagi dia peluang tu. Aida takut, dia tinggalkan Aida macam  mana abang tinggalkan Aida. Tanpa sebarang perbincangan ataupun surat, abang pergi begitu saja. Luluh hati Aida ketika itu,’ Puan Aida bermonolog panjang.
     Air mata jernih itu jujur ke pipinya, cepat-cepat di seka. Dia perlu redha tentang nasib perkahwinannya ni. Jika suatu hari, suaminya melepaskannya, dia sudah bersedia menghadapi dugaan itu. Dia masih punyai anak-anaknya yang menjadi pembakar semangatnya
     Ketukan pintu bilik itu mengejutkan dan menepis lamunannya. Pantas dia menutupkan kembali kotak itu dan di sorong ke bawah katil.
      “Masuk. Pintu tak kunci pun,” kata Puan Aida dari dalam bilik itu.
       Tombol pintu itu di pulas, Munirah memberikan senyuman manis untuk mamanya yang telah bersusah payah menjaga dan membesarkan tanpa seorang bapa. Munirah mengatur langkah ke arah mamanya sudah tersenyum simpul.
     “Mari duduk sini,” pelawa Puan Aida sedang menepuk-nepuk lembut katil tersebut.
     “Moon ganggu mama ke?” soal Munirah.
     “Tak pun. Moon tak pernah pun ganggu mama,”
     “Mama, abang tu makin teruklah alahan dia. Menakutkan Moon, Kak Maya mengandung dia pulak lebih-lebih yang muntah,” adu Munirah kepada Puan Aida. Puan Aida hanya tersenyum melihat anak bongsunya mengadu.
    “Dah nak buat macam mana. Dia dah alah kenalah terima,” Munirah mengangguk, tanda sedang mendengar. “Macam mana kedai mama hari ini, okay ke tak,”
   “Alah mama tak perlu risau. Gerenti okay punya. Moon sayang kedai tu,”
      Puan Aida tersenyum. Senang hatinya melihat anak gadisnya, sudah matang dan dapat menguruskan kedai buku tersebut.
     “Moon dengan Irfan macam mana,”
     Pertanyaan Puan Aida menjerut nafas. Terasa sukar untuk bernafas. Kenapa pula nama Encik Arkitek tu muncul pulak?
    “Moon dengan dia okay aje. Kenapa ma..”
    “Yelah okay macam mana? Bila korang nak together. Itu maksud mama,”
     Sekali lagi mambuatkan dahi Munirah kerut seribu. Together dengan Irfan tak nak lah. Aku nak anak dia ajelah.
    “Apa mama merepek ni. Moon dengan dia tak ada apa-apalah. Ifa kan anak angkat Moon. Moon tak pernah bercinta dengan Irfan pun,”
     Puan Aida tarik sengih.
     “Memanglah korang berdua tak pernah bercinta. Tapi boleh pupukkan rasa sayang dan perasaan cinta tu. Mama tengok dia macam suka aje dekat anak perempuan mama ni?”
     “Alah mama ni, semua orang boleh cakap suka ma..tapi Moon tak pernah anggap dia lebih-lebih pun. Moon tahu, dia lengkap segala-galanya. Dari segi rupa, Abang Irfan tu memang ada rupa tampan dan manis bila dia senyum. Kalau daripada segi kewangan, dia mampu tunai aje apa Moon nak. Cuma satu aje dia tak cukup lagi,” kata Munirah sedang melentokkan kepalanya di bahu Puan Aida.
     “Apa yang tak cukup lagi,” soal Puan Aida lagi.
     “Seorang isteri, pelengkap hidup dia dan Ifa,”
     “Kalau macam tu. Biar ajelah anak perempuan mama jadi isteri sah kepada Irfan,”
     Mulut Munirah ternganga. Cepat-cepat dia menutupnya kembali.
     “Mama ni. Moon tak naklah kahwin dengan Abang Irfan. Moon tak pernah ada perasaan dekat dia pun,” ujar Munirah perlahan.
    “Yelah tu. Sekarang tak kahwin cakaplah tak suka bagai. Bila dah kahwin nanti melekat macam belangkas. Kalau Moon tak nak kahwin dengan Irfan, Moon nak dengan sapa,”
      Jarang Puan Aida membangkitkan tentang perkhawinan pada Munirah. Mungkin perlu, di sebabkan usia Munirah kian meningkat dari tahun ke tahun.
     “Entah, Moon pun tak tahu. Moon tak nak cari cinta tu, biarlah dia hadir dengan sendiri. Moon lebih selesa berkawan dahulu sekarang ni,”
    “Alamatnya, lama lagilah mama nak dapat cucu dari Moon,”
     Munirah menarik muncungnya.
    “Alah mama ni. Tu Kak Maya dengan Kak Fyra kan tengah on the way,”
     Sapa Kak Fyra? Kak Fyra ialah isteri kepada abang Khairil. Sebenarnya, Kak Fyra tu adalah pilihan mamanya sebab abang Khairil ni susah sangat bawa balik menantu untuk mama. Sepanjang perkenalan Abang Khairil dan Kak Fyra, macam taktik kotor tak kawan dengan Kak Fyra tu.
      Pertama, masa perjumpaan pertama diaorang. Abang Kharil berpakaian selekeh dah macam rupa orang minta sedekeh.  Terkejut sangat Kak Fyra, nak tak nak Kak Fyra terpaksalah melayan Si abang Khairil. Boleh masa diaorang pergi kedai makan. Abang Khairil boleh nyanyi kuat-kuat. Sumbang suara abang Khairil. Belajar tinggi-tinggi, nak tackle awek pun susah.
    Lama-lama perasaan sayang tu bercambah dalam hati abang Khairil. Kalau orang lama dah tarik diri dan tidak akan berkahwin dengan lelaki macam tu tapi tidak bagi Kak Fyra. Kak Fyra seorang penyabar dan tidak mudah melatah.
    Dalam masa kenal hati budi masing-masing, bekas teman lelaki Kak Fyra muncul. Percintaan diaorang tak ubah macam novel-novel cinta yang ada dekat pasaran tu. Bekas teman lelaki Kak Fyra yang dikenali sebagai Asri, mengagih cinta Kak Fyra kembali. Kak Fyra tolak dia mentah-mentah, Kak Fyra dah tak sanggup dengan lelaki panas baran dan suka memaki dengan seorang perempuan.
     Tak sampai setahun diaorang bertunang, mereka diijab kabulkan. Begitu sebuah pencintaan antara Abang Khairil dan Kak Fyra. Seratus peratus di ceritakan oleh Kak Fyra.
   “Mama tak rindukan ayah ke?” soal Munirah setelah lama mendiamkan diri. Puan Aida diam tidak berkutik. Dia membiarkan soalan tu tergantung. Sesungguhnya, dia amat merindui seorang yang bergelar suami... rindunya tidak tertanggung.
  BERSAMBUNG ...